Pages

Saturday, June 11, 2011

Pelaburan Untuk Mengkayakan Diri


Saya selalu sembang dengan Geni pasal investment dan saving masa depan.. penah jugak sembang dengan Jj share pasal cerita investment ni.. sekarang saya tengah dok usha-usha Amanah Harta Bumiputera by Maybank Berhad. Macam menarik jugak AHB ni..low risk.. nak beli property buat investment buat masa ni memang tak mampu la.. nak join segala MLM dengan mimpi nak jadi jutawan mee megi, mintak maaf lah.. jangan invite saya.. tak minat.. saya tak percaya dengan jalan singkat untuk jadi senang.. bagi saya bukan senang nak hidup senang.. tapi kalo nak melingkup melarat memang senang.. saya dah jumpa jutawan segera yang baru setahun dua jadi jutawan dah buat rumah berjuta-juta RM.. rumah belum siap mee megi dia dah sejuk... nak bayar deposit TNB & SYABAS RM640 pun terketa-ketar nak issue PD cheque.. rumah dah siap takde duit nak setelkan baki dah tak boleh nak ambil kunci rumah.. interest kat pemaju dah cecah lebih RM60 ribu.. gilo!!

Bukan saya memperkecilkan jutawan MLM.. yang jadi jutawan tu deorang dah kerja keras.. rezeki dia la dapat jadi jutawan lepas kerja keras..ada orang kerja keras sampai berdarah bijik mata pun tak dapat jadi jutawan.  Pastu ada gak orang jenis nak kaya cepat tanpa investment 1 sen pun..tiba-tiba dapat sms or email "anda menang RM500,000" terus teruja, percaya bulat-bulat sampai tak fikir "sape nak bagi kau free RM500,000???" nak cepat kaya punya pasal, terus bagi nombor account bank lepastu bukan dapat RM500 ribu, tapi dalam account tinggal RM10.50 sen, time tu baru nak hentuk kepala kat dinding..

Saya seorang yang penakut kalo bab-bab invest duit ni..maklum la..duit tak berkepuk-kepuk nak invest merata..jadi yang seciput tu tak bole di invest sewenang-wenangnya..sebab investment ni ada dua je akibat.. kena pada tempat, nasib pulak baik.. mokcik kayo !!!!!! tapi, kalo salah invest..nasib pulak suwei (takde rezeki nak untung),  tak cukup tanah nak kambus balik.. time tu jalan pakai seluar dalam aje lah.. tu pun kalo suar dalam tak koyak berlubang-lubang macam roti kirai..

Orang buat investment beli saham or join unit trust or segala macam cabang investment dengan berbagai tujuan..
  1. mokcik nak jadi orang kayo..pakai keto besau..umah besau..gelang besau..bla bla bla..
  2. nak mengkayakan lagi diri yang dah sedia kaya.. nak beranakkan duit dari sekepuk jadi segudang.. 
  3. nak naikkkan taraf hidup.. dari asik makan biskut merie, nak jugak merasa makan biskut chipsmore..
  4. untuk masa depan anak dan kegunaan hari tua..
  5. nak bawak harta masuk kubur... ni pelabur jenis haji bakhil taik idung masin yang invest invest invest simpan simpan simpan.. tapi kedekut nak mapus dari muda sampai tua..
Pendek kata, terpulang pada masing-masing..Panjang kata, duit aku, suka ati aku lah kan..apa kau sibuk..

Untuk diri saya, alasan no. 1 nak jadi mokcik kayo memang tak ada dalam kamus.. bagi saya, tak ada harta memang susah..paling tidak kena ada kete sebiji, rumah sebiji..tak mesti besar..kecik pun jadi lah..ikut kemampuan..banyak harta bukan tiket untuk hidup senang sampai mati..tengok cemana cara kita manage lah.. dalam hidup ni kita ada pilihan..jadi pilih lah jalan mana yang kita mahu.. saya pilih mahu hidup yang sederhana walopun kawan-kawan cakap saya "selera besar".."hi maintenance".. thats their opinion..i do respect it.. tak kisah lah macam mana pun.. yang pasti, bagi saya kalo saya mampu, sampai ke bulan pun saya nak pegi.. tapi tak mampu, so setakat apa yang mampu sajalah..Alhamdulillah..kalo saya nak buat investment, bukan tujuan nak jadi kaya.. tapi, untuk masa depan.. sakit pening.. anak nak belajar, nak pegi haji... untuk hari tua kalo umur panjang dan pada masa yang sama saya mahu nikmati nikmat hidup hari ini.. so alasan no. 5 memang out from my list..

Satu lagi investment yang penting bagi saya ialah DOA..
Allahuma innii a’uudzu bika minalhammi wal hazan wa a’uudzubika minal ’ajzi walkasali, wa a’uudzubika minal jubni wa bukhli, wa a’uudzu bika min gholabatiddaini wa qohrirrijaal.

“Ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada keluh kesah dan dukacita, aku berlindung kepada-Mu dari lemah kemahuan dan malas, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat penakut dan kedekut, aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia.” 

Diriwayatkan dari Abu Sa’id Al-Khudri r.a. bahawasanya pada zaman Rasulullah s.a.w. ada seorang sahabat yang sangat miskin bernama Abu Umamah. Siang dan malam dia tinggal di masjid, sehingga Rasulullah pun mengetahui perihal keanehan-keanehan pada diri Abu Umamah itu, dan kemudian beliau memanggilnya seraya menanyakan sebab-sebab dia bersikap demikian. Abu Umamah menerangkan kepada Rasulullah s.a.w. tentang kesedihan dan kesusahan yang menyebabkan ia tidak betah tinggal di rumah, kerana akibat banyaknya hutang yang tidak dapat di bayarnya.
Mendengar pengaduan Abu Umamah, Rasulullah s..a.w. merasa hiba lalu beliau berkata kepadanya: ”Mahukah kamu kuberi beberapa kalimat dan amalkanlah dengan baik setiap hari, nescaya Tuhan akan melenyapkan kesedihanmu dan dan memberimu kelonggaran? Kemudian Rasulullah s.a.w. membaca doa diatas, sedang Abu Umamah mendengarkannya dengan baik. Abu Umamah membiasakan membaca kalimat yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. itu siang dan malam dengan penuh keyakinan bahawa Allah akan memberi kelonggaran kepadanya.
Selang beberapa hari, kesedihan dan kedukaan yang dialami Abu Umamah agak berkurangan, makin lama makin berkurang dan akhirnya hilanglah sama sekali dan terbukalah alam fikirannya untuk mendapatkan usaha yang baik. Dia akhirnya menjadi usahawan yang besar, sehingga hutang-hutangnya dapat terbayar semuanya, dan bahkan dia menjadi orang yang kaya raya.

Doa ni abah saya ajar seawal usia..tak ingat umur berapa..sayangnya, saya tak amal.. anak dogel ni...bapak ajar tak nak ikut..baru-baru ni mak saya cerita.. bila orang tanya macam mana abah walopun dah umo 73 tahun tapi sihat dan cergas? Jawapan abah, dia amal doa di atas (salah satu amalan).. Abah tak malas, tak kedekut dan tak ada hutang walopun abah suka bab-bab beli saham.. sekarang abah sedang menjalani hari tua dengan tenang dan gembira..  Ok, so..selain  simpan duit, beli saham, insurans, unit trust mahupun join MLM whatsoever, mari kita amal doa ini 5 kali sehari.. Investment  yang mudah tanpa risiko dengan pulangan berganda..insyaallah.. yok mulakan dari hari ini.. Jazakallah




5 comments:

ANAKIRANA said...

arini aku baru pass exam utk jadi unit trust consultant ..tgu dpt lesen nnt aku war2 kan ..kot2 ler ko berminat nk join hehe ...
aku minat bab2 financial planning..tu nk cuba bidang ni pulak

n.a.j.w.a said...

wahhhh..best tu.. jg ejen unit trust ni kalo rajin mmg masyukkk..leh benti keja ofis :)

Unknown said...

nanti aku amal doa tu pulak..
Najwa, AHB tu ok jugak..aku dah tengok..masa PM announce tu lagi mmg aku dah tgk..
ana, hg lagi laju dari aku...aku punya test CUTE tu next month...sebab utama aku nak manage sendiri investment tu pasal la nak amik lesen jugak.. :)

n.a.j.w.a said...

Jj, AHB tu tgh dok consider lg..lom abis wat calculation walopon dh berbulan calculate..hehe

Fiena said...

bagus.. dh ramai kwn2 aku jd egen.. nnt senang kalo aku nk invest.. hihi
aku rasa kan.. mmg bila dh umo 30an ni.. mmg dh asyik pikir psl investment, masa dpn..
sblm ni mcm dok main2 sikit.. hahaha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails