Pages

Monday, March 28, 2011

Gerak Gempur

Masa sekolah dulu, ada gerak gempur Matematik..matematik..matematik ni saya fobia nak cerita..buat malu kompeni je nak cerita pun..tapi, saya syak saya tak berapa pandai matematik dari sekolah menengah sampai "U" sebab kena sumpahan cicak yang mati tersepit dalam buku maths saya..masa form berapa tah..kena tanya Jj..dia mesti ingat pasal ni.. masa sekolah rendah, ok je result maths..manjang dapat A..sepanjang darjah 1 sampai 6 tak de cicak ke lipas ke lalat ke mati tersepit dalam buku maths saya..maybe sebab tu pandai..hahahaha..baekkkkk punya alasan ni..

Sejak berkeluarga, exam dan segala jenis subjek pembelajaran secara formal adalah nightmare bagi saya..penah la mimpi pegi kuliah..giler, mimpi ngeri tu..mati-mati ingat tak abis blajar lagi..bila terjaga dari tidur, terus sujud syukur..mimpi rupanya..sume gara-gara sangat tak suka subjek M.A.T.E.M.A.T.I.K !!

Sekarang, masih kena bergerak gempur..Gerak gempur kerja rumah pulak....semalam, berkat simpanan energy cuti ari Khamis lepas, dengan penuh semangatnya saya memproses bilik ke 3 yang ala-ala stor gitu..gambar stor gagal di upload..bayangkan aje la..dalam 1 bilik segala mak nenek moyang ada..motor besar Umar, meja, 2 biji stroller Umar, car seat Umar, tempat iron, baju tak iron 2 bakul, vacum, tempat gantung baju, almari, bantal-bantal, toto, printer, old news paper, mainan Umar 3 bakul, helmet dan segala macam lagi..

Proses punya proses, 5 plastik besar sampah berjaya di nyah kau kan.. sekali dengan moto besar Umar selamat disedekahkan..letak tepi tempat rubbish collection..pagi ni tengok moto tu dah ada orang kidnap..ambek lah..mokcik pokcik sedekah..stroller dengan car seat Umar pun nampak gaya macam nak di eliminate dari senarai nama penghuni bilik stor..maklum la..umah banglo 5 tingkat.. yang mana yang dah tak pakai harus la dikorbankan..

Mainan Umar dari 3 bakul berjaya di minimize ke 2 bakul.. 

Umar - pasni mama beli menan baru ye
Mama Umar - no no no..no more toys..pegi dapo ambek kuali main masak-masak.. (Opssss)



Umar ni kreatif..sebelum saya belikan dia mainan set golf, masa nak masak kalo cari senduk tak jumpa, sah la budak Umar ni ambek wat jadi kayu golf dia..

Lepas dah berjaya meng tong sampahkan segala barang yang dah tak diperlukan, lapang sket bilik tu..cuma pekakas harta pusaka encik suami je gagal di hapuskan..sume dia nak simpan..speaker dah rosak nak simpan..suar jeans yang dah tak muat pun nak simpan..kalo selai takpe..ni dekat 10 lai...alasan, tu jeans Levi's..bole simpan kat Umar. (mau dah reput la baru leh turun kat Umar..tu pun kalo muat) kasut yang dah tak muat, tak pakai and out todate pun nak simpan.. alasan, beli mahal.. helmet full face yang dah tak pakai pun nak simpan...bukan ada moto besar pun...tapi tak tau la kalo encik suami dah plan bebila nak drive pakai helmet wat drifting ke kan..tak pun maybe pasni teman leh try pakai helmet full face pastu bawak moto Suzuki Best pegi ofis..hahahaha... hrmmm, dah tuan tanah kedaung dah gazet sume tu harta pusaka, teman ikutkan je la.. maleh teman nak bertekak.. pack elok-elok, simpan balik..masa simpan, sempat teman baca mantera cepat la kau reput wahai suar jeans, speaker, helmet dan segala kasut tuan tanah kedaung..fuhh..fuhhh..fuhhhhh..
 
Hari ni, cuti lagi..sambung gerak gempur semalam...nak kekahkan baju-baju yang dah tak pakai. pulak..as usual, selalu lupa bagitau encik suami yang saya cuti..last menet baru tingat nak bagitau..lagipun no point nak bagitau awal-awal unless ada nak ajak dia pegi memana.. Okeh, nak sambung bergerak gempur..adios amigos



2 comments:

Hani said...

kah kah kah..cicak mati dalam buku hg tu masa f5..sebab aku deskmate hg time tu..hahahahhaha..aku cuma ada 3 org deskmate je..geni,natrah n hg..

stress gak nak mengemas umah..so stor bawah tangga aku tu tak kemas2 pun...rezal kata dia nak kemas...biar dia pengsan kemas..tapi tahun bila pun tak tau lagi.

n.a.j.w.a said...

form 5 ke? serius ilang ingatan bab form berapa kejadian berlaku..tapi apa kejadian yg berlaku mmg melekat la dlm kepala..hahaha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails