Pages

Tuesday, January 24, 2012

::Ngeri::


Ngeri kan? cukup ngeri.. boleh melucutkan jantung pengguna jalanraya.. Serta-merta insaf...Sekarang nak drive over had laju lagi? Nak drive sambil bersembang kat telefon tak pakai hands free , atau sambil anta sms or update status fb/tweeter lagi?? Nak drive sambil overtake melulu tak tengok ada bas, lori minyak or lori pasir tayar 18  kat depan lagi??? Nak drive sambil langgar lampu isyarat merah lagi??? Atau nak drive sambil kepala tersengguk-sengguk sebab mengantuk or mabuk minum todi ???? Ni antara penyebab kemalangan.. panjang kalau nak buat senarai..

Apa pun, berhati-hati di jalan raya..pandulah dengan cermat dan sabar.. Gong Xi Fa Chai

Doa sebelum menaiki kenderaan :
Sebelum menaiki kenderaan bacalah doa ini.Riwayat ada mengatakan jika dalam sebuah kapal ada cuma seorang sahaja yang membacakan doa ini, insyaAllah akan selamat sepanjang perjalanan.
Ertinya:
“Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali!”
(surah Az-Zukhruf  13-14)

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
" Penunggang motosikal menjadi penyumbang utama kepada kemalangan maut pada hari ketujuh Ops Sikap ke-25 dengan mencatatkan sembilan kematian daripada 14 kes yang dilaporkan semalam.

Dengan ini, jumlah keseluruhan angka korban sejak Ops Sikap ke-25 dilancarkan pada Isnin lepas ialah sebanyak 84 orang, menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi laman webnya.

Pengguna kereta merupakan penyumbang kedua kepada jumlah kematian dengan merekodkan sebanyak empat kematian, manakala pengguna basikal satu kematian.

Daripada 1,161 kemalangan yang dilaporkan, Jalan Bandaran mencatatkan rekod tertinggi iaitu 459 kemalangan, diikuti Jalan Persekutuan 298, Jalan Negeri 189, lebuh raya 161 dan 54 kes bagi jalan-jalan lain.

Polis juga mengeluarkan 18,722 saman semalam, menjadikan jumlah terkumpul setakat tujuh hari operasi itu, kini 120,838 saman atas pelbagai kesalahan.

Ops Sikap ke-25 sempena Tahun Baru Cina itu akan berakhir pada 30 Januari. — BERNAMA"



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails