Pages

Wednesday, April 14, 2010

Antara Kepenatan dan Keterujaan..

Esok saya dah start cuti..yahoooo..kalau cuma bercuti dirumah pun saya akan tetap seronok..sebab..pada ketika dan saat ini, saya saaaaaaaangat letih. Saya kerja dari hari Selasa minggu lepas sampai lah ke hari ni..9 hari kerja tanpa cuti memang sangat mencabar fizikal dan mental..sebelum cuti panjang, semestinya kena siapkan kerja..handover pada sesiapa yang berkenaan tasks yang masih pending settlement..

Saya masih tercari-cari mood yang sesuai..terlalu letih hingga perasaan dan minda jadi beku..monthly flux saya jugak delay sudah..mungkin sebab stress..kalo kemungkinan lain, alhamdulillah..apa pun,bekalan secukupnya perlu dibawa kot red flag  kat sana..nak beli dah tentunya mahal..bawak lah walopun agak menyemakkan luggage yang tak berapa besar tu..gagahkan jugak mempacking sebab tak suka buat kerja last minit..juga nak avoid tertinggal barang.  Persediaan lain rasanya dah complete..dah belajar juga macam mana nak solat dan wuduk dalam keadaan tertentu..jamak dan qasar disini mungkin tak sama macam disana. Kat sini kita takde masalah nak cari tempat solat..Pengalaman masa kat Macau/Zhuhai mengajar saya supaya  mencari ilmu tentang solat bagi musafir dengan lebih terperinci..Makanan halal juga tak menjadi isu sebab "masak sendiri"..jimat ok..Dalam fikiran saya sekarang, saya fikir macam mana saya nak tempoh perjalanan yang berbelas jam esok..huhuhu..sungguh saya tidak suka..penah naik paling lama 4 jam setengah pun dah rasa separuh mati..haihh..

Yang melegakan..no more pounding heart nak buat tabik hormat time kena tayang paspot kat imigresen nanti. Kerana surat cinta dari PTPTN mintak bayaran penuh tunggakkan, kegagalan berbuat demikain akan di senarai hitamkan, saya blur sekejap..saya bukan peminjam tegar..ye..saya mengaku saya lambat mulakan bayaran dan bayaran tak konsisten kadang lebih kadang kurang..tapi sejak tahun lepas saya buat prompt  payment setiap bulan. bayar pun lebih..salah tafsiran saya ingatkan nak kena selesaika semua baki pinjaman..20 ribu weiii..mati la nak bayar one shoot..dengar nasihat mama, saya pun pegi la ke PTPTN KL Sentral..owhhh..nama saya clear je pun..deorang suruh bayar dalam 4k untuk cover amount installment tahun-tahun lalu yang lambat bayar.. tu je..hufff..bikin copot jantung gue aje..

Blog saya akan berhabuk dan bersawang selama 2 minggu..apa pun, mudah-mudahan perjalanan saya  dan keluarga selamat dan berjalan lancar.. Doa kan kami..Adios..amigos..










1 comment:

Rozelia Shariff said...

Own,
Enjoy your trip. Dah lama keje ni dapat cuti panjang mesti refresh kan pas tu. Semoga selamat sepanjang perjalanan.

Owh, btw, nak check black list PTPTN boleh je ko nak check online, tak yah gi office PTPTN KL pun takpe :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails