I've been married for 5 years plus..masih hijau lagi usia.Alhamdulillah..buat masa ini semuanya berjalan lancar..apa pun..hitam atau putih, teruskan saja kerana ini yang saya pilih.Bagi saya, hidup ini ibarat air..mengalir di sungai..ada kala tenang..ada kala berliku-liku. Lebih parah bila tiba di tebing tinggi..menjunam ke bawah dan mengalir lagi..deras dan tenang bersilih ganti..Dan akhirnya sampai ke laut..iaitu penghujung hayat kita.Terbenam aman bersemadi atau terseksa dipukul ombak..Doa sajalah semua kesudahan yang baik..
Ya..saya selesa dengan kehidupan berkeluarga..dikelilingi oleh orang-orang yang saya sayangi dan menyayangi diri saya..perhaps its not all perfect..tp itu kan lumrah.3 tahun pertama mungkin penuh dengan cabaran ketika dalam fasa menyesuaikan diri..dan selepas itu..everything going smooth..ya..hanya selepas saya belajar untuk menjadi lebih sabar dan tidak mementingkan apa yang saya "rasa" sahaja..Ironinya, suami isteri adalah dua individu berbeza walaupun mungkin punya hobi yang sama..citarasa yang sama..atau apa sahaja yang sehati sejiwa..sedangkan kita dan adik-beradik yang keluar dari perut ibu yang sama juga ada masa bermain bersama..kemudian bergaduh..menangis..dan berbaik semula..situasi yang mungkin berulang-ulang sehingga kita dewasa..
Sama seperti kehidupan hari in..ada kala di atas..ada kala dibawah..Kekadang hari cerah..kemudian datang awan mendung..mungkin juga ribut dan petir..tetapi saya yakin, matahari akan bersinar lagi esok hari..paling tidak pun, selepas hujan akan ada pelangi..Ya..hidup ini memang hebat..jangan lupa berdoa dan bersyukur pada Nya..
No comments:
Post a Comment