Pages

Tuesday, November 30, 2010

Bahaya Taik Lalat Di Kaki

Kata orang kalo ada taik lalat kat kaki, orang tu suka jalan-jalan..bukan jalan-jalan keliling rumah atau jalan pegi rumah jiran sebelah ye..tapi jalan-jalan makan angin keluar asap..(cepat check kaki sendiri..)..opsss..ada..ada..kiri kanan kaki mokcik ada taik lalat..sah...memang bahaya..bahaya!! 

Lately, saya banned website Airasia..tak mau tengok..tak mau jengok..jeling pun tak mau..tak mau..tak mau..tak mau..tapi, tadi tertengok jugak..oh noooooooo..saya terlihat ini...



Xperience New Zealand!

Get ready for the greatest adventure of your life with AirAsia X that’ll be flying to the Realm of New Zealand soon!
New Zealand offers the great outdoors with some awe-inspiring landscapes, breathtaking coastline and jaw dropping mountainous regions. The best part is that it’s all within a short drive from most of the cities.




If you are looking for an adrenalin rush, New Zealand offers some of the most spectacular extreme sports; from bungee jumping to long boarding, surfing, big game fishing, white water rafting, high altitude mountaineering and many other physically challenging activities. You can rest assured that after all that you will still be craving for more!

But if its relaxation you seek, it’s pretty much easy to immerse yourself in the magic of this laidback land that is steeped in culture that you can get lost in its mesmerising traditions. There’s more than to New Zealand culture than just the Haka dance of the Māori tribe; the depth, warmth and allure of that resonate through the people will make you feel right at home.

So why wait and wonder, sign up now to be one of the first to know when AirAsia X flies to Christchurch International Airport, New Zealand!

Ahh..terus  kena penyakit jiwa kacau..ni wabak dari taik lalat bahaya tu la..simptom utama - mula berangan-angan (saya banned web airasia tu sebab takmo penyakit jiwa kacau ni la)..

Eh, kalo korang pun ada banyak taik lalat yang dalam kategori bahaya tu, apa tunggu lagi..remove cepat taik lalat tu..tak pun, sign up je kat sini . peace...

Ni sorang lagi yang ada taik lalat bahaya..belum apa-apa dah seret beg..

Monday, November 29, 2010

Penggemar Kek Sedunia

Saya suka makan kek..saya suka makan kek..saya suka makan kek (ulang 365 kali selama setahun)..saya bukan setakat suka makan tapi saya juga pandai buat kek (poyosss)..cakap aje nak makan kek apa..ewahhhhh.. (encik nazley sure mencebik kalo dengar statement saya ni) dah saya tak pernah tunjuk skill keterer-an saya itu of course la encik nazley mushkil kan..selama 6 tahun ni dia asik tengok saya baham kek yang dah siap dibeli atau diberi aje..

Well..since kawen saya tak rajin nak bergelumang dengan tepung kek segala tu sebab kat umah takde oven..bila nak beli oven encik nazley tak penah tunjuk tanda-tanda setuju sebab katanya nanti jadi perhiasan semata-mata..alaaa..suka la under estimate kebolehan i tau..ok..tu reason sampingan sebenarnya..main reason ialah..saya ada adik ipar yang pandai buat kek..cakap aje nak kek apa..sume dia bole buat...cakap nak bentuk apa..doremon? pokemon? digimon? petik jari..tinggggg..siap!!!!

Kini..Sua Rasa Homemade adalah penyelesaian kepada kegilaan dan kekemarukkan saya terhadap kek dan yang sewaktu dengannya..sedap dan enak juga dijual dengan harga yang berpatutan..

Chocolate Moist Cake - my favy

Choc Moist with Strawberry

Cheesy Cup Cakes - paaaaaling saya suka..base - biskut Oreo, middle - creamy cheese and on top - choc melted..yummy..yummy..pstt..ini kek birthday encik naz..

Chocolate Ball

Spiderman Cup Cakes suitable for boboi's birthday..for gegirl bole oder cup cake Barbie, Dora atau apa saja base on interest macam dibawah ini..

Nahhh..untuk penggemar bola sepak..tunjukkan sokongan anda terhadap club kegemaran anda..

Door gift suitable in any occasion (price base on your budget)

Choc chip cup cakes


Penggemar kek sedunia..apa tunggu lagi..oder sekaranggggg dengan servis PENGHANTARAN PERCUMA* 
CALL 013-3688799 (LIZA)
 ..atau..boleh juga oder melalui blog saya ini  (saya ejen merangkap tester tak bertauliah.. p/s to Chef Liza - psttt..komisyen pls..25%  jadi la :p )

*Subject to terms & conditions

Saturday, November 27, 2010

Mengidam..

Kesinambungan dari cerita present birthday Encik Nazley....

Well..seperti yang telah diceritakan..memang tak de pape hadiah berupa material mahupun hadiah kreatif lagi inovatif seperti yang di suggest oleh kawan saya Jj kerana keadaan yang tidak mengizinkan..u know i kknow sudah lah :p
Pada malam itu, kami ke Cyberjaya semata-mata untuk memenuhi selera tekak saya yang pada hari itu sangat ingin makan nasi arab..orang lain yang celeb birthay tapi saya yang hover mengidam nak makan kat Saba.. tapi saya lah yang belanja..tak kan suruh birthday boy yang bayarkan pulak kan..
Berpandukan alamat di bawah dan dengan bantuan encik google.. kami berjaya sampai ke destinasi dengan mudah walopun lokasi restoran ni agak terperosok ke dalam...

Saba' Restaurant
0-2, Ground Floor, Block A1,
Jalan Perdana, CBD Perdana,
63000 Cyberjaya, Selangor.

 Menu pada malam itu..

Khabsah Lamb regular size (RM15) enuf for 3 of us yang on diet..erkk.diet?..diet?? siapa diet ha??

Chicken Kebab (RM15)



Sedapppp..memang sedap Khabsah Lamb tu..habis licin menjilat pinggan..kebab bagi saya biasa-biasa saja.. kalo korang minat middle eastern cuisine, Saba ni recomended untuk dilawati dan jamu lah perut anda disana sepuas-puasnya..harga pun reasonable..tapi sampai hari ni saya tak dapat lupakan kesedapan nasi beriani Afgan yang saya makan di Jazeera, Manchester..kalo saya orang kaya raya sure saya dah pump modal kat tukang masak Jazeera tu  suruh dia bukak cawangan kat sebelah rumah saya..

Nasi beriani Afgan @Jazeera,Manchester..ehh..tangan siapa kan itu??


Wednesday, November 24, 2010

Hadiah Hari Jadi

24 Novermber 2010..

Happy Birthday to Encik Nazley..hari ni birthday asben saya yang ke 37..saya cuma hadiahkan ucapan "Happy Birthday" dengan air liur..ucapan tanpa apa-apa hadiah berbentuk material seperti tahun-tahun yang lepas..tahun ni saya mahu ubah ke method memperingati hari lahir dengan cara yang paling jimat..(kedekut nya kau najwa!!)

Umar yang belum bekerja mahupun bergaji (sekolah pun belum) tak lupa mengucapkan happy birthday pada ayahnya..naik atas katil..peluk ayah dan wish "Happy Birthday ayah"..diikuti dengan nyanyian happy birthday yang diulang-ulang dalam berbagai versi..


   Mungkin Umar rasa sangat kreatif bagi ucapan happy birthday lepas keluar dari toilet


Saya bukan tak nak bagi present kat asben tapi saya tak tau nak bagi present apa..ditambah pulak dengan hari ni berlaku kecilanatan yang tak di duga..RM550 terpaksa dikorbankan disebabkan oleh kecilanatan atau kebongokkan tragis yang berlaku..saya tak nak cerita apa ke halnya dengan kecilanatan itu sebab saya tak nak menuduh siapa-siapa tanpa bukti..dan kalo hal itu adalah disebabkan oleh kebongokkan yang tak disengajakan, ianya adalah kebongokkan paling tragis yang merugikan saya..apa pun saya tetap redha dan bertanggungjawab sepenuhnya di atas hal yang berlaku dan saya tak akan menyalahkan mana-mana pihak disebabkan oleh kecuaian saya sendiri.

By the way, apa hadiah birthday paling sesuai untuk lelaki umo 37 tahun??any idea??saya pernah letak soalan yang sama di facebook saya..respon yang saya dapat ialah....

 Najwa..apa hadiah besday paling sesuai untuk lelaki berumur 37 tahun??
    • Shakirin Mohd seorang lg anak!!
    • Ard Kbg dua org anak
    • Najwa ‎5 lg pun bole (belum ada rezeki ok)
    • Shakirin Mohd buleh2. sorang sethn. kalu lbh 40thn risiko
      Lynn Nordin Jam tangan...
      Najwa jam dia pakai Patek Philippe..aku mampu bagi Casio je..nnt mst dia x pakai
      Ard Kbg beli kat lelong dah..janji tulis patek philippe (ard, hanya Johari mengenal Maniam)
      Jimi Dan beli dia kapal terbang remote control
      Khairunisah Mohd Thiyahuddin ‎12 month ssubscription of his favourite magazine
      Najwa ard - xmo bg jam.. (dia baru beli jam yang kalo gadai bole buat kitchen cabinet idaman aku..arghhh)
      jimi - dh beli remote helicopter tp smp arini x main sbb heli tu asik terhempas..x reti nk control
      runi - 6 thn kawen x penah nmpk dia bli magazine
      Khairunisah Mohd Thiyahuddin wakakaka....some football magazine...? nat geo? rdigest?
      Jimi Dan set golf 
      Najwa dia x layan bola..tngk gitu2 je..dia minat F1..seb baik gak la skrng bkn musim F1 racing..kalo x kopak la i nk bg present tiket tngk F1.. (baru-baru ni ada ofer 50% off on F1 ticket tapi i takde bajet nak beli tiket grand stand)
      Najwa jimi, asben x main golf..
      Jimi Dan dia pandai main apa? bawak je gi makan kat mana2.. exclusive sedap..
      Najwa ntah la jimi..xtau dia pandai main apa..game kt henpon pun xreti main..kekeke..yg aku tau dia suka exercise - joging. yes..makan-makan..bagus idea hg..bole aku tumpang sekaki mkn..hihihi
      Khairunisah Mohd Thiyahuddin kasut nike/adidas paling terkini
      Syahrilsp Samsudin ajak gi candle light dinner,naik cruise tasik putrajaya......
      Najwa runi, dh ada..bru bli bln 5 aritu msa pg europe..any other idea? tiap2 thn pening pk nk bg present apa bla bday..
      syaril, idea yg menarik..Dondang Sayang Cruise
      Ard Kbg mekap keta dia
      Najwa ard, dr make up keta baik make up bini

At the end..takde pape present..kalo nak beli pun poket dah koyak rabak RM550 terbang nak beli apa lagi kan...saya tau Encik Nazley tak harap pun wife dia ni bagi pape present..cuma saya yang bila nama birthday je mesti tergedik-gedik nak bagi hadiah..pastu bila birthday sendiri memang harap asben bagi hadiah..hahaha..ni pengakuan ikhlas..(alaaa...korang pun mesti macam tu kan?? baik mengaku...) sebenarnya saya dah arrange 3 hari 2 malam percutian di Pangkor Island Resort bulan 12 nanti..i'll consider it as a special birthday treats and hope he will enjoy the holiday..and..i never forget to pray the best for him 5 times a day..doa bagi saya adalah tanda kasih sayang yang tak dapat dijual beli..peace

Monday, November 15, 2010

Concert cum Graduation

Sabtu lepas, again.. company buat launching..hari yang sama jugak tadika Umar (Kidzone) buat concert kat Alson Klana Conference Centre, Nilai..Nasib baik la saya berjaya melarikan diri secara sah lepas separuh hari kehulu-kehilir..bercakap..bercakap dan bercakap sampai kering tekak.so dapat la saya tengok persembahan Umar hari tu...Ahad  last day launching..8 jam setengah ke hulu-ke hilir, again  have to bercakap..bercakap..bercakap..so arini dah tak larat nak bercerita walopun kat blog tak perlu bercakap..

Mari tengok video dan gambar anak saya menari di konsert aritu..saya rasa sangat cute..








Umar rasa sangat hensem dengan baju macam baju M. Daud Kilau ni..raya tahun depan kita beli baju macam ni ye nak..


Rambut sama kembang dengan pipi..budak ni sangat cute..
Sambil jamu mata tengok persembahan anak-anak, mak dengan bapak jamu tekak sekali..ada lebih dari 10 menu!!!

Friday, November 12, 2010

Umar

Budak darjah 6 dapat result UPSR, Umar pun dapat result jugak..tapi darjah 0 la..tengok result anak bujang saya ni..ada yang meningkat..ada yang menten..ada yang merosot..merosot teruk result maths Umar..memang sah anak mama..

Dengan bangganya Umar tunjuk gambar kelas dia..bangga sebab Umar kata dia nampak putih dalam gambar ni..dan maknya dengan niat mahu berlaku jujur telah mengexplain yang keputihan Umar itu adalah kerana jasa baik dari flash camera..( tak pe..Umar tak kisah..janji dalam gambar ni Umar nampak putih)

Bangun pagi tadi saya tengok Umar dah letak gambar  ni dalam frame..

Maluuuuuu..bibir kena gigit semut

Tuesday, November 9, 2010

Hancur Hati Den..

Hari Jumaat lepas..

Saya beria-ria nak buat puding custard nak bawak pegi PD..percubaan pertama yang resipinya saya cilok dari blog Moon.  sebab nak cepat, saya bukak api besar-besar masa buat kuah puding tu..hasilnya, kuah susu tu berbau hangit!!! (sila kuatkan volume anda masa sebut perkataan "hangit"

Lepas insiden susu hangit..

Walopun kuah puding tu hangit..hati saya tetap berbunga-bunga (happy sebab nak pegi berehat) . Dan dengan hati berbunga sepenuh taman saya packing barang-barang nak bawak ke PD..masa keluarkan plastik jug dari kabinet dapo..grrrrrrr kelepum..pummm....pummmm...pummmmmm!!!. serius bikin kecopot jantung gue.. dengan sound macam tu bole anda bayangkan tak sebiji pinggan rolling dari dalam kabinet jatuh tejelepok atas lantai?? (cuba bayangkan..cuba..cuba..)

Saya? Terus terpana dan terkesima..nak menangis tapi tak berair mata..nak marah, nak marah siapa? marah pinggan? ok..mari kita marah pinggan..

Tu la kau  pinggan..nape kau tak break ? kalau kau break tadi takde la kau jatuh tergolek dog macam tu..

Tak puas hati, marah kabinet pulak..haaa..tu la kau kabinet..penuh lagi dengan barang-barang.. (nak jugak tu marah kabinet yang daif lagi innocent tu)

Tapi, kalau pinggan dengan kabinet bole marah tuan punya kabinet + pinggan..mesti dia cakap.. Tu la kamu..(sopan sket cakap dengan tuan kan..mana leh ber kau-kau)..buat la kitchen kabinet elok-elok..takde la kita kena berhimpit-himpit dengan periuk,cawan, gelas, pinggan, mangkuk, jug, blender, toaster, tupperware bagai dalam kabinet ni ..kabinet besar tak sampai 5 kaki kamu sumbat dengan segala harta tok nenek...sesak nafas itu yang tak sempat nak break tadi.. (p/s : dialog penuh imaginasi kesan suka tengok katun masa kecik-kecik..terbawak-bawak sampai dah jadi mak budak)

To make it worse..

Kan abang dah cakap bukak kabinet tu slow-slow.. (alaa..nak jugak Encik Nazley tumpang sound..menambah kelukaan di hati den..huhuhu..)

Kan bagus kalau Encik Nazley cakap "tak pe la..call la contractor kitchen kabinet tu soh pasang esok..abang sponsor"..muahaha..peace abang..peace..

Kalau pinggan Claytan yang  jatuh terjelupok tu saya tak rasa nak teriak pun..tapi..ni pinggan VERSACE.. walaupun tak ler mahal bebenor (masa beli ada diskaun)..tapi sebab beli jauh nun di Stoke on Trent yang ntah kurun ke brapa baru saya boleh sampai lagi ke sana..itu yang rasa nak teriak guling-guling..




Sebelum ke excidenan berlaku.. ni masa masih dalam box..5 bulan simpan pinggan ni dalam beg..raya punya pasal la saya kuakan pinggan ni sebab nak pakai..lepas tu dah tak simpan dalam beg lagi..(dah rasa macam nak salahkan raya pulak..debushh..debushh..tampar diri sendiri sebab tuding jari sana sini..)


Mari tengok apa jadi selepas ia jatuh tergolek dari paras 60 sentimeter dari paras lantai..

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-
-

-

-

-
-
Jeng jeng jenggggggggg

Hancur hati den..sob sob sob..


Kecederaan kekal tanpa boleh di plastic surgery kan lagi..


Lepas dah cedera dan tak bole nak diguna pakai untuk ditayang kepada tetamu di meja makan...(ada niat nk menayang..padan muka dah serpih pinggan kau) makanya tempat pinggan ini ialah untuk tayangan umum di ruang tamu..jadi lah kau perhiasan selama-lamanya..( nak jugak tu tayang..subhanallah..mintak simpang perasaan riak dan yang sewaktu dengannya..) . p/s : yenna dey..tak kan simpan bawah katil kan..

Kalau dari awal letak dalam ni kan ke selamat..(selamat kalo takde tangan gatal yang nak tekan-tekan punat kat glass door tu or yang goncang-goncang kabinet tu konon-konon tengah bergusti dengan gergasi)









Monday, November 8, 2010

Cuti @PD

Cuti 3 hari saya di habiskan di Glory Beach Resort, Port Dickson bersama family sebelah Encik Nazley..angan-angan nak golek-golek sambil update blog tepi kolam pastu jerit "Umar jangan kencing dalam kolam "tak menjadi kenyataan..mesti Umar rasa lega..bagus la mama tak memekak..sesekali Umar nampak  macam mulut mama tengah membebel-bebel tapi Umar tak dengar pape..Umar leka..sakan bercak-lempung dalam air..Orang ramai giler hokey..penuh manusia besar kecik mak anak bapak sume ada dalam swimming pool tu..riuh rendah hiruk pikuk mana nak dengar lagi dah suara hakak yang tunning volume dah rosak ni..

Dari kiri - Rafhana, Batrisya, Umar & Aydin
Bercuti ramai-ramai dengan family memang best..tapi..Glory Beach Resort ni  tak heaven bagi saya..pengurusan GBR ni pada saya sangat lah kedekut lagi bakhil..kaut untung semata-mata..kalo korang nak pegi bercuti kat PD, Glory Beach Resort ni tak berapa di sajes kan..pegi la tempat lain..ni 1st time saya dan family pegi GBR ni dan tak akan ada 2nd, 3rd or berapa times lagi pun selepas ini..full stop.

Ok..saya nak share sket la pasal ketidak puasan hati saya terhadap pengurusan GBR ni..

  • Breakfast - ada nasi lemak, kotiaw goreng, bubur, roti, sosej, bake bean dengan buah..saya bukan tak bersyukur dengan rezeki pada hari tu tapi, maybe GBR kena tuka tukang masak la. tak pun  GBR patut belikan buku resipi Chef Wan untuk chef GBR refer sebelum masak nasi lemak. dengan kotiaw goreng (faham-faham sendiri maksud tersirat saya) ..tak pun belajar saja lah wat nasi lemak dari Makcik Minah (mak mertua saya)

  • Breakfast lagi..saya rasa GBR kena beli mesin basuh pinggan mangkuk dengan pencuci Sunlight..sebab, sudu yang saya guna masa breakfast tu berbau hanyir macam deorang cuci main celup-celup je..uwekkk

  • Tempat BBQ - saya dan famili sangat lah terkujat-kujat sebab terpaksa ber barbecue dalam gelap ..dah la tak ada langsung tempat nak duduk-duduk... GBR sediakan tempat ber bbq di satu kawasan lapang macam court tenis or bola tampar dengan bayaran 70 hengget untuk tempat bakar dan arang sahaja. lepas dekat setengah jam baru deorang pasang lampu..tu pun sebiji je sport light. untuk terangkan semua kawasan bbq tu.serius hakak yang rabun ayam ni tak nampak ayam yang tengah bakar tu dah masak ke belum..mujur la ada torch light. takde tempat duduk tu satu hal la..seb baik dalam kete bapak mertua ada surat khabar lama..bole la buat alas..lepastu hero-hero family yang perihatin bersusah payah naik apartment kami kat tingkat 4 usung bawak turun kerusi..

Cukup la saya highlight 3 komen tu je..kalo nak tau lebih lanjut, sila lah bercuti di Glory Beach Resort,Port Dickson lepastu bole tolong sambung komen di atas kasi berjela-jela sket..peace 

Pemandangan dari tingkat 4 blok D. Chalet kat belakang tu ialah Lagend Water Chalet. Seb baik muka penulis tak nampak jelas..ada sebiji "nandek" tumbuh di dahi sempena Deepavali..






Umar dengan Aydin..geng kamcheng

Dessert masa BBQ - Dadih mango dengan custard puding berkuah susu hangit buatan saya..

Apam cokelat..comel dan sedap..saya tempah dari individu yang tak dikenali..





Thursday, November 4, 2010

Yahoooooo!!!!

Yesssss..akhirnyaaaaa.... (baca 6 harakat)

Tolong bagi laluan..ketepi..ketepi..esok saya nak cuti (cess..macam la haku sorang je cuti kan) lepas dah 3 minggu tak off langsung termasuk Sabtu & Ahad, hari ni hari ke 18 saya kerja..super duper extra aktif..tapi, sebab nak pegi makan kulli curry umah Datuk Sammy Vellu, so esok cuti..yea..cuti!! (sorry..teruja gilersss)..ni la rekod kerja tanpa cuti yang paling lama yang penah saya buat sepanjang 6 tahun keja kat company ni..kira pecah rekod sendiri la..

Honestly..saya dah nyawa-nyawa siput sedut dah ni..bukan company dera saya tak bagi cuti..bukan bos tarik muncung 18 inci pun kalo saya apply cuti setakat sehari..tapi saya sendiri yang terlebih rajin nak kerja direct tak cuti-cuti..( sshhhh..ada la udang sorok bawah capati ni..)

Ye..saya rajin bersebab..sebab apa? adalah..(senyum) tapi lately saya memang busy pun..sebab kementerian perumahan extra rajin tuka format mintak laporan pemaju dari setahun 2 kali ke setahun 4 kali..adehhh..ponek den..ponek..dalam minggu ni. tiap-tiap pagi liat aje nak pegi keje..rasa nak mc la..nak cuti la..tapi kenangkan sekarang tengah busy merangkak la jugak pegi ofis..company pun dah injek extra vitamin sejak bulan lepas..so tak bole la nak malas-malas kan..semalam bos dah assign project baru..siap saya bole pilih projek mana satu saya nak handle..as usual, kadang-kadang kebongokkan berlaku dengan sengaja..saya pilih projek yang banyak cekadak to handle..(bodosss)

Esok, hari untuk merehatkan diri..nak rehat sepuas-puasnya 3 hari.. saya nak pegi cuti-cuti Malaysia  last session untuk tahun 2010...insyaallah..saya dah membayangkan saya mengupdate blog tepi kolam renang sambil mulut membebel-bebel "Umar jangan kencing dalam kolam!!" bla bla bla..pastu saya makan..memerut..makan lagi..tido..bangun..makan lagi..tido lagi..ulang sampai cukup 3 hari..oh heavennya..

Dah kol 9.10am..alahai..tak laratnya..ikutkan hati nak je saya mengesot-ngesot sampai depan pintu umah..pakai kasut pastu golek-golek je badan sampai ke ofis..



Tuesday, November 2, 2010

Tak Ada Rezeki..

Kisahnya.. lepas menyoping sampai sipi-sipi nak gadai sebelah buah pinggang masa cuti bulan May lepas, saya pun tunggu la VAT refund..certain barang yang dishoping bole claim balik tax..amount yang di claim akan direimburse dalam credit card walopun most of barang yang dishoping beli pakai cash. saya tak pilih refund in cash sebab kat Stansted Airport cash refund tak applicable. ..proses nak dapat balik vat refund ni ambek masa dalam 6 minggu..

Lepas sebulan claim, rajin bebenor la saya check credit card statement account nak tengok dah dapat ke belum claim..lepas sebulan gitu, baru dapat claim tu satu persatu.. 1st claim yang saya dapat seciput je..RM4.38 sen je kot..lepas tu ada la yang amount nya belas-belas RM..last claim yang saya dapat RM80++...sebab nilai Pound dengan Euro sekarang rendah so kumpul-kumpul total memang tak banyak mana la VAT yang saya dapat tapi ok la dari tak dapat langsung kan..masih berbaloi jugak sebab harga barang yang dibeli before deduct vat tu pun dah sedia murah compare harga kalo beli kat msia..tapi saya tak dapat trace refund yang saya dapat tu untuk barang apa..kasut ke..perfume ke..make up ke..

Tapiiiii...ada satu vat refund yang paling ditungggu-tunggu tapi sampai hari ni tak dapat-dapat lagi pun..yang amount paling besar pulak tu..Kak Nor (kakak ipar) dah dapat vat refund untuk barang yang kami beli ditempat yang sama tu..tapi saya tak dapat-dapat lagi..saya pun email la sana sini nak check status refund saya tu..lepas beberapa bulan menunggu..ini reply email yang saya dapat dari Global Tax Refund..

Re: Re : VAT Claim (STN 19568-268.877671)
...
From:
"taxfree@global-blue.com"
...
Add to Contacts
To:

Dear Mr. Basri, (ni la jadinya bila panggil orang dengan nama bapak..aku yang wanita tulen lagi asli ni dah jadi nama lelaki)

We have checked our records using your data and have to advise you that, as of yet, we have not received your Tax free document at any of our offices.

There can be several reasons for this. The most common explanations are that the document is delayed, has got lost in the post or was sent to an incorrect address.

Both you as a receiver of the refund and we, the VAT refund operator, have a common interest in finding your form. If you can locate the form or help us trace it, we will support you by processing it as quickly as possible.

Please contact us again if you are able to provide any additional information or have any questions on the matter.


Yours sincerely,

Julia Hajickova
GLOBAL BLUE
Tourist Service


Saya cuma ada resit pembelian..mana ada copy claim form tu..tak terpikir la pulak nak buat copy ke apa kan..masa submit ada custom tolong check sume so ingat ok la.. 2 minggu lepas, saya sempat check harga barang yang saya beli  tu di The Gardens..tanpa vat refund pun saya dah jimat RM900.. jadi..sekarang anggap sajalah tak ada rezeki untuk jimat extra lagi RM200++...

Sob sob sob..mula-mula memang bengang la jugak..walopun dari awal Encik Nazley dah cakap "tak payah harap..ada..ada la.." pikir-pikir balik..haah kan..takde rezeki la tu..benda kalo yang bukan rezeki kita, jangan kata dah dalam mulut, dalam perut pun bole terkeluar balik..ye tak?

Monday, November 1, 2010

2nd Round Winner

Straight to point..Free Perfume Contest - status :: END::



2nd blogger yang akan harum semerbak secara percuma ialah..................

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-
-

-

-
-

-

-

-









Puan Geni, sila pilih salah satu perfume yang tak bertanda star dan contact saya untuk urusan penghantaran (perghhh..ayat skema cukup)


Kepada yang tak berapa bertuah kali ni, jangan keciwa..cuba lagi.. Nantikan peraduan seterusnya dengan hadiah yang lebih gedevass..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails