Pages

Thursday, August 12, 2010

Puasa Makan..

Semalam, Umar cakap dia nak puasa separuh hari..puasa makan..bangun pagi sebelum pegi tadika abis la susu sebotol. lepastu suruh makan roti dia tak nak sebab katanya "saya kan puasa separuh hari"..

Petang masa ambek Umar kat neseri, sepanjang perjalanan balik umah yang tak la jauh pun dari neseri tu heboh dia cerita pasal puasa separuh hari dia.."saya tak makan pape pun kat school Kidzone.bla bla bla bla...." kata Umar lagi, dah sampai neseri tengahari baru dia bukak "puasa makan".

Hari ni, katanya nak puasa separuh hari lagi..tapi macam biasa bangun pagi minum susu abis sebotol. saya buat-buat tanya nak roti tak? dengan muka serba-salah perlahan dia jawab "nakkkk". sebab semalam dia makan nasi 4 suap je sebab kenyang "main" dengan sepupu dia (Aiman) so saya bagi la dia makan roti 2 keping..lepas makan (konon-konon sahur) bermula la episod "puasa makan suku hari" pulak.. bole la tu. tak tahu lah apa pulak cerita dia petang nanti..
Umar sekarang dah umo 5 tahun..dah bole la ajar dia puasa..saya akan start perlahan-lahan..maybe esok lusa bole kejut bangun sahur..bagi makan kenyang-kenyang sket..so pagi dia tak la mintak susu..bole la puasa at least sampai balik dari tadika kol 12.30pm. dalam 2 hari ni belum start sebab saya tak bangun sahur..sebab saya tak puasa..opss..malam sebelum tido dah siapkan sahur untuk ayah umar so ayahnya bangun sahur sorang-sorang..bukan saya tak nak temankan tapi kalo bangun pun dia suruh tido balik..ayah umar sahur yang simple-simple je..apa yang ada je..tak perlu masak nasi..1st sahur - 2 biji curry puff..sahur semalam - 2 keping roti gardenia kepit dengan telur goreng ala2 egg benjo. so sangat mudah..mak umar yang "mc" beberapa hari ni bole bangun tido pukul 7.30am..hehe

Bila masuk bulan Ramadhan, lazimnya memang mak-mak akan buat macam-macam taktik dan offer untuk ajar anak puasa..tapiiii, apa kata di bulan Ramadhan ni jugak kita ajar dan galakkan anak solat 5 waktu..bawah umo 7 tahun, kita ajar dulu seberapa banyak waktu yang bole..mungkin 2 waktu dulu..paling tidak 1 waktu..

Sabda Rasulullah bermaksud: “Suruhlah anak-anak kamu mendirikan solat ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah jika mereka enggan apabila berumur 10 tahun.”

Sekarang saya cuba ajar umar solat maghrib dulu..tapi, ada masa sebelum tido dia solat Isyak jugak..solat cara budak lah..penah jugak dia terbangun waktu Subuh, tengok ayah dia tengah solat dia pun ikut..masing-masing ada cara tersendiri dalam mendidik anak..terpulang pada individu nak ikut pendekatan yang macam mana. saya memilih untuk mengikut acuan dari mak saya..dan apa yang baik yang saya nampak dari orang sekeliling saya cuba praktikkan dan diadun dengan cara sendiri..perkara asas paling utama saya mahu anak saya pentingkan solat. kerana solat ialah perkara pertama yang akan dihisab apabila kita mati kelak...dari mata saya, walo sebaik mana pun kita dididik dan dicorak, warna hitam tetap akan terpalit walopun secalit dua..tapi asas yang baik akan  membantu membawa kita balik ke jalan yang lurus andai kita tersasar seketika..insyaallah

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails