Pages

Sunday, October 3, 2010

Open House


Gambar sekadar hiasan




Mahap ye kawan-kawan..saya tak dapat buat open house (refer kepada kawan-kawan yang dah 8 kali tanya bila saya nak buat rumah terbuka)..

Mahap juga kepada kawan-kawan yang nak datang beraya pada hari Sabtu lepas dan Sabtu semalam tapi saya tak bagi datang (sungguh kejam!!!) Heyyy..bukan tak nak kasi datang tau..tapi dah 3 kali weekend saya takde kat umah..pegi melahap kat umah orang..Semalam lepas keje saya pegi open house umah Kak Nana..ada barbecue daging rusa..sedappppp..Kak Nana ni senior masa sekolah menengah dulu..masa saya form 1, kak nana form 4..so dah 16 tahun tak jumpa..sekali Kak Nana duduk dekat je dengan rumah saya..dah setahun lebih berjiran baru 2 minggu lepas tau yang rumah kami setaman..kalo naik kereta tak sempat nak kentut pun dah sampai umah Kak Nana ni..pastu malam open house umah kak ipar  pulak (Kak Nor)..makan lagi..menu nasi beriani Saba' Setiawangsa..perghhhh..mavelesss..hari ni ada 2 jemputan open house tapi tak dapat pegi sebab keje..pastu malam ni family asben datang beraya..sekarang 4.15pm..saya masih di ofis..mesti Encik Asben tengah meleleh ayaq mata kupas bawang kat umah..hehehe..

Jiran and kawan asben datang umah beraya on weekdays..so kalo korang nak datang weekdays lepas keje bole aje..dun worri..saya ada kuasa hikmat 7 petala langit..bole je masak untuk korang walopun kalo korang datang hari berkerja.. kalo nak datang next Sabtu (9hb) bole jugak..tapi roger lah dulu..

Erkk..last raya hari Jumaat..haa dah nak abis bulan Syawal??? cepatnya..





No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails