Pages

Wednesday, June 29, 2011

Kacau..

Mode kebuluran..
Padahal pagi tadi dah breakfast berkeping-keping sandwich sardin..
Hari ni port kat site ofis..
Lupa nak tapau untuk lunch..
Dah la xde kedai makan kat site ni..
Mati la cacing-cacing kesayangan dalam perut gua arini..

Bos cuti arini..
Syorganya ofis..
Baru nak bersenang-lenang..tup tup..
Bos  lain pulak call.."come back to the main office..got meeting"
Yennaaaaa..
Kacau!! kacau!!!

Friday, June 24, 2011

4 in 1 Birthday


Sabtu lepas...

Celebrate birthday Umar kat Restoran Saba, Cyberjaya.. mula-mula plan nak buat kat McD Shah Alam.. available slot tengahari..lunch time.. pikir balik kalo takat makan beger sorang seketul rasanya tak berbaloi.. dengan abang-abang gue yang perut sume cap periuk nasi..

Kalo kat Saba, sume pun suka.. nahhhh..gue oder 12 pinggan.. makan sampai puas.. cuma frust sket sebab abah mama tak dapat join.. abah gue suke sangat nasi kat Saba ni..

Wat seperais sekali kat adik gue - Wan ngan anak-anak buah gue - Muhd & Nadhirah, yang celeb birthday bulan Jun jugak..

Umar bersyukur giler bila tengok kek Spongebob..bukan kek Dora.. 

Bukan tiap-tiap tahun nak celeb beria birthday Umar.. ada bajet lebih, jalan.. kalo takde, cup kek aje ye Umar.. ni ada rezeki sket, sambil celeb dapat belanja famili makan-makan.. ada rezeki lebih sket, kita kongsi lah setakat yang termampu.. mudah-mudahan murah rezeki lagi..

Tu je lah .. babai..

Thursday, June 16, 2011

::Novel, Drama & Saya::


Ini drama sudah bikin saya melekat depan tv 7pm-8pm.. tak bole diganggu.. no masak-masak, layan facebook, layan anak layan laki on that time.. except stop awhile untuk melapor diri kepada NYA..

Luckily minggu last (arini last episod) jepun menjajah.. maka terus lah melekat depan tv..oh ok..sambil-sambil lipat baju... or time iklan lari kejap pegi dapo prepare for dinner cth : kuakan udang . abis iklan cepat-cepat lari ke depan tv balik.. iklan lagi stop ke dapur balik..baru buang kepala udang tak sempat buang ekor iklan dah abis, tinggalkan udang dengan ekornya dalam singki.. ulan-ulang  sesi mengkatun kan diri sampai abis cerita kol 8pm then bole sambung masak dengan aman.. tu diaaa..macamtu sekali ye penangan drama Nora Elena ni..

Drama ni adaptasi dari novel Kasih Yang Suci by Meen Zulaikha.. serius tak pernah baca.. episod awal drama ni memang tak ikut..sesekali terbuka chanel time drama ni bersiaran, tengok la sekejap..gitu-gitu je..dah masuk part Elena dah kawen dengan Seth baru perasan best jugak cerita ni.. nak pulak dok tengok kawan-kawan letak status pasal Seth Tan ni.. time tu terpikir apa yang best sangat dengan drama Nora Elena? Ok.. tengok dan tonton.. oh yeahhh.. i like...well, sebagai perempuan yang normal  berwajah kental berhati taman bunga, kok tak meleleh ko tengok laki serupa Seth Tan tu???? i like Aaron Aziz okeeee.. muahahaha.. bengkek hati suami den tengok den tonung-tonung jo muko si Aaaron tu tiap-tiap potang.. alaaaa.. suka-suka wat cuci mata je apa salahnya tenung-tenung jeling-jeling sket kan.. doesn't mean i hope my husband to be so loving and romantic macam si Seth tu.. kata Encik Suami, "tu berlakon.. nak romantik macam tu kena berlakon la"  .. 

Oh ok.. i don't need a pelakon.. bila tak dapat nak cover senyum sorang-sorang depan tv tu tak bole buat apa la.. spontan ok.. lagi pun dah memang sejak azali suka berangan.. terbuai-buai bila tengok drama or baca buku sangat thrill okeh.. feel is there.. no harm.. 

Terus saya teringat masa sekolah dulu.. well.. sangatlah suka baca segala novel cintan-cintun nih.. Diari Sayang, Akademi, Ombak Rindu.. novel tulisan Aisya Sofea, Ahadiat Akashah dan lots more penulis yang memang dah tak ingat nama deorang.. time tu kat sekolah asrama.. kawan-kawan sedorm pun suka baca novel jugak.. so aku beli 1 , hang beli 1 pastu kita tuka-tuka lah.. kalo time takde stok novel nak baca, saya tulis cerita sendiri.. bagi roommates baca.. tak pun wat sesi bedtime story.. of course penceritanya ialah SAYA.. time tu ada skill create cerita spontan... cerita ngarut-ngarut jiwang-jiwang karat la.. hahahaaa.. Faradila (roomate) mesti ingat pasal ni.. kat facebook kitaorang penah chat pasal ni.. dia ingat lagi macam mana saya bole bercerita secara spontan tetengah malam sampai dah nak abis cerita roomates suruh add chapter lagi.. weiii.. cerita dah tamat nak continue apa lagi kan.. tido je lah.. esok nak sekolah..LOL

Novel punya pasal berebut dengan Geni nama nak boh nama anak Nurina Tihani kalo dapat anak pempuan..  saja wat keji dengki kat hang Geni.. sekali dua-dua dapat anak laki.. tapi memang suka la menyakat Geni nak curi nama kesukaan dia tu..  Jj lak kalo tak silap berangan nak masuk ATMA lepas SPM pengaruh baca novel Akademi.. ye dak Jj? hahahahaaa.. maklum la..time tu muda remaja lagi.. memang best bila dapat berangan-angan..i likeeee..

Bila tengok ada few novel english yang difilemkan, i really hope Ombak Rindu akan difilemkan jugak...think about this recently.. siap berangan the hero musti lah Aaron Aziz kan..muahahaha.. sewel.. and finally.. i heard memang novel tu tengah difilemkan...cessss..ceduk idea aku!!!  but i don't think Maya Karin suit with watak Izzah tu.. sorry ye Maya.. my 1 cents only..please don't bother..peace


Dah masuk sekolah tinggi sket, layan novel omputih pulak.. "frebet" author gue - Judith McNauht, Jude Deveraux & John Grisham..novel omputh ni ada yang masih selamat dalam simpanan.. novel melayu dah tak tau ke laut ke, ke langit ke.. ke mana tah la..

Double Standards ni best kalo difilem or di dramakan.. hero of course mesti mau Aaron Aziz.. hahahahaa..sila jangan muntah.. no choice maaa.. takkan nak kasi kat Norman Hakim.. pelisssss

O ok..long enuf.. gue tunggu time nak chat ngan Seth Tan jap lagi.. cisss..takde keje lain???.but serius.. ramai doh dok tunggu kol 3pm nak chat dengan si Atan ni @TV3 . Me..excluded..XOXO

Saturday, June 11, 2011

Pelaburan Untuk Mengkayakan Diri


Saya selalu sembang dengan Geni pasal investment dan saving masa depan.. penah jugak sembang dengan Jj share pasal cerita investment ni.. sekarang saya tengah dok usha-usha Amanah Harta Bumiputera by Maybank Berhad. Macam menarik jugak AHB ni..low risk.. nak beli property buat investment buat masa ni memang tak mampu la.. nak join segala MLM dengan mimpi nak jadi jutawan mee megi, mintak maaf lah.. jangan invite saya.. tak minat.. saya tak percaya dengan jalan singkat untuk jadi senang.. bagi saya bukan senang nak hidup senang.. tapi kalo nak melingkup melarat memang senang.. saya dah jumpa jutawan segera yang baru setahun dua jadi jutawan dah buat rumah berjuta-juta RM.. rumah belum siap mee megi dia dah sejuk... nak bayar deposit TNB & SYABAS RM640 pun terketa-ketar nak issue PD cheque.. rumah dah siap takde duit nak setelkan baki dah tak boleh nak ambil kunci rumah.. interest kat pemaju dah cecah lebih RM60 ribu.. gilo!!

Bukan saya memperkecilkan jutawan MLM.. yang jadi jutawan tu deorang dah kerja keras.. rezeki dia la dapat jadi jutawan lepas kerja keras..ada orang kerja keras sampai berdarah bijik mata pun tak dapat jadi jutawan.  Pastu ada gak orang jenis nak kaya cepat tanpa investment 1 sen pun..tiba-tiba dapat sms or email "anda menang RM500,000" terus teruja, percaya bulat-bulat sampai tak fikir "sape nak bagi kau free RM500,000???" nak cepat kaya punya pasal, terus bagi nombor account bank lepastu bukan dapat RM500 ribu, tapi dalam account tinggal RM10.50 sen, time tu baru nak hentuk kepala kat dinding..

Saya seorang yang penakut kalo bab-bab invest duit ni..maklum la..duit tak berkepuk-kepuk nak invest merata..jadi yang seciput tu tak bole di invest sewenang-wenangnya..sebab investment ni ada dua je akibat.. kena pada tempat, nasib pulak baik.. mokcik kayo !!!!!! tapi, kalo salah invest..nasib pulak suwei (takde rezeki nak untung),  tak cukup tanah nak kambus balik.. time tu jalan pakai seluar dalam aje lah.. tu pun kalo suar dalam tak koyak berlubang-lubang macam roti kirai..

Orang buat investment beli saham or join unit trust or segala macam cabang investment dengan berbagai tujuan..
  1. mokcik nak jadi orang kayo..pakai keto besau..umah besau..gelang besau..bla bla bla..
  2. nak mengkayakan lagi diri yang dah sedia kaya.. nak beranakkan duit dari sekepuk jadi segudang.. 
  3. nak naikkkan taraf hidup.. dari asik makan biskut merie, nak jugak merasa makan biskut chipsmore..
  4. untuk masa depan anak dan kegunaan hari tua..
  5. nak bawak harta masuk kubur... ni pelabur jenis haji bakhil taik idung masin yang invest invest invest simpan simpan simpan.. tapi kedekut nak mapus dari muda sampai tua..
Pendek kata, terpulang pada masing-masing..Panjang kata, duit aku, suka ati aku lah kan..apa kau sibuk..

Untuk diri saya, alasan no. 1 nak jadi mokcik kayo memang tak ada dalam kamus.. bagi saya, tak ada harta memang susah..paling tidak kena ada kete sebiji, rumah sebiji..tak mesti besar..kecik pun jadi lah..ikut kemampuan..banyak harta bukan tiket untuk hidup senang sampai mati..tengok cemana cara kita manage lah.. dalam hidup ni kita ada pilihan..jadi pilih lah jalan mana yang kita mahu.. saya pilih mahu hidup yang sederhana walopun kawan-kawan cakap saya "selera besar".."hi maintenance".. thats their opinion..i do respect it.. tak kisah lah macam mana pun.. yang pasti, bagi saya kalo saya mampu, sampai ke bulan pun saya nak pegi.. tapi tak mampu, so setakat apa yang mampu sajalah..Alhamdulillah..kalo saya nak buat investment, bukan tujuan nak jadi kaya.. tapi, untuk masa depan.. sakit pening.. anak nak belajar, nak pegi haji... untuk hari tua kalo umur panjang dan pada masa yang sama saya mahu nikmati nikmat hidup hari ini.. so alasan no. 5 memang out from my list..

Satu lagi investment yang penting bagi saya ialah DOA..
Allahuma innii a’uudzu bika minalhammi wal hazan wa a’uudzubika minal ’ajzi walkasali, wa a’uudzubika minal jubni wa bukhli, wa a’uudzu bika min gholabatiddaini wa qohrirrijaal.

“Ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada keluh kesah dan dukacita, aku berlindung kepada-Mu dari lemah kemahuan dan malas, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat penakut dan kedekut, aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia.” 

Diriwayatkan dari Abu Sa’id Al-Khudri r.a. bahawasanya pada zaman Rasulullah s.a.w. ada seorang sahabat yang sangat miskin bernama Abu Umamah. Siang dan malam dia tinggal di masjid, sehingga Rasulullah pun mengetahui perihal keanehan-keanehan pada diri Abu Umamah itu, dan kemudian beliau memanggilnya seraya menanyakan sebab-sebab dia bersikap demikian. Abu Umamah menerangkan kepada Rasulullah s.a.w. tentang kesedihan dan kesusahan yang menyebabkan ia tidak betah tinggal di rumah, kerana akibat banyaknya hutang yang tidak dapat di bayarnya.
Mendengar pengaduan Abu Umamah, Rasulullah s..a.w. merasa hiba lalu beliau berkata kepadanya: ”Mahukah kamu kuberi beberapa kalimat dan amalkanlah dengan baik setiap hari, nescaya Tuhan akan melenyapkan kesedihanmu dan dan memberimu kelonggaran? Kemudian Rasulullah s.a.w. membaca doa diatas, sedang Abu Umamah mendengarkannya dengan baik. Abu Umamah membiasakan membaca kalimat yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. itu siang dan malam dengan penuh keyakinan bahawa Allah akan memberi kelonggaran kepadanya.
Selang beberapa hari, kesedihan dan kedukaan yang dialami Abu Umamah agak berkurangan, makin lama makin berkurang dan akhirnya hilanglah sama sekali dan terbukalah alam fikirannya untuk mendapatkan usaha yang baik. Dia akhirnya menjadi usahawan yang besar, sehingga hutang-hutangnya dapat terbayar semuanya, dan bahkan dia menjadi orang yang kaya raya.

Doa ni abah saya ajar seawal usia..tak ingat umur berapa..sayangnya, saya tak amal.. anak dogel ni...bapak ajar tak nak ikut..baru-baru ni mak saya cerita.. bila orang tanya macam mana abah walopun dah umo 73 tahun tapi sihat dan cergas? Jawapan abah, dia amal doa di atas (salah satu amalan).. Abah tak malas, tak kedekut dan tak ada hutang walopun abah suka bab-bab beli saham.. sekarang abah sedang menjalani hari tua dengan tenang dan gembira..  Ok, so..selain  simpan duit, beli saham, insurans, unit trust mahupun join MLM whatsoever, mari kita amal doa ini 5 kali sehari.. Investment  yang mudah tanpa risiko dengan pulangan berganda..insyaallah.. yok mulakan dari hari ini.. Jazakallah




Thursday, June 2, 2011

Jalan-Jalan Cari Murtabak

Saya berbesar hati nak share lemak-lemak tolong promosi makanan atau restoran yang sedap di tekak atau menarik di mata saya.. ulang sekali lagi ayat yang penting iaitu "sedap di tekak saya".. jadi tak semestinya sedap jugak di tekak anda.. mau tau sedap tak di tekak sendiri, sila lah pegi cuba..

Kalo nak feeling-feeling makan kat Zam Zam Restaurant @Arab Street, Singapore.. bole jimatkan petrol dan duit tol anda sekarang.. Kat Jalan TAR juga sudah ada ini restoran... Lepas pegi beli kain baju raya kat Jakel, beli tudung kat Ariani atau dah penat shopping kat Sogo.. moh pegi makan Murtabak..





Zam Zam Restaurant (click for more info - background, location, menu, price etc)

Murtabak daging gorgon yang enak.. Kerana ketamakkan, oder big size.. dengan beriyani lagi.. end up tapau bawak balik lalu menjadi breakfast kasih sayang isteri/ibu restoran zam zam pada keesokkan harinya.. Moral of the story, kalo setakat 3 orang makan, oder je small size.. unless kau cuma nak makan murtabak semata.. no beriyani..no mee robus or menu-menu lain..

Big size - RM15
  
Beriyani dam (mutton) yang mabeles.. Sepinggan beriyani cukup untuk dikongsi bersama suami dan sorang anak (kalo anak jenis tak makan banyak).  Unless nak kumpul lemak lebih tak nak makan menu lain, boleh oder sorang sepinggan..

RM16

Menu lain belum sempat dicuba... next trip.

Overall.. puas hati. menu pelbagai..makanan sedap..harga berpatutan.. restoran bersih.. decoration menarik.. tempat makan selesa.. servis mesra alam lagi cepat dan pantas.. taking oder via wifi.. sambil ambil oder, tet tet tet (tekan-tekan-tekan).. by the time waiter ambek oder dari last person in the group, 1st oder pun sampai.. takyah tunggu waiter abis ambek oder sampai meja ke 3,4,5 pastu baru dia hantar oder ke dapur pastu tunggu 10 minit oder tak sampai-sampai lagi even cuma oder air kosong segelas.. peace

Failed Exam. Mari Terjun Bangunan 40 Tingkat



This is not a joke.

Jumaat lepas.. ofis dikejutkan dengan tangisan tiba-tiba dari one of the manager. Kisahnya.. dapat berita yang anak sedaranya bunuh diri sudah.. reason - GAGAL Exam.He is the only son in the family..aged between 23-24 years old...huh..too young to die with no reason.. failed exam cannot be a reason to cut short your life dude..

Kronologi sebelum kematian yang tragis itu.. (this sad tragedy happened in Australia)

- Failed dari tahun pertama.. sampai dah 5 tahun tak berjaya lagi grad
- Malam kejadian.. he spend his time with his father yang garang.. they're so happy..have a coffeee together.. watched tv together..chit chat and laugh together..
- Keluar rumah dengan alasan nak jumpa kawan..left the father at home
- Check in at a service apartment..asked for 40th floor
- Late at nite, the son haven't come back..father getting worried.. start searching for the son
- Morning.. the father do police report
- Checked the last credit card transaction made by the son..found out that his son has check in at the service apartment.. straight away to the place
- Room at 40th floor.. the father went in.. balcony's door open widely.. and the dead body was found by his own father down there at level 18 !! pecah kapla sudah..

Bole imagine how the father felt at that time????  And until today the father keep blaming himself.. pray the father won't end up like his son..All this while, the father sangat lah garang.. the son is the 2nd in the family..kakak and adik sangat pandai.. sepupu sepapat pun pandai.. bila failed, maybe dia rasa sangat takut.. terlalu takut..takut ayah marah sebab GAGAL.. takut sebab tak pandai macam kakak..macam adik..macam sepupu..so he just keep quite.. tak bagitau anybody yang dia dah GAGAL.. and yes.. he left a letter to the father and friend..

I believe that the guy has lost his mind sebab kegagalan mengawal minda dan jiwa.. sangat lah impossible dalam keadaan waras nak terjun dari tingkat 40. Kalo saya, nak terjun dari tingkat 1 pun belum tentu berani.. dan semestinya orang yang bunuh diri bukan tergolong dalam orang yang beriman kepada Allah S.W.T. 

When the manager came in to the office yesterday, we had short discussion about her nephew.. yes..definitely she was so sad.. juga sangat terkilan sebab the nephew commit suicide just because he failed exam...and pity for his brother who keep blaming himself.. kesian kan..

Adik-adik diluar sana.. percayalah.. tak cemerlang dalam pelajaran doesn't mean kita akan jadi seorang yang useless dan tak boleh berjaya.. bukan maksud saya pelajaran tak penting..ok..pelajaran penting.. kalo lulus cemerlang itu bonus.. boleh dibanggakan..tapi kalau tak ada degree bukan bermakna kita tak boleh jadi kebanggaan kepada orang lain.. Belajar bersungguh-sungguh selagi terdaya.. kalau tak berjaya, jangan terjun dari mana-mana bangunan..tapi terjun lah ke bidang yang anda suka..minat..dan ada keupayaan.. kejayaan ada dimana-mana asal kita berusaha.. dan jangan lupa berdoa mudah-mudahan kita menjadi orang yang berjaya di dunia dan akhirat.. kita tak mahu jadi orang yang kaya di dunia tapi muflis di akhirat kelak.. berusahalah untuk hidup yang seimbang..

Dan ibu juga bapa (including myself)..semua mahu yang terbaik untuk anak..mahu tengok anak jadi orang yang berjaya..tapi keupayaan setiap anak berbeza-beza.. yang tak berapa pandai jangan kita sisihkan..  jangan compare dengan anak yang cerdik pandai.. asuh supaya anak tak jadi sampah masyarakat pun dah cukup baik..ada banyak cara untuk berbakti dan jadi orang yang berjaya.. kadang anak yang tak berapa berjaya dalam pelajaran tu lah yang nak jaga kita bila dah tua nanti.. yang mungkin akan doa tak putus untuk kita walopun kita dah tak ada lagi.. berusaha dan berdoalah.. 

Allah beri pada yang meminta..



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails