Pages

Tuesday, August 10, 2010

Khatam..

Orang sedang berterawikh..saya berblogging..huhu..tapi, ini fitrah bagi wanita yang sihat dan normal juga yang belum "menopos"..sampai masanya tak bole solat, puasa dan yang sewaktu dengannya..ok..faham..

Selain azam tahun baru, bulan puasa pun orang suka berazam..sama jugak macam saya..buat atau tak, itu belakang kira..bukan ke niat yang baik juga mendatang kan pahala..hehe..salah satu azam saya - nak khatam quran.

Selama hidup 30 tahun, saya baru khatam quran 2 kali. Kalo tak silap, saya mula baca quran selepas abis baca mukaddam masa umo saya 9 tahun. kali pertama khatam kalo tak silap masa umo 17 tahun..kali ke 2 khatam masa umo 30 tahun. Dalam al-quran, ada 6236 ayat dan 114 surah. maknanya, kalo dikira secara purata, selama 22 tahun saya cuma baca 283 ayat dan 5 surah setahun bersamaan 24 ayat dan tak sampai 1 surah dalam sebulan..tu belum kira dalam seminggu atau sehari..masyaallah..

Untuk kali pertama khatam, mak saya cakap, biar khatam lambat pun takpe asal bole baca dengan lancar dan paling penting dapat baca dengan tajwid yang betul..kalo dapat faham maksud lagi la bagus kan. Umo 9-12 tahun, saya belajar mengaji dengan sorang ustazah nama Khalijah. malam, kena baca lagi kat rumah..mak saya nak dengar betul bole baca ke tak..kalo mak or abah tak free, baca dengan kakak saya - Kak Ani yang saya panggil "singa garang"..memang garang la..gelabak-gelebuk ayaq mata meleleh kalo mengaji dengan "singa garang" ni sebab mesti kena marah bila baca salah or baca tergagap-gagap. tapi, disebalik "kegarangan singa garang"..tetap ada hikmahnya..kalo tak sebab dimarah-marah, mungkin sampai sekarang saya tergagap-gagap lagi..

Umo 13 tahun saya duduk asrama..asrama penuh. bila balik cuti mak suruh mengaji lepas maghrib..kat asrama siapa nak peduli kan baca quran ke tak..itu yang jadi umo 17 tahun baru khatam. lepas umo 17 tahun, masuk "U"..duduk asrama lagi..kali ni lagi jauh..jaaarang balik kampung..bila telefon mak dengan abah selalu pesan "jangan lupa mengaji"..jawapan standard "insyaallah"..mak abah selalu tanya "mengaji quran tak?" jawapan standard lagi "bacaaaaa..." ye..baca memang baca..tapi cuma bila nak exam, tak pun bila teringat nak baca, tak pun bila gundah-gulana..selama 7 tahun macam tu la..

Umo 25 tahun, masa mengandungkan Umar..berazam nak khatam quran dalam 9 bulan..sampai la Umar lahir, tak khatam jugak..tiap kali masuk bulan puasa, azam lagi nak khatam..baca balik dari juzuk 1..saaaampai la dah 5 kali masuk bulan puasa takkkkk khatam-khatam jugak lagi...but finally, selepas 5 tahun..alhamdulillah..akhirnya berjaya jugak saya khatam minggu lepas..lepas bersungguh-sungguh berazam nak khatam sebelum masuk bulan puasa untuk tahun ke 6 semenjak kawen.

So, again saya berazam untuk khatam dalam bulan Ramadhan yang mulia ini..kepada anda juga, mari kita sama-sama cuba membaca quran sebanyak yang termampu di bulan yang penuh rahmat ini..amalan yang baik seharusnya berpanjangan dan bukan mengikut musim..tapi, apa salahnya kalo kita jadikan bulan Ramadhan sebagai titik permulaan untuk kebaikan yang berpanjangan..mudaha-mudahan..Amin..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails