p/s : to Ana, as per requested..nampak tak? hehe..nak boh sebijik terang-terangan tu tidak lah ye..hehe
Ni masa di Liverpool..yo yo je posing padahal nama pemain Liverpool sorang pun saya tak tau..di Liverpool, loghat bahasa Inggeris deorang sangat pekat sampai saya rasa susah nak faham..tak tau la kot saya yang tak reti berbahasa Inggeris..hahahahaha..
Winderemere Cruise - Windermere is England's largest lake, in the heart of the Lake District..time ni sejuk wehh..nak posing punya pasal tahan aje la..padahal muka memang dah kebas dah time ni..
London Sightseeing by BigBus..cara paling mudah nak round London City..bayar GBP26, valid for 24 hours..bole naik turun sampai puas..semestinya puak-puak yang gayat tak penah naik BigBus macam saya ni, mesti la nak duduk kat bahagian atas bus yang open space..sekali, nahhh..sejuk giler..tahan jugak la sebab nak menikmati scenery kota london kan..at last, bila dah petang sume pakat surrender duduk kat bahagian depan sket so terlindung la sket dari angin yang sungguh la sejuknya sampai ke tulang hitam...huhuhu..
Ni masa on the way nak ke Windermere..tak tahu apa nama kawasan ni tapi di kawasan Lake District lah ni..asal nampak scenery yang cantik memang stop la nak posing ala hero/heroin filem Tamil..kat kawasan ni banyak sheep yang gebu-geban tapi saya tak sempat nak pegi posing dengan Mr Biri-Biri tu..
@Cheateu De Versailles...naik RER Train dari Paris untuk sampai ke Versailles ni..Palace dan garden di Versailles ni sangat lah besar dan luas..sampai nak pengsan jalan pun tak abis jugak lagi cover sume tempat..mau tercabut kaki kalo dapat round sampai habis istana dan taman-taman kat Versailles ni..memang scenerynya sangat cantik dan istana ni sangat mewah..bilik tidur dalam istana ni punya la extravaganza mewah..tapi sayang saya tak ambil banyak gambar kat bahagian dalam istana sebab camera cap ayam saya tak dapat capture betapa cantiknya decoration dalam istana..tapi saya sempat rakan dalam camcoder :)
Sacré-Coeur Basilica de Montmartre, Paris.. lokasi tempat ni tak jauh pun dari apartment yang kami sewa di Montmartre,Paris..jalan kaki 5 minit dah sampai..sempat pegi sekejap masa hari last di Paris..cuaca masa last day di Paris sangat baik..tengok la, bole posing tak pakai jaket dan dapat kuakan tangan dari poket tu maknanya tak berapa sejuk la tu..hehe..sedap-sedap je kesejukan time ni..langit pun biru dan cerah..
Di bawah apartment yang kami sewa di Paris..nak jugak tu posing dengan basikal tua..hehe..Apartment kami terletak di Charles Dullin, Montmartre. sila klik pada link kalo nak tengok keadaan dalam apartment yang kami sewa.
Di depan Buckingham Palace..tak nampak pulak Queen Elizabeth or Putera Charles..hehe
Kanak-kanak riang..ni je la keja budak-budak ni..berlari sana-sini..peliknya deorang rilek je dalam cuaca yang sejuk sepanjang kat sana..
Di tepi jalan mengadap Islamic Centre di Manchester..semua nikmat yang kita kecapi hari ini adalah daripada Allah, jadi jangan lupa untuk melapor diri pada Nya 5 waktu sehari..tak ada masalah untuk solat sepanjang di sana..di mana ada kemahuan, di situ ada jalan..ada satu malam tu, kami over nite di St Pancras Station, London sebab train eurostar ke Paris esoknya awal pagi..masa kat station tu, kami solat di satu kawasan lapang yang agak tersorok dekat dengan tempat simpan troli..ada dua advertisement board mudah alih, kami alihkan jadi penghadang untuk solat..dan di sana saya tak pakai telekung semasa solat..bimbang jugak kalo ada yang racist ke..kami solat bergilir-gilir..sekali datang sorang guard perempuan dan tanya "are you ok?" jawab asben, "yeah..we are praying"..dan guard tu balas "owhh..ok..gud luck"..tak ada apa-apa gangguan di sana..kat Stansted Airport di sediakan Chapel..ada sejadah, quran juga Bible..
to be continue..