Pages

Monday, June 14, 2010

...Tak Ada Tajuk..

Last week..bos bagi berita baik..senyum la sampai telinga :-) selepas itu, segala-galanya yang tak best saja hingga jiwa menjadi kacau bilau..bila hati tak tenteram, sedih dan pilu datang bersulam, syaitan pun datang bertandang sambil bergendang-gendang..dan ubatnya ialah..beristighfar dan berdoa "Ya Allah..lapangkan lah dada ku"

Dan kerana hati yang gundah gulana itu..saya bermimpi..hampir semua gigi saya patah..owhhhh..tidakkkk..saya ingatkan dah nak kena pakai gigi palsu..nasib baik lah terjaga dari tido dan gigi masih ada..

Semalam..tengah malam..asben dapat sms dari Liza (adik asben saya)..katanya mak mertua saya admitted di Hospital Melaka..jiwa lagi bertambah cacau..tido pun tak lena..doa tak putus moga mak selamat sejahtera..buat masa ni doktor tak izin kan mak berjumpa pelawat kecuali ayah..hari ni, saya cuma dapat berbual-bual dengan mak melalui telefon..patut lah hari Sabtu lepas mak nampak pucat..kurang bermaya..saya fikir mungkin mak letih..baru balik dari Singapore..datang pulak ke KL..harap mak cepat sembuh..moga cepat dapat kami melawat mak di sana..

Satu yang saya tak tau best ke tak..impian nak ada laptop dah hampir tercapai..dah lama berangan nak beli. Selama ni online di ofis atau handphone..bukan keperluan sangat pun.asben pulak beria-ria bagi support pasal plan nak beli laptop ni..support dari segi air liur dan separuh dana :-) maka, hari Sabtu, pegi la ke Low Yat..tengok-tengok..pegang-pegang..belek-belek..tapi tak beli pun kat Low Yat..beli kat tempat lain..terima kasih pada adik-beradik dan kawan-kawan yang banyak bagi tips dan tolong AFUNDI laptop brand apa yang recommended..sudahnya, saya order Dell Inspiron..belom dapat lagi pun..katanya maybe dalam hari rabu baru sampai..beli dalam keadaan tak dapat berfikir dengan tenang..jadi tak tau la berpuas hati ke tak dengan pilihan aritu..sekejap pilih Compaq..kejap Toshiba..last-last Dell jugak..lepas bayar baru terpaku dan termanggu sekejap..sebab sebenarnya saya dah nekad no more shoping dalam 2-3 bulan ni..aritu masa kat Alamanda punya la berkenan selai baju tu..harga pun bukan mahal mana pun..tapi sebab dah nekad tak nak shoping cepat-cepat keluar dari kedai..bulan May lepas dah banyak shoping..terlebih-lebih shoping..sudahnya nekad takde maknanya..terbeli jugak la laptop yang takde dalam bajet bulan ni pun..owhh..tak sabar pulak nak tunggu hari Rabu..



3 comments:

ANAKIRANA said...

apakah berita baik itu?promotion ekkkkk ehhe

zt said...

huhu.. confirm Dell yg versi baru... mahal tue.. aku pakai compaq yg murah je :)

n.a.j.w.a said...

ana, xkn tiap2 thn naik pangkat kot..hehe

zt, x tau versi lama ke baru..main oder je..yg murah2 je zt..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails