Saya keje dengan property developer..walopun bukan lah terer sangat dan not all in finger tips pun tapi am thinking that why not i write something yang related to my work and perhaps can brings u some sort of benefit by reading my blog.. ye..saya suka menulis dah berkongsi..kongsi suami?? opsss..no no no..tapi kongsi pengalaman, cerita, info, tips dan yang sewaktu dengannya saya amat berbesar hati.
Selama lebih 6 tahun dalam property industry ni, saya jumpa macam-macam pesen orang..macam-macam masalah berkaitan pembeli-pemaju yang kadang-kadang tak masuk akal pun ada..yang lawak..yang mendatangkan marah dan macam-macam lagi. last week, one of manager terpaksa pegi tribunal sebab sorang client ni dah buat aduan yang dia dipaksa sign Sale & Purchase Agreement..siap buat report polis..kisahnya, client ni beli rumah tak ukur baju dibadan sendiri.bila ada masalah nak dapatkan loan so dia nak cancel..as a developer, we have the right to forfeit his deposit..sama la macam kalo ko beli peti ais kat kedai A..dah bayar deposit sekali tak jadi nak beli sebab nak beli kat kedai B yang mungkin harga lebih murah..do u think u can simply get back ur deposit ? please refer to the terms & conditions when u tendered the deposit ok.
Back to cerita client tadi, lepas cancel, dia nak balik total sum deposit yang dia dah bayar..RM5,000. For me, its a lot of money.. berdarah bijik mata kalo nak kumpul sebanyak tu dalam sebulan dua. so saya faham lah betapa keciwanya si client tadi kalo deposit dia burn mcm tu je..Colleague yang attend client tu explain panjang lebar yang pihak company tak bole refund balik deposit tu since client tu dah sign SPA. dalam situasi dimana client gagal dapat loan, amount yang bole di refund ialah baki setelah ditolak 1% dari harga property yang dibeli. menangis lah bini si client tadi sebab tak dapat balik RM5k tu..dengan si suami pun hampir-hampir menangis..saya cuma lihat dan dengar..selagi colleague saya tu bole handle, saya tak kan masuk campur walopun saya rasa sangat tak reasonable bila client tadi mengeluarkan kenyataan yang dia "dipaksa" untuk sign SPA..hayo..di tribunal, judge soal client tadi dengan soalan
" ada kah anda diacu dengan pistol dikepala semasa anda tanda tangan Perjanjian Jual Beli tersebut?"
satu lagi soalan
"perlukah perkara seperti ini dilapor kepada pihak polis?"
hahahaha..client yang sorang ni memang buat saya gelak kuat-kuat..kesian pun ada..dia cuma menambah peningkan kepala tuan hakim di tribunal dan menambah banyakkan kes pihak polis untuk menyiasat...erkk..polis nak siasat ke kes macam ni?
Jadi, supaya anda tidak ditimpa nasib seperti di atas dan kemudiannya terpaksa bertindak merepot ke tribunal dan disoal seperti client diatas, sila baca tips berikut sebelum berkira-kira nak beli rumah idaman :
- Paling penting - ukur baju dibadan sendiri. kena tau setakat mana kelayakan kita nak dapatkan loan dan tahap kemampuan nak buat repayment to financier. jangan termakan pujukan sales person yang cakap dia bole tolong adjust loan anda. kalo agak-agak anda banyak komitmen tapi rasa mampu untuk beli rumah, sila rujuk kepada banker dulu tentang kelayakan anda untuk buat pinjaman sebelum membayar sebarang deposit. yang pasti, sales person takkan berbaik hati tolong anda buat repayment kepada pihak bank..
- Kenal pasti background developer - ada Advertising Permit & Developer License (AP&DL) yang valid ke tak. ni penting sebab prosedur nak dapatkan AP&DL dari Kementerian Perumahan sekarang agak leceh..kalo ada projek yang lambat siap akan dikategorikan sebagai "projek sakit" maka susah lah pemaju tersebut nak dapat kelulusan AP&DL.. (saya expert bahagian ini)
- Sila ambil tahu semua hidden cost seperti legal fees, stamp duty dan disbursement fees supaya anda tak terkejut beruk selepas mendapat bill dari peguam.
- Sila baca terms & conditions sebelum anda sign booking form. sesungguhnya sign booking form tak sama seperti anda sign autograph ( jika anda seorang selebriti )
- Sila ambil tahu dan fahami apa saja dokumen yang anda sign..mana tahu kan kalau suami anda dah berpakat dengan sales person untuk selitkan borang kebenaran nikah satu lagi dicelah-celah dokumen jual beli itu...hahaha..main reason is, ramai yang tak tahu apa yang dia sign...orang suruh sign, terus sign aje..tak mesti baca keseluruhan dokumen, tapi minta sedikit penerangan dari peguam atau pun sales person yang attend anda semasa sesi tanda tangan tentang dokumen apa yang akan anda sign..harus diingat, membeli rumah tidak sama seperti membeli ikan mahu pun murtabak di pasar ramadhan.
- Sila minta sales person terangkan dengan jelas pengiraan harga pembelian termasuk diskaun (jika ada) dan sila ambil tahu proses dan prosedur pembelian rumah ( cth : bila perlu bayar baki 10%, status tanah - leasehold atau freehold, perlu sign pindah milik (MOT) atau pun tidak, panel bank etc) tanya banyak-banyak soalan pun tak pe..bukan kena bayar cuma sales person yang tak friendly mungkin akan menyampah dengan client seperti anda..hahaha..sila report pada sales manager jika anda tak dilayan sewajarnya tapi ini bukan bermakna anda perlu dilayan seperti diva. ya..ada client yang mahu dilayan seperti maharani dan maharaja..serius..ini memang mendatangkan marah kepada sales person..so, sila sama-sama bersederhana.
- Sila simpan semua resit bayaran dan stamp copy dokumen yang telah disign. jika rumah terbakar, sila selamatkan dokumen-dokumen ini supaya anda tak menyusahkan pihak pemaju bila anda datang ke pejabat pemaju dengan muka 30 sen mahupun dengan muka beragasnya mintak copy dokumen. part ni, terima kasih kepada yang memberi kerjasama :-)
- Kenal pasti property yang hendak dibeli. bila anda pergi ke sales office, sila nyatakan kepada sales person jenis rumah yang anda ingini dan bajet anda supaya mudah sales person nak attend anda..sila buat site visit jika berpeluang berbuat demikian.
- Jika rumah yang anda mahu beli itu telah siap dibina, sila melawat rumah tersebut..tengok dan belek la puas-puas..tengok jika ada sebarang kerosakan mahupun ketidak sempurnaan terhadap binaan tersebut. sila finalize dengan pihak pemaju tentang defect liability period. bole juga tanya bakal jiran anda tentang reputasi maintenance works oleh pemaju tersebut..
- Bagi rumah yang under construction, sila tunggu dengan sabar selama 24 bulan dari tarikh Perjanjian Jual Beli..sila jangan kerap kali telefon pemaju tanya "bila rumah saya nak siap?" unless telah mencapai tahap tak siap-siap lepas tamat tempoh 24 bulan atau pun sejak beli rumah anda tiada progress atau pun progress yang slow mencapai tahap siput b*b*.
- Sila jangan appoint mana-mana contractor untuk renovate rumah mahupun hire tukang jahit langsir rumah baru anda sebelum rumah anda siap..
10 comments:
Nana suka entry nie.
Tekan butang LIKE seratus kali!
Yeah...
Heheh, hubby dah ada sebijik sarang burung.
Insya Allah, Na nak beli sebijik love nest yang tapak melekat ke tanah.
Nanti apa2 Na roger!!!
cik nana sayang, apa kaitan sarang burung bersama luv nest dgn entry di atas? akakmu ini kurang faham maksud tersirat..hehe
btw, tq..sila tekan butang LIKE 200 kali pun bole :)
hahah lawak soklan hakim tu...
betui la...sapa suh sign spa awal2...
lain kali tunggu loan dulu baru sign ..
ana, kan..gile lawak soklan hakim tu..kalo jd aku jd client tu, mst rsa menyesalnya repot kt tribunal..hehe
Rasa kesian gak kat client ko tu.. 5K beb.. tapi pelik gak mcm mana leh sign S&P sedangkan loan belum lulus.. aku dulu developer panggil sign S&P pas loan lulus.. hari tu sblm aku beli rumah teres ni, aku ada byr deposit 1K utk bli townhouse dkt deloper lain, nasib baik developer tu bagi balik 1K aku.. kalu tak mau aku nangis
zt, its normal kalo sign SPA b4 loan lulus. sbb lps sign SPA ada grace period untk apply loan & loan documentation.
Thank you Najwa for the good tips
Boleh guna untuk beli rumah idaman neh, nanti boleh jemput hang dtg barbeque :)
lia, more tips coming :) bagus la kalo tips aku berfungsi..hehe..btw, sila jgn lupa jemput aku ye..i like makan-makan..hahaha
Bagus btol tips nih, walopun jauh lagi perjalanan nak beli umah sendiri, nnt bley refer balik... (^-^)
lin, xpe..berangan dulu..nak beli sesuatu yang bermakna kena start dgn angan2 dulu..baru extra best :)
Post a Comment