Semalam hari manja-manja dan mengada-ngada..saya pegi facial @Dermalogica..kerana permukaan yang seperti bulan ini perlu diratakan..last pegi sebelum raya puasa tahun lepas..dan disebabkan bajet yang terhad memandangkan pada tahun ini saya ada projek besar,maka rutin bermanja-manja sebulan 2 kali di tukar kepada 4 bulan sekali..saya bukan dalam golongan orang yang duitnya berkepuk-kepuk..jadi bajet yang teratur sangat penting bagi saya..
Saya berada dalam kelompok wanita yang tak berapa bertuah kerana mempunyai struktur kulit yang menyedihkan..ditambah pula dengan sifat kulit yang manja dan mengada-ngada..tak bole pakai bedak nyonya mahupun "Yardley"..Maybeline jugak tak bole masuk dalam senarai..apa yang bole?M.A.C..Clinique..Averine Paris bla bla bla..sungguh mengada-ngadakan?kalau anda menyampah, saya lagi rasa nak menyumpah bila stok compact powder habis time tengah sesak atau tengah bulan..hakikatnya, pakai yang mahal pun rupa macam tu jugak..takde la bertukar jadi Maya Karin ke..Fazura ke..cuma yang mahal itu pada kulit saya mengurangkan pertumbuhan objek-objek yang tak diingini oleh setiap wanita di permukaan kulit wajah..nasib badan..Back to cerita facial tadi, saya rasa bagus juga kalo sesekali kita memanjakan diri..kata orang "an ice cream treat for the hard work you've done"..buat facial..eye treatment..body massage..waduh..waduhhh..nyaman sekali dong..
Lepas bermanja-manja..singgah McD tapau Ciken Prosperity beger..hmmm..ini yang tak best..muka nak jaga tapi selera makan tetap macam "rimau"..sume nak dibaham..pastu bila out of shape sendiri merungut-rungut gemok la..boncet la..part ni memang asben pun menyampah..dia ajak jogging..tak nak..alasan.."penat..".."malas".."nak tengok drama kol 6.30" dan macam-macam alasan lagi..sudahnya Umar yang teman ayahnya joging..maknya duduk rumah ternak lemak banyak-banyak..resolusi nak tuka kan lunch time kepada sesi bertreadmill nampaknya belum ada harapan..alamat carry forward ke bulan depan dan kemudian forward lagi ke bulan seterusnya sampai la abis tahun, carry forward ke tahun yang akan datang..haihhh..
Dan semalam selepas membaham beger, saya pun menunjukkan diri di ofis..dan tepat pukul 5.10 terus cabut..ada sesi bersama Ms Loreal pulak di Senze..sedihnya bila bermasalah dari hujung rambut sampai hujung kaki..Kata Celine (beautician di Demalogica), "please cut ur hair..shampoo everyday and don't let ur hair touch ur face if u want a healthy skin"ya..rambut saya mudah berminyak..luruh..gugur..bersepai-sepai dilantai rumah..adakah Yun Nam Hair penyelesaiannya??sudah lah...sume nak yang mahal nih kopak la weii..saya pun merelakan rambut saya dipotong pendek macam gelfren Nabil yang apa ke nama tu..maaf, takde gambar rambut baru yang bole ditempek disini..walopun bertudung tapi saya tetap mahu rambut saya berstyle..sebab dirumah ada orang penting nak tengok..dan saya sendiri pun suka syok sendiri..haha..
3 comments:
eh, pi la jogging dengan asben ngan umar tu.. kasi slim balek.. hehe
habis laa duit kena pow..
gmbr2 makanan yg aku upload nie stok 2009.. tu yg jadi berat berlebihan... obes dah skrag beb, malu tgk cermin..:)
Post a Comment