Pages

Tuesday, March 9, 2010

Rezeki Jangan Di Tolak..


Passport yang expired dah siap di renew semalam..dengan kos RM100 untuk 2 tahun. fuhh..lega rasanya sebab sorang RM100 je..kalo dulu, sorang RM300..3 orang dah berapa?sendiri kira..Umar punya passport expiry datenya on September 2010 tapi sebab nak travel on April, passport kena valid at least 6 bulan sebelum expiry date..no choice, terpaksa renew jugak paspot Umar..sebelum pegi Imigresen Putrajaya semalam, mujur tergerak hati nak surf dulu website imigresen. rupanya start 22 Februari 2010 segala urusan passport Malaysia kena buat di Chancery Place, Precint 14..sesat sekejap nak cari Precint 14 ni dek kerana signboard along the way tu agak mengelirukan saya dan asben..

Sampai kat sana, no giliran asben 1141 dan saya 1142..Umar punya saya tak tengok.saya agak tentu la 1143 sebab kami ambil nombor sekali..running nombor time tu 1104..adoiii..lama lagi oi nak tunggu..time tu dah dekat pukul 2..lunch pun belum..nak pegi makan dulu sambil tunggu tu tempat nak makan agak jauh..maklum la..bangunan baru beroperasi..tak lengkap lagi segala kemudahan..ok..fine..asben pegi solat Zohor dulu dan saya dengan Umar tunggu dengan harapan nombor giliran tu tetiba jump ke nombor kami..hehehe..mujur ada banyak kerusi..dapat la duduk..lepas asben solat, giliran saya pulak..lepas selesai solat..dah dekat pukul 3..nombor kami jaaaaaauh lagi nak sampai..tiba-tiba saya terasa nak tengok balik semua no giliran..opss..no giliran Umar 2058..dan masa tu running no angka 2 tu dah sampai ke 2063..alahaiiii..dah lepas la nombor giliran Umar..adoi..adoi..pelan-pelan saya ke kaunter nombor giliran..

Saya : Encik, nombor giliran anak saya dah terlepas ni..maaf la..tak persan dan saya pegi solat tadi..
Encik Kaunter No. : tak pe..saya bagi nombor baru (sambil tekan button "Kaunter Khas")

Encik di kaunter tu hulur nombor kat saya..2066.tak sampai 5 minit dah sampai turn nombor Umar..

Saya : Saya nak renew paspot anak
Encik Kaunter Proses : Maknya renew sekali ke?
Saya : Aah..tapi nombor saya blom sampai lagi
Encik Kaunter Proses : tak pe..bole buat sekali..memang kalau renew anak sekali famili dan orang tua buat sekali kat Kaunter Khas ni..
Saya : oo..ye ke..kalo macamtu paspot bapaknya pun bole renew sekali ni?
Encik Kaunter Proses : bole..bole..

Haihh..kenapa la Encik Kaunter Nombor tu tak bagi kami 1 nombor je tadi..Terus panggil asben ke kaunter..alhamdulillah..seb baik la terbuka hati dan mata nak cek nombor..memang masa solat Zohor tu doa mintak Allah mudahkan urusan aritu..sebab dalam hati memang risau takut tak sempat siap semalam..bukan nak paspot tu urgent tapi malas la kalau nak kena pegi sekali lagi..timing keje saya dan asben bukan sama..kebetulan asben cuti semalam saya pun paksa bos kasi halfday..dalam pukul 4 semua selesai..sebelum tinggalkan Pejabat Imigresen tu, sempat mata saya kerling ke arah running nombor..1123..nah kau..18 orang lagi tunggu..masa saya collect paspot di Kaunter Serahan, memang ada la mata yang macam tak puas hati sebab dia nampak nombor yang pegawai clip kat borang 1141 & 1142..dia tak tau cerita sebenar dan saya pun tak kan nak canang kat semua yang dok tunggu tu kan..rezeki kami lah semalam kan..saya tak rasa bersalah pun sebab bukan niat saya nak potong queue..rezeki jangan ditolak :-)

Selesai semua urusan terus ke tempat biasa..mana lagi..Alamanda la..macam dah takde shopping mall lain dalam kamus hidup saya sekarang..tapi dah tu yang paling dekat..hampir pukul 5 baru dapat lunch..kesian Umar kelaparan..belasah makan kat Kenny Rogers..dah takde idea nak makan apa lagi kat Alamanda tu..terus beli barang dapur sekali kt Carrefour..dan plan nak jumpa JJ kalau sempat..bukan Jaya Jusco ye tapi sorang kawan lama..tapi tak sempat sebab katanya bateri kete dia kong so stuck kt Serdang..tak pe la Puan Jj, sooner or later bila aku pegi Putrajaya aku roger ye..dah plan hari Khamis ni dengan Jj pun terpaksa kensel..plan apa??Haa..sooner or later ada entry untuk plan ni..adios..amigos..

                                                 
   Kesian..sampai tertido dia..



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails