Pages

Saturday, July 31, 2010

Mungkin Dah Sampai Masanya..

Hari ni Sabtu, saya kerja full day. Esok kerja lagi..fullday. Lusa pun kerja lagi saaaaaampai Ahad lagi sekali. Cuti kena freeze sampai 9hb. Maknanya saya akan kerja 14 hari tanpa cuti. Nak best lagi, kalo lepas 9hb saya tak apply cuti atau tak dapat cuti lagi, saya akan kerja lagi saaaaaampai lagi sekali lagi Ahad..so jadi nya 21 hari berkerja tanpa cuti. superman pun pancit kalo kena selamatkan orang 3 minggu non stop.

Ni sume gara-gara company nak buat launching 8-9hb Ogos ni..ada makan-makan..sate party. kurang 2 minggu dari date launching baru nak heboh. time tu la nak buat itu, nak buat ini. lepas tu dah buat itu dah buat ini nak tukar plan pulak dah. ni la satu cara kerja yang saya sangat tak gemar. asik bertukar-tukar fikiran. tak pernah stick pada satu decision. terlalu banyak idea pun susah jugak. tu pasal banyak keputusan selalu bertukar-tukar. sekejap nak macam tu, lepas tu nak macam ni pulak. kalo bangunan dah naik tiang pun bole bertukar plan, bayangkan la..buat donkey job plus double triple work tu dah kira biasa la..

Saya sangat tak hepi dengan situasi sekarang. kalo buat drama sebabak, mesti ada counter ofer naik gaji lagi kot tapi masalah sekarang bukan pasal gaji. tapi tak dapat kepuasan kerja. otak jadi sangat lengai dan kurang kreatif dan tak produktif. sebab semua keputusan dibuat oleh satu pihak.. jadi ikan siakap macam saya tak perlu kerja keras fikir apa-apa..bila ikan besar suruh buat A, buat saja lah walopun kadang apa yang dibuat tu bagi saya kurang smart. bukan nak cakap saya pandai tapi, kalo kerja asik kena buat double triple, keputusan asik berubah-ubah tak berapa smart la tu kan..banyak buang masa..buang tenaga...membazir dana..

Saya rasa saya sangat multi-function. kerja memang selalu out of scope. saya bole bertukar-tukar ke macam-macam position dengan position sedia ada dikekalkan..bole jadi pegawai, bole jadi penjual,  bole jadi ala-ala PA, bole jadi tukang kira-kira,bole jadi jurugambar, bole buat art work, buat design billboard dan apa-apa saja yang di assign secara rela atau terpaksa rela. Khamis lepas salah sorang bos suruh saya pegi ambek gambar site...memang dah tersasar jauh dari ruang litup kerja menjadi ruang lingkup..terpaksa rela  la sebab launching date dah tinggal berapa hari je lagi. tengah-tengah panas buta tu saya terpaksa berlagak macam jurugambar profesional, tunggang tonggeng ambek gambar site dari tepi jalan, atas jalan, atas fly over, atas rumput..kereta moto  lori lalu-lalang pakat hon..ye la tengok awek terpacak tengah-tengah jalan yang giler sebok tu. hasilnya, tak de kualiti pun gambar yang saya ambek. bagi camera cokia denga short lens mana la bole ambek gambar site dengan bangunan dari jarak jauh. bagi la Canon EOS 550D ke.. tau la camana saya nak godek untuk dapat best angle...sudahnya, saya edit je la gambar tu..crop ambek part yang nampak menarik je.

Semalam bos saya cakap bisik-bisik ..katanya macam next week saya kena pegi Perbadanan Putrajaya apply lesen bla bla bla..saya jugak??? tapi bagus jugak kalo bole escape pegi sana. duduk dalam ofis pun buat fenin je..bole gak saya lunch dengan kawan yang kerja kat perbadanan tu..saya tak peduli pun bila ada orang cakap "bos kan sayang u", "u kan pandai" bla bla bla..owhhhh..bala tu..bala..nak suruh buat kerja memang la banyak puji-pujian..dalam certain situasi kat sini, susah jugak kalo tau buat banyak benda..lebih baik buat-buat tak tahu walopun tahu..tapi ada masa cakap tak tahu pun kena buat jugak.."u kan pandai'..haihh

Mungkinkah dah sampai masa saya melompatkan diri ke tempat lain...mungkin saya perlu environment baru untuk menjana otak saya supaya dapat kembali berfungsi dengan lebih kreatif dan productive..

Lompat si katak lompat
Lompat lah tinggi-tinggi
Cepat lah adik cepat
Cepat lah update resume ni

Sweet Note from A Mum..

The following writing is belongs to Wardina Saffiyah..i hope she don't mind when i copy this note from her facebook and paste here. It is a  sweet writing from the desk of a mother who tried her best to be a gud mum. i luv to read this.. and i think it is gud to share with u readers..

31st of July - A Morning Unlike Other

On the kitchen table i sat with Amna - i talked about her being 7! Yes today! "Amna" her father asked, do you know what you have to do when you are 7? "Yes" said Amna, "fast". "Yes, i answered and Solat sayang" "Amna have to start praying 5 times a day, and never miss your prayers" Her father replied "Amna teman Ummi solat all the time ok".I n the Quran Rasullulah said that when a child reaches 7, they have to pray.

"Do you know why we have to solat Amna"? i asked. "To be a good muslim" says Amna. hmmm, i thought sangat text book answer.... "Why do we need to be a good Muslim?", i question her.


To please Allah. Because Allah created us. When we pray we will be happy, Allah will be happy.


"Amna" I said.... Now you are 7, you are already mumayyiz. "Whats that?" said Amna

Mumayyiz means you know what is good and what is bad, meaning if you see something good you wont say its bad and when you see something bad you wont say its good.

"When you see something bad, do you say its good?" "No" said Amna. I pray Amna you will be able to make the right choices and mke good decisions. "But sometimes, i choose the wrong thing" said Amna.


"i do to, amna" but we try to remind ourselves and continue to do good. "Im sorry Ummi, sometimes i dont listen to you, said Amna" I humby appologize to her too. "Im sorry too Amna, sometimes i shouldnt be angry at you the way i do" "Its ok, Ummi you want to remind me right" replied Amna.


"Yes but sometimes im too angry and thats not good". Amna asked me, "Why sometimes when youre angry with Ara youre angry with me too?" Aduh.


I chaged the topic of discussion, i asked her to recite the syahadah, with the meaning. Youre 7 now, you know youre a Muslim girl, and i say to her directly, "Amna become a good Muslim Amna, help other people, when you see something bad, try and make it good, there are so many bad things, and bad people Amna. Dont follow them ok?"


"Always choose good, because when you do good, you will be happy. Bad people are always unhappy"


I still remember the day i pushed you out from my tummy, with blood all over and it was so painful. i pushed and pushed. "did you cry" asked Amna. "Not because of the pain, but i cried because i saw you came out and i was so happy. I saw 5 cute fingers and toes. The dr held you up upside down. "wOOOO" said Amna. "you were so slimmy" "When you opened your eyes and looked around you didnt know where you were, because you have been in my tummy for so long. And then you heard my voice, you didnt know i am your mother, but you must have thought, "hey ive herad this voice somewhere, and i like this person"


hhehehe she laughed. i continued, "I gave you my nenen and you sucked and sucked" YOu must be hungry. The nurse said "pandainya isap" hehehe dia gelak lagi



Oh, Amna i love you so very-very much, you mean so much to me. You are so special, and i really hope you will be a very good Muslim girl...


"Im crying said Amna, tears streaming down her face" "Amna! i said..."im sad and happy" she cried. MasyaAllah my daughter, so sensitive macam Umminya. I cried too, we were at the kitchen crying and hugging each other. What a blessing, Thank you Allah. Barakkalhu Fiha.


And to my husband, may today you answer the questions the best you can and get the professional title you so very desrve. I love you both.


i hope i can find the strength to be a good mother and raise my children the best they can be. Ya Allah its not easy..... this task im assigned with. May you ease the way, and guide me throughout

Wednesday, July 28, 2010

Order Kuih Raya

Yihaaa...saya dah oder kuih raya...bulan puasa pun belum masuk lagi..tak cukup puasa tahun lepas pun baru semalam abis ganti...saya tak peduli..saya nak order jugak. Tengkiu Jj yang sudi ambek order. Mula-mula plan nak order dari kawan Geni..sekali kawan Geni dah tak wat bisnes kuih raya tahun ni..weii Geni, kempunan aku tau..saya ingat saya dah hover order kuih raya awal sangat tapi rupanya kakak saya cakap dia lagi awal dah oder kuih raya.. lagi advance :-)

Setakat ni, saya dah oder 5 jenis biskut raya. Tart pun order sekali. Tart paling sedap di dunia macam yang saya order tahun lepas dah takde tahun ni sebab kakak buat tart tu dah gagal dikesan..kalo tau dia leh ilang macam ni mau saya pasang sensor kat dia yang bole dikesan guna GPS ke..giler punya sedap home made tart dia sampai last year saya beli  extra 1 balang khas untuk makan sendiri..Lagi satu saya harap tahun ni dapat la order lagi kek lapis sarawak yang sungguh lazat macam yang saya kirim tahun lepas dari kakak ipar saya  -Kak Nor. kek lapis tu memang buat kat sarawak dan dibawak ke semenanjung..saya order kek lapis yang ada lapis coklat cadbury..wallaweiiiiii..sedap giler..harga bole tahan tapi sedap punya pasal saya pejam mata order jugak..tahun lepas saya order half cut je, so makan sendiri sampai puas, langsung tak hidang kat orang yang datang beraya..muahahaha..tahun ni kalo dapat oder lagi saya nak oder yang sama macam tahun lepas dengan yang perisa horlick..sungguh lazat...

5 jenis yang saya oder kat Jj tu rasanya tak cukup untuk 3 buah umah..umah sendiri, umah mak saya dan umah mertua saya. tahun ni saya mungkin tak buat kuih raya macam tahun lepas..tahun lepas dengan gigihnya buat 2 jenis. so, sape yang jual kuih raya yang diyakini sedap dan lazat sila la promote dekat saya ye :-)

Monday, July 26, 2010

Multi Language

Kamek puasa arini..esok sigek lagi pastu abis la..legaaa..Ari ya kamek temu client..orang saghawak...kamek suruh nya kelakar saghawak dengan kamek.. tapi kamek sik paham pun nya madah apa dengan kamek. kamek rasa macam best je kalo dapat madah banyak bahasa dan loghat..so kamek pun try la belajar kelakar saghawak thru online...kinektok, ini la hasilnya lepas 2 hari belajar. bole la sepatah dua...so ni cuma testing..testing..

Masa form 1 sampai form 3, saya belajar Bahasa Arab kat sekolah.. kalo tak nak belajar bahasa arab kena masuk kelas bahasa Mandarin..lagi haru..selain add maths, subjek bahasa arab ni la subjek yang ngeri bagi saya..selama 3 tahun tu tak pernah sekali pun lulus walopun masa exam tiru member yang pandai-pandai.. tak pun bawak toyol..pun tak lulus jugak..tak guna punya toyol!! tapi result tak la 1/100 macam add maths..sipi-sipi nak lulus tu penah la. tak tau la kalo penah dapat gred D ke sebab dah lupa. penah masa dapat result Ustazah Roudzah suruh saya berdiri atas kerusi  sebab failed paper bahasa arab tu..dah la kena berdiri atas kerusi dengan student lain  dok lalu lalang tepi kelas..lepastu kena pulak tulis balik sume perkataan bahasa arab yang saya salah jawab dalam paper exam yang tak lulus tu..setiap satu yang salah kena ulang tulis penuh satu page. mujur la masa PMR tak yah ambek paper bahasa arab ni.walopun manjang tak lulus, tapi at leastt dah tau la jugak kan bahasa arab sket-sket. setakat perkataan dan ayat yang simple-simple tu bole la. bila dah berumur ni, teringin pulak nak belajar lagi bahasa arab ni..nak pulak lepas tengok 2 orang abang saya yang dah berkerjaya tapi begitu gigih masuk kelas bahasa arab semata-mata untuk tambah ilmu..saya kagum dan bangga dengan kesungguhan 2 orang abang saya ni..saya? belajar kt TV9 dulu lah :-)

Masa form 4, kena belajar Bahasa German pulak..nasib baik takde exam. kalo tak, tak tahu lah lulus ke lingkup jugak. tapi saya rasa bahasa german tak susah sangat. tapi itu ler, belajar setahun je..so kalo sekarang jumpa orang german pun i kenot understand sepatah haram..banyak words yang saya dah lupa. yang saya ingat cuma how to kira 1-3, wish gud morning dengan gud nite dalam bahasa german.

Masa kat U, kawan sebilik ambek subjek Bahasa Mandarin. kesinambungan dari dia belajar  Mandarin kat sekolah dulu..Idah nama kawan saya tu ..kawan dari sekolah menengah lagi..disebabkan saya suka belajar banyak bahasa tapi tak suka ambek kelas sebab tak suka exam dan sebab tak suka kalo tak lulus, so saya belajar je la Mandarin dari Idah...lepas tu, bila Idah busy buat assignment, saya akan menvolunteerkan diri tolong dia buat homework bahasa mandarin dia..tapi, disebabkan saya takde asas menulis huruf-huruf Cina ni, saya pun tekap je la. Homework tu macam budak tadika baru belajar tulis ABC..pakai buku kotak-kotak tu. setiap satu kotak ada satu perkataan. jadi, saya tekap perkataan-perkataan tu kat atas selai kertas kosong.lepas tu saya ulang tekap kat dalam kotak-kotak kosong yang kena repeat tulis perkataan tu..hahaha..tapi, at the end saya tak pandai jugak pun bahasa mandarin ni..setakat tau perkataan dan ayat yang simple-simple jugak la. tapi kat ofis, kalo ada colleagues speaking mandarin, bole jugak la saya pick up apa yang deorang sembang walopun tak faham sepenuhnya.. tapi, most of them speak kantonis..kantonis pun saya penah try belajar jugak. masa sekolah rendah dulu, saya minat  giler drama kantonis kol 6pm..hampir semua cerita saya ikut..sampai bole la faham sket-sket bila orang cakap kantonis..tapi bila dah lama tak layan cerita kantonis, dah lupa la..sepatah dua je la yang bole ingat sekarang..

Sekarang, saya masih suka kalo dapat belajar bahasa asing mahu pun loghat negeri lain. buat masa  ni tak mungkin saya masuk kelas bahasa tapi saya cuba belajar thru online. saya penah jumpa client yang cakap pekat kelantan sampai saya tak faham apa dia cakap..penah jugak jumpa client yang cakap inggeris slang Australia..arghhh..honestly, susah saya nak pick up each words yang dia sebut..baru-baru ni saya tengok kt TV9 rancangan Nasi Lemak Kopi O, ada segmen belajar bahasa Iban..giler susah..lepas ni saya nak fokus  belajar satu bahasa or loghat je.. dah lulus, baru belajar yang lain pulak. gud luck to me :-)

Friday, July 23, 2010

- Gentleman -

Semalam saya pegi KL naik ERL..dari Stesen Salak Tinggi, turun kat Bandar Tasik Selatan..pastu tuka naik STAR Lrt ke stesen Bandaraya. dalam lrt, saya tengok yang duduk mostly yang muda belia..yang berdiri (kecuali saya dan few others)  mostly tahap makcik-makcik, ah soh, auntie, tok wan..kesian saya tengok  sorang auntie tu grip kuat-kuat tiang dalam lrt tu..takut terjatuh agaknya.. heran jugak kenapa yang muda belia ni tak de kesedaran sivik..berat sangat punggung tu nak bangun kasi makcik-makcik dan pakcik-pakcik duduk..ada sorang bangla ni lagi penyapu..lepas orang sebelah dia bangun, bole pulak dia luaskan lagi kangkang dia so tak dapat la orang lain pegi menyelit duduk kat sebelah dia..rasa nak aje saya kasi hikmat tendangan 7 semesta kat si bangla tu.. 

Saya teringat pengalaman naik tube di London dan Paris..saya bukan nak angkat or puji orang Barat tapi kalo yang baik apa salahnya kita share dan contohi kan? Di London, pada pengamatan saya, keutamaan untuk duduk dalam tube tu diberi lebih kepada wanita, orang tua dan kanak-kanak..walopun masa nak masuk dalam tube tu pakat kerumun kat pintu masuk tapi bila dalam tube, most of their man always can be called as gentleman..dia akan bangun kasi chance yang keutamaan tadi duduk...man in London kurang hensem dimata saya, tapi gentleman..saya assign as gentleman juga atas insiden-insiden lain yang saya lihat  dan alami kat sana..lain pulak cerita di Paris..mamat France di mata saya ramai yang hensem-hensem..muka ala-ala pojaan hatiku -Orlando Bloom..muahaha..tapi, orang France bagi saya agak kasar..gentleman jauh sekali lah..duduk buat muka toya je dalam train walopun dia nampak perempuan dengan budak berdiri depan dia..dan dia duduk dengan sedapnya dengan muka tak bersalah langsung..macam si bangla tadi la..juga ada insiden-insiden lain yang membuatkan saya melabel orang France sebagai tidak gentleman dan less attitude (ditujukan especially to si mamat cashier di Carefour Montmartre).

How about orang Malaysia? dah tentu orang Malaysia ramai yang gentleman..sangat beretika..ada attitude..cuma segelintir yang mungkin mencacatkan keadaan macam pengalaman saya dalam lrt semalam..insiden semalam tu mungkin dah biasa bagi orang yang selalu naik or hari-hari naik lrt tapi bagi saya yang jarang-jarang naik lrt ni, insiden macam tu buat saya terfikir-fikir kenapa sampai hati orang yang muda belia lagi gagah perkasa tapi begitu buta sampai tak nampak yang berdiri tu orang yang mungkin sebaya mak atau ayah dia..

p/s : to En. Suami, jangan jeles dengan Orlando Bloom ye..




Wednesday, July 21, 2010

Bayar Hutang..

Tengah lembik lemah longlai..mentang-mentang umah dekat dengan ofis, lunch time bole balik umah menggolek-golekkan diri....owhh..anak tekak bergendang-gendang, cacing dalam perut sakan menari-nari..padahal kol 5.30 pagi tadi dah melantak nasi dengan ayam masak merah..

Lepas ni ada 2 hari lagi..huhu..selalu macam ni la..last minit baru huru-hara nak ganti puasa..masa bulan Syawal sempat puasa 2 hari je..saya ni selalu kalah dengan nafsu makan..bulan-bulan selepas tu? malas nak cerita sebab semuanya dalam kategori "alasan". kalau nak buat seribu daya kan..

Mak saya selalu tanya dah ganti puasa belum..jawapan standard.."ye..ye..nak ganti la ni"..sudahnya tak sampai sebulan lagi nak masuk bulan Ramadhan, baru teringat saya berhutang dengan Allah dan belum bayar dengan sempurna lagi..

Monday, July 19, 2010

Cerita Kulit Babi & Peluk Anjing

Tu diaaaa..posing sandar tiang..macam-macam pesen posing ada..peluk tiang..cium tiang..golek-golek baring-baring atas rumput sume ada..menangis heroin filem hindustan kalo tengok saya posing ;p

Eh, saya bukan nak cerita pasal posing..saya nak cerita pasal baju..tengok baju yang saya pakai tu..tu leather coat. masa beli langsung tak menyiasat coat tu buat dari kulit apa..tengok bekenan, try pakai, size ngam terus beli bawak balik..lepas pakai 2 kali, rasa tak best..rasa tak selesa..especially tak selesa dengan bau kulit tu..lepas tu, terus decide nak jual..so, saya anta kat kedai bundle kat area umah saya ni..sebelum tu saya ada anta kasut yang dah tak pakai, dalam 2 hari dah terjual..lepas seminggu, masa balik keje saya singgah la nak tanya tokey kedai bundle tu dah jual lom coat saya tu....sekali brader tu ajak saya pegi jauh sket dari customer yang tengah shopping dalam kedai dia..

tokey - beli kat mana coat tu?
saya - Nilai..nape bang?
tokey - tau tak tu kulit apa?
saya - (geleng)
tokey - kulit b*b*
saya - (terpana dan ternganga)

Jenuh saya fikir perlu ke tak saya samak? bahagian mana saya perlu samak? saya tau pasal kulit tu 2 minggu lepas saya pakai coat tu..coat tu saya letak dalam luggage sekali dengan baju saya, baju asben dan baju anak..coat tu saya pakai 2 kali dengan selapis lagi baju kat bahagian dalam tapi masalahnya tak ingat baju mana yang terlibat dengan coat tu..sebelum pakai kat oversea, kat sini pun dah berapa kali pakai masa sesi test-try-berangan..sebab tak tahu apa patut saya buat, saya pun tanya sana..tanya sini..tanya dari orang yang lebih arif..satu sumber cakap tak perlu samak sebab kulit tu dalam keadaan kering..satu sumber lagi cakap perlu samak tapi disebabkan saya tak tahu dan pegang dalam keadaan jahil..saya disarankan untuk samak bahagian tangan saja untuk menghilangkan rasa was-was..dan dari sumber yang sahih menegaskan bahawa kalau kita tersentuh atau sengaja sentuh b*b* atau kulit b*b* dalam keadaan kering atau basah..perlulah kita samak..tak sama macam kalau kita sentuh dog yang tak perlu samak kalau sentuh dalam keadaan  sama-sama kering dan diyakini tak terkena air liur dog tersebut..

Bila dah tau kulit tu kulit b*b*, hati terus gundah-gulana..patut la lain macam je bau coat tu..patut la rasa takde mood nak pakai..saya salahkan diri sendiri sebab cuai..dan saya salahkan jugak si penjual sebab tak menyiasat dulu apa yang dia jual padahal dia pun muslim..lepas ni saya akan lebih berhati-hati..saya memang nak anta balik coat tu kat kedai yang saya beli..cuma dah sebulan bertangguh tak pegi-pegi lagi..coat tu masih kat kedai abang bundle tu..kalo ada non-muslim yang nak beli dia akan jual..sekarang dia simpan dalam plastik..tak tahu la dah jual ke belum..

Lately, bila baca news pasal orang Islam yang selamba badak je peluk-peluk kiss kiss dog, saya jadi hairan pun ada..dalam banyak-banyak haiwan kat muka bumi Allah ni, kenapa la dog jugak yang dia pilih nak ditunjukkan kasih sayang..kucing, kera, ungka pun ada bole dipeluk-peluk..haram sentuh dog bukan makna suruh kita sepak-sepak dog tu..tapi tak jugak suruh kita peluk cium..saya pun penah jugak tunjukkan rasa perikemanusiaan kat dog..tapi tak la sampai pegi pegang dog tu..dia lapar..dahaga..saya bagi dia makan dengan bagi air..tak payah sentuh pun..Ini bole pulak bila orang tego orang komplen orang nasihat ada pulak yang mati-matian membela perbuatan si muslim yang  peluk-peluk dog tu...jangan la mentafsir hukum Allah ikut pandai sendiri..dan jangan juga menghalalkan yang haram..yang dah jatuh hukum haram tu jangan la kita pandai-pandai nak argue kenapa dan mengapa..Allah lebih mengetahui..yang dah termaktub tak bole tu, niat yang baik tak menghalalkan cara..sama-sama la kita ambil iktibar..

Sunday, July 18, 2010

Tak Ada Tajuk

Balik dari Melaka tadi, singgah umah Abg Mazlan (ex-jiran)..dia wat kenduri kawen anak dia..biasa kalo orang buat kenduri kawen, mesti ada nasi minyak, kurma, ayam masak merah, acar bagai..tapiiiii..tau apa Abg Mazlan ni jamu tetamu masa kenduri tadi? jeng jeng jengggggggg..NASI LEMAK. First time saya jumpa orang buat kenduri kawen jamu nasi lemak..kalo kat kampung maybe dah kena umpat kalo wat kenduri kawen jamu nasi lemak je..

Saya salute Abg Mazlan ni..saya suka attitude dia..disebabkan bajet yang terhad, dia buat kenduri seadaanya..semampunya..dia tak pinjam sana sini bergolok bergadai untuk buat kenduri kawen anak dia ni....kalo makanan tak sedap orang bercakap..sedap pun orang bercakap jugak..jamu nasi lemak mungkin ada orang yang bercakap, jamu nasi minyak pun belum tentu orang tak bercakap..pendek kata, orang memang suka bercakap..panjang kata, peduli lah apa orang nak cakap..bagi saya, janji nawaitu kita ikhlas nak jamu orang..nasi lemak tadi sedap..ada ayam goreng dengan sambal sotong..dengan tak malunya saya dengan Umar makan dua pinggan..

Masa kat Melaka (umah mertua), kawan mak mertua tego saya..kata makcik tu "slimnya badan..menten je..diet ke?" saya? haihh..dalam hati ada taman bunga la dengar makcik tu cakap macam tu..kata-kata makcik tu macam baja..kembang kuncup bunga-bunga dalam taman saya..hidung pun sama naik kembang kempis punya seronok makcik tu cakap saya slim.. mak mertua pulak sambung "dia memang dari dulu kurus..tu pun sebok nak kurus lagi"..sebelum kawen memang la saya kurus..masa sekolah lagi kurus sampai ada cekgu gelar saya "bini popeye"..tapi, sejak dah kawen dan peknen la badan saya berkembang pesat..cuma dalam 2 bulan ni saya berjaya kekalkan berat kurang dari 55kg tanpa diet..yahooooo!!!



Wednesday, July 14, 2010

Semut Punya Pasal..


Computer dah sihat, deskjet ni pulak buat hal..mula -mula tak perasan pape..semalam, masa print keje asben dengan scan ic dia..nampak kat paper yang keluar tu macam ada bertanda-tanda..saya pun menyiasat la..adehhhh..baru perasan ada semut bertelur-telur dalam deskjet nih..dari glass surface tu bole nampak telur semut bersepah-sepah kat dalam deskjet..dan baru perasan ada semut merah berduyun-duyun tengah panjat nak masuk dalam deskjet tu..ishhh..ayat tak cerdik yang spontan keluar time tu "tak skolah punya semut!!!"

Bole la pulak dalam deskjet pun dia nak masuk lepak-lepak merendek-rendek sampai bertelur-telur..Deskjet ni bentuk empat segi nak macam mini peti ais pun ada..ke Umar ada simpan coklat dalam deskjet ni??

Sebenarnya semut-semut kat umah saya ni memang pelik-pelik belaka..air kosong pun dia nak hurung... semalam, nak tak nak, asben sembur la jugak deskjet tu dengan Ridsect..mati kau semut! nak ketuk-ketuk hempuk-hempuk karang rosak langsung tak bole pakai lagi masalah..sembur punya sembur, memang mati la semut-semut tu..tapi, telur semut tu sekarang melekat-lekat pulak dalam deskjet tu.....bila scan document, terscan la sekali telur semut tu..eeeiiii..geramnyaaaaaaaaa

Monday, July 12, 2010

Naga Berapi..

Finally..inspiron saya dah dirawat..tu pun lepas saya bertukar jadi naga..macam mana tak jadi naga berapi, hari Jumaat call cakap nak datang hari Isnin..arini la tu..sekali arini cakap nak datang esok pulak...saya dah sabar dari minggu lepas..lepas sehari ke sehari cakap nak datang, tak datang-datang jugak pun..minggu lepas takde la call centre tu kena sembur dengan saya pun..tapi arini, ayam selori i am sorry.. "by hook or by crook, i want ur engineer to come TODAY..fix my laptop..i've waited for 1 week already..if nobody can come TODAY, please send someone to take this laptop away..i'll do anything to get back my money from Dell!!" tu je la yang saya sembur pun..bukan berapi sangat pun..tapi dengan semburan tu la  baru kelam-kabut orang Dell nak datang. less than 1 hour, engineer ke technician ke apa tah call cakap dah on the way nak datang..haaa..kalo dari awal-awal macam tu kan bagus.. 

Friday, July 9, 2010

Upset..

Kalau sebelum ni saya tak rasa nak marah pun, tapi hari ni saya rasa macam nak marah.. tak puas hati..tanduk  macam nak terkeluar.. mungkin bukan marah sebab saya belum marah siapa-siapa pun tapi more to upset..laptop saya masih sakit tenat dan belum dirawat.

Selasa cakap nak datang Khamis..Khamis pulak cakap system cakap datang hari Jumaat. Jumaat pulak cakap spare part tak sampai lagi..saya push dan bebel sket pastu cakap "let me check again"..lepas few minutes pulak cakap spare part dah available..dah arrived Kuala Lumpur..tapi may not come today but Monday...pulakkkkkk..

I'm not blaming anyone..I'm the one who choose to buy Dell..failure is normal and can be accepted..but poor service is so much regretted..

Tuesday, July 6, 2010

Inspiron 14R N4010 - Review & Sakit Tenat


Dell Inspiron 14R N4010 was launched in last April, features a 14-inch screen, and it is equipped with Core i3 330M processor and Intel HD graphics.It comes with SRS speakers and Windows 7 operating system. Inspiron 14R N4010 also comes with a stylish design. The shell and palmrest both use LCVM material. LCVM material comes with the features such as low electrical conductivity, anti-statics, fiber texture and easy to clean when your finger prints can easily trace at the surface..Its a cool model but......lemme story..sorry to Dell because this is a bad review from me.

I bought a brand new laptop as shows above..first, I realize that the Bluetooth doesn't work..then after 17 days,  it has been totally "kong".. sakit tenat. it was hang with a loud sounds while i'm using the Windows Media Player..at that time, all the keys not functioning at all forced me to power off the system. I've called Dell for Technical Support assistance and we believe that the problem is with the motherboard..Now, I have to wait for another 2 days for the spare part which they said has been ordered from Singapore..spare part kehabisan stok at Dell..and if I request for replacement for a new laptop, I have to wait for another 2 weeks!!! What is this? Making fool of me or what? I can't believe this..I'm now facing problem with  a brand new model and with well known company and they give me such a poor service. Dah la bila call ntah berapa kali kena tunggu CS tu nak check itu la..ini la..and I'm the one who have to pay for the telephone bill..Nasib badan..



..Sharing is Caring..

I would like to share something with you, readers.. rasa sakit hati atau rasa suka melayan perasaan marah atau apa-apa perasaan yang sewaktu dengannya jarang atau mungkin tak membawa apa-apa kebaikan dan manfaat baik pada diri sendiri atau orang lain..bila sesuatu berlaku dan kita rasa marah atau sakit hati dengan "sesuatu" itu, boleh tuding 6 jari pada orang lain tapi lagi 4 jari cuba lah tuding pada diri sendiri juga..sama-sama mohon maaf dan memaafkan..bukankah itu lebih baik..hidup terlalu singkat nak dibazirkan dengan perasaan yang menyakitkan hati sendiri..life is great when you know how to enjoy your life thereafter life will please you..life is great when you luv people around you and people will luv you too ..life is great when you do respect others and people will respect you, life is great when you always pray and God will listen to you..I start believe this and may you believe it too..


Thursday, July 1, 2010

Tak Best..

Hari-hari yang tak best dah bermula..Semalam, sorang assistant staff yang baru masuk sebulan dah tender resign letter..bkn 1 month notice, bukan jugak 24 hours notice tapi less than 2 hours notice..dalam kol 4 bos intercom bagi tau that girl dah tendered letter..benti sebab nak jadi cekgu pendidikan jasmani..tu tak pa la..hak dia..tapi benti mengejut tu yang kurang sopan tu. setahu saya dia baru nak pi interview..baru tengok dia buat resume..baru dok apply..bukan confirm dapat lagi pun..tup tup resign..ok..memang hak dia..biar la kan..tapi, at the end, saya jugak yang susah..all the donkey job come back to me..ni yang saya tak suka..

Lepas tu di hampeh kan lagi dengan note dari HR yang saya ada sehari unpaid leave. 25hb May sebelum pegi Shanghai kan saya demam..pagi tu saya sms la bos bagitau lambat sket pi keja..baru lepas makan ubat nak tido jap bagi berpeluh sket baru pi ofis..memang takde intention nak apply cuti sebab esoknya dah nak cuti banyak hari nak pegi Shanghai tu..bos lak reply " why dun u take leave and have a gud rest"..best kan..nak datang lambat sms je..buat macam company makcik sendiri..ok..bos soh cuti, cuti  je la..lepas tu saya lupa submit leave form..sampai la dah masuk bulan June..ok la..submit..sekali HR bagi note saya tak cukup annual leave untuk bulan May..dah abis masa cuti panjang sebelum tu..balance cuti yang ada lagi 9 hari setengah tu blom entitle lagi sebab cuti depa bagi prorated..so, tolak la sehari gaji..hampagas betul la!!!

Lepas tu, bila bulan Julai je memang saya akan sebok buat report to kementerian..online report..dah nama online report kena la buat di komputer yang ada internet connection kan..sekali internet kat ofis ni 2-3 hari ni pulak dah bukan macam siput b*b* lagi dah..tapi macam siput mati..tak bergerak langsung .ntah apa la masalahnya tah..rumah dekat, saya pun balik la ambek laptop..pakai broadband sendiri..dah siap report, tak bole print pulak dah..dah tentu la laptop saya tak de network dengan pc dan printer kat ofis ni..leceh la kalo nak connect printer tu kat laptop saya..laser jet printer tu pulak kat workstation lain..modem tu bole je connect kat pc ofis tapi loading macam siput sedut..pendek kata sengal la..panjang kata menambah tak best semua yang dah sedia tak best..

Ishh..memang serba tak best la minggu ni..Dari bole buat keja rilek-rilek..dah kembali kelam-kabut..dari hari-hari muka manis, senyum, mood baik je kat ofis now muka dah monyok macam nyonya kalah judi..dengan muka yang monyok ni saya pegi la satu kedai yang tak la selalu sangat pegi..time nak bayar, brader tu tanya saya soalan yang bagi saya agak kejam dalam situasi emosi yang tak best ni..

Brader : akak ni keje warden penjara ke?
Saya : nape?
Brader :saya tengok akak ni tak penah senyum..
Saya :  :-) (saya bagi kat brader tu senyuman terpaksa yang paling manis sekali)

Dalam hati saya cakap.."ishhh..penyapu betul la mamat ni..mau aku bagi balistik kat kedai ngko ni karang"...


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails