Pages

Saturday, January 28, 2012

Click 176 Times to Hit The Lucky Number


-Sticky post sehingga visitor bertuah dijumpai-

Pada masa blog ni di update, jumlah visitor blog ni ialah 13004.. Saya mencari visitor bertuah iaitu visitor yang ke 13180..

Sila refer to visitor counter kat TOTAL PAGEVIEW bar sebelah kanan.. 

Jika anda visitor yang ke 13180, sila email saya dengan bukti bahawa anda ialah visitor yang ke 13180..

Email kan gambar interface blog yang menunjukkan URL blog ini, header blog dan TOTAL PAGEVIEW yang menunjukkan angka 13180..

Email to najern80@yahoo.com

Jika ada lebih dari SATU pemenang yang menunjukkan TOTAL PAGEVIEW dengan angka yang sama iaitu 13180, maka email yang yang paling awal diterima dengan bukti yang lengkap akan dikira sebagai visitor bertuah..

Visitor ke 13180 akan menerima hadiah berupa..... jeng jeng jengggggggggggggggggg

*Perfume Calvin Klein 
(type of perfume subject to availability)



Tuesday, January 24, 2012

::Ngeri::


Ngeri kan? cukup ngeri.. boleh melucutkan jantung pengguna jalanraya.. Serta-merta insaf...Sekarang nak drive over had laju lagi? Nak drive sambil bersembang kat telefon tak pakai hands free , atau sambil anta sms or update status fb/tweeter lagi?? Nak drive sambil overtake melulu tak tengok ada bas, lori minyak or lori pasir tayar 18  kat depan lagi??? Nak drive sambil langgar lampu isyarat merah lagi??? Atau nak drive sambil kepala tersengguk-sengguk sebab mengantuk or mabuk minum todi ???? Ni antara penyebab kemalangan.. panjang kalau nak buat senarai..

Apa pun, berhati-hati di jalan raya..pandulah dengan cermat dan sabar.. Gong Xi Fa Chai

Doa sebelum menaiki kenderaan :
Sebelum menaiki kenderaan bacalah doa ini.Riwayat ada mengatakan jika dalam sebuah kapal ada cuma seorang sahaja yang membacakan doa ini, insyaAllah akan selamat sepanjang perjalanan.
Ertinya:
“Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali!”
(surah Az-Zukhruf  13-14)

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
" Penunggang motosikal menjadi penyumbang utama kepada kemalangan maut pada hari ketujuh Ops Sikap ke-25 dengan mencatatkan sembilan kematian daripada 14 kes yang dilaporkan semalam.

Dengan ini, jumlah keseluruhan angka korban sejak Ops Sikap ke-25 dilancarkan pada Isnin lepas ialah sebanyak 84 orang, menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi laman webnya.

Pengguna kereta merupakan penyumbang kedua kepada jumlah kematian dengan merekodkan sebanyak empat kematian, manakala pengguna basikal satu kematian.

Daripada 1,161 kemalangan yang dilaporkan, Jalan Bandaran mencatatkan rekod tertinggi iaitu 459 kemalangan, diikuti Jalan Persekutuan 298, Jalan Negeri 189, lebuh raya 161 dan 54 kes bagi jalan-jalan lain.

Polis juga mengeluarkan 18,722 saman semalam, menjadikan jumlah terkumpul setakat tujuh hari operasi itu, kini 120,838 saman atas pelbagai kesalahan.

Ops Sikap ke-25 sempena Tahun Baru Cina itu akan berakhir pada 30 Januari. — BERNAMA"



Monday, January 9, 2012

Kisah Mak Yang Teruja

Anak saya dah masuk sekolah :D   gambar di atas cuma halusinasi saya sebagai mak yang teruja dan keciwi bila anak nak masuk sekolah.. the truth, tak macam gambar di atas.. anak saya sangat cool.. hari pertama ke sekolah berjalan dengan lancar.. tak ada adegan drama menangis-nangis anak mahu pun mak nya.. xoxo

Sebulan sebelum anak masuk sekolah :
Maknya dah berkira-kira kat mana nak beli baju sekolah, kasut sekolah, beg sekolah, berapa kos yuran, buku segala bagai.. nak beli berapa pasang..ok, buat bajet..list panjang sedepa.. kalau bapak jadi banker, mak semestinya jadi akauntan..

3 minggu sebelum anak masuk sekolah :
Maknya bersungguh dan bersemangat waja ajak bapaknya shopping pekakas sekolah anak.. baju sekolah..suar sekolah, stokin sekolah, kasut sekolah waima sepender untuk pakai pegi sekolah pun ada.. LOL

2 minggu sebelum anak masuk sekolah :
Maknya pegi sekolah check sekali lagi status anak confirm ke dah register kat sekolah yang berkenaan.. terus dapat senarai buku nak kena beli.. malam, maknya gigih balut buku yang setimbun mengalahkan budak masuk universiti.. mujur ada instant wrapper.. mudah kojo omak kau jang.. tahun depan balut sendiri !!

1 minggu sebelum anak masuk sekolah :
Maknya basuh sume baju and seluar sekolah yang baru beli tu.. check sume barang dah lengkap ke belum.. mak membelek pekakas sekolah mengalahkan anak..cewi betol !!!

3 hari sebelum anak masuk sekolah :
Maknya hadiahkan diri sendiri sebiji iron kuasa turbo sebagai penyuntik semangat..maklum la lepas ni kena iron baju dengan lebih gigih lagi..

2 hari sebelum anak masuk sekolah :
Maknya gigih iron baju sekolah.. mudah dan cepat dengan iron kuasa turbo.. kalau tak mudah dan cepat meimei omak kau campak iron tu terojun tingkat bawah eh jang..

Malam tu jugak maknya yang tak reti menjahit memecah rekod kebangsaan dengan menjahit lencana..Apaknya tak jadi nak tolong jahit.. jadi supervisor je check tengok jahitan mak lulus ke reject.. hasilnya, boleh la labu.. janji melekat benda alah lencana tu kat baju..

1 hari sebelum anak masuk sekolah :
Maknya buat last check baju, kasut, alat tulis segala.. cewi gila kan mak dia..LOL..ayahnya tolong tuliskan nama kat bekas air, neck tie, dalam kasut bagai... eh, macam nak masuk asrama pulak.. budak baru nak masuk darjah 1..macam tu la.. karang tak tulis nama pastu segala-gala ilang.. bila tanya "mana??" mesti jawap "tak tahu lah saya..tiba-tiba hilang".. time tu mak kandung pun tiba-tiba bertukar jadi mak tiri..

Day 1 anak pegi sekolah :

"Studies show that children who eat breakfast perform better on cognitive tests and in school. Maybe it works that way for adults too. In any case, skipping breakfast is probably a bad idea."

Maka, gigih lah maknya bagun seawal pagi siapkan breakfast..  dan rutin harian maknya berubah bila mana anak dah mula bersekolah. And i do enjoy my new routine :)

Hari ni dah masuk minggu ke 2 Umar pegi sekolah.. so far so good.. tido awal..bangun awal.. mudah bangun pagi.. solat almost cukup 5 waktu...sebab dah umur 7 tahun kan.. right time to train him to solat 5 waktu.. no more 1 waktu or 2 waktu macam masa umur 6 tahun.. but oh yes, ada tercicir jugak 1-2 waktu.. what ever it is, we try to encourage him to cukupkan 5. 

Sejak masuk sekolah, he eats more.. awal pagi breakfast kat rumah.. pukul 10 minum pagi kat sekolah.. pukul 1 lunch kat rumah, pukul 4 minum petang kat sekolah agama and 8 malam diner kat rumah.. selamat memontelkan diri ya anak ku..LOL

Ibu-ibu sekalian, cuba pastikan anak tak pegi sekolah dengan perut kosong ya..

"Research has shown that children who regularly ate breakfast had better standardized test scores, better behavior, and were less hyperactive than children who skipped breakfast"
 
Ye..ofis saya dekat dengan rumah itu pasal setiap pagi bole sediakan sarapan untuk anak..tapi tuan-tuan dan puan-puan sekalian, tak mesti dapur kena berasap baru anak dapat breakfast.. tak sempat bancuh air, kita bagi anak kita susu dalam kotak macam Full Cream Dutch Lady ke..kalo anak agak "sihat", bagi  Low Fat milk..  bole makan dengan cereal.. kalau anak keluar awal sangat tak sempat makan kat rumah, bole bekalkan anak sekotak air susu dengan seketul roti.. dalam bas pun bole makan sementara nak sampai ke sekolah..  cuba juga pantau apa yang anak makan di sekolah.. i did pesan kt Umar apa yang dia boleh beli dan tak boleh beli di kantin.. "we are what we eat"

Have a great day ahead folks..
 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails