Mula-mula saya baca pasal kisah Norma & Talib ni dari blog Geni . Kemudian saya baca full story kat blog Moon. Saya tak kenal Norma, Talib mahu pun Moon.. saya cuma kenal Moon sebagai salah seorang blogger.. dan dari blog Moon, saya di fahamkan yang Norma ialah adik ipar Moon dan Talib suami Norma ialah adik kepada Sutan, suami kepada Moon.. Walopun tak mengenali mereka secara peribadi, tapi kisah mereka sangat menyentuh hati saya..dan saya terpanggil untuk cuba membantu dengan harapan bantuan yang tak seberapa ini boleh meringankan beban mereka..
Apa kisah Norma & Talib? Norma disahkan mengidap brain cancer stage 4.. baru kahwin.. pregnant dan jatuh sakit.. sila baca full story di blog Moon. Setiap entry pasal Norma & Talib di blog Moon sangat menyentuh hati saya.. pada saat ini, Norma & Talib sangat memerlukan bantuan kita semua untuk Norma terus hidup dan berpeluang membesarkan anak mereka Rafiq..
Si Comel yang belum sempat merasa belaian dan jagaan seorang ibu sejak dilahirkan.. |
Norma yang sedang terlantar menanggung segala keperitan dan kesakitan.. |
Setiap penyakit ada ubatnya selain mati..selagi berdaya, Talib akan terus berusaha agar Norma kembali sembuh.. Talib perlukan bantuan kita semua untuk membiayai kos perubatan Norma.. mari kita cuba membantu apa yang terdaya.. hari ini kita bantu Norma & Talib..esok-esok, andai tiba giliran kita diduga, insyaallah, Allah akan permudahkan urusan kita pula..
01070068677528
Noormawati Mohd Rasif
1 comment:
thanks dear ..moon tak tahu cam na nak ucap terima kasih sebab u sudi share kan kat your lovely blog ..moon ucapkan jutaan terima kasih
alhamdulillah Allah telah bukak kan banyak pintu utk kami n salah satunya adalah membukak pintu2 hati semer saudara saudara ..moon tak sangka ia akan berkembang ngan pantas sangat and bersyukur pada yg membantu ...
and many many thanks for your support n moga usaha kita ini di berkati and sedikit sebanyak dapat membantu mereka
Love
Moon
Post a Comment