Pages

Monday, November 8, 2010

Cuti @PD

Cuti 3 hari saya di habiskan di Glory Beach Resort, Port Dickson bersama family sebelah Encik Nazley..angan-angan nak golek-golek sambil update blog tepi kolam pastu jerit "Umar jangan kencing dalam kolam "tak menjadi kenyataan..mesti Umar rasa lega..bagus la mama tak memekak..sesekali Umar nampak  macam mulut mama tengah membebel-bebel tapi Umar tak dengar pape..Umar leka..sakan bercak-lempung dalam air..Orang ramai giler hokey..penuh manusia besar kecik mak anak bapak sume ada dalam swimming pool tu..riuh rendah hiruk pikuk mana nak dengar lagi dah suara hakak yang tunning volume dah rosak ni..

Dari kiri - Rafhana, Batrisya, Umar & Aydin
Bercuti ramai-ramai dengan family memang best..tapi..Glory Beach Resort ni  tak heaven bagi saya..pengurusan GBR ni pada saya sangat lah kedekut lagi bakhil..kaut untung semata-mata..kalo korang nak pegi bercuti kat PD, Glory Beach Resort ni tak berapa di sajes kan..pegi la tempat lain..ni 1st time saya dan family pegi GBR ni dan tak akan ada 2nd, 3rd or berapa times lagi pun selepas ini..full stop.

Ok..saya nak share sket la pasal ketidak puasan hati saya terhadap pengurusan GBR ni..

  • Breakfast - ada nasi lemak, kotiaw goreng, bubur, roti, sosej, bake bean dengan buah..saya bukan tak bersyukur dengan rezeki pada hari tu tapi, maybe GBR kena tuka tukang masak la. tak pun  GBR patut belikan buku resipi Chef Wan untuk chef GBR refer sebelum masak nasi lemak. dengan kotiaw goreng (faham-faham sendiri maksud tersirat saya) ..tak pun belajar saja lah wat nasi lemak dari Makcik Minah (mak mertua saya)

  • Breakfast lagi..saya rasa GBR kena beli mesin basuh pinggan mangkuk dengan pencuci Sunlight..sebab, sudu yang saya guna masa breakfast tu berbau hanyir macam deorang cuci main celup-celup je..uwekkk

  • Tempat BBQ - saya dan famili sangat lah terkujat-kujat sebab terpaksa ber barbecue dalam gelap ..dah la tak ada langsung tempat nak duduk-duduk... GBR sediakan tempat ber bbq di satu kawasan lapang macam court tenis or bola tampar dengan bayaran 70 hengget untuk tempat bakar dan arang sahaja. lepas dekat setengah jam baru deorang pasang lampu..tu pun sebiji je sport light. untuk terangkan semua kawasan bbq tu.serius hakak yang rabun ayam ni tak nampak ayam yang tengah bakar tu dah masak ke belum..mujur la ada torch light. takde tempat duduk tu satu hal la..seb baik dalam kete bapak mertua ada surat khabar lama..bole la buat alas..lepastu hero-hero family yang perihatin bersusah payah naik apartment kami kat tingkat 4 usung bawak turun kerusi..

Cukup la saya highlight 3 komen tu je..kalo nak tau lebih lanjut, sila lah bercuti di Glory Beach Resort,Port Dickson lepastu bole tolong sambung komen di atas kasi berjela-jela sket..peace 

Pemandangan dari tingkat 4 blok D. Chalet kat belakang tu ialah Lagend Water Chalet. Seb baik muka penulis tak nampak jelas..ada sebiji "nandek" tumbuh di dahi sempena Deepavali..






Umar dengan Aydin..geng kamcheng

Dessert masa BBQ - Dadih mango dengan custard puding berkuah susu hangit buatan saya..

Apam cokelat..comel dan sedap..saya tempah dari individu yang tak dikenali..





2 comments:

genny da bomb said...

hahah..puding kastad susu hangit la plak..mcm2 la hang ni hehehe..

udahku bilang nggak besttt..nape pegi jugak hahaa

n.a.j.w.a said...

geni, mcm yg aku sms aritu la..1st buat ikut resipi kuah tu x jadi..buang seperiuk..2nd time buat dh elok jadi, terhangit la pulak..tp dh x sempat nk p bli susu lg hentam sajalah..

mana ada hg bilang tak best..hang bilang cekgu pi kursus kt situ jek..x bilang pun best ke x :p

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails