Pages

Saturday, September 4, 2010

Raya Zaman Dulu vs Raya Zaman Sekarang

Ohhhh..tinggal 5 hari je lagi puasa..cepatnya..kalo masa kecik-kecik dulu, lamanya rasa bulan puasa..tiap-tiap hari kira hari berapa hari lagi nak raya..baju raya paling koman 3 pasang..mama abah bawak pegi GAMA kt Penang untuk shoping baju raya..time tu GAMA tu kira tempat shoping yang femes la jugak..sekarang ni tak tau la wujud lagi ke tak GAMA tu..masa tu, bila raya je sume nak serba baru, head to toe..kasut raya yang beropol-ropol pun sanggup pakai zaman tu..siap ada handbang kecik untuk letak duit raya..almost tiap-tiap hari bukak lemari tengok-tengok, belek-belek, try test baju raya sampai naik kepam. 

Bila mama buat kuih raya, mama kena sorok kuih raya tu espacially biskut cornflake dengan biskut ovaltine..kalo tak sorok alamat raya nanti makan seredak biskut aje la.. malam-malam, di bulan Ramadan,  sangat lah rajin pegi terawikh..kalo tak cukup 8 + 3 witir pun, buat 2 rakaat, rehat 2 rakaat sambung lagi 2 rakaat, rehat lagi 2 rakaat..witir laju je la sebab dah tau nak abis semayang terawikh dah..lepas terawikh, saya la orang pertama ambek moreh..

Bila raya, balik kampung mama dulu..time tu arwah opah ada lagi..kampung abah balik petang raya sebab dekat je dengan kampung mama..tak penah 1st raya kat kampung abah sebab atuk dengan nenek sebelah abah dah tak ada. kami 6 beradik kena pudek-pudek la dalam kereta Nissan Sunny plat AAS 2112...haaa..plat number pun leh ingat lagi. pastu malam raya memang meriah sebab bole main bunga api. dengan sepupu-sepapat yang saaaangat ramai..bayangkan mak saya ada 8 beradik tak termasuk adik-beradik tiri lagi..so memang meriah sangat bila kumpul ramai-rami..mercun saya tak main sebab masa tu saya ciken hearted..takut tebabooo meletup ilang pulak sume jari pastu nanti nak kawen dah kena sarung cincin kat jari kaki..

Itu cerita zaman dulu..sekarang..cepat sangat masa berlalu..macam baru je puasa dah nak raya. puasa tahun ni kurang 4 hari..harap-harap jangan la dah hujung puasa nanti bendera merah lagi. persiapan raya sangat sederhana..2 pasang baju kurung dah cukup..2 hari lepas punggah bakul baju yang belum iron, jumpa baju raya 2 tahun lepas..elok lagi..baru pakai less than 5 kali..so alamat akan di recycle tahun ni..saya sangat jarang pakai baju kurung ke ofis so sangat membazir kalo buat or beli banyak lai. yang untung, colleague saya sebab dapat melaram dengan baju saya..saya suka bagi baju yang dah tak nak pakai kat member ofis..dia pun sangat suka bila saya bagi baju saya kat dia..bila tengok dia pakai nampak cantik, rasa menyesal lak bagi..rasa nak mintak balik..hoihh..buruk siku!!! 

Sekarang, dah tak payah serba baru head to toe. kasut yang pakai hari-hari tu la kasut raya..unless jumpa kasut yang sangat berkenan dihati, maybe bole la beli..handbag pun sama la..eh, tahun ni handbag baru  lepas dah bertahun-tahun tak beli. tahun lepas, pinjam handbag mama masa raya. lepas tu, tak reti-reti nak pulangkan balik..hahaha..sebab mak saya ada selemari handbag. jadi, saya dengan kakak (saya ajak kakak ipar sama) "mari kita melaram dengan handbag mama"...  mak saya tak kisah..dia lagi suka..sebab nanti ada alasan nak beli handbag baru. tu pasal saya suka hadiahkan mak saya handbag masa besday ataupun raya..saya hadiahkan handbang yang ikut citarasa saya..ada udang disebalik nasi goreng rupanya..hihihi..

Kalo masa kecik-kecik dulu tak sabar tunggu raya sebab nak collect duit raya, sekarang bila raya rasa nak lari dari rumah sebab kena bagi  duit raya..hahaha..ishhh..tak de la camtu kan..nak tunjuk beza dulu dengan sekarang je. sekarang, bila raya kena la buat bajet "fund to give away". actually duit raya ni kita kena anggap sebagai sedekah..mudah-mudahan dapat pahala bila kita bagi orang duit raya. sikit ke banyak tak penting, yang penting IKHLAS. jangan bagi note merah semata-mata takut kena umpat sebab bagi note kaler biru. 2 hari lepas saya dah masukkan duit raya dalam sampul siap-siap...dah siap bundle ikut jumlah note dalam sampul. memang selalu buat macam tu so tak payah la time nak bagi baru kelam-kabut nak masukkan dalam sampul. kalo masa kecik dulu lepas raya sebok kira berapa collection nak masuk dalam bank, sekarang lepas raya menggigil jari tekan-tekan kat atm nak cek berapa baki tinggal dalam bank...hihihi

Bila saya dah besar, dah pandai godek-godek mixer, dah ada skill nak uli tepung sendiri, mama terus pencen dari buat biskut raya. i took over her place.. bila turn raya kat kampung saya, sehari sebelum raya saya buat la sejenis dua biskut raya..nak buat kat umah sendiri, tak cukup pekakas..sedap tak sedap, malam raya biskut raya saya dah tinggal suku..tak sempat nak pasang padlock bekas kuih raya tu, dah kena serang dengan Umar dan koncu-koncunya.. saya buat takat 2 jenis je..selebihnya, orang tolong buat..bayar aje la. dan tak la buat tiap-tiap tahun. tahun ni, dah sign kontrak dengan pembuat kuih so takde la buat sendiri walo sejenis pun. 

Ni tinggal 5 hari lagi nak raya, pegi terawikh kat masjid bole kira dengan jari berapa kali je saya pegi.  ada  la beberapa kali buat sendiri kat umah. Umar lagi rajin ikut ayah dia pegi terawikh..malu pulak kat anak bila anak tanya " mama nak ikut saya pegi terawikh tak ?" ..ingatkan bulan puasa syaiton dah kena ikat..ada jugak syaiton ni rupanya..balik keja terkocoh-kocoh nak masak, lepas buka, nak kemas dapo bagai, lepas tu nak basuh kain, lipat kain, iron bla bla bla..penat la..nak rehat la....tu sume alasan ciptaan sendiri. part ni bukan salah syaiton pun..sendiri yang malas.. huhu

Pasal lokasi beraya pulak..dah kawen ni lokasi 1st raya kena la turn-turn..so far belum sampai kena o-som  or baling dadu nak balik mana dulu. sebab masa mula-mula kawen dulu dah sama-sama agreed nak gilir-gilir dengan adil dan saksama. honestly saya hepi je raya kat mana-mana pun as long dapat beraya bersama keluarga pastu dapat makan ketupat dengan rendang. rendang mak saya of cos la sedap bagi saya..rendang mak mertua pun sangat la lazat..kalo raya kat kampung saya pun kena berpeluh ketiak sehari sebelum raya, macam tu jugak kalo raya kat umah mertua..kalo beraya kat kampung saya, pagi raya abah dah verbal list umah mana kami kena pegi beraya, beraya kat Melaka pun ada rutin tetap umah mana wajib pegi beraya..espacially umah "mertua tak jadi asben" yang hidang rendang kerang yang sungguh lazat ..pastu masa raya tahun 2007, kain langsir umah makcik tu sedondon kaler dengan baju raya kami bertiga. (sila refer gambar raya 2007)...hampes betul.. sipi-sipi nak blacklist umah makcik tu..so ikhlas di mulut dan dari hati, raya kat kampung saya ke, kampung Encik Nazley ke..dua-dua best je bagi saya.. kalo kecik-kecik dulu main bunga api sampai terkoyak baju raya sebab kena bunga api, sekarang malam raya layan anak main bunga api pulak..untuk raya tahun ni Umar dah pandai mintak mercun pulok..owhhh..no way..saya tak ingin masuk surat khabar mahupun Buletin Utama sebab mercun anak meletup tak on time..

Hmm..tu la serba sedikit beza puasa dan  raya saya dulu-dulu dengan sekarang.  Dalam 5 tahun kebelakangan ni, sama je..Cuba tengok gambar ni..yang berbeza Umar je la kot dengan kaler baju.. erkkk..asik bertiga je..bila la nak berempat ni ??





4 comments:

zt said...

cutenya umar masa 2007, rasa nak cubit je pipi dia :)

n.a.j.w.a said...

zt, cute kan..gebu geban time tu..aku bkn cubit dia lg dh tp "geget"dia..gerammmm..skrng, huh..dh kurus keding mcm cicak kobeng..

Rozelia Shariff said...

Kalu kat KL tmpt shopping paling best dulu ialah Globe Silk Store....skrg ni dh jd tmpt lalu je, kot ada yg nk shopping kat situ pun mat bangla..haha :D

n.a.j.w.a said...

lia, aah yek..Globe Silk Store..tempat wajib pg bila dtg KL msa kecik-kecik dulu..boring tnggu mak shoping, pi lepak dpn Globe tu dengar orang buta menyanyi sambil jual tisu..sedap suara depa nyanyi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails