Pages

Thursday, February 25, 2010

Mimpi Indah dan Angan-Angan Mat Jenin..

Hari ni ada company dinner kat Restoran Hakka, Jalan Tun Ismail..for Muslim akan di oder makanan yang halal katanya..siapa yang join dinner ni bole balik kol 3pm..now pukul 4.10pm..dan saya masih di office..maknanya saya tak join lah dinner tu..sebabnya..malas nak ke KL..abis diner mesti dah malam..stay aje la kat ofis..siapkan keje..sambil layan Facebook semestinya..juga layan berangan di website yang berkaitan dengan angan-angan..erk..saya baru surf website ni http://maemo.nokia.com/n900/ alahaii..jatuh cinta saya pada benda alah ni..kata sorang kawan di facebook, Blackberry lagi best..ye ke? saya standard pakai Stroberi aje kot..hehehe..N900 ni pun ntah berapa harga ni..berangan saja lah dulu..sama macam masa saya berangan nak pakai E71 dulu..lepas hampir setengah tahun berangan baru dapat yang diidamkan..N900 ni belum sampai kat Malaysia lagi pun..dah sampai nanti pun bole tengok aje lah..mahal macam iphone or HTC barangkali..saya minat gajet-gajet macam ni..kalo tak dapat beli..dapat belek-belek..tengok-tengok..berangan-berangan pun syok juga ;-)


Gajet atau apa-apa barang yang agak mahal harganya bagi saya (mungkin murah bagi orang lain), saya mulakan dengan berangan-angan dulu..dari angan-angan dan mimpi-mimpi yang indah tu la kemudiannya jadi kenyataan yang membuatkan saya senyum juga kadang rasa nak menangis..ye lah..dapat benda yang kita idamkan mesti lah senyum kan..tapi bila kenang RM yang melayang rasa nak nangis pun ada..bagai nak rak keje kumpul duit..saya bukan orang yang duit berkepuk-kepuk..gaji beribu-riban..tapi selera saya memang agak besar..hihihi..ya..saya salahkan diri sendiri..punya kemahuan yang bukan keperluan..tapi saya tetap mengukur baju dibadan sendiri..yang jauh dari kemampuan tu, biar tinggal angan-angan sajalah..saya memang suka berangan-angan mengalahkan Mat Jenin.. bagi saya, yang agak-agak mampu milik tu apa salahnya kalau hendak merasa...bukan duit orang lain pun..hasil titik peluh sendiri juga..asalkan tak membebankan diri dengan hutang piutang sudahlah..dan tak lupa menyimpan untuk kecemasan juga masa depan..dan saya sentiasa ingat pesan mama dan abah "jangan meminta-minta pada suami" sendiri nak..sendiri beli ;-)


Tuesday, February 23, 2010

Senyuman dalam Kisah yang Caca-Merba..

Kalau 2 minggu dan 3 minggu lepas lepas ada perkara yang sedih..ada juga hal yang sedikit mencalar hati saya..tapi saya tak simpan dalam hati..sebab saya ada terbaca "amalan kita dibawa ke hadapan Allah S.W.T pada hari Khamis dan Isnin..tetapi Allah tak mahu melihat amalan orang yang bersegketa sehinggalah mereka berdamai.." sedari diri yang serba kekurangan, saya seboleh-boleh mahu menjauhkan diri dan hati perkara-perkara yang tidak perlu ini - marah-marah tak bertempat, berdendam, bermusuh-musuh dan bersangka buruk pada orang lain..shoo away..

Dan selepas berlalu kisah-kisah yang kurang menyenangkan hati..saya senyum semula..senyuman yang rentetannya bermula dari kisah "paket merah" berlanjutan hingga ke hari ini..beberapa perkara yang baik datang bersilih ganti..Alhamdulillah..

Dan pada hari Ahad lepas, mama, abah, abg Nuar, kak Ida dan kak Nani selamat pulang dari mengerjakan umrah..rindu saya pada mama dan abah terubat..rutinnya, selang sehari..paling tidak 3 hari sekali saya akan call mama berbual-bual..dan 2 minggu mama di Mekah..saya tak call..jauh..dan tak mahu mengganggu urusan mereka di sana..cukup sekadar hantar sms..hakikatnya, saya rasa sedikit kekurangan bila tak dapat mendengar suara mama..sekarang mama dan balik..rutin kembali seperti biasa :-)

Semalam (Isnin), saya on leave..asben pun cuti..Umar pun ponteng tadika..kami meluangkan masa dengan famili di rumah abg nuar..makan ramai-ramai walaupun tak cukup korum sebab hari berkerja ....dah lama tak dapat berkumpul macam tu..seronoknya rasa..layan slide show gambar-gambar deorang di Mekah dan gambar deorang melawat Madain Salleh..gambar-gambar yang sangat cantik..lagi lah saya rasa terlambai-lambai untuk ke sana..

Dan semalam juga..hari di mana Allah telah memakbulkan doa saya setelah hampir 2 tahun..kisah sebenar tak dapat diceritakan..kisahnya panjang..permulaan yang sarat dengan duka dan berbaldi-baldi air mata..dan akhirnya membuatkan saya senyum dan rasa mahu sujud syukur waktu tu juga..moral of the story yang saya dapat dari kisah "itu"..bersabarlah kerana pasti ada hikmah di sebalik sifat sabar..dan saya akan mula berpegang pada kata-kata ini - "jangan ikutkan hati yang marah.." .saya juga mendapat jawapan kenapa doa-doa yang lalu tidak atau lambat dimakbulkan..kerana saya lalai barangkali, kerana dulu saya tidak mahu bersabar, kerana saya bersungguh-sungguh berdoa hanya bila saya rasa susah hati dan hanya bersyukur bila saya rasa senang..hakikatnya..dalam sesetengah situasi, mungkin susah untuk kita bersabar..tapi sabar tetap akan ada hikmahnya..berdoa lah tanpa jemu..cepat atau lambat Allah makbulkan doa kita..teruslah berdoa..dan selalu lah bersyukur dalam apa juga keadaan..susah atau senang..

Walaupun cerita di atas barangkali tidak dapat anda fahami..mudah-mudahan ada perkara yang baik dapat saya kongsi bersama dicelah-celah ayat-ayat yang rumit itu..jom layan gambar yang caca-merba ni..




Wednesday, February 17, 2010

Cuti..Shopping..Makan-Makan..Kenduri..Back to Work

Cuti CNY yang panjang bagi orang lain tapi pendek untuk saya dihabiskan dengan membuang masa dengan suka hatinya :-)

13/02/2010 - Sabtu kerja halfday..dan kemudian pergi berfoya-foya dengan asben dan Umar di Jusco, Wangsa Maju. Selepas meredeem 5,000 points equal to voucher berjumlah RM40..dapat beli setin biskut, 2 pek kacang pagoda, 2 helai stokin asben, 3 helai stokin Umar dan selai b*a saya..hihihi..nampak sangat tak de arah tujuan..kemudiannya..pegi berangan-angan di Winter Time..untuk kali yang ke tiga..tengok-tengok..belek-belek..beli sajalah dek kerana keterujaan yang makin menjadi-jadi.. dan selepas penat berjalan dan berpeluh ketiak (panas dalam econ sebab ramai orang) tuju ke Ukay Perdana pulak..wahhh..chef Nor Yusrinah  (kakak ipar) buat salmon grille with lemon sauce rupanya..dan malamnya sesi makan-makan celebrate birthday bapa mertua ( advance celebration) juga sesi berdiskusi to finalize our itinerary.

14/02/2010 - Perjumpaan dengan kawan sekolah di kenduri kawan sekolah - Paeh.

Saya, Geni dan Ana -

Saya bersama Umar dan Nuqman - anak bujang Geni. Pening kepala saya tengok bujang-bujang berbaju oren ni melompat-lompat, berpeluk-peluk..main - "aku angkat hang..hang angkat aku"..dan berguling-guling atas kapet merah..hadoiii..terbeliak-beliak biji mata saya jegil kat Umar tapi dia buta "dekkk" je..haihh..besar kecik je saya nampak Umar..rasa nak cubit-cubit kat situ jugak..padahal dalam kete dan jenuh pesan "behave ur self..good boy ha..jangan notti haa..bla bla bla.." sudahnya, sebab pening tengok gelagat Umar, saya tak tunggu sampai pengantin turun dari pelamin..jadi, tak sempat la bergambar dengan pengantin..juga tak sempat jumpa kawan sekolah yang lain..

Ini dia pengantinnya..Paeh dan Ayu..segak hang arini Paeh..kan hensem rambut pendek camni..menten ok ;-) nampak la seri pengantin..dan comey sungguh wife Paeh. Aku dan famili ucapkan Selamat Pengantin Baru..moga berbahagia ke anak cucu..layarilah kehidupan berumahtangga dengan penuh sabar :-)


15/02/2010 - terpaksa tinggalkan Umar dirumah Kak Nor..neseri off..saya harus pergi kerja..asben pun kerja..kami ni asik kerja..kerja..kerja..tapi tak kaya-kaya jugak pun..ishh..tak baik fikir macam tu kan..bersyukurlah dengan rezeki yang Allah bagi ni..nasib baik ada kerja kan..orang lain ramai yang nak kerja tapi takde kerja..pukul 10 sampai ofis..sekali lady bos cakap "you can close office at 3pm"..haihh..tak tau nak cakap hepi ke tak..sudahnya balik melangut kat umah sorang-sorang sampai malam..pukul 11 mlm baru asben dengan Umar sampai umah..

16/02/2010- hari berehat-rehat..bermalas-malas..Encik Nazley kerja..

Dan hari ni..masuk ofis dengan penuh semangat..tapi suramnya suasana kat ofis..semendung cuaca kat luar..adios!!

Friday, February 12, 2010

Singa dan Paket Merah..


CNY is just around the corner..saat yang ditunggu-tunggu setiap tahun..bukan nak celebrate..tapi pada masa ini lah baru saya rasa penat lelah saya membanting tulang dihargai oleh company :-)

Setiap tahun, annual dinner company dibuat time dekat nak celebrate CNY..memang dah rutin setiap tahun macam tu..tapi tidak la dibuat kat hotel berbintang-bintang..either buat kat open space area office or di Dewan Konvensyen, Nilai..tapi, tahun ni..dinner di tukar kepada lunch..dan buat di Emville Golf Club..our new project is there..overall, lunch tahun ni sama je macam dinner tahun yang lepas-lepas..masih disajikan dengan penyanyi seksi yang menyanyi lagu yang sama macam masa dinner tahun lepas..cuma tahun ni takde tarian "Si Gadis Pondan" yang buat Umar terbeliak biji mata seperti tahun-tahun yang lepas..maybe sebab tahun ni stagenya kecik aje..jadinya tiger show di ganti dengan tarian singa masa opening..erkk..lunch aritu saya tak bawak Umar dan asben pun..working hour..lunch haritu, walaupun berbaju dan bertudung serba merah..tapi tetap tak "ong"..sama macam tahun lepas, putih mata tak dapat apa-apa..melepas  pakej 8 hari 6 malam ke Beijing..juga tak dapat ang pow between RM100-RM1,500 masa lucky draw..kata sorang kawan "dah selalu dapat bagi chance orang lain pula lah"..

Dan beberapa hari lepas, saya menerima paket merah yang ditunggu-tunggu..selama dekat 6 tahun kerja kat sini, setiap tahun isi paket merah bertambah :-) cuma tahun ni amaunnya sama macam tahu  lepas..dah maksimum barangkali...tapi, berapa pun quantumnya..cheq redha..alhamdulillah..specialnya paket merah ni berbanding bonus ialah, paket merah tak semestinya semua staff dapat..dan isi di dalamnya adalah rahsia..tak sama..staff yang bernasib baik dipanggil mengadap lady bos untuk terima paket merah..siapa yang tak dapat tu melopong gigit jari sajalah..kalau nasib baik..semua orang dapat tapi isinya tetap tersendiri..

Dan hari ini..ada 1 day float dalam account..bermakna ada la bonus untuk tahun ni..memang tak disangka-sangka..lagi pula quantumnya lebih sikit dari tahun lepas..lagi lah tak sangka..angin yang mula-mula menyapa suhu nya panas..dengarnya tahun ni putih mata saja..dan kemudian angin sejuk pulak datang..memang rasa nak senyum saja lah minggu ni :-) tapi, saya tak bole nak joli-joli..banyak yang perlu dibuat dan semuanya menuntut penyelesaian dengan menggunakan RM..tapi sekurang-kurangnya, fund untuk projek bulan April telah berjaya dikumpul..lagi 61 hari yang ada ni bole bekerja secara biasa..tak perlu lagi berpeluh ketiak..tak perlu fikir nak gadai buah pinggang sebelah ke apa ke..harapnya semua berjalan lancar dan tak ada apa-apa yang mengspoilkan bajet yang telah dirancang..

Yang tak best..hmm..dalam dok best-best ada jugak cerita yang tak best..Isnin nanti saya kena kerja..jangan tak tahu..lady bos saya datang ofis ye CNY..kalo dah bos kerja dapat ke kuli duduk goyang kaki kat rumah? tahun lepas..ofis tutup 2 hari..tahun sebelum-sebelumnya memang tak tutup..dan tahun ni nampak gayanya tak ada memo "OFFICE CLOSE"..jadinya..Sabtu saya kerja halfday..Ahad bole rehat..Isnin kerja fullday..dan Selasa bole rehat balik..Isnin kerja tak berbayar ok..just bole replace cuti satu hari..sebab dah biasa dengan keadaan macam ni..no more complaint :-)

Tuesday, February 9, 2010

Lambaian Mekah..

Semalam..08.02.2010..mama, abah, abg nuar (abang sulung), kak ida (wife abg nuar) dan kak nani (wife abg nizam) berangkat ke Tanah Suci Mekah untuk mengerjakan umrah..Saya pesan kepada semua yang pergi supaya tolong doakan rezeki saya dimurahkan dan mintak Allah membuka jalan yang mudah untuk saya juga ke sana..ya..saya sangat ingin untuk ke sana..saya harap, lepas projek April ni, saya akan alihkan fokus saya kepada menyimpan untuk ke sana pula..rasa saya, lepas projek April ni,mungkin berat rasa hati nak ke tempat lain yang jauh-jauh untuk makan angin andai tidak ke sana dulu..ye lah..kalau tempat lain yang jauh saya bole berusaha untuk pergi, kenapa tak saya utamakan pergi ke tempat yang umat Islam dituntut untuk pergi..mugkin saya belum mampu lagi  dari segi wang dan masa untuk tunaikan haji..tapi mungkin saya bole tunaikan umrah dulu kan sebagai persediaan menunaikan haji..saya yakin, hajat yang suci akan dipermudahkan jalan oleh Allah andai kita berusaha ke arah itu..insyaallah..


Friday, February 5, 2010

Dia Pergi Jua..


03.02.2010..Rabu..11.15 pagi..pada usia 91 tahun, nenek kepada suami saya telah kembali ke rahmatullah..Saya sedih..sangat sedih..Walapupun saya cuma cucu menantu, tapi dalam hati saya, saya anggap nenek seperti nenek saya sendiri..bila saya rindukan arwah opah..saya lepaskan rindu saya pada nenek..baju arwah opah yang saya  simpan juga kini sudah ada cop nenek..ada bau-bau nenek..dapat saya buat kenang-kenangan..

Saya bersyukur kerana di penghujung hari nenek, saya dapat menjalankan tanggungjawab saya sebagai cucu..tak ada apa yang nak saya terkilankan..cuma kalau boleh diputar masa, saya mahu jumpa nenek sekali lagi walaupun sekejap..sebab kali terakhir saya berjumpa nenek hampir seminggu sebelum nenek pergi, saya ingatkan saya masih ada kesempatan untuk jumpa nenek sekali lagi di kampung..tapi Allah lebih sayangkan nenek..seminggu sebelum nenek pergi, nenek nampak ceria sangat..dan masih terngiang-ngiang ditelinga saya..kata nenek.."nenek raso tonang.." dan dia senyum sambil memegang tangan saya..sekarang saya tak ada nenek lagi..arwah opah dah lama pergi..tok sebelah bapa, saya tak berkesempatan berjumpa sebab tok meninggal sebelum saya lahir lagi..yang ada cuma opah (ibu kepada mak saya)..dan bila opah pergi..saya ada nenek lepas kahwin dengan suami..sekarang semua dah tak ada..yang ada cuma kenangan yang akan saya simpan dan kenang..menjaga orang tua mengajar saya supaya bersabar..dan kerana kalau umur kita panjang, kita juga akan tua..maka jangan la kita mengelak dari menjaga orang tua..sama ada dia ibu bapa kita..mahupun nenek kita..

Doa saya moga roh nenek di tempatkan bersama orang-orang yang beriman..Al-Fatihah..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails