Pages

Tuesday, February 23, 2010

Senyuman dalam Kisah yang Caca-Merba..

Kalau 2 minggu dan 3 minggu lepas lepas ada perkara yang sedih..ada juga hal yang sedikit mencalar hati saya..tapi saya tak simpan dalam hati..sebab saya ada terbaca "amalan kita dibawa ke hadapan Allah S.W.T pada hari Khamis dan Isnin..tetapi Allah tak mahu melihat amalan orang yang bersegketa sehinggalah mereka berdamai.." sedari diri yang serba kekurangan, saya seboleh-boleh mahu menjauhkan diri dan hati perkara-perkara yang tidak perlu ini - marah-marah tak bertempat, berdendam, bermusuh-musuh dan bersangka buruk pada orang lain..shoo away..

Dan selepas berlalu kisah-kisah yang kurang menyenangkan hati..saya senyum semula..senyuman yang rentetannya bermula dari kisah "paket merah" berlanjutan hingga ke hari ini..beberapa perkara yang baik datang bersilih ganti..Alhamdulillah..

Dan pada hari Ahad lepas, mama, abah, abg Nuar, kak Ida dan kak Nani selamat pulang dari mengerjakan umrah..rindu saya pada mama dan abah terubat..rutinnya, selang sehari..paling tidak 3 hari sekali saya akan call mama berbual-bual..dan 2 minggu mama di Mekah..saya tak call..jauh..dan tak mahu mengganggu urusan mereka di sana..cukup sekadar hantar sms..hakikatnya, saya rasa sedikit kekurangan bila tak dapat mendengar suara mama..sekarang mama dan balik..rutin kembali seperti biasa :-)

Semalam (Isnin), saya on leave..asben pun cuti..Umar pun ponteng tadika..kami meluangkan masa dengan famili di rumah abg nuar..makan ramai-ramai walaupun tak cukup korum sebab hari berkerja ....dah lama tak dapat berkumpul macam tu..seronoknya rasa..layan slide show gambar-gambar deorang di Mekah dan gambar deorang melawat Madain Salleh..gambar-gambar yang sangat cantik..lagi lah saya rasa terlambai-lambai untuk ke sana..

Dan semalam juga..hari di mana Allah telah memakbulkan doa saya setelah hampir 2 tahun..kisah sebenar tak dapat diceritakan..kisahnya panjang..permulaan yang sarat dengan duka dan berbaldi-baldi air mata..dan akhirnya membuatkan saya senyum dan rasa mahu sujud syukur waktu tu juga..moral of the story yang saya dapat dari kisah "itu"..bersabarlah kerana pasti ada hikmah di sebalik sifat sabar..dan saya akan mula berpegang pada kata-kata ini - "jangan ikutkan hati yang marah.." .saya juga mendapat jawapan kenapa doa-doa yang lalu tidak atau lambat dimakbulkan..kerana saya lalai barangkali, kerana dulu saya tidak mahu bersabar, kerana saya bersungguh-sungguh berdoa hanya bila saya rasa susah hati dan hanya bersyukur bila saya rasa senang..hakikatnya..dalam sesetengah situasi, mungkin susah untuk kita bersabar..tapi sabar tetap akan ada hikmahnya..berdoa lah tanpa jemu..cepat atau lambat Allah makbulkan doa kita..teruslah berdoa..dan selalu lah bersyukur dalam apa juga keadaan..susah atau senang..

Walaupun cerita di atas barangkali tidak dapat anda fahami..mudah-mudahan ada perkara yang baik dapat saya kongsi bersama dicelah-celah ayat-ayat yang rumit itu..jom layan gambar yang caca-merba ni..




7 comments:

Yumiko Yasuo said...

own ... memang la aku tak paham apa citer ko nih ... tapi aku tumpang gembira untuk rahmat yang dikurniakan

n.a.j.w.a said...

Moon, mmg tak nk bg phm..hehehe..ambek part moral of the story tu jd lah..apa pun, yg pastinya kontroversi untuk status smlm dh terjawab-bukan Umar nak dapat adik.kena doa lebih lagi :-)

ANAKIRANA said...

baru nak teka umar nak dpt adik ehhehe
cete sembunyi2 ni aku geram ni :P

n.a.j.w.a said...

ana, itu lah..bila letak status kt fb..pakat ucap congrat ingt Umar nk dpt adik..hihihi...jgn geram ye ;-)

genny da bomb said...

hahahahaha aku baru msg hg sblm aku baca komen2 kat sini..ingat umar nak dapat adik jugak..kalo bukan adik mesti keja baru hehehe

Unknown said...

..aku baca ayat "Dan semalam juga..hari di mana Allah telah memakbulkan doa saya setelah hampir 2 tahun......" terus aku teka kata Umar dapat adik..... :)

n.a.j.w.a said...

geni / jj - hahaha..sume org teka Umar nak dpt adik dah..doa yg tu Allah blom makbul lagi..insyaallah..sooner or later..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails