Pages

Tuesday, November 9, 2010

Hancur Hati Den..

Hari Jumaat lepas..

Saya beria-ria nak buat puding custard nak bawak pegi PD..percubaan pertama yang resipinya saya cilok dari blog Moon.  sebab nak cepat, saya bukak api besar-besar masa buat kuah puding tu..hasilnya, kuah susu tu berbau hangit!!! (sila kuatkan volume anda masa sebut perkataan "hangit"

Lepas insiden susu hangit..

Walopun kuah puding tu hangit..hati saya tetap berbunga-bunga (happy sebab nak pegi berehat) . Dan dengan hati berbunga sepenuh taman saya packing barang-barang nak bawak ke PD..masa keluarkan plastik jug dari kabinet dapo..grrrrrrr kelepum..pummm....pummmm...pummmmmm!!!. serius bikin kecopot jantung gue.. dengan sound macam tu bole anda bayangkan tak sebiji pinggan rolling dari dalam kabinet jatuh tejelepok atas lantai?? (cuba bayangkan..cuba..cuba..)

Saya? Terus terpana dan terkesima..nak menangis tapi tak berair mata..nak marah, nak marah siapa? marah pinggan? ok..mari kita marah pinggan..

Tu la kau  pinggan..nape kau tak break ? kalau kau break tadi takde la kau jatuh tergolek dog macam tu..

Tak puas hati, marah kabinet pulak..haaa..tu la kau kabinet..penuh lagi dengan barang-barang.. (nak jugak tu marah kabinet yang daif lagi innocent tu)

Tapi, kalau pinggan dengan kabinet bole marah tuan punya kabinet + pinggan..mesti dia cakap.. Tu la kamu..(sopan sket cakap dengan tuan kan..mana leh ber kau-kau)..buat la kitchen kabinet elok-elok..takde la kita kena berhimpit-himpit dengan periuk,cawan, gelas, pinggan, mangkuk, jug, blender, toaster, tupperware bagai dalam kabinet ni ..kabinet besar tak sampai 5 kaki kamu sumbat dengan segala harta tok nenek...sesak nafas itu yang tak sempat nak break tadi.. (p/s : dialog penuh imaginasi kesan suka tengok katun masa kecik-kecik..terbawak-bawak sampai dah jadi mak budak)

To make it worse..

Kan abang dah cakap bukak kabinet tu slow-slow.. (alaa..nak jugak Encik Nazley tumpang sound..menambah kelukaan di hati den..huhuhu..)

Kan bagus kalau Encik Nazley cakap "tak pe la..call la contractor kitchen kabinet tu soh pasang esok..abang sponsor"..muahaha..peace abang..peace..

Kalau pinggan Claytan yang  jatuh terjelupok tu saya tak rasa nak teriak pun..tapi..ni pinggan VERSACE.. walaupun tak ler mahal bebenor (masa beli ada diskaun)..tapi sebab beli jauh nun di Stoke on Trent yang ntah kurun ke brapa baru saya boleh sampai lagi ke sana..itu yang rasa nak teriak guling-guling..




Sebelum ke excidenan berlaku.. ni masa masih dalam box..5 bulan simpan pinggan ni dalam beg..raya punya pasal la saya kuakan pinggan ni sebab nak pakai..lepas tu dah tak simpan dalam beg lagi..(dah rasa macam nak salahkan raya pulak..debushh..debushh..tampar diri sendiri sebab tuding jari sana sini..)


Mari tengok apa jadi selepas ia jatuh tergolek dari paras 60 sentimeter dari paras lantai..

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-
-

-

-

-
-
Jeng jeng jenggggggggg

Hancur hati den..sob sob sob..


Kecederaan kekal tanpa boleh di plastic surgery kan lagi..


Lepas dah cedera dan tak bole nak diguna pakai untuk ditayang kepada tetamu di meja makan...(ada niat nk menayang..padan muka dah serpih pinggan kau) makanya tempat pinggan ini ialah untuk tayangan umum di ruang tamu..jadi lah kau perhiasan selama-lamanya..( nak jugak tu tayang..subhanallah..mintak simpang perasaan riak dan yang sewaktu dengannya..) . p/s : yenna dey..tak kan simpan bawah katil kan..

Kalau dari awal letak dalam ni kan ke selamat..(selamat kalo takde tangan gatal yang nak tekan-tekan punat kat glass door tu or yang goncang-goncang kabinet tu konon-konon tengah bergusti dengan gergasi)









5 comments:

Unknown said...

kah kah kah..terbayang la insiden ni sambil baca..terbayang gak cara hg citer..sian tp cam kelakar...cam aku kesian yg berlaga tiang gol netball tp kelakar..ingat tak?? takper la..buh la selotep..simpan dalam almari tu dah ok tu

n.a.j.w.a said...

sian aku kan..asik insiden bongok-bongok je menimpa..weiii hg ingt lg insiden aku langgar tiang tu??oh..tlng lupa kan..lupa kan..malu aku..malu..hahahaha

ANAKIRANA said...

takziah hihihhi :)

apa lagi..petanda nak kena buat kc baru tu :P

genny da bomb said...

najwa n peristiwa lawak bangang/kesian adalah bagai irama dan lagu..hahahahaha..

dh kena buat kc tuh..kalo dok dlm kc jatuh jugak kena beli umah baru plak...kena la boss sponsor hihi

n.a.j.w.a said...

ana, ada sapa2 nk wat peraduan deko2 blogger x? sapa hit plng tnggi menang kitchen kabinet..hahaha

geny, wei..nk meleleh ayaq mata aku hg kata cerita lawak? cerita sedih ni..tngk tajuk tu..tngk..- Hancur Hati Den..x ke sedih bunyi nya?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails