Sebelum pegi Colmar, ada kawan-kawan yang cakap tak best Colmar tu..tak ada apa..small town.. well, bagi saya ok je Colmar ni.. nice place..nice hotel..nice environment.. Saya book bilik Twin Sharing via Booking.com . Room rate kat Colmar ni dalam RM200-RM270 per night (twin sharing) depends check in hari apa. Entrance fees RM12 for adult and RM8 for child..entrance fees for adult akan di reimburse balik masa check out. Bilik ok cuma i don't satisfied with the bathroom.. drainage kat sinki asik overflow. yuck!
Colmar Tropicale ni is a French Village.. small town gitu.. The development is inspired by the original Colmar Village in Alsace, France. memang tak ada apa sangat tapi good enuf untuk bercuti dan berehat-rehat...bangun pagi dapat hirup udara yang segar dan nyaman.. rasa rileks sangat.. selama 3 hari tu saya berjaya tak fikir langsung pasal kerja.. hilang segala penat kerja 16 hari non stop sebelum tu.. jangan kata suara bos terngiang-ngiang kat telinga, bayang muka bos pun tak terlintas langsung dalam kepala selama 3 hari tu..ohhhh..leganya rasa...
Bangunan Colmar tu consist of bilik-bilik hotel.. kat ground floor tu are cafe, kedai-kedai makan, kedai souvenir, lobby dengan place for kiddos to have fun. Malam ada stage performance.. day time bole pegi pecah lemak kat Botanical Garden..Japanese Park..or pegi buat rock climbing ke cycling ke horse riding ke. main bowling ke... kiranya ada aktiviti la sepanjang hari kat sana.. nak ke Botanical Garden dengan Japanese Park tu seriously terpaksa mengorbankan sejumlah kalori.. kena jalan memanjat bukit dari parking.. esoknya selamat berkejang otot lah jawabnya bagi individu yang dah 8 tahun tak buat exercise..
Kalau nak makan kat Colmar, kenalah sediakan bajet yang mencukupi.. dah duduk kat Colmar ni memang takde choice lah..mesti makan kat situ jugak..mengarutlah kalau nak turun ke RnR Genting Sempah lepas tu nak naik balik ke Colmar..lupakan sajalah kedai mamak, nasi campur mahupun nasi arab sebab ayam selori i am sorry, tak ada semua tu di Colmar ni ye kawan-kawan.. breakfast saya makan di hotel sebab dah include dalam room package... tengahari kalau nak murah sikit boleh la makan kat Rabbit Park.. nasi lemak / kotiaw goreng sebekas RM5.20 ye pakcik-pakcik dan makcik-makcik sekalian..mujur la sedap jugak so tak pe lah bayar mahal sket janji perut terisi.. 1st night dinner saya makan pizza kat La Flamme.. 2nd night makan kat La Cigogne sempena nak celebrate anniversary mak ayah seperti yang dirancang.. We tried our best to make mak ayah rasa happy and i believe that they feel appreciated.. selamat ulangtahun perkahwinan yang ke 41 mak dan ayah.. saya tak pernah lupa untuk mendoakan mak ayah sebagaimana saya mendoakan mama dan abah setiap hari..
Menu @La Cigogne..bukan payah nak sebut nama menu tapi tak reti nak sebut pun..LOL |
Mesti ada yang tertanya-tanya halal ke makanan kat La Cigogne ni? Sebelum oder, status kehalalan dah ditanya pada manager La Cigogne.. manager kata "halal" siap suruh chef datang kat table kitaorang.. chef nya lelaki Muslim orang Kedah.. lepas rasa yakin, baru kami buat oder dan makan tanpa was-was..
Overall, percutian di Colmar ni saya rasa sangat berbaloi.. siapa yang tak tau kat mana nak abiskan saki-baki cuti sekolah ni, bole la pegi Colmar ni.. selesa sebab tak bersesak-sesak..
No comments:
Post a Comment