Dia sakit tenat hingga koma tiba-tiba..ambulan datang ambek dia kat umah..dia masuk ICU di hospital A..lepas seminggu, dia dihantar balik ke rumah sebab tak boleh dirawat di hospital A dengan alasan insurance X tak cover di hospital A...kesian dia koma kat rumah dari dah dekat nak raya sampai la dah 2 minggu raya berlalu..saya sedih..juga geram sedikit..geram sebab dia terlantar dirumah tak dirawat..sedih sebab kami tak mampu nak rawat dia tanpa bantuan pihak insurance.
23hb September 2010..hari Khamis..ambulan lain pula datang ambil dia dirumah saya..sekali lagi dia masuk ICU..kali ni di hospital B pula..alhamdulillah..insurance X bole diguna pakai di hospital B ini..dan semalan, 29hb September 2010, saya terima panggilan yang dia sudah sihat..sudah bole pulang ke pangkuan kami..saya rasa lega..kebetulan semalam saya halfday..pukul 1 saya bergegas pulang..mahu menunggu kepulangan dia..saya kemas dan bersihkan tempat dia akan duduk setibanya dirumah nanti..
Pukul 4 petang..dia sampai di rumah dalam keadaan dia sedang tidur..dia di usung oleh 2 orang petugas..selepas diletakkan di atas tempat rehat kegemarannya, beberapa wayar dipasang sebagai bantuan..dan kemudian dia bangun dari tidur yang lena..tapiiiiii..oh tidakkkk.. saya terpaksa akui yang saya tetap tak gembira walopun dia sudah ada didepan mata...kerana selepas sedar dari koma, dia pekak dan bisu pula..kerana dia kehilangan telinga...
Siapa dia???? Dia ialah TV saya yang rosak itu!!!!! Dah elok dah..tapi both side speaker tv ni ada kat Mr Wong, 1st contractor yang Haier hantar untuk repair tv ni..tapi tak repair sebab 1 year warranty by Haier dah lama expired..4 years extended warranty covered by another insurance company..masa Mr Wong hantar balik tv ni untuk dicheck oleh pihak insurance yang berkenaan, Mr Wong ni tak bagi sekali speaker..dia bajet pihak insuran tu akan bagi job repair tu kat dia..sekali pihak insurance ada contractor sendiri..bila asben call Mr Wong soh hantar balik speaker tu, dia cakap next week baru dia leh hantar sebab seminggu sekali je dia datang area Nilai, Sepang dan yang sewaktu dengannya..kalo nak cepat dia suruh bayar kos dia datang hantar..brengset betul la..asben suruh saya buat komplen kat Haier pasal contractor dia sudah simpan kami punya speaker, lepas tu tak nak anta balik segera, lepas tu mintak pulak duit kalo nak suruh hantar cepat, lepas tu paling worse dia cakap masa dia anta balik tv tu kat umah kita orang dia tak cas apa-apa pun..helloooooo..thats not our problem..dah tu memang keja engkau..engkau memang tak bole mintak satu sen pun dari kita orang ..tapi saya malas nak kecoh-kecoh..so saya tak report pun kat Haeir pasal contractor dia yang tak semenggah ni..erk..perlu repot ke tak? (soalan diulang 3x)
Back to si pekak dan bisu...sepetang saya rasa macam orang kurang upaya bila tengok tv tanpa suara..nasib baik tengok drama ada sub title..kalo yang takde sub title tu tak kelip mata baca gerak bibir aje lah..tapi, as usual asben saya sentiasa menjadi McGyver dalam hidup saya..semalam, asben dah connect tv tu kat speaker JBL siap ada equalizer yang biasa kami guna untuk tengok cd ...so sekarang, tengok iklan ke..tengok Buletin Utama ke..sound nya ala-ala tengok movie di GSC.. gempak doh..
Back to si pekak dan bisu...sepetang saya rasa macam orang kurang upaya bila tengok tv tanpa suara..nasib baik tengok drama ada sub title..kalo yang takde sub title tu tak kelip mata baca gerak bibir aje lah..tapi, as usual asben saya sentiasa menjadi McGyver dalam hidup saya..semalam, asben dah connect tv tu kat speaker JBL siap ada equalizer yang biasa kami guna untuk tengok cd ...so sekarang, tengok iklan ke..tengok Buletin Utama ke..sound nya ala-ala tengok movie di GSC.. gempak doh..