Pages

Friday, February 12, 2010

Singa dan Paket Merah..


CNY is just around the corner..saat yang ditunggu-tunggu setiap tahun..bukan nak celebrate..tapi pada masa ini lah baru saya rasa penat lelah saya membanting tulang dihargai oleh company :-)

Setiap tahun, annual dinner company dibuat time dekat nak celebrate CNY..memang dah rutin setiap tahun macam tu..tapi tidak la dibuat kat hotel berbintang-bintang..either buat kat open space area office or di Dewan Konvensyen, Nilai..tapi, tahun ni..dinner di tukar kepada lunch..dan buat di Emville Golf Club..our new project is there..overall, lunch tahun ni sama je macam dinner tahun yang lepas-lepas..masih disajikan dengan penyanyi seksi yang menyanyi lagu yang sama macam masa dinner tahun lepas..cuma tahun ni takde tarian "Si Gadis Pondan" yang buat Umar terbeliak biji mata seperti tahun-tahun yang lepas..maybe sebab tahun ni stagenya kecik aje..jadinya tiger show di ganti dengan tarian singa masa opening..erkk..lunch aritu saya tak bawak Umar dan asben pun..working hour..lunch haritu, walaupun berbaju dan bertudung serba merah..tapi tetap tak "ong"..sama macam tahun lepas, putih mata tak dapat apa-apa..melepas  pakej 8 hari 6 malam ke Beijing..juga tak dapat ang pow between RM100-RM1,500 masa lucky draw..kata sorang kawan "dah selalu dapat bagi chance orang lain pula lah"..

Dan beberapa hari lepas, saya menerima paket merah yang ditunggu-tunggu..selama dekat 6 tahun kerja kat sini, setiap tahun isi paket merah bertambah :-) cuma tahun ni amaunnya sama macam tahu  lepas..dah maksimum barangkali...tapi, berapa pun quantumnya..cheq redha..alhamdulillah..specialnya paket merah ni berbanding bonus ialah, paket merah tak semestinya semua staff dapat..dan isi di dalamnya adalah rahsia..tak sama..staff yang bernasib baik dipanggil mengadap lady bos untuk terima paket merah..siapa yang tak dapat tu melopong gigit jari sajalah..kalau nasib baik..semua orang dapat tapi isinya tetap tersendiri..

Dan hari ini..ada 1 day float dalam account..bermakna ada la bonus untuk tahun ni..memang tak disangka-sangka..lagi pula quantumnya lebih sikit dari tahun lepas..lagi lah tak sangka..angin yang mula-mula menyapa suhu nya panas..dengarnya tahun ni putih mata saja..dan kemudian angin sejuk pulak datang..memang rasa nak senyum saja lah minggu ni :-) tapi, saya tak bole nak joli-joli..banyak yang perlu dibuat dan semuanya menuntut penyelesaian dengan menggunakan RM..tapi sekurang-kurangnya, fund untuk projek bulan April telah berjaya dikumpul..lagi 61 hari yang ada ni bole bekerja secara biasa..tak perlu lagi berpeluh ketiak..tak perlu fikir nak gadai buah pinggang sebelah ke apa ke..harapnya semua berjalan lancar dan tak ada apa-apa yang mengspoilkan bajet yang telah dirancang..

Yang tak best..hmm..dalam dok best-best ada jugak cerita yang tak best..Isnin nanti saya kena kerja..jangan tak tahu..lady bos saya datang ofis ye CNY..kalo dah bos kerja dapat ke kuli duduk goyang kaki kat rumah? tahun lepas..ofis tutup 2 hari..tahun sebelum-sebelumnya memang tak tutup..dan tahun ni nampak gayanya tak ada memo "OFFICE CLOSE"..jadinya..Sabtu saya kerja halfday..Ahad bole rehat..Isnin kerja fullday..dan Selasa bole rehat balik..Isnin kerja tak berbayar ok..just bole replace cuti satu hari..sebab dah biasa dengan keadaan macam ni..no more complaint :-)

4 comments:

genny da bomb said...

wah sonot la hanggg...lebat ke dapat tahun ni...bonus lagi..ang pow lag...masyukkkkkkk

n.a.j.w.a said...

geni, biasa-biasa je..tak selebat hang..hihihi

genny da bomb said...

ala..gaji aku ciput je..kalo 5 6 bulan aku dpt pn tetap la kocik jumlahnya banding bonus hang hehehe

zt said...

wah bestnya dapat angpow :) nak juga

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails