Pages

Saturday, January 30, 2010

Ini Kisah Benar..

Pada suatu hari..seorang pakcik membawa anak perempuannya yang berumur 20 tahun berjumpa seorang ustaz yang dikurniakan oleh Allah kelebihan yang tidak semua orang ada...dan kelebihannya itu digunkan untuk membantu orang yang memerlukan..Kisahnya..budak perempuan anak pakcik itu sangat kurus..kurus ya amat..badannya lemah..jari jemari nampak keras dan kaku mengekot..kata pakcik tu anak dia muntah-muntah..dah 3 tahun keluar masuk hospital..ustaz itu pun memulakan tugas..budak perempuan itu disuruh memegang sebiji telur dan limau diletakkan dibahagiann pusat..ustaz pula meletakkan sebiji bawang putih yang dah dibelah dua di bahagian tengkuk hampir dengan cuping telinga..kemudian..kata ustaz "lain macam je ni.."..dan menggunakan sebotol air mineral cap Cactus, ustaz melalukan botol air tersebut dibahagian belakang badan budak perempuan tersebut seolah-olah menggunakan alat pengimbas..dan kemudian..ustaz tnya pada pakcik tu "budak ni dulu kawan dgn siapa"..jwb pakcik  " kawan sekolah"..ustaz tnya sekali lagi.."budak ni dulu kwn dgn siapa?"..pakcik tu jawab "..dia kawan baik dgn budak $%&*" dipendekkan cerita..ustaz tu pecahkan telur yg tadinya ustaz suruh budak perempuan tu letak di perut..ustaz pecahkan telur tu..ada merah-merah sikit di bahagian kuning telur..dan ustaz tnya pada budak tu "sebelum kamu sakit ada tak orang bagi kamu minum air.."budak tu geleng..dipendekkan lagi cerita..ustaz tu cakap budak perempuan tu dah minum air yg dh dipuja dari #$%&*/...kata ustaz dalam badan budak tu dh habis rosak..tak tahu lah apa maksud ustaz dengan "dah rosak" tu..organ ke rohani ke tak tahu lah..

Moral of the story..hati-hati berkawan dengan orang tidak kira sama bangsa atau tak sama bangsa ...sama agama atau pun tak sama agama..jangan makan/minum sebarangan terutama bila orang bagi..kalau makan di luar, jangan sesekali pergi membasuh tangan dan kita tinggalkan macam tu saja makanan/minuman yang belum habis dimkana/minum di meja (kalau nak makan/minum lagi)..kalau ada org nak test power atau ilmu, dari makanan dan minuman lah yang paling mudah..dan, jangan lupa baca Bismillah..bukan suruh simpan syak wasangka tapi tak salahkan kalau kita berhati-hati dan beringat...

Sekadar renungan bersama..

Monday, January 25, 2010

Kisah Birthday Si Pari-Pari..

Date       : 10th January 2010
Location : Bora Ombak, Ampang





Cute kan dua pari-pari kecil ni..Pari-pari yang sulung namanya Dura Batrisya..yang bongsu Dura Rafhana..two little fairy ni anak adik ipar saya..Mel.Dua-dua celebrate birthday on the same month..dan oleh kerana maknya budak berdua yang comel nih sangat lah kreatif dek kerana suka berangan-angan..maka birthday Batrisya dan Rafhana disambut meriah hampir setiap tahun dengan berbagai tema..tema pada tahun ni sempena birthday Batrisya yang ke 7 tahun..dan Rafhana yang ke 3 tahun is Fairy in the Garden..sayangnya saya, asben dan Umar takde costume yang memenuhi tema..tak jumpa kepak pari-pari lelaki mahupun kepak pari-pari perempuan bersaiz L..hehehe..plan saya nak jadi Fairy God Mother..tapi tengok dalam filem animasi Shrek..fairy God Mother nih dah tua..bersanggul..beruban..bergaun dengan magic wand..owh..kensel..kensel..dan yang sangat sporting pda hari itu ialah adik ipar saya, Liza..jadi Fallen Angel yang vogue de vass..hehehe

Saya sedang mengejar masa..nak balik kampug (Melaka)..ada misi penting pada malam nih..jadinya..story dipendek ringkaskan..erk..gambar diatas adalah percubaan pertama saya menggunakan photoscape yang dicuri dari blog kawan saya..Geni..hehehe..jumpa lagi dilain entry..adios

Monday, January 18, 2010

Kejutan Yang Mengejutkan


Agenda semalam..makan-makan di TGI Friday,Live Centre..celebrate belated birthday Ayman (9 years old on 11th January)..Ayman ni anak kepada ipar saya..Kak Nor & Abang Jeff..jom layan gambar dulu..







Tiba-tiba muncul la TGIF's crews bersama sebiji lagi kek..surprise..surprise..surprise..yeah..really surprise..surprise belated birthday celebration untuk saya..saya diminta berdiri atas kerusi..diberi sebotol sos menggantikan microphone untuk bagi simple speech..disorak-sorai oleh TGIF's crews yang happening..sungguh happening..ya..kejutan yang sungguh mengejutkan..the best birthday bash i ever had..thank to ipar-ipar, asben dan TGIF's crews yang menjayakan kejutan semalam..sejak 5 tahun lepas, memang birthday saya disambut secara mengejut oleh in law's family..tapi tahun ini yang paling mengejutkan bagi saya..saya ingatkan tahun ni takde kek seperti lazimnya sebab semua busy dengan agenda sendiri..tapi, ada juga kejutan untuk saya tahun ini..i really appreciate it..dan..kek tahun ini cuma ada 3 batang lilin..hrmmm..salah ambek lilin ni..sepatutnya 3 lilin kecil hokey :p





Dan ini detik-detik mencemaskan






Thursday, January 14, 2010

I Am 30..

Semalam..13 Januari 2010..genap umur saya 30tahun..alahamdulillah..Allah panjangkan umur sehingga ke hari ini..dapat menikmati nikmat hidup yang hebat ini..semalam, tak ada apa-apa celebration..asben outstation..malam baru balik dan hari ni outstation lagi..esok baru balik..asben cakap "nanti kita pegi makan piza"..later..dan Umar pun tak nak nyanyikan lagu "happy birthday" sebab Umar cakap tak ada kek..tak apa..saya pun tak harap birthday saya disambut dengan kek or lilin..cukup la bagi hadiah..hahahaha..hadiah pun sebenarnya saya tak harap pun..kalo dapat, saya kira itu bonus..hrmmm..asben hadiahkan saya a pants from Esprit..thank you so much :) dan saya dapat baaaaaanyak ucapan birthday di facebook dan a few via sms..terima kasih pada yang sudi wish dan sudi mendoakan yang baik-baik untuk saya..


Tapi, semalam ada satu cerita..bila saya masuk ke dalam ofis..saya dapat soalan yang 'choi' dari Irene..she is one of the manager in my office.."Najwa, why u wear like factory worker today?all plain-plain color..wear floral-floral la.." huff..you really make my day la Irene..on my 1st day of age 30 saya dapat ayat yang begini..sob..sob..sob..terus put up kat status di facebook..and  a lots of my frens start giving their comments..yeah..maybe semalam saya nampak sangat dull..pale..

on the way to office semalam, sempat lagi snap gambar masa tengah driving..konon-konon gambar 1st day at age 30..









Dan hari ni, dengan hangat hatinya saya pun pakai la warna yang lebih meriah..put some mascara, eye shadow..bla bla bla..dan Irene dengan rasa bersalahnya sebab mengutuk saya di hari jadi saya semalam memujuk saya dengan a box of chocolate..hahaha..no heart feeling pun..gurau-gurau manja bos dgn kuli namanya tu..






Monday, January 11, 2010

No. Yang Anda Dail Tidak Dapat Dihubungi...

Mungkin ini jawapan yang anda akan dengar jika menelefon saya sejak semalam hingga hari ini..juga sms anda tidak dijawab..saya tidak menggunakan handphone buat masa ini..mungkin sementara...or mungkin juga permanent..harapnya sementara saja lah kerana kalau permenant, saya akan berada di dalam kelompok orang yang menolak teknologi..kenapa? jangan tanya..mode ::bengang dan menyampah::

Wednesday, January 6, 2010

Hari Bermanja-Manja dan Kisah Mengada-Ngada

Semalam hari manja-manja dan mengada-ngada..saya pegi facial @Dermalogica..kerana permukaan yang seperti bulan ini perlu diratakan..last pegi sebelum raya puasa tahun lepas..dan disebabkan bajet yang terhad memandangkan pada tahun ini saya ada projek besar,maka rutin bermanja-manja sebulan 2 kali di tukar kepada 4 bulan sekali..saya bukan dalam golongan orang yang duitnya berkepuk-kepuk..jadi bajet yang teratur sangat penting bagi saya..

Saya berada dalam kelompok wanita yang tak berapa bertuah kerana mempunyai struktur kulit yang menyedihkan..ditambah pula dengan sifat kulit yang manja dan mengada-ngada..tak bole pakai bedak nyonya mahupun "Yardley"..Maybeline jugak tak bole masuk dalam senarai..apa yang bole?M.A.C..Clinique..Averine Paris bla bla bla..sungguh mengada-ngadakan?kalau anda menyampah, saya lagi rasa nak menyumpah bila stok compact powder habis time tengah sesak atau tengah bulan..hakikatnya, pakai yang mahal pun rupa macam tu jugak..takde la bertukar jadi Maya Karin ke..Fazura ke..cuma yang mahal itu pada kulit saya mengurangkan pertumbuhan objek-objek yang tak diingini oleh setiap wanita di permukaan kulit wajah..nasib badan..Back to cerita facial tadi, saya rasa bagus juga kalo sesekali kita memanjakan diri..kata orang "an ice cream treat for the hard work you've done"..buat facial..eye treatment..body massage..waduh..waduhhh..nyaman sekali dong..

Lepas bermanja-manja..singgah McD tapau Ciken Prosperity beger..hmmm..ini yang tak best..muka nak jaga tapi selera makan tetap macam "rimau"..sume nak dibaham..pastu bila out of shape sendiri merungut-rungut gemok la..boncet la..part ni memang asben pun menyampah..dia ajak jogging..tak nak..alasan.."penat..".."malas".."nak tengok drama kol 6.30" dan macam-macam alasan lagi..sudahnya Umar yang teman ayahnya joging..maknya duduk rumah ternak lemak banyak-banyak..resolusi nak tuka kan lunch time kepada sesi bertreadmill nampaknya belum ada harapan..alamat carry forward ke bulan depan dan kemudian forward lagi ke bulan seterusnya sampai la abis tahun, carry forward ke tahun yang akan datang..haihhh..

Dan semalam selepas membaham beger, saya pun menunjukkan diri di ofis..dan tepat pukul 5.10 terus cabut..ada sesi bersama Ms Loreal pulak di Senze..sedihnya bila bermasalah dari hujung rambut sampai hujung kaki..Kata Celine (beautician di Demalogica), "please cut ur hair..shampoo everyday and don't let ur hair touch ur face if u want a healthy skin"ya..rambut saya mudah berminyak..luruh..gugur..bersepai-sepai dilantai rumah..adakah Yun Nam Hair penyelesaiannya??sudah lah...sume nak yang mahal nih kopak la weii..saya pun merelakan rambut saya dipotong pendek macam gelfren Nabil yang apa ke nama tu..maaf, takde gambar rambut baru yang bole ditempek disini..walopun bertudung tapi saya tetap mahu rambut saya berstyle..sebab dirumah ada orang penting nak tengok..dan saya sendiri pun suka syok sendiri..haha..






Monday, January 4, 2010

Exciting Moment on 04.01.2010..



Umar dan beg Optimus Prime yang isi nya cuma sebiji bekas air dan pencil case .Dalam pencil case cuma ada sebatang pencil,ruler dan few color pencils yang konton-kontot..saja tak nak beli yang baru..selagi bole pakai, pakai lah..(mak dia kedekut..nasib la..hahaha)


Tengok la gaya anak bujang saya..kecik-kecik dah pandai nak bergaya dengan rambut yang berstyle..ni style rambut pacak kata Umar..


Dah sampai depan skol Kidzone..Umar cakap kat ayah dia "belajar rajin-rajin ya.."..aikk..sape yang nk pegi skolah ni??


2010..Resolusi..dan Harapan..

"Every year we must transform..always move forward and never look back"..

Hari ni hari ke 4 tahun 2010..saya baru nak bercerita tentang resolusi dan harapan saya untuk tahun ini..
Saya harap..

  • saya akan ada semangat untuk menggantikan lunch time dengan sesi bertreadmill..tahun lepas dah buat tapi separuh jalan..

Saya harap..

  • tiada pertambahan "kg" mahupun "inci"..5 tahun lepas berat 45..sekarang 55..maknanya setahun naik 2kg..jgn naik lagi ye..

Saya harap..

  • become a gud mom..all this while, im not a good mom..perhaps..sebab saya kurang sabar bila umar banyak cakap macam tetelan ipod..tanya itu..tanya ini..saya suka buat hal sendiri dari layan anak main..sekarang, saya nak selalu bacakan Umar buku cerita..layan dia main..jawab sume soalan Umar bla bla bla..

Saya harap..

  • dapat mencukupkan fund untuk mission impossible bulan April ni..ada 100 hari lagi lagi..fokus..foukus..

Saya harap..

  • murah rezeki dan sihat..kalo ada duit tapi badan tak sihat pun susah juga..kalo takde duit, badan pun tak sihat laaaaagi susah..

Saya harap..

  • semua perkara yang baik pada tahun 2009 akan berpanjangan ke tahun ini..

Saya harap..

  • ang pau tahun ni lebih sket dari tahun lepas..hehehe..(saya harap "bos" saya baca part ni)

Saya harap..

  • secret misssion 24 Januari ni berjalan lancar

Saya harap..

  • takde kemunculan kedut mahupun uban..tak lama lagi saya akan masuk kelab 30s..hmmm..

owhhh..banyaknya yang saya harap..cukup-cukup la setakat ni..harapan lain akan menyusul kemudian..Moga perjalanan hidup sepanjang tahun 2010 ini baik-baik saja.. :)

p/s : lupa satu lg harapan besar..hope Umar dpt "baby sister" thn ni..Amin

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails