Pages

Sunday, September 19, 2010

Gambar Raya 2010

Salam semua..

Selepas 12 hari tak berbelog, rasa sangat lengai dan macam tak tahu nak tulis apa..yang pasti, saya  rasa sangat berkobar-kobar nak pegi kerja esok...12 hari tak kerja buat saya rasa sangat "mandom"..hahaha..

Sementara nak polish balik bakat menulis yang dah terkubur 12 hari, sila layan gambar raya ni dulu..

Sehari sebelum raya...ini lah masanya nak test tahap kewangian ketiak anda selepas hampir seharian berhempas pulas membakar lemang, menganyam ketupat dan yang sewaktu dengannya..


Malam raya..ini lah masanya nak tunjuk skill mengebom kampung sebelah..eh sori, takde gambar main merocun..sebab gambar pengebom utama tak bole dipublish..nanti jadi muka "most wanted" kalo bumbung umah makcik sebelah terbakar kena mercun... yang main mercunnya sume bapak budak..bawak balik mercun setroli beg!!! orang kampung sebelah serender bila tengok Kampung Melaka Pindah ada mercun KLCC..meriah macam malam new year..

Masa saya tengah balut ketupat palas, ada orang datang takbir raya dari rumah ke rumah..sangat best kan beraya dikampung..lupa pulak nak ambek gambar ketupat yang saya buat..kalo mak saya tengok, mesti ketupat saya kena reject..sebab bukan ketupat jantan or ketupat betina..tapi dah jadi ketupat pondan..main balut je...


Pagi raya...lepas solat Aidilfitri, singgah satu umah beraya..lepas tu balik umah bersalam-salaman dan berposing-posingan..eh, mana gambar ayah dan mak mertua ku??? Tengahari bermula la rombongan cik kiah pegi beraya ke kampung sebelah...makan..makan..makan..hilang sudah perut kempis ku..kembali seperti mak buyung mengandung 4 bulan..arghhhh


Raya ke 3 pukul 11.30 malam baru saya selamat berada di kampung halaman saya..tak tersangkut jem ok..lambat sampai sebab pegi beraya baru bertolak balik ke kampung saya..disebabkan turn beraya saya tak sama dengan abang-abang saya, oleh sebab itu, tak ada la gambar saya di dalam gambar raya famili saya..huhuhu..so tempek la sendiri gambar macam kat bawah ni..rasa macam nak super impose je muka saya dicelah-celah gambar family saya tu..tapi, hakikat sebenar tetap sama..sedih weii..sedih..

2 comments:

ANAKIRANA said...

kat melaka mmg masih kekalkan sesi takbir2 dari umah ke umah,..seronok rasa

kat kg aku kat kedah dah tak der

n.a.j.w.a said...

kt kampung aku pun xde org dtg takbir kat umah..sume pakat gi takbir kt masjid je..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails