Pages

Wednesday, March 3, 2010

Cerita Hari Ini..


Baru je beberapa hari lepas saya berbunyi-bunyi di telinga asben bila nak daftar sekolah Umar..dah umur 5 tahun memang dah masanya buat pre-registration untuk kemasukkan ke darjah 1. Dan semalam, kawan saya Puan Geni dah put up kt blog dia tentang online registration  - Daftar Tahun 1 di Selangor. Terima kasih lah Puan Geni ye..kalau tak baca blog hang memang aku pi ketuk pintu pejabat Sekolah Kebangsaan Kota Warisan tu bagitau nak daftar Umar..hihihi..

Ini saya copy dari blog Geni - Untuk daftar klik kat SINI ye..dan saya dah berjaya daftarkan Umar :-)
Dekat aje sekolah dengan rumah dan pejabat saya..dan ada ura-ura ofis nak pindah ke bangunan baru..di bangunan sebelah bakal sekolah Umar..haihh..lagi dekat lah nampaknya...harap pindah la ye.tak payah fikir macam mana nak hantar dan ambek Umar lepas sekolah..ini menambahkan lagi keyakinan saya yang saya akan berkerja di sini sampai pencen or sampai company bagi notis "tak payah datang kerja lagi".

Saya tak pegi kerja arini..ada sedikit gangguan emosi yang membuatkan saya takde mood nak pergi keje..semalam, asben berdepan sedikit masalah..saya cuma bole mendengar tapi tak dapat menolong..tolong dengar dan tolong tak membebel rasanya dah sedikit membantu..dan saya cuma mampu berdoa moga Allah permudahkan segala urusan suami saya..itu saja..dan kebelakangan ini saya berdepan dengan karenah manusia yang berbagai ragam..pening dibuatnya..pekerjaan saya memang menemukan saya dengan berbagai jenis perangai manusia..ada yang tak faham Bahasa Melayu juga Inggeris juga segala bahasa 1Malaysia dah diguna pakai tapi tak juga difahami..bukan tak faham tapi tak nak faham sebenarnya..juga manusia yang bermuka lebih tebal dari tembok..dan saya perlu belajar wushu juga kungfu dek kerana muka yang ala tembok itu tak lut dengan penampar manja saya yang lemah lembut. ni.ahaks..dan ada juga yang jenis baru ada kuasa sikit tapi "ek" mengalahkan perdana menteri..dan ada juga yang konon-konon ada bau-bau spender dengan kerabat raja (Raja Gopal kot) maka mahu dilayan bak Maharani..pening..pening..menyampah dan tak kuasa dibuatnya..oh ya...sabar..ye..saya kena sabar..tapi, Encik yang tak faham bahasa tu saya mintak maaf ye..ayam selori, i am sori..repot police dah ada atas meja saya..tunggu surat dari lawyer pulak ye..tapi hari ni saya tak nak pening-pening kepala..duduk rumah..bermalas-malas sajalah..lagipun saya dah kerja 7 hari tanpa cuti..elok la saya berehat hari ni..

Dan tadi, saya ke kedai dobi..hantar leather coat untuk di dry cleaning..kos tertera kat atas kaunter "RM45-RM75"..haaaaa???? saya terpana sekejap..dalam hati "mahalnya.."  dan si abang dobi cakap "RM30 bole lah"..saya masih berkira-kira lagi..nak hantar ke tak..nak hantar ke tak..





2 comments:

zt said...

Masalah ,warna-warna kehidupan..

genny da bomb said...

dah tua ke kita?kena daftar darjah satu dah anak hehe..

masalah..mmg tak dapat nak lari..sabar je lah banyak2..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails