Pages

Sunday, December 25, 2011

Fesyen Tudung Terkini

Nak cerita pasal tudung lagi..

Sekarang ada macam-macam fesyen tudung..best gak sesekali cuci mata tengok fesyen-fesyen tudung terkini.. paling senang nak tengok fesyen tudung ialah dengan cara menanya pakcik google..

Ni fesyen tudung awning...cantik kan? simple je..
(credit to fanpage Wardina)


Yang ni pulak fesyen tudung serban..bole jugak dinamakan fesyen tudung abang bai jual roti benggali...kohser mak nak lilit-lilit cenggini
(credit to google)

Eh, yang ni mesti salah google..ni bukan tudung tapi salah satu jenis tudung saji..
(credit to google)

Ni fesyen Hana Tajima..not bad..
(credit to google)

Fesyen yang sesuai dan kena dengan bentuk muka dan penampilan memang cantik dipandang..tapi, kalau tak sesuai.. silap hari bulan dah nampak macam ni haaaa






























































credit to google



Orang pakai macam ni wat tutup kepala supaya kepala tak hangit rentung tebako masa bersawah..sekarang pun dah ada paten tudung yang ala-ala cenggini..maknanya,  fesyen pesawah ni lah pelopor kepada certain fesyen tudung sekarang..terbaek lah !!!






Saturday, December 24, 2011

Tudung & S.A.L.E

Ariani tengah SALE..less 50% katanya..walopun dah penah terkena kat Ariani pasal memula pegi harga lain, pegi sekali lagi nak beli tudung yang sama dah harga lain pulak,..bole baca kat SINI..tapi... biasa la..saya ni nampak je muka ganas..tapi jiwa tak berapa kental dengan perkataan SALE ni.. esok dengarnya Makcik Faizah nak buat rombongan mesra poket ke Ariani.. tegedik-gedik rasa nak join rombongan..tapi saya kena kerja la pulak... tak dapat join lah..ok..selamat poket..syukurrrr

10 tahun dulu saya cuma kenal "tudung bawal", tapi sekarang dah ada macam-macam jenis tudung dengan fesyen yang sangat variety... ada fesyen yang cantik , ada yang pelik dan juga yang extra pelik hingga jadi jelik.. Saya tak nak ulas pasal fesyen tudung ni.. terpulang pada citarasa masing-masing..saya sendiri pakai tudung tak sempurna lagi.. saya cuba cakap pada diri saya to imrove dari masa ke semasa.. mulakan perubahan dan peningkatan diri dari dalam rohani dan mudah-mudahan kemudian akan dizahirkan pada jasmani.. honestly,i admit that it is hard for me to eliminate perasaan perasan cantik dengan pemakaian yang tak berapa sempurna ni..

Head scarf dalam gambar kat atas tu cantik kan? silk scarf.. saya cilok gambar ni dari website Silk Head Scarves. Saya suka tudung yang corak dengan lilitan tudung yang simple macam ni.. sangat sweet.. kalo yang perlu lilit-lilit sampai terbelit-belit tengkok tu cantik jugak as long tak over fashioned cuma honestly saya memang tak pandai nak follow .. try jugak belajar dari Hijab Tutorial .. tengok orang pakai cantik berlilit-lilit berpusing-pusing siap dengan bunga ros bagai tumbuh atas kepala tapi saya rasa fesyen-fesyen cenggitu tak sesuai dengan saya.. macam model tudung ni, muka deorang dah sedia cantik so pakai lah tudung herot petot macam pun tetap nampak cantik.. bila try follow, sendiri tau la cantik ke tak..bagi orang yang cantik tu memang cantik lah..but not me, am an ugly duckling..so saya cuma lilit as simple as it is possible..

Saya suka beli tudung..pakai ke tak belakang cerita..bila tengok cantik..bekenan..tangan pun gatal nak beli..  paling masalah bila masa beli rasa cam cantik, dah beli, rasa tak cantik pulak..or tak sesuai.. pastu tak pakai..at last bagi je kat sape yang nak..saya beli kat mana-mana je..kedai...butik..pasar malam...tudung bawal..shawl..awning..yang silk..yang cotton..yang lycra..yang bawal..sume ada.. cuma tak penah beli online je lagi.. aritu..kira tudung..nah kau..ada lebih dari 80 lai..tu pun lepas banyak lai dah di eliminate dari koleksi.. bagi kat orang.. sekali lagi buat proses elimination.. eh, ada lagi 63 lai..

omg.. mulai hari ni..kena pejam mata bila tengok iklan SALE tudung...kalau nampak kedai tudung,  buat-buat tak nampak..jangan sengaja singgah..jangan buat-buat singgah..jangan lalu..jangan buat-buat lalu..kokoyo jo !!


Thursday, December 15, 2011

Review Ombak Rindu (Novel vs Filem)



Eventually, i managed to watch Ombak Rindu last night. Well,I have read the said novel looooooong time ago .. masa sekolah menengah and recently i read again. I remember that I've wrote about this novel in the previous entry.. how i wish akan ada filem adaptasi dari novel ombak Rindu ni..and how i wish that the hero must be..ehemm..Aaron Aziz lah..well, sekarang sudah ada depan mata..i mean di pawagam :)

Filem Ombak Rindu ni digarap dengan baik sekali..with great actors and songs that elevates mood scores. Tapi, maybe sebab I have read the novel twice, then it do not really touched my heart to tears. Dalam novel, derita Izzah lebih dapat dirasa.. sedihnya lebih mendalam..kisahnya lebih panjang..so it more profound impact on readers' emotions. Hariz dalam novel jauh lebih garang.. lebih kurang ajar..juga lebih lomentik.. Dalam novel, Pakcik Taha dan isteri dua-duanya jahat.. tapi dalam filem, digambarkan Pakcik Taha je yang jahat..makcik nya baik tapi sakit kenser.. dalam filem, kandungan Izzah selamat..tapi dalam novel Izzah keguguran.. dah nama pun adaptasi, so could be not exactly the same story la kan...

Antara part paling sedih dalam novel is masa Mak Jah bertemu Hariz selepas tau yang Hariz sebenarnya anak Mak Jah yang disangka dah mati.. part tu tak ada dalam filem..kalau ada, dengan latar lagu yang sedih-sedih tu konfem terkesan terus sampai dalam hati.. sebab lagu-lagu Adira & Hafiz dalam filem tu yang membangkitkan mood.. hari ni saya off radio..layan lagu Untuk Kamu ulang ulang dan ulang lagi.. kalau Hafiz yang nyanyi live depan saya hari ni, mesti dia dah cakap "sudah sudah la tu kak..penat saya menyanyi lagu yang sama dari pagi"


Mula-mula i tot watak Izzah tu tak sesuai langsung dengan Maya Karin..i seem to underestimate her ability.. well, am wrong.. Maya deliver watak Izzah dengan baik sekali..dengan muka yang sungguh innocent.. cuma part masa Izzah baca surah Yaasin tu..hurmm..saya bukan la pandai sangat mengaji..suara Maya memang sedap...tapi sepatutnya bacaan Yaasin mesti dibaca dengan sebutan dan tajwid yang tepat.. tolong jangan ambil mudah dengan bacaan Al-Quran..dan saya sungguh tak gemor aksi-aksi berkemban dan berchomol-chomol atas katil dalam filem ni.. filem tetap bole laku dan meletup without scene-scene yang tak perlu macam berkemban-kemban ni.. macam filem Ayat-Ayat Cinta, tetap terbaik tanpa scene  tak senonoh. 

Saya tak bole simpan Umar dalam peti ais kat umah jadi semalam saya suruh Umar tutup mata sambil makan popcorn bila ada scene-scene yang tak sepatutnya ditonton oleh kanak-kanak.. Umar menjunjung perintah dan dia pun malu nak tengok... normally saya cuma pegi tengok wayang cerita yang sesuai untuk Umar tengok je kecuali KL Gangster dengan Ombak Rindu ni.. omak nya ni yang nak sangat tengok jadi bawak la jugak Umar dengan pengawasan sewajarnya.. 

Bila keluar dari panggung, saya tak rasa puas macam tengok KL Gangster.. tapi overall cerita Ombak Rindu ni ok..cuma kalo pakai tajuk lain kan bagus..cam geli je tajuk rindu rindu ni..xoxo  Katanya ada orang lelaki yang menangis meleleh-leleh ayaq mata tengok cite ni.. gosh..what  i can say is "lu tak kental la beb"..larikkkkkkk

For rating, saya bagi 3.99 out of 5 bintang.


Colmar Tropicale, Bukit Tinggi

Went to Colmar Tropicale, Bukit Tinggi for  3 hari 2 malam. Percutian dengan keluarga sebelah encik suami sempena nak celebrate 41st wedding anniversary mak & ayah mertua.


Sebelum pegi Colmar, ada kawan-kawan yang cakap tak best Colmar tu..tak ada apa..small town.. well, bagi saya ok je Colmar ni.. nice place..nice hotel..nice environment.. Saya book bilik Twin Sharing via Booking.com . Room rate kat Colmar ni dalam RM200-RM270 per night (twin sharing) depends check in hari apa.  Entrance fees RM12 for adult and RM8 for child..entrance fees for adult akan di reimburse balik  masa check out.  Bilik ok cuma i don't satisfied with the bathroom.. drainage kat sinki asik overflow. yuck! 

Colmar Tropicale ni is a French Village.. small town gitu.. The development is inspired by the original Colmar Village in Alsace, France. memang tak ada apa sangat tapi good enuf untuk bercuti dan berehat-rehat...bangun pagi dapat hirup udara yang segar dan nyaman.. rasa rileks sangat.. selama 3 hari tu saya berjaya tak fikir langsung pasal kerja.. hilang segala penat kerja 16 hari non stop sebelum tu.. jangan kata suara bos terngiang-ngiang kat telinga, bayang muka bos pun tak terlintas langsung dalam kepala selama 3 hari tu..ohhhh..leganya rasa...


Bangunan Colmar tu consist of bilik-bilik hotel.. kat ground floor tu are cafe, kedai-kedai makan, kedai souvenir, lobby dengan place for kiddos to have fun. Malam ada stage performance.. day time bole pegi pecah lemak kat Botanical Garden..Japanese Park..or pegi buat rock climbing ke cycling ke horse riding ke. main bowling ke... kiranya ada aktiviti la sepanjang hari kat sana.. nak ke Botanical Garden dengan Japanese Park tu seriously terpaksa mengorbankan sejumlah kalori.. kena jalan memanjat bukit dari parking.. esoknya selamat berkejang otot lah jawabnya bagi individu yang dah 8 tahun tak buat exercise.. 



Kalau nak makan kat Colmar, kenalah sediakan bajet yang mencukupi.. dah duduk kat Colmar ni memang takde choice lah..mesti makan kat situ jugak..mengarutlah kalau nak turun ke RnR Genting Sempah lepas tu nak naik balik ke Colmar..lupakan sajalah kedai mamak, nasi campur mahupun nasi arab sebab ayam selori i am sorry,  tak ada semua tu di Colmar ni ye kawan-kawan.. breakfast saya makan di hotel sebab dah include dalam room package... tengahari kalau nak murah sikit boleh la makan kat Rabbit Park.. nasi lemak / kotiaw goreng sebekas RM5.20 ye pakcik-pakcik dan makcik-makcik sekalian..mujur la sedap jugak so tak pe lah bayar mahal sket janji perut terisi.. 1st night dinner saya makan pizza kat La Flamme.. 2nd night makan kat La Cigogne sempena nak celebrate anniversary mak ayah seperti yang dirancang.. We tried our best to make mak ayah rasa happy and i believe that they feel appreciated.. selamat ulangtahun perkahwinan yang ke 41 mak dan ayah.. saya tak pernah lupa untuk mendoakan mak ayah sebagaimana  saya mendoakan mama dan abah setiap hari..


Menu @La Cigogne..bukan payah nak sebut nama menu tapi tak reti nak sebut pun..LOL
pizza & chicken wing

Mesti ada yang tertanya-tanya halal ke makanan kat La Cigogne ni? Sebelum oder, status kehalalan dah ditanya pada manager La Cigogne.. manager kata "halal" siap suruh chef datang kat table kitaorang.. chef nya lelaki Muslim orang Kedah.. lepas rasa yakin, baru kami buat oder dan makan tanpa was-was..

Overall, percutian di Colmar ni saya rasa sangat berbaloi.. siapa yang tak tau kat mana nak abiskan saki-baki cuti sekolah ni, bole la pegi Colmar ni.. selesa sebab tak bersesak-sesak..




Sunday, October 23, 2011

::Kali Pertama Yang Tragis::

I just wear glasses about 5 months ago but recently power kerabunan was increased.. not too high but enough to make me rasa rabun if I do not wear glasses. I think I looked so macho lah when i wear spectacles..(uwekkk) tapi, pakai spec in a long time can cause ada part kt hidung yang akan berbekas dek holding the spek mata and muka pun nanti nampak pelik bila tak pakai spec kan.. my theory lah ni.. masa belajar dulu pun suppose dah kena pakai spec tapi buat spec dan simpan.. kenot tahan dengan rasa rimas ada objek pelik tergantung atas batang hidung..

Since sekarang perlu pakai for most of the time, so now, am trying to wear contact lens..


Sebab baru 1st time nak try pakai, so saya choose brand Softlens.. murah sket.. RM60/box for 6 pairs.. disebabkan power tak sama kena la beli 2 boxes.. so RM120 untuk stok 6 bulan.. bole la kan.. beli kat Focus Point. Solution pulak saya choose Renu (Sensitive Care)..beli kat Watson murah sket.. RM28 for 2 botol besar and 1 travel bottle. . Tak tau lah berapa lama bole pakai 2 botol besar tu..

Dengan penuh semangat berkobar-kobar ditambah dengan rasa excited lagi "cewi" dan "jakun", balik je keje petang semalam terus try pakai..Sayangnya pengalaman pertama saya cuba pakai contact lens ni agak tragis..


Nahhh.. merah mata cheq lepas setengah jam try pakai tapi tak jugak berjaya.. asik lekat kat bulu mata dengan kelopak mata je.. ntah berapa kali lens tu jatuh atas meja..jenuh menggagau cari.. dah la clear color.. lembek pulak tu.. berpeluh nak cari.. tambah pulak denga berpeluh ketiak nak masukkan lens tu kat mata.. tengok orang lain pakai macam senang je.. dah letih try setengah jam tak berjaya, simpan je dulu..
Lepastu, malam try sekali lagi.. saya dapat idea nak tnya encik youtube "how to use contact lens".. ok..sekarang mari belajar dari amoi mata sepet ni cemana nak taruk lens tu kat bijik mata.. amoi ni walopun sepet tapi bijik mata dia macam bola ping pong..





Nampak senang je kan amoi ni demo..saya pun cuba la..kali ni siap dengan encik suami tolong bukak kan kelopak mata luas-luas..pun tak berjaya jugak..tragis betol la.. at the end, lepas setengah jam baru la berjaya.. *sujud syukur*

Nasib baik la pengalaman nak take out lens ni tak tragis macam masa nak mula pakai.. belajar jugak siap-siap cemana nak keluarkan lens dari mata.. sekali lagi encik youtube membantu..

Seb baik amoi ni rajin nak buat demo masuk dalam youtube walopun bagi setengah orang celah gigi je takat nak pakai dengan remove contact lens ni.. tapi this video membantu bagi yang bukan bebal la tapi tak reti especially for beginner user macam saya.. toche ha amoi..


Percubaan pagi ni better.. 15 minit termasuk interval lap-lap ayaq mata yang meleleh dek mata pedih and kelopak mata pun sakit sebab banyak kali luaskan kelopak mata pakai jari.. rasa nak pakai penyepit baju sepit kelopak atas dengan kelopak bawah pun ada bila tangan dah lenguh..

So far, still rasa tak berapa selesa dengan lens ni..rasa mcm ada something annoying kat mata.. pastu rasa ada masalah bila tengok objek dekat.. tengok objek jauh ok.. either power tak balance or tak biasa lagi.. let see after few days.. sekian kisah tragis kali ini..

Monday, October 3, 2011

Arzu vs Ariani

Laporan rasmi lawatan mesra bersama Makcik Faizah ke Arzu, KLCC..

Tadi bawak Makcik Faizah pegi Arzu, KLCC.. 1st time Makcik Faizah pegi Arzu.. selalu asik pegi Ariani je..kalo datang KL tak pegi Ariani dengan Jalan Tar kiranya macam tak cukup rukun gitu.. kebetulan saya cuti hari ni, merajuk tak nak pegi kerja..apa lagi.. kol 11 dah berdesup pegi KLCC dari Keramat..ikut AKLEH..kejap je sedar-sedar dah kat dalam area parking KLCC.. heaven betul masuk KL time orang lain tengah busy buat kerja kat ofis.. saya penah pegi Arzu Midvalley.. KLCC, tadi 1st time la pegi sana..

Memang cantik lah tudung-tudung kat Arzu..kebanyakkanya tudung panjang.. takde tudung awning keras macam kat Ariani.. Awning Arzu jenis lembut..Yang special kat Arzu ni ialah dia punya inner..anak tudung..100% cotton.. fit and selesa kt kepala...Design tudung memang cantik lah.. tengok yang tu nak..tengok yang ni pun nak..tapi bila tengok harga, terus TAK NAK!! Harga tudung kat Arzu ?? Adehhh..kalo sebut je luruh bulu roma..


Dalam tak nak tak nak.. sambar jugak 3 lai tudung, 3 lai inner dengan 1 set clip.. terus terkehel...poket cedera ...tapi saya beli yang simple-simple je..bukan yang patch-patch or bling-bling...harga lebih kurang Ariani..kalo yang design patch-patch tu mau keluar je dari Arzu terus demam panas.. Makcik Faizah pun sambar-menyambar jugak.. bling-bling batu sungai batu jalan .. tapi disebabkan iphone masih kat ICU, tak dapek la nak ambek gambar.. E71 ni pulak ntah kenapa dalam 2 hari ni tak dapat access facebook application.. dapat masuk facebook lite yang biasa je.. kenot upload gambar.. so, siapa nak tau cemana rupa tudung Arzu, bole la buat lawatan mesra poket ke  Level 2, KLCC atau MidValley ye..

 

Saturday, October 1, 2011

10 Sebab Kenapa Saya Perlukan Punching Bag

"Sy adalah Gen X yg mengalami penyakit darah tinggi & halusinasi melampau pada setiap hari Isnin-Jumaat bermula pukul 9am-5pm. I need a punching bag.. Sekian"
Tu status kat facebook petang semalam.. i would like to express my most gratitude to facebook sebab berjaya menjadi tempat untuk saya mengurangkan tekanan instead of saya pegi tumbuk muka mana-mana entity bernyawa..
Ye..kat ofis saya memang seorang yang agresif.. but yet, bos still loves me so much..hehe.. Bukan la saya agresif sampai pegi swing muka bos or colleague bila tak puas ati or marah.. cuma bila ada masalah, saya takkan simpan.. membebel, marah merepek-repek kat facebook semata..  bos selalunya tau kalau saya tak puas hati.. tapi setakat tau tapi tak berupaya bertindak dengan cemerlang memang mendatangkan rasa lebih tak puas hati..
Dah 7 tahun lebih saya kerja kat company sekarang..bermula dari bawah..start dengan zero level..start dengan tak tau apa-apa about housing development..merangkak-menonggeng bergolek-golek belajar.. dalam 7 tahun dapat sekali promotion and 5 kali increment..not bad la kan walopun bukan banyak mana pun.. dah 7 tahun lebih jugak selesa dengan jarak ofis-umah yang dekat..
- boleh tido balik lepas subuh..kol 7.45 baru bangun balik.. 
-hari-hari sempat buat breakfast untuk suami dengan anak..
-boleh balik lunch time..sempat la kalo takat masak megi or goreng sayur dengan telur dadar (ni kalo rajin la..ulang sekali lagi..kalo rajin)
-sesekali bole pegi ofis lambat buat macam ada share pak menakan tiri dalam company.. sms je kat bos cakap masuk lambat sebab kucing tersepit kat pintu sekian sekian sekian.. no hal
-kalo nak hujan bole balik selamatkan baju di jemuran.. 
- kol 5.05pm dah bole sampai umah pastu tengok katun Spongebob dengan anak
-gaji bersih 1 sen pun tak spend kat tol or parking.. 
-tak merasa tersengguk-sengguk mengantuk or hentuk-hentuk kepala kat stereng sebab tension sangkut dalam jem.. 
- 2 tahun sekali company bawak pegi jalan-jalan obersea..FOC
Bagus kan?? Mesti ramai yang nak advantage macam tu kan..Hermmmm.. ada orang tanya nak apa lagi?? Ikat je contract sehidup semati dengan company.. keje la situ sampai pencen..
Haaa..tu part yang best.. part yang rasa "ofis ku syorgaku".. yang "hell" belum senarai lagi..
Saya tak nak buat senarai "ofisku like hell" sebab tu tempat cari makan.. marah-marah pun still kena hormat.. eh, baru je Jumaat lepas janji tak nak marah-marah lepas baca artikel "Marah boleh menyebabkan penyakit gusi.."
Tapi  since semalam saya rasa nak luruh sume gigi pun luruh lah.. semalam saya memang sangat marah..bukan semalam la..but lately... since saya rasa saya sangat penat dengan all the donkey job.. kerja yang dah siap tunggu masa nak submit kena amend..kena buat balik..kena tambah itu ini..apa hal dah siap baru nak tuka itu ini?? kenapa awal-awal tak pikir abis-abis nak macam mana.. once decided means thats the best lah.. selagi tak dapat best decision, tak payah suruh start buat keje tu lah kan.. or masa lepas saya buat draft check la betul-betul apa lagi nak tambah ke nak amend ke..bukan dah siap baru nak tuka nak tambah itu ini... hal macam ni macam dah jadi habit.. selalu jadi sampai naik muak.. 
Kerja out of scoop tu jangan cerita la.. designation macam kuli biasa-biasa je..tapi kalo kena list down senarai kerja dibawah tanggung jawab si polan binti si polan .. berkajang.. tengok meja cukuplah..kat ofis ada 2 buah meja.. dua-dua semak samun. semut tikus lipas boleh hidup riang-ria di celah-celah box files dengan documents atas meja.. Sabtu, Ahad dengan public holiday pun kadang kena kerja.. bukan ada extra pay pun.. dapat leave replacement je la..so boleh dikira sebagai sedekah amal jariah tenaga jugak la kan..
Worse part, lately kena buat kerja lawyer dengan kerja sedia ada dan gaji asal di kekalkan..alasan - jimat legal fees.. kok patut tak kalo saya rasa nak punching muka orang sekarang??? tak perlu 10 sebab pun..
p/s : semalam saya sms bos sebab tak sempat face to face kat ofis.. sms ayat-ayat drama swasta plus sinetron.. tunggu hari Selasa ni..what will happen..jeng jeng jenggggg

 

Wednesday, September 28, 2011

Assets & Ability Can Make $$$

The only thing can make my life messy cum crazy is being a "kuli" in the office with a lot of donkey job.. well, that's what we called life.. to make my life be more "life", am doing some sort of moonlighting which am really enjoy it.. tadaaaaaaaaaaaaa... lemme introduce you to the business am into at this moment.. alaa..bisnes kecik-kecilan.. kata orang "bisnes jual kacang putih"

No. 1 :



Core business ialah transfer servis (started year 2004).. dalam kata lain ialah "limousine service" tetapi pada kadar yang lebih murah.. pendek kata lebih menjimatkan RM korang . Nak pegi KLIA tak ada transport? KLIA/LCCT Limo mahal? Nak save budget?  KL Transfer Services boleh membantu.. Cuma perlu call, buat booking dan tunggu di rumah/airport.. pemandu kami yang terlatih lagi berhemah akan menjemput anda dan beg-beg anda untuk dihantar ke destinasi dengan selamat..Insyaallah

Selain itu, jika korang nak balik kampung..atau ke mana-mana destinasi tapi tak ada kenderaan.. kereta rosak..atau belum mampu nak miliki kereta sendiri..tak nak bersusah-susah naik bas.. naik train..tak ada bajet nak naik kapal terbang.. no problem..boleh sewa kapal.. sekali lagi KL Transfer Services boleh membantu.. Kami menawarkan penyewaan kenderaan pada kadar yang lebih murah. Kenderaan kami diselia dengan baik dan boleh disewa untuk kegunaan harian, mingguan mahu pun bulanan.

Extra service, kalau korang memerlukan penginapan di Putrajaya atau Port Dickson, KL Transfer Services boleh membantu jugak. Lawati blog KL Transfer Services  dan korang boleh membuat tempahan homestay di Putrajaya atau pun unit studio di Tiara Beach Resort, Port Dickson pada kadar yang lebih murah. 
KL Transfer Services is your travel solution :)



No. 2 :
Mon Magasin menjual baju dewasa dan kanak-kanak berjenama terkenal seperti OshKosh, GAP, Ralph Lauren dan Tommy Hilfiger yang diimport dari USA dan dijual pada harga yang berpatutan.. jauh lebih murah dibandingkan jika dibeli di butik seperti di KLCC, Pavillion dan lain-lain pusat membeli-belah. Tetapi, buat masa ni tiada stok baru.. sabaq naaa.. Coming soon, Mon Magasin juga akan menjual barangan terpakai seperti kasut, handbang dan baju berjenama.. hanya barangan terpakai yang dalam category "superb or good condition" sahaja yang akan dijual. Lagi satu, Mon Magasin sekarang dalam proses mengimport telekung, baju kebaya sulam dan kain pasang (batik) dari Indonesia yang akan dijual pada "harga runtuh tergolek". Coming soon & stay tune !!!


Tu je lah.. buat masa ni.. kan dah bagitau awal tadi.. bisnes kacang putih.. mudah-mudahan boleh dikembangkan pada masa akan datang.. sokong lah saya.. dengki-mendengki bawa mudarat..sokong-menyokong membawa berkat :)


Thursday, September 22, 2011

Plastic Surgery ???

I always ask from Him .. demand the same thing every day .. the oft-repeated demand regardless of the time..suddenly the hearts and minds inspired to create something extraordinary..there.. i know He gave me the answer..

So I decided to follow my conscience..
I prayed again and continue to pray for the blessing of my efforts..
 I believe..there must be silver lining behind..
I was doing a crazy job...
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan :)
To be continue.. 

 

Tuesday, September 13, 2011

The Cave of The Golden Rose is Back !!!

Hello everyone..

Seems quite long time i haven't update this blog.. busy..busy..busy.. Hari ni baru ada banyak masa terluang..By the way, i think its not too late to wish all of you Selamat Hari Raya..Maaf Zahir & Batin.. i had a great hari raya : )

Ok..since blog ni dah agak sejuk..kena warm up sket dulu.. we start with the hot story of the week - Tarabas vs Romualdo : )

For those yang tak tau siapa itu Tarabas.. Romualdo mahupun Fantaghiro.. sila tengok promo di bawah ni..


The Cave of The Golden Rose ni adalah Italian fantasy film series consisting of 5 television movies that were released between 1991 to 1996. Kalau tak silap ada 10 episod.. 1st episod dah start 11 September hari Ahad lepas.. so lepas ni setiap hari Ahad 10-11pm adalah masa kritikal yang tidak boleh diganggu.. Achtung!!

1st time saya tengok cerita ni masa sekolah menengah dulu.. tak ingat form berapa..either form 3 or form 4.. time tu, cerita ni sangat lah mengujakan.. sebab hero (Romualdo) hensem.. penjahat (Tarabas) pun hensem.. heroin (Fantaghiro) cun gila.. dan-dan time tu jugak berangan diri ini adalah Fantaghiro..hahahahaaaa...sila jangan muntah :p
Heroin - Fantaghiro
Hero - Romualdo

Penjahat  - Tarabas
So, peminat-peminat Tarabas diluar sana.. oh yes.. ramai yang minat penjahat dari hero.. jangan lupa  tonton The Cave of The Golden Rose setiap Ahad pukul 10 malam @tv9.. 

p/s ; encik-encik suami mesti rasa nak tebas je muka si Tarabas bila isteri tak kelip mata tengok cite ni.. sabaq naaaa.. 10 episod je..









Monday, August 15, 2011

Mari Lilit-Lilit Duit Kat Kepala

Anda banyak duit? Tak tau nak buat apa dengan duit yang berkoyan-koyan..berkepuk-kepuk? Nahhh..beli tudung ni..







RM1,500 !!! *pengsan*

Saya jumpa tudung ni semalam kat Ariani PWTC.. custom made.. jahit tangan.. tak pasti material kain tu silk ke chiffon ke apa..and tak tahu jugak kalo biji-biji mutiara tu deorang pegi selam cari dalam laut China Selatan ke apa.. and manik-manik & batu-batu tu mungkin batu-batu permata kot tu yang mahal bebenor.. seriau woh nak pegang..takut jatuh sebiji batu mau menggelupur la kat situ nak bayar ganti rugi..

Saya tak penah jumpa tudung semahal ni kat Jln TAR.. kat PWTC ni ada maybe sebab jadi tumpuan mak-mak datin or mokcik-mokcik kayo yang pegi PWTC masa perhimpunan UMNO.. macam tak terjangkau dek akal nak beli tudung semahal ni..tapi ni cakap orang yang tak mampu macam saya..kalo yang mampu, celah gigi je ni.. mesti ada orang yang sanggup beli kan..kalo tak, tak kan la orang jual..weee..banyak gilo duit omak kau jang.. tudung-tudung lain average dalam RM300 ke atas.. katanya sebab pakai batu Swarovski 

Buat masa ni tak mampu nak pakai tudung batu Swarovski.. batu jalan bole lah.. Semalam 1st time encik suami ikut beli tudung.. terbeliak mata dia tengok harga tudung..aisehhh..kantoi

Wednesday, August 3, 2011

3rd Day

Dah hari ke 3 puasa.. selamat berpuasa uols.. 

Umar pun dah 3 hari bersemangat bangun sahur..semangat berbuka.. semangat pegi terawikh..1st day je kol 6:30 dia membebel nak buka..cakap tak larat..esok tak nak puasa.. penat..bla bla bla.. Masuk hari ke 2 dah ok..bangun sahur pun senang.. cuma sahur dia mesti nak makan cornflakes dengan susu.. tapi sebab takut dia tak bole tahan, saya suruh dia makan yang berat sket dulu macam nasi ke..mee ke.. makan sket..pastu baru makan cornflakes..

Semalam cuti.. sebab stress kerja, mesti cari the best remedy..and always the best is mengoyak-rabakkan poket sendiri.. masa membeli terus hilang ingatan kat kerja.. lepas abis shopping, stress balik..berganda..stress kerja plus stress poket seluar sume koyak rabak tinggal roti kirai .. Asal stress, shopping, asal shopping, stress..vice versa..xoxo

Ala...sume orang pun nak raya mesti shopping kan..cuma saya lebih sanggup ambil cuti pegi shopping hari keje dari join orang bersesak-sesak shopping ujung minggu.. tiap-tiap tahun pun memang akan shopping on weekdays aje.. dapat shopping dengan tenang and tak perlu queue panjang kat cashier..  kua dari pagi sampai petang terus settle kan sume one shot.. tak rajin nak keluar banyak kali..

So far sume dah settle except baju melayu Umar.. semalam tak bawak Umar sebab pegi Jln TAR.. nanti dia penat mengekor dia banyak bunyi nak buka puasa.. biasanya baju melayu Umar saya akan beli kat Nilai Square.. murah, jahitan kemas dan material kain pun bagus.. Baju casual Umar sebelum puasa dah settle.. semalam membeli-belah untuk "orang-orang tersayang".. setahun sekali je beli untuk deorang.. Untuk diri sendiri memang takde pape persiapan extra kecuali 3 pasang baju.. cukup la.. tak bole membazir, nanti syaiton tepuk tangan walopun dah kena ikat bulan ni..

One thing, saya nak share pasal tudung Ariani.. saya bukan la hardcore tudung Ariani walopun kawan-kawan kat fb notice saya kerap jugak check in kat Ariani Jln TAR.. saya cuma suka beli shawl/tudung panjang kat sana.. sekarang ni konon tengah SALE.. so semalam saya pegi nak beli selai tudung ni..sebelum ni dah penah beli dah.. semalam nak beli jenis yang sama cuma kaler je lain.. you know what? kata tengah SALE kan.. tapi tudung yang saya nak beli semalam tu tetiba lebih mahal dari yang saya beli sebelum ni.. take note, tudung yang SAMA..kaler je LAIN..

Situasinya..
Bulan Jun 2011
Tudung A kaler hitam -  harga RM189..lepas diskaun RM150..

Semalam 
Tudung A kaler coklat - harga RM2XX sebelum diskaun 10%

U get what i mean ??
Kambing betul !!!




Wednesday, July 27, 2011

1 Day in Jakarta Story

Dah balik dari Jakarta petang semalam.. kejap je kan pegi.. nak kentut pun tak sempat..tapi sempat tinggalkan sisa kumbahan.. ahaks

Tak ada apa yang menarik pun nak cerita.. ni 2nd time ke Jakarta.. 1st time dulu pegi dengan family. few years ago..Umar pun kecik lagi masa tu..ada masa jalan-jalan and shopping..sempat ke Bandung sekali.. this time pegi sebab kerja.. full day and short trip.. memang tak sempat pun nak pegi Tanah Abang or Mangga Dua.. for those yang tak pernah pegi Jakarta, i 'd like to share that for me tak ada apa pun yang menarik kat sana selain shopping.. Jakarta sangat sibuk..padat ya amat.. kalo kata KL selalu jem, Jakarta lebih teruk lagi... asal bergerak je jem.. sana jem, sini jem.. rasa macam pegi lah mana-mana pun mesti sangkut trafic jammed..  dengan skill pemanduan orang endon yang dahsyat giler lah.. selamber je menyelit-nyelit.. bawak kete moto rapat-rapat.. kejap-kejap hon..kejap-kejap hon.. sumpah tak kan drive sendiri kat sana.. 

Part of Kota Jakarta.. pemandangan dari bilik hotel

Saya ke Jakarta sebab company ada JV project kat Ciledug, Tangerang.. Buat apartment dan commercial block.. So pegi untuk upacara pecah tanah dan sign agreement dengan pihak sana.. Yang best sebab pegi dengan Tun Khalil, Tan Sri Husin dengan few Datuk Datin.. so dapat la merasa tempias Tan Tin Tun.. kalo kat sini jangan harap nak merasa jalan bereskot kereta polis, masa nak ke Ciledug, ada 2 kereta pak polisi eskot dengan siren neno neno neno sepanjang jalan.. tapi dek kerana orang-orang endon ni teghejal semacam, saya tengok deorang tak heran pun dengan kete polis.. takdenye kelam-kabut ke tepi or bagi laluan kat polis dengan VVIP nak lalu.. wat dekkk je tetengah jalan tu.. serius tak bole langsung nak rehatkan mata dalam kete.. dengan supir yang bawak laju, selit-selit, hon-hon..waduh-waduh.. bikin kecopot jantung..

1 malam di Jakarta saya menginap di Shangri La.. sampai Soekarno Hatta International Airport, ambik  supir ke hotel..dia charge Rp350,000 (RM133).. dari airport ke hotel dalam 1 jam perjalanan..sebab menempek Tan Tin Tun, sampai je hotel tak perlu check in kat kaunter.. sampai, terus ke level 22.. rehat sambil minum-minum kat Horizon Club while  tunggu Tun sampai and staff hotel uruskan untuk check in bilik.. Shangri La ni hotel yang bagus dan selesa tapi located kat area yang membosankan..takde pape attraction place kat sekitar hotel.. so takde chance la nak berjimba-jimba.. so, for those yang bercita-cita nak pegi Jakarta, saya sajes menginap la kat hotel lain macam Kiperski, Mandarin Oriental or Nikko sebab dekat dengan Plaza Indonesia.. well, heaven :)

Disebabkan JW Marriot penah kena bom, so kawalan keselamatan kat hotel memang sangat ketat.. main gate entrance sentiasa tutup dengan ada kawalan 3-4 orang pak polisi .. semua kederaan yang masuk memang kena check inside, bonet segala.. depan pintu masuk hotel ada la benda alah scanner ni.. beg, body sume kena scan every time keluar masuk.. even keluar selangkah dari pintu hotel, nak masuk balik wajiblah lalu scanner ni..

Makan di Jakarta rasanya tak ada masalah.. most are muslim so no worries.. tapi, masa nak breakfast di hotel mushkil jugak nak ambik sosej.. so saya tanya gak mas joko chef yang buatkan omelet tu  either all foods are halal or not.. and dia cakap halal and non halal food dah di separate kan.. oh yes.. i can see pork at other side... Masa hari sampai, saya lunch di Plaza Indonesia.. Restoran Rasa kalo tak silap..katanya kat KL pun ada restoran tu.. makan nasi dengan lebih dari 12 jenis lauk !!! waduh-waduhhhh.. kok mau aku mentedarah ke apa ya... unfortunately, they serve masakan Padang which i dont really like.. lepas lunch, solat zohor jamak asar sekali then terus ke Ciledug.. sampai Ciledug, makan lagi.. kali ni kat Restoran Dadu.. minum petang katanya.. they served kuih macam pan cake makan dengan santan and gula merah..sejenis lagi kuih macam kuih lopis tapi bentuk 3 segi.. both are nice.. very nice.. tak dapat nak ambek gambar makanan sebab duduk betul-betul depan Puan Sri.. malu lah kan nak wat peghak jakun ambik gambar makanan time tu.. makan pun kena kontrol sopan-sopan gitu..arghhh.. yang tak tahan, this Puan Sri tot am a lawyer from Indonesia.. cos we haven't met before..OMG.. kok muka aku macam Dian Sastrowardoyo orang endon ya buk??

with Tun after having lunch @Plaza Indonesia

Hotel breakfast.. pastry yang sedap banget..
Lepas majlis pecah tanah and sign agreement, makan lagi.. kali ni pastry.. ada kek, cream puff etc.. Dinner, sekali lagi makan kat Restoran Dadu.. seafood.. lebih dari 10 jenis lauk !!! and sedap banget.. semua lauk sedap.. agaknya memang pesen orang endon makan banyak jenis lauk kot..

One thing nak cerita, baju raya gua dah koyak !!! sebab lady bos pesan mesti pakai formal and cantik-cantik... so i tot baju kurung moden sangat lah sesuai.. so, sebab tak sabar nak pakai baju raya yang dah siap tempah, pakai la masa kat sana.. sekali, lepas majlis, GM saya ajak round tapak project and surrounding area..dengan kasut tumit 2 inci dan kurung moden yang terketat sket tu la saya ronda tapak.. nahhh.. hujung kaki baju kat sisi dah tertetas benang and koyak sket.. kok gimana aku mau pakai raya nanti ya?? harap tailor bole jahit balik la part yang koyak tu..

Semalam flight pagi kol 11:30am.. so, balik dengan sukacitanya sebab poket selamat dari sebarang koyak rabak.. tapi tershoping pulak kat airport.. poket cedera ringan..waduh-waduhhh.. keceper.. kata bos, lagi 2 minggu kena pegi lagi.. bos cakap bole bawak suami..bole bawak anak.. kerja sambil holiday.. tapi next week kan dah puasa...gimana ya?? dah la suruh pegi kerap-kerap lepasni.. waduhhhhh..keceper

Important Note : Dari hotel ke airport saya naik taxi Blue Bird..pakai meter.. sampai airport only Rp120,000 (RM45) (including kena bayar tol kt driver taksi).. cilanat punya pak supir ..charge Rp350,000 masa hari sampai tu.. so, ingat ya ibuk-ibuk bapak-bapak.. naik taksi aja kalau mau jimat.. tapi, mungkin silap anak bos saya la..dia tak tawar langsung dengan pak supir tu.. dia yang bayar, so i followwww




Monday, July 25, 2011

Leaving

Selamat pagi ibuk ibuk bapak bapak..

6.45am, saya sedang berada dalam pesawat.. Leaving to Jakarta awhile.. Tak sempat panas punggung akan balik semula..

Pegi urusan kerja... Terpaksa tinggalkan Umar yang demam.. Worse, tak sempat active roaming.. Going to terputus hubungan sekejap.. Haihh.. Macam mana nak call kat sana nanti :(
BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Tuesday, July 19, 2011

Pagi-Pagi Yang Sedih

Hari ni hari ke 2 puasa.. Dah hujung waktu baru terkial-kial nak langsaikan hutang.. Pang sekali!!

Dalam 2 hari jugak berat turun 2kg!! Wahhh.. seronok.. Terus riuh sereban..

Malangnya, almost tiap-tiap pagi saya akan mengalami situasi yang membuatkan saya rasa nak menangis guling-guling depan almari baju..

Situasinya:

Sedang bersiap-siap nak pegi keje.. Bukak almari ambil selai baju.. Pakai... Ketat kt perut..gantung balik..

Ambik baju ke 2.. Ketat kat pinggang.. Gantung balik..

Ambik baju ke 3.. Berjaya memuatkan badan dan perut saya dengan selesa..

Sedeyhhhhh!!!!

Ada certain hari, sume baju bole dipakai dengan jayanya.. Maknanya, ada hari kempis.. Ada hari perut kembung..banyak cacing kot..




BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Monday, July 18, 2011

Istana Bambu Restaurant

A few weeks ago me and my family went for dinner @Istana Bambu Restaurant, Jalan Hulu Kelang, Ampang. The decor in the restaurant was very beautiful. Am the person who choose the place there after read an interesting review about the restaurant on the blog pages.



Well, my comment of the restaurant from my point of view differed from what you may read from other bloggers. Oh yes..restaurant decor is very beautiful... with an exciting atmosphere of night has raised the mood to enjoy a meal there..Variety menu..attractive and appetizing. Unfortunately, indah rupa dari rasa .. not so tasty.



4 medium pot Seafood Tomyam
2 Siakap Thai Steam
2 Kerapu Tiga Rasa
2 plate black pepper crab
2 plate  hot & spicy crab
4 plate dry butter prawn
2 plate broccoli
2 plate asparagus
4 plate sambal petai with squid
4 plate chicken with cashew nut
2 plain telur dadar
4 jug orange juice
Total = RM1,xxx !! Mahal? Murah? Berbaloi-baloi ikan kaloi? Bole lah? Bole blah? You answered..

Visit their official website :  Restoran Istana Bambu

Saturday, July 16, 2011

Finding Nemo..

Tajuk tak berkaitan..



I am suffering severe mental stress .. My boss is off .. she was in hospital .. .. have to undergo an operation and am not sure how long she will be hospitalized. .. but am sure, after her leave end, i will be on medical leave too because of this stressfulness .. hihihi .. to write here may be able to reduce the mental fatigue that i experience at this moment.. before the boss started to leave, she has brief me on some things i need to finish for her .. Unfortunately, i don't get a comprehensive brief .. so many things that she just tell me is the tail, and when Datuk (big bos) asked me the head .. it really make me turn upside down ..and am load with a lot of things to be settled..kejar due date to submit report.. answering calls.. attending funny people and so on..

Although i think positive that this is an opportunity for me to learn more things that benefit me and brighten my future in this company, but things difficult for me to finish makes me depressed. and moreover i have been unable to get a dream project as planned because there is no veto in my hands to decide..the project will be proceed..still i'll be part of the team but not as what am plan to save the cost...orang dah bagi option to save cost tapi tak nak... selamat membazirlah saya ucapkan...and my own "big" projects for this year also failed after spending a considerable sum of money....sob sob.. and now have to provide a sum of money again to continue the said project .. i have a choice not to continue but am not easily to deterred  .. so i once again give me a chance to try..
  
Optimism is the faith that leads to achievement. Nothing can be done without hope and confidence - Helen Keller. 

Well, I asked for strength, Allah give me difficulties for me to fight..every step is a step closer.. So, i keep telling myself  "please don't give up" : )

p/s : pray my bos will recover fast.. 


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails