Pages

Friday, December 10, 2010

Kecintaan Baru..

Lepas photobook pertama siap, kecintaan terhadap photobook menjadi-jadi..lalu terhasillah photobook yang ke 2..but this one not belong to me..tapi sista in law & beras biras saya punya photobook..kerana kecintaan yang agak menjadi-jadi terhadap photobook, dengan rela hati saya meng-ofer diri tolong create photobook untuk deorang.. sebab pertama, saya rasa best buat benda alah ni..kena kerah idea kreatif yang terpendam (oh kreatif lah sangat..ayat wajib poyos sket)

Sebab kedua, this is the sign of my appreciation to them sebab sponsor minyak diesel GBP2.30 per liter (mahal nak mampus), sebab sponsor berkoyan paket Brahim dengan segala bagai (giler sedap makan time kebulur dengan  sejuk tahap sosej sejuk beku), sebab sponsor berpeket-peket beras (menyumbang berkg-kg berat lugage tapi juga menjadi penyelamat perut dan tekak bila dapat makan nasi time orang keliling makan keju), sebab deorang sudi setongkang sekapal travel dengan saya dan Encik Nazley (lepas hampir-hampir melepas nak pegi sebab berhari-hari stranded sebab gunung berapi "tebaboooo"),  sebab deorang kasi chance saya posing-posing macam heroin filem hindustan tamil lalu penuh berkoyan-koyan lah gambar saya dalam Canon EOS 550D deorang yang superb itu..sebab ketiga , because of we're family..family help each other (kohkohkoh..lepas ni mati la kau sepupu sepapat soh buat untuk deorang jugak..hambekkk)

Kamera saya kokak cap ayam je.so gambar tak cantik..tak berbaloi-balai ikan kaloi kalo nak dibukukan..ntah bila nak dapat beli  camera idaman ..paling koman kalo dapat Olympus PEN EPL pun jadi lah.. (ah.. berangan yang mahal aje..padan la  kalo tak dapat-dapat)..tapi kan, sure muka pecah rumah pun nampak cantik je kan dalam gambar kalo kamera mahal..(dey tanggachi..kalo dah  memang tak lawa tak payah la nak menyalahkan kamera..)..apa pun...orang berbudi kita berbahasa, orang beri kita merasa..arigato..arigato..

Selepas 2 bulan mengodek-godek dekat 4 ribu keping gambar..eh, ulang sekali lagi..4,000 keping gambar (letak banyak 0 baru nampak banyak..)..gambar dah cantik, mata pulak pejam - reject..objek dah cantik gambar pulak pejam blur - reject lagi..pendek kata kena belek-belek, telek-telek sekeping-sekeping..hasilnya..nahhhhh..giler tak cantik?? marveloussss hokay.. (sungguh tak senonoh..sendiri buat sendiri puji..)  masa courier sampai kat ofis, one of manager mintak nak tengok..puji meleh-leleh sambil mengendeng-ngendeng dengan harapan saya berbaik hati nak buat sebuku untuk dia (sebab dia baru balik dari obersea..so ada banyak gambar..)..ayam selori i am sori..bayar upah i 2 hengget satu muka surat hokay..kecintaan secara percuma hanya untuk yang terpilih sahaja ..peace..


Note : Click HERE for photobook offer
Top & Bottom - 6 out of 94 pages and Center is the back page hardcover

1 comment:

ANAKIRANA said...

kamera lawa..berbabaloi nak buat
aku nya sekadar simpan dlm harddisk jer la..pulak tu tak de gambar cantik2 lak tu
ni ada sekeping voucher rm60 u-print..aku malas nak buat design lagik pon huh..gambar tak byk

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails