Pages

Tuesday, June 15, 2010

Mak..

Mak masih di hospital..saya sedang mengumpul kekuatan untuk call mak tanya khabar..saya tak mahu call dan sedih-sedih dan buat mak sedih. Kami semua masih belum dibenarkan melawat mak di hospital..

Saya teringat September 2004. Saya kena operate appendix di Hospital Putrajaya. Lepas operation, dalam keadaan separuh sedar, mulut saya mengaduh sakit..dalam separuh sedar tu jugak saya dapat rasa tangan mak mengusap-ngusap kepala saya..saya rasa nak muntah kesan ubat bius, cepat-cepat mak ambil bekas tadah muntah saya..dan malam tu, mak tido di hospital sebab nak jaga saya..mama saya jauh di Perak..tak dapat segera berada disisi saya..waktu tu, mak duduk di Bandar Tasik Selatan..dan seperti mana saya diamanahkan oleh ibu bapa saya pada suami, dan diserah pada mak dan ayah untuk dilayan seperti anak sendiri..itu lah yang saya rasai pada saat itu..saya dijaga seperti anak sendiri..tengah malam selepas ubat bius berkurang, saya terjaga..dan saya lihat mak tido atas lantai hospital di tepi katil saya..pada saat itu juga, saya berjanji pada diri saya, yang saya akan sayang mak, saya akan jaga mak dan saya akan doakan mak seperti mana saya mendoakan mama saya setiap hari..

Dan pada saat ini, saya amat berharap agar saya dapat berada disisi mak..dapat jaga mak..tapi keadaan tak mengizinkan..saya cuma bole berdoa moga mak selamat sejahtera..moga mak cepat sembuh..moga segera dapat anak-anak, menantu dan cucu-cucu mak berjumpa mak..saya rasa sedih dan susah hati, ayah dan anak-anak mak mesti lebih lagi merasa sedih dan risau tentang keadaan mak..kawan-kawan yang baca blog saya ni, mintak tolong sama-sama doakan kesejahteraan ibu mertua saya..terima kasih..

p/s : baru lepas call mak..alhamdulillah..suara mak lebih ceria berbanding semalam..semalam, dihujung perbualan, mak sebak..dan sebelum saya merambu air mata, cepat-cepat saya mintak diri..dan hari ni..mak lebih ceria..alhamdulillah..moga mak cepat sembuh

Monday, June 14, 2010

...Tak Ada Tajuk..

Last week..bos bagi berita baik..senyum la sampai telinga :-) selepas itu, segala-galanya yang tak best saja hingga jiwa menjadi kacau bilau..bila hati tak tenteram, sedih dan pilu datang bersulam, syaitan pun datang bertandang sambil bergendang-gendang..dan ubatnya ialah..beristighfar dan berdoa "Ya Allah..lapangkan lah dada ku"

Dan kerana hati yang gundah gulana itu..saya bermimpi..hampir semua gigi saya patah..owhhhh..tidakkkk..saya ingatkan dah nak kena pakai gigi palsu..nasib baik lah terjaga dari tido dan gigi masih ada..

Semalam..tengah malam..asben dapat sms dari Liza (adik asben saya)..katanya mak mertua saya admitted di Hospital Melaka..jiwa lagi bertambah cacau..tido pun tak lena..doa tak putus moga mak selamat sejahtera..buat masa ni doktor tak izin kan mak berjumpa pelawat kecuali ayah..hari ni, saya cuma dapat berbual-bual dengan mak melalui telefon..patut lah hari Sabtu lepas mak nampak pucat..kurang bermaya..saya fikir mungkin mak letih..baru balik dari Singapore..datang pulak ke KL..harap mak cepat sembuh..moga cepat dapat kami melawat mak di sana..

Satu yang saya tak tau best ke tak..impian nak ada laptop dah hampir tercapai..dah lama berangan nak beli. Selama ni online di ofis atau handphone..bukan keperluan sangat pun.asben pulak beria-ria bagi support pasal plan nak beli laptop ni..support dari segi air liur dan separuh dana :-) maka, hari Sabtu, pegi la ke Low Yat..tengok-tengok..pegang-pegang..belek-belek..tapi tak beli pun kat Low Yat..beli kat tempat lain..terima kasih pada adik-beradik dan kawan-kawan yang banyak bagi tips dan tolong AFUNDI laptop brand apa yang recommended..sudahnya, saya order Dell Inspiron..belom dapat lagi pun..katanya maybe dalam hari rabu baru sampai..beli dalam keadaan tak dapat berfikir dengan tenang..jadi tak tau la berpuas hati ke tak dengan pilihan aritu..sekejap pilih Compaq..kejap Toshiba..last-last Dell jugak..lepas bayar baru terpaku dan termanggu sekejap..sebab sebenarnya saya dah nekad no more shoping dalam 2-3 bulan ni..aritu masa kat Alamanda punya la berkenan selai baju tu..harga pun bukan mahal mana pun..tapi sebab dah nekad tak nak shoping cepat-cepat keluar dari kedai..bulan May lepas dah banyak shoping..terlebih-lebih shoping..sudahnya nekad takde maknanya..terbeli jugak la laptop yang takde dalam bajet bulan ni pun..owhh..tak sabar pulak nak tunggu hari Rabu..



Tuesday, June 8, 2010

Dah Lama Tak...

1 ) Baca Buku..

Ye..dah lama saya tak membaca buku. Setakat baca paper, blog dan majalah ringan-ringan tu ada la..masa sekolah dulu saya suka baca buku..saya ingat lagi, masa sekolah rendah saya lah student yang paling banyak membaca..dapat nombor 1 peraduan membaca..hehe..sebab rumah dekat dengan library, petang aje mesti pegi library..baca dan pinjam buku sambung baca kat umah..masa masuk peraduan, kena baca dan buat summary buku yang saya baca tu..masa tu, saya suka baca buku bersiri Hardy Boys and Nancy Drew..

Masa sekolah menengah sampai ke U, saya masih suka membaca..tapi semestinya bukan buku ilmiah..hehe..buku cerita cintan-cintun dan cerita misteri lagi tahyul..time tu suka la sangat novel-novel Ahadiat Akashah..buku "Bercakap Dengan Jin' by Tamar Jalis..dan suka pinjam buku cerita vampire koleksi JJ dan novel Judith Mcnaught..dan masa kt U jugak, saya sangat la suka baca Majalah EH! sampai ada koleksi setiap bulan sebab suka baca tulisan Wirda Adnan, Rosie Haslinda dengan Faisal Tehrani. Novel ada yang saya pinjam dari kawan-kawan dan ada yang beli sendiri tapi beli tu very rare lah..kalo beli pun saya beli di 2nd hand book store kt IOI Mall Puchong.

Sejak habis belajar sampai sekarang, saya dah jarang membaca buku. Alasan tak de masa rasanya tak bole diguna pakai..terang-terang cakap, MALAS. lagi pun, sekarang macam -macam kita bole baca thru online..semalam, saya ke Alamanda..masa lalu di depan MPH, tergerak hati nak masuk..terasa nak beli buku..rasa nak membaca..dan buku pertama yang saya beli selepas dah bertahun-tahun tak beli buku ialah buku ini..

Sebenarnya, dah lama saya teringin nak beli buku ni lepas tengok Ahmad Fedtri Yahya introduce buku ni di MHI..dan saya berazam nak beli sebuah buku setiap bulan..bukan novel picisan tapi saya mahu sesuatu yang lebih berbentuk ilmiah..i hope this is a good start :-) later saya akan buat ulasan tentang buku di atas..hari ni belum sempat nak baca..

2) Makan Pisang


Percaya tak dah dekat 14 tahun saya tak makan pisang mentah..serius..tak lalu nak makan walaupun saya tau pisang sangat berkhasiat..ada la dapat email pasal bagusnya makan pisang ni tapi saya memang tak lalu nak makan sejak Form 4..sebab? hrmm..ni cerita masa saya form 4.. makan malam kat sekolah asrama dulu memang selalu disaji dengan pisang as pencuci mulut..pisang kecik comel-comel..dannn..bila saya masuk aje kelas prep malam, selalu la ada orang letak pisang dalam drawer saya..ni kes orang nak mengorat la ni..hehe..sudahnya saya sampai diejek dengan nama "Pisang" oleh kawan-kawan..start dari kes tu la saya tak lalu nak makan pisang..haih..mana datang la idea nak mengorat pakai pisang ni ha??? dan semalam masa pegi Carefour, saya nampak la orang pakat beli pisang..cantik pulak nampak pisang tu..kuning je..gebu-geban pulak tu..tergerak lak hati nak beli..beli la sesikat kecik (bukan pisang di atas) ..dan pagi tadi saya cuba makan pisang tu..yeahhh..dapat telan dengan jayanya..dan saya rasa, SEDAPPPPP :-) mulai sekarang saya bertekad la pulak nak makan pisang sebiji setiap hari...hehehehe



Tuesday, June 1, 2010

Suzhou, Hangzhou & Shanghai

@Shantang Canal. Suzhou - dapat naik tongkang menyusuri Shantang Canal..terusan yang sangat panjang..



@Silk Factory, Suzhou - saya berpeluang tengok proses buat kain sutera..dapat la beli 3-4 lai tudung 100% silk dengan harga yang jauh lebih murah dari kat sini..dan saya termakan cakap national Tour Guide pasal khasiat tido dalam quilt dan tido atas mattress protector made by silk..jadi, saya beli la 1 set..kalau kat sini memang tak terbeli la sebab harga di sini sangat mahal dan tak banyak tempat yang jual quilt 100% silk sebab harga yang mahal tu ..harga bagi 3-4 set quilt kat sana  bersamaan dengan harga  1 set kalau beli di Malaysia..tapi sebab poket dah kering kotang, saya tak dapat beli quilt cover set..tak apa lah..cover beli aje lah yang cotton kat sini..dapat quilt dan mattress protector tu pun dah kira ok la tu..puas hati :-)

@Suzhou & Hangzhou - cruise kali yang ke 4 dalam 1 bulan..Thames River Cruise, Seine River Cruise, Windermere Cruise dan kat China ni ntah apa ke nama tah tempat ni..scenery biasa-biasa je..time cruise tu cuaca macam berkabus walau pun tak la sejuk pun..


@Shanghai Expo 2010 : Better City Better Life - Punya la ramai orang kat expo ni..mau berjuta orang sehari..dan tapak expo tu sangat lah luas..sampai tak larat nak jalan. Saya cuma dapat masuk Brunei Pavillion je..yang lain tak dapat masuk sebab tak larat nak beratur..panjang bukan main orang queue. Mula-mula sampai kt tapak expo, menonong saya cari Malaysia punya pavillion dengan harapan dapat jumpa makanan Malaysia..tengok queue panjang giler..depan pavillion Malaysia, ada pavillion Brunei..tak ramai orang so terus dapat masuk..fuhh..lega dapat makan Nasi Katok..macam nasi lemak la, ada lauk rendang ayam..tapi mahal giler..RM24. lapar punya pasal, belasah saja lah..dan yang penting, confirm halal..sebab jumpa dengan chef yang masak nasi tu - orang Malaysia. dan info yang saya dapat, dari orang Brunei dan  kawan yang berjaya masuk ke pavillion Malaysia,  kat pavillion Malaysia makanan tak gerenti halal pun..overall, best juga expo ni..gambar yang ke -4 kt bawah tu yang pavillion nampak pelik tu, tu pavillion UAE..paling mahal..12 billion!!


Shanghai City - bangunan-bangunan di Shanghai memang hebat..sume tinggi-tinggi, moden dan cantik..Jalan raya bertingkat-tingkat sampai rasa gayat..Night scenery kat Shanghai Bund memang cantik sangat..tapi saya tak sempat nak ambek gambar sebab time tu rushing nak ke Nanjing Road..dan orang punya la ramai..berpusu-pusu di segenap area..Katanya Nanjing Road tu tempat shoping yang best..Shoping Paradise..tapi, bagi saya..tak ada apa yang menarik..kalau bawak banyak duit, duit tu tak tau nak beli apa..tak macam shoping di UK atau pun Bandung yang sampai tak cukup-cukup duit nak shoping..satu je yang best saya beli di Shanghai- Remote Control Helicopter untuk Umar..dan harga kat sana memang sangat murah :)- fyi, ayah Umar yang main helicopter tu..


Food Galore - erkkk..ye ke??? see below, ni menu wajib setiap hari..1st day makan kat Suzhou..hadoii..memang tekak tak bole nak layan la makanan kat sana..yang bagus cuma menu berkhasiat sebab hari-hari makan bermacam-macam jenis sayur..no meat..no chicken at all.. balik je timbang turun 2kg..yahoooo!!! gambar last kat bawah tu, actually senyum dalam tangisan..huhuhu..susah nak makan kat sana sebenarnya...susah dari segi makanan halal dan yang kena dengan tekak kita prang Melayu..senang lagi cari makanan halal di Europe..certain tempat di London,Manchester dan Paris ada bersepah-sepah makanan halal..kat China ? alahaiiii..bole mati kebuluran (for certain people) nampak garfu kat tepi pinggan tu? sudu tak wujud gamaknya..tiap kali time makan, yang tak tau pakai chop stick kena la makan pakai garfu dengan sudu muncung itik tu..dengan pinggan yang size besar sket dari tapak tangan aje..memang takde nikmat langsung makan kat sana..

Tuesday, May 25, 2010

Cerita Sepintas Lalu..

Memang puas naik turun tube and train di London dan Paris..public transport yang paling efisien..cepat dan mudah di access..hampir sume lokasi dihubungkan dengan underground..stesen bertingkat-tingkat kat bawah tanah..masa kt Malaysia, tengok je tube map, rasa macam complicated..rasa mau sesat je kalo jalan sorang-sorang..bila dah sampai sana, hrmmm..sangat mudah..kalau kata tertinggal kat sana pun insyaallah tak sesat asal tau nak tuju ke mana..

p/s : to Ana, as per requested..nampak tak? hehe..nak boh sebijik terang-terangan tu tidak lah ye..hehe


Ni masa di Liverpool..yo yo je posing padahal nama pemain Liverpool sorang pun saya tak tau..di Liverpool, loghat bahasa Inggeris deorang sangat pekat sampai saya rasa susah nak faham..tak tau la kot saya yang tak reti berbahasa Inggeris..hahahahaha..

 Winderemere Cruise - Windermere is England's largest lake, in the heart of the Lake District..time ni sejuk wehh..nak posing punya pasal tahan aje la..padahal muka memang dah kebas dah time ni..

London Sightseeing by BigBus..cara paling mudah nak round London City..bayar GBP26, valid for 24 hours..bole naik turun sampai puas..semestinya puak-puak yang gayat tak penah naik BigBus macam saya ni, mesti la nak duduk kat bahagian atas bus yang open space..sekali, nahhh..sejuk giler..tahan jugak la sebab nak menikmati scenery kota london kan..at last, bila dah petang sume pakat surrender duduk kat bahagian depan sket so terlindung la sket dari angin yang sungguh la sejuknya sampai ke tulang hitam...huhuhu..

Ni masa on the way nak ke Windermere..tak tahu apa nama kawasan ni tapi di kawasan Lake District lah ni..asal nampak scenery yang cantik memang stop la nak posing ala hero/heroin filem Tamil..kat kawasan ni banyak sheep yang gebu-geban tapi saya tak sempat nak pegi posing dengan Mr Biri-Biri tu..

@Cheateu De Versailles...naik RER Train dari Paris untuk sampai ke Versailles ni..Palace dan garden di Versailles ni sangat lah besar dan luas..sampai nak pengsan jalan pun tak abis jugak lagi cover sume tempat..mau tercabut kaki kalo dapat round sampai habis istana dan taman-taman kat Versailles ni..memang scenerynya sangat cantik dan istana ni sangat mewah..bilik tidur dalam istana ni punya la extravaganza mewah..tapi sayang saya tak ambil banyak gambar kat bahagian dalam istana sebab camera cap ayam saya tak dapat capture betapa cantiknya decoration dalam istana..tapi saya sempat rakan dalam camcoder :)

From Palais De Chaillot..the view on the Eiffle Tower. Sempat la beberapa kali saya ke Eiffle Tower. Dapat tengok Eiffle Tower pada waktu pagi, petang dan malam..memang cantik.


Sacré-Coeur Basilica de Montmartre, Paris.. lokasi tempat ni tak jauh pun dari apartment yang kami sewa di Montmartre,Paris..jalan kaki 5 minit dah sampai..sempat pegi sekejap masa hari last di Paris..cuaca masa last day di Paris sangat baik..tengok la, bole posing tak pakai jaket dan dapat kuakan tangan dari poket tu maknanya tak berapa sejuk la tu..hehe..sedap-sedap je kesejukan time ni..langit pun biru dan cerah..

Di bawah apartment yang kami sewa di Paris..nak jugak tu posing dengan basikal tua..hehe..Apartment kami terletak di Charles Dullin, Montmartre.  sila klik pada link kalo nak tengok keadaan dalam apartment yang kami sewa.

Di depan Buckingham Palace..tak nampak pulak Queen Elizabeth or Putera Charles..hehe


Kanak-kanak riang..ni je la keja budak-budak ni..berlari sana-sini..peliknya deorang rilek je dalam cuaca yang sejuk sepanjang kat sana..


Di tepi jalan mengadap Islamic Centre di Manchester..semua nikmat yang kita kecapi hari ini adalah daripada Allah, jadi jangan lupa untuk melapor diri pada Nya 5 waktu sehari..tak ada masalah untuk solat sepanjang di sana..di mana ada kemahuan, di situ ada jalan..ada satu malam tu, kami over nite di St Pancras Station, London sebab train eurostar ke Paris esoknya awal pagi..masa kat station tu, kami solat di satu kawasan lapang yang agak tersorok dekat dengan tempat simpan troli..ada dua advertisement board mudah alih, kami alihkan jadi penghadang untuk solat..dan di sana saya tak pakai telekung semasa solat..bimbang jugak kalo ada yang racist ke..kami solat bergilir-gilir..sekali datang sorang guard perempuan dan tanya "are you ok?" jawab asben, "yeah..we are praying"..dan guard tu balas "owhh..ok..gud luck"..tak ada apa-apa gangguan di sana..kat Stansted Airport di sediakan Chapel..ada sejadah, quran juga Bible..

to be continue..

Monday, May 24, 2010

Demam & Terguris..

Saya belum sempat lagi nak upload cerita dan gambar cuti-cuti UK-France aritu..nanti-nanti lah ye..sangat busy..gambar pulak sangat lah banyaknya..baru tak sampai suku berjaya di upload di facebook..banyak pulak tu pengalama yang nak saya kongsi..nanti ada masa saya upload dan cerita ye..

Hari Jumaat lepas, saya demam sket..alhamdulillah hari ni dah ok..cuma batuk kong-kong..masuk je ofis bos "kanchiong" soh cepat-cepat pegi klinik ambek ubat..sebab esok saya kena fly ke China..takut tersangkut di imigresen sebab saringan H1N1 di sana katanya agak ketat..ubat yang ambek masa hari Jumaat aritu takde pulak doktor bagi ubat batuk..so tengahari tadi pegi la sekali lagi ke klinik..mintak ubat batuk yang dos paling kuat..doktor bagi "pil"..kena sebijik terus slow sket kong-kong saya..pakai jugak mask masa kat ofis..sebab tak nak dipertanggungjawabkan kalo ada staff lain yang jangkit demam or batuk kong-kong saya..moga-moga esok saya dah sembuh sepenuhnya..barang pun belum pack lagi..sebab kerja meng"un-pack" barang masa balik bercuti hari tu pun lepas 3 hari baru selesai..basuh baju 3 round..semalam basuh jaket dan sweater pulak..hari Jumaat tu,dalam demam-demam berjaga sampai kol 1 am  dok iron baju..esoknya vacum dengan mop lantai pulak..gila kotor uamh kena tinggal 2 minggu..dan malam ni baru nak pack barang dan wat kerja masak-memasak untuk stok asben & anak makan selama 6 hari saya tak ada di sini..yeah..saya mahu tinggalkan semua in order..baju dah siap basuh, siap lipat, siap iron, umah dah kemas dan dah siap masak apa yang patut..selebihnya saya yakin asben bole uruskan..

Saya ke Shanghai dan beberapa tempat di China nanti dengan company..sambil-sambil membawa hati yang terguris..kasi sejuk-sejuk sket di sana..malas nak cerita kisah terguris ni..nanti salah tafsir lain jadinya..manusia ni kadang kita tak kasi cili pun sendiri terasa pedasnya..tuju pada orang lain, orang lain pulak yang terasa..sudahnya, kita di sembur sesedap rasa hingga remuk-redam jadinya..bukan lagi hati tercalar-balar..tapi terhiris-terguris..dan ibarat cermin, jatuh pecah bole di sambung..tapi retak tetap akan ada..

sedikit gambar untuk jamu mata ..
                                                    Belsfields, Windermere - England

 Green Park, London

 
Winderemere, Lake District

                                                    Old Trafford - Manchester United Stadium
                                                          Tower Bridge, London

Friday, May 14, 2010

Salam Dari Montmartre


Bonjour..

Hari ni hari ke 2 di Paris..Baru lepas balik dari shoping souvenir..To Geni dan Ana, aku dah beli frige magnet yang hangpa pesan :)

Cuaca kat sini sejuk..tapi better dari London..Kat London 2-7 degree..hadoiiiiii..tensen gue. Habis gatal-gatal satu badan..hidung siap bleeding tapi tak la sampai meleleh-leleh. Siang malam sejuk. Yang best, Umar rilek je..mak nya siap pakai long john + baju 2 lapis + jaket pun sejuk menggigil lagi..bila kena angin malam, badan menggigil macam mesin basuh masa tengah spin program..menggigil giler..habis kebas hujung jari walopun dah pakai glove..sejuk macam duduk dalam frige part tempat letak ikan tu..serius..Tapi, Umar menten rilek..tido malam siap dia kua kan kaki dari quilt..

Nanti sambung lagi lah..nak kena tido..esok nak full swing ronda-ronda..lusa dah balik semula ke London..Actually, walaupun memang best sangat dapat ke London, Manchester, Liverpool dan Paris, saya dah tak sabar nak balik Malaysia..rindu nak makan nasi dengan kicap Cap Kipas Udang..hehe..juga teringat nasi lemak dan roti canai..dan saya tak tahan sejukkkkkk..

p/s : Gambar kat atas tu posing kat bawah pokok Sakura di Lake District,England

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails