Pages

Friday, April 29, 2011

Do Good Job & Get Rewards

Ehh..dah lama tak update sini rupanya..well, sangat busy..Nak update sket je pasal budak Umar..kalo aritu spelling test Umar dapat 10/10 lepas manjang dapat telur ayam telur itik telur dinosour..semalam sekali lagi Umar dapat hit the jackpot..kata Umar "saya dapat 10 over 10" (dengan muka bangga giler..)

Yes..am proud of him.. congrats to ayah Umar yang rajin ajar Umar buat spelling..tak macam mak Umar..very tak menyumbang..time Umar buat spelling mak dia layan tengok Samarinda..layan facebook..layan blog...bla bla bla.. alaa..mak dia menyumbang banyak dah..malas nak cerita je.. ekceli, Umar ni kalo ayah dia yang ajar cepat je dia dapat..kalo mak dia ajar, dia asik buli mak dia..so, memang elok la kasi tugas cekgu tuition kat ayah dia kan..

As a rewards sebab dapat 10 over 10 tu..semalam bawak Umar pegi funfair..sekarang musim funfair agaknya..


Dekat spot light besar tu permainan nama "Ali Baba".. macam kerusi terbang gitu..sumpah tak nak naik..




 p/s : mak Umar keras kejong dalam merry go round..tak suka tak suka..

Thursday, April 14, 2011

Aunty Aini's Garden cafe

Disebabkan kepala tengah overload..stress tahap nak kena sawan..mari kita cerita yang ringan-ringan je kasi light sikit kepala otak ni..part paling saya suka - M.A.K.A.N :)

Aunty Aini's Garden Cafe..kalo nak feeling-feeling Tarzan makan dalam hutan, kat sini memang sesuai.. dah 2 kali pegi, so far lom kena gigit nyamuk.. so dont wori..walopun penuh dengan pokok-pokok dengan segala daun, masih dapat makan dengan selesa..bole pilih nak makan duduk kat meja atau nak bersila dalam pondok..


Kalo pegi sana lunch time, saya suggest better buat reservation dulu..call 06-7991276..kalo pegi beramai-ramai la..sebab lunch time selalunya full house..

Suggestion menu for lunch - Nasi putih, ayam goreng berempah, masak lemak telur itik, masak lemak daging salai, masak lemak udang galah, ulam dengan asam pedas ikan jenahak.. oder sekali air limau kasi potong itu lemak (kengkonon la leh potong lemak kekdahnya..) Lepas makan, disarankan timbang berat lemak terkumpul..lepastu sumpah tanak makan lauk berlemak bersantan sebulan dua..

Nasi dengan lauk dihidang fresh from periuk..maksudnya, lepas chef Aunty Aini masak, terus hidang panas-panas gitu.. Aunty Aini ni mak kepada sorang pelakon yanggggg..oh..dunt want to mention.. what everlah..yang penting masak lomak omak kau sodap..cukup rasa, lemak kaw-kaw..



Western pun ada.. yang ni lamb steak..  banyak menu western food ni..ada spageti, piza, lasagna etc..

Ni pulak grilled chicken.. ayam dia kurus sket.. saya syak mungkin ayam ni kurang vitamin ataupun dikekah kan terlalu awal sebelum akil baligh cukup umur..

Umar as usual suka makan garlic bread dengan mushroom soup.. kat Aunty Aini's, mushroom soup nya home-made gitu...bukan paket cap Megi atau pun dalam tin cap Campbell..

Lepas makan bole oder dessert..either Tapai, Tapai with ice-cream ataupun standalone ice-cream..

Kalo suka jalan-jalan cari makan.. nah map..pepandai la nak jalan ke nak merangkak ke..

Sekian terima kasih..

Hello..

The last few days and weeks have been a very hectic period for me..with endless work and so on.. last week pegi Kementerian Perumahan.. ada banyak hal nak share dengan those yang baru berkira-kira nak beli rumah..tapi belum dapat nak share lagi lah..kepala tengah overload.. will try to write it soon..very soon..

Wednesday, April 6, 2011

Video Mukaddimah to Dot Dot Dot

Selamat pagi doniya yang fana..

Semalam hari yang sangat panas..cuaca memang panas..ditambah panas dengan video panas yang tengah femes di blog-blog politik..diupload dan diremove berkali-kali di laman youtube..korang dah tengok?? saya dah tengok semalam..sebab mukaddimah je, tengok sajalah dengan tujuan tak nak ketinggalan keretapi..

Saya tak gemar bercakap atau membincangkan soal politik..sebab sume orang ada pendapat dan fahaman masing-masing tentang sesuatu perkara yang dipolitik kan.. bincang ringan-ringan boleh lah..tapi nak bertekak berdebat, mintak maaf lah..tak nak campur..saya dilahirkan dalam keluarga yang ada fahaman politik berbeza-beza tetapi buat masa ini sama sekali perbezaan tu tak menjejaskan hubungan kekeluargaan.. bagi saya, adalah satu kerugian kalo sebuah keluarga berpecah-belah hanya sebab ada fahaman politik yang beza..perbezaan itu patut dijadikan sebagai check and balance kekdahnya..

What i want to share here is, video itu adalah hal yang sangat besar..ia berkaitan zina..kalo betul si pelaku ialah si polan, nauzubillah.. opsss..tak nak komen apa-apa secara terbuka disini..dan kalo si pelaku itu bukan si polan yang dituduh, nauzubillah...believe what you want to believe..saya tak kan sesekali mempengaruhi orang lain untuk percaya apa yang saya percaya..tak mengomen doesn't mean tak ada pendirian..cuma  buat apa kita bercakap prong prang prong prang mempertahankan pendapat yang hakikatnya kita  sendiri tak tahu  kebenarannya..unless kata-kata kita diguna pakai untuk prosiding mahkamah ke, sebagai bahan bukti ke atau yang sewaktu dengannnya..kalo sebagai penyedap cerita, sebagai nasi tambah ajinamoto lepastu bila  nasi goreng jadi tak sedap nak menyalahkan minyak tak cukup masa menumis, tak nak menyalahkan tukang masak yang sebenarnya tak reti masak, baik diam-diam sajalah.. kalo nak bercakap jugak, cakap lah pakai  otak..berlapik..pandang kiri dan kanan...jangan terlalu ikut emosi..tak berbaloi nak berbepecah-belah dengan ada pihak lain seronok bertepuk tangan.. apa pun, sama-sama lah kita berdoa mohon Allah bagi petunjuk kepada kita semua.. berdoa moga negara kita terus aman dan berdoa agar diri kita, keluarga  dan  masyarakat khususnya saudara seagama kita dipelihara dari segala kelakuan yang merosakkan, di pelihara dari ditimpa musibah dan fitnah..

Adios


Monday, April 4, 2011

APRIL SALE !!

Hello everyone..sila bagi laluan untuk cik MON MAGASIN mempromotekan diri sekejap sekali lagi..yok kita cuci mata dengan gambar berikut..



  Ni part of coming stock..Oshkosh shirt now available for SALE..the rest open for booking..bagi yang berminat, boleh email najern80@yahoo.com.. stock ke 2 ni ada potongan harga untuk tshirt OshKosh Bgosh.. sila visit blog Mon Magasin for size  more info

Tak Sampai Hati

Sabtu lepas, abang ke 3 (total ada 3 orang abang) buat majlis kesyukuran sempena 1st birthday anak dia - Raisha Amaani.. sekali kan dengan birthday abah kitaorang..Alhamdulillah..abah masih sihat dan cergas pada usia 73 tahun..




At the end of the event, sampai ke esoknya takde sape pun sampai hati nak makan gambar abah.. Anak menantu cucu sume tak sampai hati nak gigit telinga abah..mata abah even songkok abah.. LOL

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails