Pages

Sunday, October 31, 2010

Pewangi Percuma Untuk Anda *Sticky Post*


Bloggers sekalian,

Am glad when u read my blog, more glad when u leave ur comments and moooooore glad when u click the advertisement :) oso to the silent readers, thank you so much eventho u've been silent but yet u still read and follow my blog...huh, macam la ramai sangat yang baca blog ni kan..but from nuffnang dan blog stats, it shows i have quite numbers of readers from all over the world..Malaysia (of cos la kan), Indonesia, Australia, New Zealand, Norway, Canada juga dari US..i kenot believe it but thats the truth..kalo saya tipu, please blame Nuffnang..tapi, yang dari oversea tu mungkin kenalan yang duduk or study kat sana..i guess..

Sempena Hari Raya Aidilfitri..I wish to show my appreciation for what u have done since i tak buat open house for my blog readers. So, saya nak bagi one of perfume di atas to blog reader yang....

Yang paling rajin baca dan click ads kat blog saya ni lah. Untuk melayakkan diri anda masuk ke dalam list penerima hadiah ini, please refer to the following instruction :
  1. Paste this entry at ur blog
  2. Leave ur comment at this entry as ur notification of the above step
  3. Click my blog advertisement (if any)
  4. Wait until i announce the winner
For the lucky winner, anda bole pilih ye nak perfume yang mana SATU yang anda mahu (subject to availability) except Pleasure . All brand new and Original from Estee Lauder. This offer starts and effective from the following period.

1st Round  : 22nd September until 30th September 2010 ::CLOSED:: (winner - KIRANA)

2nd Round : 1st October until 31st October 2010 (1 winner)

Saturday, October 30, 2010

...Jangan MUDAH Tertipu Dengan MONYET..


Few days ago..


Saya mengiklankan satu barang terpakai yang nak saya jual di mudah.my 

Dah nama pun mudah, memang sangat mudah nak jual barang kat website Mudah ni..lepas publish iklan, berduyun-duyun query email masuk..dah jenuh pulak nak reply (part ni tak berapa mudah).. tapi, dengan mudahnya, tak sampai 24 jam saya buat iklan kat Mudah, barang saya itu telah dijual dengan mudahnya..semalam iklan lagi satu barang, hari ni dah terjual..memang mudah la..sesuai  la dengan nama dia Mudah ..bole kira berapa banyak perkataan Mudah dalam entry saya ni?? motif - nak bagitau memang mudah jual kat Mudah ni..

Tapi, dalam masa mudah nak jual, mudah jugak nak kena "kencing" dengan orang yang takde keje lain selain keje nak menipu orang..dalam banyak-banyak email, ada la sorang mat saleh ni email saya konon sangat berminat nak beli barang yang saya nak jual tu..beria-ria lah si monyet saleh ni cerita dia nak beli...sampai sanggup nak bayar extra..saya panggil monyet sebab dia lebih monyet dari monyet..faham? tak faham tak pe..abaikan..back to story si monyet..abis cerita nanti mesti faham..mula-mula saya tak syak apa-apa..

dia mintak saya anta banyak sket gambar barang yang saya nak jual - saya attach thru email..
dia tak mintak nego price - bagus lah.. 

Bila sampai part dia dah confirm nak beli saya syak ada yang tak kena..saya terus layankan aje nak tengok apa si monyet ni cuba nak buat sebenarnya..


Penat la pulak nak cite..sila baca email dibawah..













From: John James <jhnjms9999@sify.com>
To: Khairun Najwa <najern80@yahoo.com>
Sent: Fri, October 29, 2010 1:19:59 PM

Subject: Re: Reply: Used Item For Sale

Thanks for your mail..I will proceed with the payment immediately.Kindly end the auction immediately since you have decide to sell the merchandise to me and also get back to me with your home address so i can forward it to my shipping agent for the pick up.

John

On Fri, Oct 29, 2010 at 6:42 AM, Khairun Najwa <najern80@yahoo.com> wrote:
I'll email u my address once your payment has been appear in my PayPal account..

Najwa

From: John James <jhnjms9999@sify.com>
To: Khairun Najwa
Sent: Fri, October 29, 2010 1:42:38 PM
Subject: Re: Reply: Used Item For Sale

Thanks for your mail..I have send the payment into your account and the money has been deducted from my account,i think PayPal should have notify you by now about the payment confirmation.You have to follow PayPal Instruction in the payment confirmation email sent to you from PayPal order to receive the whole money into your account.

John


Re: Reply: Used Item For Sale
...
Photo for Khairun Najwa
From:
Khairun Najwa  
...
Add to Contacts
To:John James


Thank you..F*** u monkey!!


regards,
Najwa


END.



Orang berbaik hati nak beli siap dah buat bayaran extra tapi saya reply dengan bahasa yang sangat kurang sopan..macam cari gado tak??

 Mari tengok notificatiom email yang katanya dari PayPal

_______________________________________________________________________

Notification of An Instant Merchandise Payment Received from John James
(Transaction ID: 5X472815E1267414M)

From:
PayPal Intl. @emailaccount.com>
...
Add to Contacts
To:najern80@yahoo.com

https://www.paypal.com/us

Hello Khairun Najwa,

This email confirms that you have received an Instant payment of RMX,X00.00 MYR
from John James (jhnjms9999@sify.com) via PayPal MERCHANDISE Payment Service.

Reversals : This method of payment can not be reversed.

____________________________________________________________

Nampak tak apa monyet ni cuba buat??? Nampak? Tak nampak? 







Si John ni cuba "kencing" saya dengan notification dari PayPal palsu..tengok kat domain address dah tau payment notification tu dari PayPal yang "fake".. 

Cuba compare email di atas dengan email dibawah..Ini email dari PayPal yang "ASLI"..saya paste heading saja ok..



From:
"service@intl.paypal.com"   
...
Add to Contacts
To:Khairun Najwa Hassan Basri


PayPal




Nampak tak? Kalau tak nampak jugak anda memang berpotensi tertelan kencing penipu cyber macam si John James nih....hati-hati dong!! Dia bukan nak barang yang saya jual tu..tapi dia nak saya punya particular - HOME ADDRESS- untuk tujuan penipuan yang seterusnya..


p/s : nama penuh saya disembunyikan disebalik kaler merah itu dengan  tak ada alasan yang munasabah..saja je nak poyosss

Beware with this spectacles stealing monkey



Thursday, October 28, 2010

Projek Deco Dapur

Aritu, tiba-tiba datang mood nak mendeco dapur...nak buat dream kitchen kabinet la konon..congak-congak..kira-kira..dapur sekangkang kera..mesti tak la sampai beribu-riban..kira lagi..agak-agak tak lebih RM6k kot kabinet plus kitchen appliance. 

Bila datang je ilham nak mendeco tu, sepantas kilat call contractor soh datang ukur dapur..salah satu advantage kerja dengan developer, ada contact dengan contractor..bole la dapat harga staff..katanya la..lepas setengah jam call, datang la contractornya buat ukuran..esoknya dapat design dengan quotation..lepas tu contact lagi contractor lain mintak quotation..bole compare..lepastu baru bole decide kan..

Hasilnya..

Design




Quotation :

Contractor A - RM 5,900 (ABS with solid surface, 12 inc handle including accessories) + free hob & hood installation
Contractor B - RM 6,300 (Nyatoh Ply with Nyatoh Ply surface excluding accessories)
Contractor C - sampai hari ni tak bagi quotation.. tak nak bisnes kot.. - REJECT!
Contractor D - RM 4,863 (ABS with fomeca surface, 5 inc handle including accessories) + free hob & hood  installation

Hood dengan hob paling koman RM900..brand Aerogaz..apa punya brand tah..tak familiar so tak fofular kot..up sket, brand PHI by Pacifica..between RM1.4k - RM2.4k...tu tak masuk oven lagi..nak uprgade lagi, brand Fagor or up lagi brand BOSCH..barang baik, harga pun baik la..

Bila diambil kira dari berbagai aspek, quotation contractor A is the best..tapiiiiiii..bila campur dengan hob, hood dan oven yang brandnya dipercayai berkebolehan dan berkeupayaan bekerja worth dengan harganya, total sume up to RM10,000 !!!! kalo tak pasang oven, kurang la sket cost tapi RM8,000 la jugak (garu kepala).. dapur kecik seketot sekangkang kera je pun mahey nak mampos kitchen kabinet..bukan pakai solid wood pulak tu..Melamine ABS je pun..

Lepas terkedu tengok angka yang tak disangka, pikir-pikir..tido dulu ambek ilham lain..ok la..the decision is.... pospon la dulu projek deco-deco dapur ni..sebab tiba-tiba datang projek lain dalam kepala.. baekkkkk punya projek..saya ni ibarat contractor kelas F yang modal sejemput tapi projek kiri kanan atas bawah nak buat..tapi sebab saya ni berpegang pada motto sekolah saya dulu - TEKUN USAHA JAYA, makanya saya selalu YAKIN BOLEH..chaiyok..chaiyok..




Wednesday, October 27, 2010

Anak Oh Anak..

Pagi tadi..

Umar siap-siap nak pegi tadika..dia mandi sendiri..pakai baju sendiri..sebelum anta ke tadika, saya betulkan baju dia yang tak berapa nak kemas..maklum la budak umo 5 tahun bersiap sendiri kan..tapi, rambut memang kemas..siap pacak-pacak..kalo tak pacak pun memang neat la dengan gel bagai..siap sembur pefume..ala..perfume budak-budak..

Masa betulkan baju Umar, sebelah tangan dia dalam poket seluar..saya suruh keluarkan tangan sebab nak tarik baju dia masuk ke dalam bagi kemas sket..tapi dia tak nak kuakan tangan dia..saya suruh kali ke 2..dia tak nak jugak..saya cuba tarik dia keraskan tangan dia..muka dah lain macam..so saya tau dah..mesti ada benda dia sembunyi dalam poket..

Saya - Umar ambek ambek barang kawan ye?
Umar - (diam)
Saya - Umar ambek barang kawan ke? (nada keras sket)
Umar - (diam denga muka stone)
Saya - Umar ambek barang kawan ni..keluarkan tangan!! (suara kuat lagi keras dan tegas)
Umar - (keluarkan tangan dengan muka cembeng-cembeng)

Benda yang dia sorok tu bekas pencil lid..confirm bukan Umar punya

Saya - kenapa ambek barang orang ha? kan mama dah pesan banyak kali jangan ambek bawak balik barang orang (dengan geramnya saya cubit tangan Umar)
Umar - (huwaaaaaaa..menangis dengan kuat)
Saya- Diam!!! kan mama dah cakap tak bole ambek barang orang. tak bole curi..berdosa..nanti Allah marah..bla bla bla (khutbah hari Rabu)
Umar - (diam)
Saya - lain kali nak buat lagi tak?
Umar - (geleng..sambil air mata lebak-lebuk keluar berjurai-jurai)

Saya cukup marah kalo Umar bawak balik barang yang bukan dia punya..bila tanya dia jawab "kawan bagi"..saya memang akan siasat sama ada betul kawan bagi , dia mintak so kawan pun bagi or dia ambek dalam kata lain "curi"..memang ada habuan special lah kalo dia buat perangai tak senonoh mintak barang orang or ambek tanpa permission...sebab dah selalu pesan jangan buat perangai tak senonoh macam tu..nak apa-apa bagitau mama atau ayah..kalo perlu beli mama dengan ayah mesti akan belikan..kalo tak perlu kami akan terangkan supaya dia faham.

Macam pagi tadi, dia tak jawab bila saya tanya..saya dah faham sangat dah perangai budak bujang sorang ni..dah bole trace reaksi dia kalo buat benda salah..baru sorang anak pun saya dah rasa mencabarnya nak didik anak..saya rasa sangat hebat mak-mak yang anak berduyun-duyun tapi berjaya didik anak mereka jadi anak-anak yang berkualiti..




Tuesday, October 26, 2010

Koleksi Video Peribadi

Video peribadi?? Video18XYZ ke? Tajuk macam panas je kan..apa ko hingat aku nak letak video macam Ariel Peterporn??  hilang akal ke apa..

Godek-godek handphone..jumpa video-video lama..jadi, saya upload kat blog ni..nanti dah tua bengot  pun bole tengok lagi video-video ni..kalo biar dalam handphone, biasanya bila tukar handphone, dengan video sekali hanyut ntah ke mana..erkk..tuka handphone??..yah..yah..saya aim yang "itu"..aku nak itu.."aku nak itu..aku nak jugak!!" (teringat dialog monyet dalam cerita teladan kat tv masa kecik-kecik dulu..cerita monyet makan cili)

Video 1
Penah bercita-cita nak jadi wartawan cum pengacara Majalah 3 macam Wan Zaleha Radzi..hajat tak sampai so berangan la sendiri-sendiri konon tengah buat liputan..
Lokasi : Shanghai Expo 2010



Video 2
Lagu paling sedih lagi menyayat hati bertajuk "Lompang Longlai"
Lokasi : Restoran @Suzhou


Video 3
Silk blanket
Lokasi : Silk Factory, Suzhou



Video 4
Mari gelakkan Umar..
Lokasi : Langkawi Mall

Sunday, October 24, 2010

Have A Try..No Regret

Darah merupakan ciptaan dari Allah S.W.T dalam tubuh makhluk bernyawa yang sangat unik dan  sangat bernilai hingga tak bole dinilai dengan duit, emas, berlian atau apa saja yang bernilai..kalau kita kehilangan darah, bukan bole pegi hospital mintak nak beli darah..doktor juga tak bole ambek darah lembu atau kambing tansfer ke dalam badan manusia..hospital pun bila kehabisan stok darah jenuh buat kempen mintak orang derma sebab darah tak bole di oder dimana-mana..

Sebab tu lah stok darah sangat penting bagi Pusat Darah Negara untuk disalur ke hospital-hospital..dan sebab itu jugak kita yang sihat dan berkelayakkan untuk menderma digalakkan dan diseru untuk menderma darah..kalau kita tak ada duit nak bantu orang yang memerlukan, kita bole sedekah darah kita..dapat juga membantu dan pada masa yang sama insyaallah dapat pahala kalau kita derma dengan hati yang ikhlas..Korang penah derma darah tak? Kalo tak pernah, meh try sekali derma..


Sebelum derma, mari kita check apa syarat untuk jadi penderma..

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PENDERMA DARAH
  1. SIHAT PADA HARI PENDERMAAN
  2. BERUMUR 18 HINGGA 60 TAHUN
  3. BERAT BADAN 45 KG
  4. TIDUR MELEBIHI 5 JAM
  5. TIADA MASALAH PERUBATAN SEPERTI PENYAKIT DARAH TINGGI,JANTUNG,   KENCING   MANIS ATAU MENJALANI PEMBEDAHANKURANG DARI 6 BULAN DAN SEBAGAINYA
  6. TIDAK MENGAMBIL SEBARANG UBAT DAN ANTIBIOTIK DALAM TEMPOH SEMINGGU SEBELUM PENDERMAAN.
  7. TELAH MENGAMBIL SEDIKIT MAKANAN SEBELUM MENDERMA
  8. DARAH.
  9. BAGI WANITA: TIDAK MENGANDUNG ATAU TIDAK DATANG HAID.
  10. TIDAK MENGAMBIL MAKANAN/MINUMAN BERALKOHOL DALAM TEMPOH 24 JAM.
  11. PENDERMAAN TERAKHIR ADALAH LEBIH 3 BULAN
  12. TIDAK TERLIBAT DALAM KEGIATAN :
  • HUBUNGAN SEJENIS (HOMOSEXUAL)
  • HUBUNGAN JENIS DENGAN KEDUA-DUA JANTINA (BISEXUAL)
  • HUBUNGAN JENIS DENGAN BERBAGAI PASANGAN ATAU PEKERJA SEKS KOMERSIL / PELACUR.
  • PENYALAHGUNAAN DADAH SECARA SUNTIKAN
  • MENJADI PASANGAN HUBUNGAN JENIS GOLONGAN DI ATAS.
BUKAN WARGA NEGARA: MENETAP DI MALAYSIA SEKURANGKURANGNYA 1 TAHUN SECARA BERTERUSAN.

Ada orang takut nak derma sebab takut tengok jarum..meh tengok macam mana nurse tu cocok lengan nak ambek darah kita..


Pusat Darah Negara, 20/06/2009 ; 12:14pm
Jenis Darah : O

Simple procedure je kan..sakit macam kena gigit semut je..amacam..ada berani?? come on..have a try..no regret :) kali pertama saya ke PDN kalau tak silap tahun 2001..berterusan hingga sekarang..Alhamdulillah, tak ada apa-apa side effect yang memudaratkan kesihatan..rasanya lebih sihat sebab setiap kali darah kita keluar dari badan, darah baru akan terhasil semula..

Kebetulan masa tengah buat entry ni saya dengar di radio era ada kempen derma darah.. Stok darah Jenis A tengah kritikal.. ayuh dong..derma darah yok..

Saturday, October 23, 2010

Ayam Goreng Dari Manchester

Bukan ayam goreng tapi tepung goreng ayam sebenarnya..macam kat bawah ni..

sila tengok..


Benda alah ni beli di kedai orang Pakistan di Manchester..dun wori, halal ok...giler jauh kan beli tepung je pun..sedap ni..serius lazat..enak menjilat jari..Kakak ipar beli botol besar godang, saya beli botol kecik ni je..so padan muka, sekarang fried chicken coating tu dah nak abis..tinggal suku..kalau ada siapa-siapa ada nampak tepung goreng ayam berbrand "TEX'S" seperti diatas jual dimana-mana pelusuk di Malaysia ni, tolong roger-roger saya ye..saya cari di Carefour, takde..Tesco,takde..Giant, takde..Cold Storage, pun takde..haih..memang tak ada la..tak payah cari..

Saya tengok entry info percutian  yang saya buat ramai yang baca...   So, ni kira satu lagi info percutian la..siapa nak pegi Manchester..masukkan la tepung TEX'S ni dalam list barang yang nak dishoping..beli je botol besar godang...gerenti tak menyesal..kalo tak nak beli untuk diri sendiri, tolong beli untuk saya lah..muahahaha....peace :)

Monday, October 18, 2010

Kek Coklat Yang Lazat

Attention semua..

Siapa nak makan kek coklat yang lazat dan enak berkrim disukai ramai, sila la oder dari Chef Liza, serius sedappppppppppppp..dah la sedap..full of chocolate..tebal..padat..moist..creamy..MURAH pulak tu..jimatkan pengunaan gas mahu pun elektik rumah anda..maksudnya, tak yah susah-susah buat kek sendiri..call aje..oder..tunggu delivery..dah sampai, bayar, potong dan makan..mudah kan..apa tunggu lagi..

Oder sekarang di SINI

Sementara tunggu kek anda sampai..jemput tengok kek yang saya oder..

Sebiji kek ni saya bole abiskan sorang je..yummy!!

Saturday, October 16, 2010

Magika


Saya dah tonton filem Magika ni..the first musical film in Malaysia..walopun separuh jalan Encik Nazley dah tertido, bagi saya not bad la Magika ni..beautiful cinematography, flawless CGI rendering, good acting and catchy songs. This musical retelling of our very own local fairy tales..filem tempatan yang bole dibanggakan dari segi  teknik dan idea..hey come on..bagi  la sket sokongan kat filem tempatan..dengan bajet yang  terhad, its not fair to compare Magika dengan Narnia or Alice in Wonderland..

Its  a musical film dalam kata lain, singing dialogues...memang la boring bila sekejap-sekejap menyanyi aje kejenya..scene bercakap yang best bagi saya ialah scene antara Puteri Gunung Ledang (Ning Baizura) dengan Bendahara Melaka (Sabri Yunus) sebab saya memang gelak la time scene ni..tak nak komen panjang-panjang..cukup saya cakap ok la..bole bagi thumb up to the youngest of  the KRU brothers, Edry Abdul Halim as a director....tapi, thumb down to the director of filem tajuk "asal bole" dan poster "amat senonoh" macam di bawah ni..


Ishhh..sape punya filem tak semenggah ni?? 

Sinopsis Filem Magika :

Ayu and Malik, two sibblings is going through their darkest moments of life when their beloved mother just passed away. Malik feels so depressed believing he was the main cause of his mother’s death. During one of the evenings after a fight with his sister, Malik left to take a stroll in the forest. On and on he went until he realised he was lost and the next very moment, he appeared in another dimension called Magika.

Not only had he gotten himself lost, he was captured by a Nenek Kebayan and her follower, Awang Kenit. He is now subjected to be used as an experiment by the Nenek Kebayan to produce Essence of Youth made of human child’s tears. Upon hearing Malik’s cries for help, Ayu rushed to help her brother and she too is sucked in the Magika mystical land.

Ayu had to endure various types of challenges and obstacles in finding and to save her brother in her journey in the Magika world. And so begins the encounters of both the siblings with famous Malay heroes and myths like Badang, Dragon of Tasik Chini, Nenek Kebayan, Puteri Bunian, Pak Pandir, Hang Tuah and the Warriors of Melaka, Puteri Gunung Ledang, Bawang Putih and a lot more characters. The irony of it, all these characters actually sing in their conversation with each other!

Thursday, October 14, 2010

Tips Gigi Sihat

 Sila tanya doktor gigi untuk tips gigi sihat.. kenapa kena jaga gigi??

Jawapan saya supaya gigi kita jadi begini
dan tak jadi begini..

Bila gigi jadi sedih macam di atas ni, bole datangkan macam-macam masalah..sakit gigi, gigi berlubang, gigi rongak  atau pun...mulut akan berbau "harum" hingga orang yang bau rasa nak lari 150 meter jauh dari kita..saya ada satu cerita..

Kisahnya..

Jumaat lepas, bos suruh saya ke Cyberjaya untuk ke project launch..survey-survey projek ni bukanlah keje saya..patut orang marketing lah yang buat..tapi disebabkan oleh marketing mananger tengah best garu ketiak garu montot kat US makanya bos saya lah kena pegi..tapi bos saya pulak ada urusan lain makanya disuruhnya saya pegi dengan alasan pada hari itu saya nampak seperti "datin" hanya sebab saya pakai baju kurung ada manik-manik sket..ni la nasib orang yang jaaaaaaaarang sangat pakai baju kurung pegi ofis..ok la..fine..no big deal sebab saya pun suka kalo dapat keluar tengok projek lain selain projek company..

Sampai di tempat yang dituju..saya disambut oleh sorang perempuan middle age..nampak dia biasa-biasa saja..saya namakan dia Ms J..kami berborak-borak..Ms J bercerita tentang projek terbaru syarikat dia bekerja..sepanjang kami berborak selama 5 minit pertama, saya rasa kurang selesa sebab ada bau kurang menyenangkan...mcam bau belacan pun ada...saya jarakkan diri sket dari Ms J..Ms J datang dekat lagi dengan saya..saya jarakkan lagi..dia datang lagi dekat..lagi dekat dan lagi dekat..saya rasa nak tutup hidung..tapi sangatlah kurang sopan kan kalo saya buat macam tu..sepanjang perjumpaan selama hampir 1 jam, saya rasa macam kekurangan oksigen sebab tak dapat bernafas seperti biasa..di akhir perjumpaan, Ms J hulurkan business kad dia pada saya..saya baca.."Ms J - Finance Director"

Moral of the story, rajin-rajin la gosok gigi..kumur-kumur lepas makan..jaga kebersihan mulut..lepas makan belacan ke petai ke, apa salahnya gosok gigi ke..kunyah chewing gum beraroma pudina ke..gigi ni bagi saya aset yang sangat penting..tak putih tersusun pun tak pe janji sihat dan tak berbau yang kurang menyenangkan kecuali la masa kita berpuasa...betul tak? tapi kalo ada duit nak jugak saya pasang braces ke..putihkan gigi ke..sape tak nak gigi cantik kan..
Saya ingat lagi, masa kecik dulu saya takut sangat kat doktor gigi..tu sebabnya saya jaga gigi saya..sebab takut kalo kena jumpa dentist..masa sekolah menengah, ada klinik gigi kat sekolah..dup dap dup dap jantung  sampai rasa nak terkucil bila tunggu turn kena jumpa doktor..sebab takut jugak la saya mesti gosok gigi sebelum tido dengan harapan gigi saya takkan rosak..bila dah gosok jangan harap saya nak makan pape lagi sebab malas nak gosok sekali lagi sebelum tido..so atas usaha gigih itu, masa sekolah menengah, saya termasuk dalam list pelajar bergigi sihat (gigi sihat, ye bukan gigi cantik)...saya ingat lagi 2 orang lagi kawan dalam list bergigi sihat namanya Nurul Faiz (Ka'On) dan Fatimah (Tim).

Dah tak remaja ni saya dah tak takut jumpa dentist..Isnin depan saya nak pegi check gigi..rutin setahun 2 kali or at least sekali....moh kita jumpa doktor gigi :)


Monday, October 11, 2010

Tips Untuk Kurus

Lately ramai orang tego saya "kurus"..dalam perkataan lain "slim"...oh dah tentu saya hepi kalo orang tego macam tu..sebab, saya sorang yang agak concern pasal berat badan dan bentuk badan..sebab dirumah saya ada alarm yang akan berbunyi-bunyi bila bentuk badan saya dah tak berbentuk atau dalam ayat lain bagai kan doh biskut raya yang naik tak sekata.. (sila baca tanpa prejudis)

Tapi...masa saya ke MidValley tadi..berlakulah insiden yang meremuk redamkan perasaan saya yang perasan diri saya ini amatlah slim-melim..

Saya nak beli baju..masuk ke MNG..sukaaaaa..berkenan 2-3 helai..sebelum tu masuk Zara dulu..cantik tapi agak mahal bagi saya..kat MNG, saya terus sambar 2 helai blouse..dengan eksyennya saya ambek size M ke fitting room..bukak baju dan try..pasang butang satu persatu dari atas ke bawah..
pasang satu butang, ok..
pasang butang ke dua, ok..
pasang lagi butang ke 3 pun ok..
masuk butang ke 4, erkk..
butang ke 5..ayorkkkk..
KETAT!!

Ok..fine..try pulak size L...dari bahu sampai dada dah elok dah..dari pinggang ke bawah..arghhhhhhhhhhhhh..cukup-cukup..muat-muat..tu time perut kempis tak makan pape dari pagi..bayangkan kalo lepas makan..

So dengan hati yang agak sedey (dah takde mood nak beli), try pulak size XL..saya rasa elok-elok je la walopun sales girl cakap besar sket kat bahagian ketiak..tak pe la kan..senang sket ketiak bernafas..saya pun prefer longgar-longgar sket..

dalam MNG's fitting room

Tapi...sebab tak bole terima kenyataan yang saya bole pakai size XL..maka saya tetap beli baju size L..dari nak beli 2 lai terus tak jadi..ambek selai je..oh..sob..sob..sob..sedih..ingatkan dah kurus..tapi, perasan  atau perasaan aje..patut lah Encik Nazley cakap "aah..dah kurus..jari la"..

Tips untuk kurus?? tak jadi lah nak bagi tips sebab tak kurus pun kan..hahaha


Saturday, October 9, 2010

Terbakar..

Owh..macam dah nak berhabuk blog saya ini..busy doh..ditambah pulak dengan adapter laptop ni yang sakit tenat..hoih..tak habis-habis sakit la mak alah Dell ni..lepas satu, satu..tapi kali ni bukan salah Dell hokay..storynya...

Hari Isnin..saya di site ofis..tengah baca online news kat laptop tiba-tiba blackout..ada bau macam pelik..macam terbakar..macam gas pun ada..owh tidakkkk..disebabkan unit sebelah sume under construction, saya cuak..ntahnya workers tgh pasang gas ke apa (gas apa eh?? saya pun tak tau) tapi dek kerana rasa cuak itu, saya keluar dari bilik...lari jauh-jauh sket..saya takut tiba-tiba tebaboooooooo..meletop!! lepas 10 menet..erk..tak de pape letupan..ok..selamat kot..masuk balik..time tu saya sorang je tau kat ofis..nampak sorang workers, saya suruh dia cek nape blackout..tak sampai 5 menet light on balik..saya sambung mengadap computer..

Tiba-tiba, ntah kenapa rasa nak pegi ke stor main suis..kat dinding stor tu ada 3 buah tv LCD..tak switch on pun..bukak je pintu..makkkkk..api!!! api!!! help!! help!! ye..ada api tengah marak kat extension tv dalam stor tu.. apa lagi.."rumah terbakar panggil bomba..bomba datang berlumba-lumba.."  eh saya tak panggil bomba..saya panggil mat nepal ke mat endon tah yang tengah wat keje kat unit sebelah..dia datang pastu terus keluarkan extension yang dah suku hangus campak kat luar ofis.. hadoiii..giler ah..cuak hakak dik non..bayangkan kalo saya tak masuk bilik suis tu..ada 2 kebarangkalian yang akan terjadi..

1) ofis terbakar dan saya di soal siasat.. ATAU PUN
2) dengan saya sekali hangus bersama extension, tv, kabinet, meja dan kerusi..nauzubillah

Saya rasa kebakaran tu ada kaitan dengan kejadian blackout pagi tu...blackout tu maybe disebabkan oleh  short circuit  ke tak tahu lah kan pastu ia telah menjahanamkan adapter laptop saya. .hari Rabu masa saya nak pakai adapter laptop..adapter ni langsung tak berfungsi..last saya pakai adapter ni masa kat ofis hari Isnin..so, saya terus call Dell..kali ni, servis cepat dan pantas..call hari Rabu, hari Khamis courier sampai hantar adapter baru..good job Dell!! ni mesti penangan komplen ketidak puasan hati saya untuk servis Dell yang lepas..

Ucapkan selamat tinggal pada adapter yang dah terbakar ini


Sunday, October 3, 2010

Open House


Gambar sekadar hiasan




Mahap ye kawan-kawan..saya tak dapat buat open house (refer kepada kawan-kawan yang dah 8 kali tanya bila saya nak buat rumah terbuka)..

Mahap juga kepada kawan-kawan yang nak datang beraya pada hari Sabtu lepas dan Sabtu semalam tapi saya tak bagi datang (sungguh kejam!!!) Heyyy..bukan tak nak kasi datang tau..tapi dah 3 kali weekend saya takde kat umah..pegi melahap kat umah orang..Semalam lepas keje saya pegi open house umah Kak Nana..ada barbecue daging rusa..sedappppp..Kak Nana ni senior masa sekolah menengah dulu..masa saya form 1, kak nana form 4..so dah 16 tahun tak jumpa..sekali Kak Nana duduk dekat je dengan rumah saya..dah setahun lebih berjiran baru 2 minggu lepas tau yang rumah kami setaman..kalo naik kereta tak sempat nak kentut pun dah sampai umah Kak Nana ni..pastu malam open house umah kak ipar  pulak (Kak Nor)..makan lagi..menu nasi beriani Saba' Setiawangsa..perghhhh..mavelesss..hari ni ada 2 jemputan open house tapi tak dapat pegi sebab keje..pastu malam ni family asben datang beraya..sekarang 4.15pm..saya masih di ofis..mesti Encik Asben tengah meleleh ayaq mata kupas bawang kat umah..hehehe..

Jiran and kawan asben datang umah beraya on weekdays..so kalo korang nak datang weekdays lepas keje bole aje..dun worri..saya ada kuasa hikmat 7 petala langit..bole je masak untuk korang walopun kalo korang datang hari berkerja.. kalo nak datang next Sabtu (9hb) bole jugak..tapi roger lah dulu..

Erkk..last raya hari Jumaat..haa dah nak abis bulan Syawal??? cepatnya..





Friday, October 1, 2010

Pemenang Pusingan Pertama

Seperti yang di janji kan dalam entry Perfume Percuma Untuk Anda

Pemenangnya ialah...........................................................................................................

Puan Kirana !!!!!!!!

Kepada Puan Kirana, tahniah!!! Anda pasti bertambah harum selepas ini..Sila contact saya untuk urusan pernghantaran hadiah anda.. dan kepada yang nak berbau wangi secara PERCUMA seperti Puan Kirana, peluang masih ada..

Pusingan kedua bermula 1 OKTOBER 2010 hingga 31 OKTOBER 2010.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails