Pages

Monday, December 28, 2009

Apa Perlu Sakit Hati, Benci Juga Dengki..

"Agama mengajar manusia supaya bersikap positif. Dengan adanya agama seseorang itu dapat mengelak diri dari bersedih.Dua sikap yang mampu menghalang kita dari bersedih ialah sabar dan bersyukur.Cakap memang mudah.Sabarlah..Syukurlah..Tetapi bagi orang yang menanggung kesusahan dan keperitan kata-kata seperti itu hanya menambah kesakita..Tetapi nasihat itu tetap mempunyai kebenaran. Jika minda dapat dialihkan perhatian daripada kesusahan dan keperitan itu kepada menghayati nasihat sabar dan syukur, pasti kesannya adalah besar.."-Zin Mahmud.

Saya jatuh cinta pada ayat-ayat sebegini..yang bagi saya ia memberi motivasi dan mendidik jiwa.Kerana beberapa peristiwa, saya tergerak hati mahu menulis tentang penyakit yang satu ini..PHD..Tak perlu huraian lanjut kerana semua tentu sudah jelas tentang simptom-simptom penyakit ini.Mungkin PHD ini tiada kaitan dengan ayat-ayat diatas tetapi jika kita hayati..sabar dan bersyukur adalah penawar kepada penyakit PHD.Hairan juga kenapa perlu ada penyakit begini dalam hati manusia.Jika kita berpenyakit begini untuk sesuatu yang positif..sakitlah..tidak diubati pun tak mengapa..Contoh positif ialah kala kita melihat orang lain berjaya..kita rasa cemburu dan kita berusaha untuk berjaya seperti dia..Tak salah bukan..Yang salah pada hemah saya ialah bila manusia berpenyakit begini yang lebih suka beranologi "seperti ketam dalam baldi..bila ada ketam yang cuba menjengah keluar, kawan-kawan yang lain akan kepit dan tarik ketam itu jatuh semula ke bawah.."Inilah namanya hidup tidak semua orang mahu lihat orang lain senang.Ada yang lebih gembira kalau melihat orang lain susah..Orang inilah yang dikatakan punya penyakit PHD yang kronik..dan dia tidak mahu berubat mahupun diubati..






No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails