Pages

Tuesday, August 31, 2010

Tips Membeli Rumah Idaman

Saya keje dengan property developer..walopun bukan lah terer sangat dan not all in finger tips pun tapi am thinking that why not i write something yang related to my work and perhaps can brings u some sort of benefit by reading my blog.. ye..saya suka menulis dah berkongsi..kongsi suami?? opsss..no no no..tapi kongsi pengalaman, cerita, info, tips dan yang sewaktu dengannya saya amat berbesar hati.

Selama lebih 6 tahun dalam property industry ni, saya jumpa macam-macam pesen orang..macam-macam masalah berkaitan pembeli-pemaju yang kadang-kadang tak masuk akal pun ada..yang lawak..yang mendatangkan marah dan macam-macam lagi. last week, one of manager terpaksa pegi tribunal sebab sorang client ni dah buat aduan yang dia dipaksa sign Sale & Purchase Agreement..siap buat report polis..kisahnya, client ni beli rumah tak ukur baju dibadan sendiri.bila ada masalah nak dapatkan loan so dia nak cancel..as a developer, we have the right to forfeit his deposit..sama la macam kalo ko beli peti ais kat kedai A..dah bayar deposit sekali tak jadi nak beli sebab nak beli kat kedai B yang mungkin harga lebih murah..do u think u can simply get back ur deposit ? please refer to the terms & conditions when u tendered the deposit ok.

Back to cerita client tadi, lepas cancel, dia nak balik total sum deposit yang dia dah bayar..RM5,000. For me, its a lot of money.. berdarah bijik mata kalo nak kumpul sebanyak tu dalam sebulan dua.  so saya faham lah  betapa keciwanya si client tadi kalo deposit dia burn mcm tu je..Colleague yang attend client tu explain panjang lebar yang pihak company tak bole refund balik deposit tu since client tu dah sign SPA. dalam situasi dimana client gagal dapat loan, amount yang bole di refund ialah baki setelah ditolak 1% dari harga property yang dibeli. menangis lah bini si client tadi sebab tak dapat balik RM5k tu..dengan si suami pun hampir-hampir menangis..saya cuma lihat dan dengar..selagi colleague saya tu bole handle, saya tak kan masuk campur walopun saya rasa sangat tak reasonable bila client tadi mengeluarkan kenyataan yang dia "dipaksa" untuk sign SPA..hayo..di tribunal, judge soal client tadi dengan soalan

" ada kah anda diacu dengan pistol dikepala semasa anda tanda tangan Perjanjian Jual Beli tersebut?" 
satu lagi soalan
"perlukah perkara seperti ini dilapor kepada pihak polis?" 

hahahaha..client yang sorang ni memang buat saya gelak kuat-kuat..kesian pun ada..dia cuma menambah peningkan kepala tuan hakim di tribunal dan menambah banyakkan kes pihak polis untuk menyiasat...erkk..polis nak siasat ke kes macam ni?

Jadi, supaya anda tidak ditimpa nasib seperti di atas dan kemudiannya terpaksa bertindak merepot ke tribunal dan disoal seperti client diatas, sila baca tips berikut sebelum berkira-kira nak beli rumah idaman :

  1. Paling penting - ukur baju dibadan sendiri. kena tau setakat mana kelayakan kita nak dapatkan loan dan tahap kemampuan nak buat repayment to financier. jangan termakan pujukan sales person yang cakap dia bole tolong adjust loan anda. kalo agak-agak anda banyak komitmen tapi rasa mampu untuk beli rumah, sila rujuk kepada banker dulu tentang kelayakan anda untuk buat pinjaman sebelum membayar sebarang deposit. yang pasti, sales person takkan berbaik hati tolong anda buat repayment kepada pihak bank..
  2. Kenal pasti background developer - ada Advertising Permit & Developer License  (AP&DL) yang valid ke tak. ni penting sebab prosedur nak dapatkan AP&DL dari Kementerian Perumahan sekarang agak leceh..kalo ada projek yang lambat siap akan dikategorikan sebagai "projek sakit" maka susah lah pemaju tersebut nak dapat kelulusan AP&DL.. (saya expert bahagian ini)
  3. Sila ambil tahu semua hidden cost seperti legal fees, stamp duty dan disbursement fees supaya anda tak terkejut beruk selepas mendapat bill dari peguam.
  4. Sila baca terms & conditions sebelum anda sign booking form. sesungguhnya sign booking form tak sama seperti anda sign autograph ( jika anda seorang selebriti )
  5. Sila ambil tahu dan fahami apa saja dokumen yang anda sign..mana tahu kan kalau suami anda dah berpakat dengan sales person untuk selitkan borang kebenaran nikah satu lagi dicelah-celah dokumen jual beli itu...hahaha..main reason is, ramai yang tak tahu apa yang dia sign...orang suruh sign, terus sign aje..tak mesti baca keseluruhan dokumen, tapi minta sedikit penerangan dari peguam atau pun sales person yang attend anda semasa sesi tanda tangan tentang dokumen apa yang akan anda sign..harus diingat, membeli rumah tidak sama seperti membeli ikan mahu pun murtabak di pasar ramadhan.
  6. Sila minta sales person terangkan dengan jelas pengiraan harga pembelian termasuk diskaun (jika ada) dan sila ambil tahu proses dan prosedur pembelian rumah ( cth : bila perlu bayar baki 10%, status tanah - leasehold atau freehold, perlu sign pindah milik (MOT) atau pun tidak, panel bank etc) tanya banyak-banyak soalan pun tak pe..bukan kena bayar cuma sales person yang tak friendly mungkin akan menyampah dengan client seperti anda..hahaha..sila report pada sales manager jika anda tak dilayan sewajarnya tapi ini bukan bermakna anda perlu dilayan seperti diva. ya..ada client yang mahu dilayan seperti maharani dan maharaja..serius..ini memang mendatangkan marah kepada sales person..so, sila sama-sama bersederhana.
  7. Sila simpan semua resit bayaran dan stamp copy dokumen yang telah disign. jika rumah terbakar, sila selamatkan dokumen-dokumen ini supaya anda tak menyusahkan pihak pemaju bila anda datang ke pejabat pemaju dengan muka 30 sen mahupun dengan muka beragasnya  mintak copy dokumen. part ni, terima kasih kepada yang memberi kerjasama :-)
  8. Kenal pasti property yang hendak dibeli. bila anda pergi ke sales office, sila nyatakan kepada sales person jenis rumah yang anda ingini dan bajet anda supaya mudah sales person nak attend anda..sila buat site visit jika berpeluang berbuat demikian.
  9. Jika rumah yang anda mahu beli itu telah siap dibina, sila melawat rumah tersebut..tengok dan belek la puas-puas..tengok jika ada sebarang kerosakan mahupun ketidak sempurnaan terhadap binaan tersebut. sila finalize dengan pihak pemaju tentang defect liability period. bole juga tanya bakal jiran anda tentang reputasi maintenance works oleh pemaju tersebut..
  10. Bagi rumah yang under construction, sila tunggu dengan sabar selama 24 bulan dari tarikh Perjanjian Jual Beli..sila jangan kerap kali telefon pemaju tanya "bila rumah saya nak siap?" unless telah mencapai tahap tak siap-siap lepas tamat tempoh 24 bulan atau pun sejak beli rumah anda tiada progress atau pun progress yang slow mencapai tahap siput b*b*.
  11. Sila jangan appoint mana-mana contractor untuk renovate rumah mahupun hire tukang jahit langsir rumah baru anda sebelum rumah anda siap..
Oh..tips ini sudah sampai ke advance level..saya stop setakat ini ya..harap tips di atas dapat membantu semasa proses membeli rumah idaman anda. 




Sunday, August 29, 2010

Photobook


Sedang sangat gigih menyiapkan photobook sebab at this moment ada discount 40%..banyak tu 40%..photobook ni agak costly so offer di atas perlu lah di grab untuk menjimatkan ongkos. due date 31st August so ada 2 hari je lagi..sebenarnya saya dah start buat photobook ni since 2 bulan lepas..sampai ke hari ni juga saat ni, takkkkkk siap-siap lagi..progress maybe dah up to 70%. lagi 30% tu sangat lah lemau nak abiskan.ada lebih dari 1000 keping gambar jadi saya perlu select gambar bersesi-sesi untuk asingkan gambar ikut gred. The best gred akan saya masukkan dalam photobook ni. sebab tak de banyak masa sangat nak mengadap benda alah ni, so saya buat sket-sket bila ada kelapangan. sekarang, sebab nak kejarkan kan off 40% tu, kena la cargas ske..chaiyuk najwa..chaiyuk..

Mungkin ada yang tertanya-tanya apa photobook ni.. its an album..contoh macam kat bawah ni..bole pilih nak debossed hardcover ke or softcover .. bole pilih size, style, material..pendek kata sume bole pilih ikut citarasa dan bajet..aplikasi pun sangat mudah..cuma perlu download photobook designer dari website and its FREE download. lepastu bole la create our own photobook..kalo malas, tiru je sample yang ada..kalo rajin sket, pandai-pandai la create ikut kekreatifan sendiri.

Selain Photobook Malaysia ni alternatif lain is Canonfoto . Mula-mula saya nak guna khidmat Canon, tapi ada masalah pulak nak install  Microsoft.NET 3.5 SP1 Framework . since i got into a bit hassle nak download  so saya decide to choose Photobook Malaysia yang  pricingnya lebih sket tapi application lebih mudah... dari segi kualiti, honestly saya tak ada jawapan sebab ni 1st time saya buat photobook. so, i'd better stop berblogging for awhile..siapkan cepat-cepat photobook ni.. i cant wait to see the result..dan pastinya saya akan share with u guys apa ke rupa photobook saya itu. adios

Friday, August 27, 2010

Crocs Cyprus High Heels for SALE

Silver/Lavender
Crocs Shoes
The Crocs Cyprus features an incredible four inch heel designed with the classic comfort of Croslite material. The two-toned color combinations of the Cyprus spice up any fashionista's wardrobe. Give these Crocs Cyprus High Heels a try and you too will be a believer


  • Size 7
  • Four inch heel
  • Seldom use
  • Original from Crocs
  • Good condition
Anyone interested please leave your message or email me at najern80@yahoo.com for further information

Thursday, August 26, 2010

Bosan vs Mood Raya

1st nak cerita yang bosan dulu.

Takde lain mesti pasal keje la..memang bosan la..ntah apa ke longkang apa ke jambannya bigggggg bos kua instruction suruh pindah ofis..my department yang 1st batch kena pindah..instruction keluar hari Sabtu, suruh pindah hari Khamis..manager call saya suruh inform yang lain kemas file yang nak angkut ke ofis baru. Sabtu tu suruh stayback..sori lah..saya dah ada plan nak buka kat luar aritu so i said kenot la. so Isnin  saya pack la sket file buat syarat..hari Selasa saya pegi ofis baru nak menyiasat keadaan ofis baru..mak aihhh..dinding pun tak cat lagi..econ pun belum install..wiring network apa pun tak dak..line telefon pun tak dak lagi..workers still tengah buat kerja..tiles pun ada yang tak siap pasang lagi pun..macam ni gaya nak suruh pindah? jiwa kacau betul la..hari Rabu bilik manager dah clear..sume file dia dah bundle. tunggu nak angkut je..katanya lori sume dah arrange dah..me and others still buat bodo je tak kemas pun..

Arini, Khamis..hari yang kononnya kitaorang kena pindah..sekali tak jadi pun..cuma perpindahan yang minor je..scale model je pindah ke new ofis..lega..legaaaa..lega sekejap je la..sooner or later mesti heboh lagi suruh pindah. seb baik tak berpeluh ketiak kemas barang kan..see..tu la i cakap, deorang ni suka flip flop decission..kejap macam tu, kejap macam ni.. honestly, saya memang saaaangat tak suka kalo kena pindah ofis ni..satu, sebab nak kena angkut segala bagai la..file bukan sket..selori..memang la ada mat nepal yang akan angkut barang tapi nak kena packing tu yang lomah tu..lepastu, proses perpindahan tu akan membantutkan kerja..yang paling tak best, ofis baru tu jauh sket dari umah..dah la kat construction site..sume block under construction lagi..our ofis je yang dah siap construction.. ..nak pegi sana kena ikut jalan besar yang sibuk..kenderaan rasmi saya, saya tak izinkan pegi sampai ofis baru tu..lenkali la saya cerita pasal "kenderaan rasmi" saya tu..saya dah cakap dengan bos, kalo suruh pindah jugak, company kena arrange la kereta company..bos cakap "ok"..macam sekarang, kalo saya kena pegi site ofis memang saya akan guna kereta company or boy company yang akan fetch..ewahh..macam besar sangat pulak kan..padahal kuli je pun..pape pun saya memang tak suka la kalo kena pindah sana nanti..menambah bosan yang dah sedia bosan :(  saya ada dengar desas-desus yang kitaorang nak kena pindah ni sebab mengikut kata master "feng shui", ofis baru tu lebih "ong"..ayo..banyak la hang punya "ong" !!


Yang tak bosan..mood raya sudah mari :)

Esok cuti..lusa pun cuti..yeay..walopun saya cuti cuma 2 hari, orang lain cuti 3 hari or lajak sampai 31st August, tak i tak kisah lah..janji dapat rehat 2 hari..tak de pape plan pun..nak malas-malas je kat umah..kalo rajin nak start iron baju raya..woooo..baru 16 hari puasa ok..cakap pasal baju raya, tahun ni sume baju ready made je..baju saya la..ada 2 pasang je baju kurung..cukup la kot..kriteria baju raya pilihan saya - yang mudah di iron..lagi bagus kalo tak payah iron langsung..hahaha..pastu, one of my manager begitu berbaik hati bagi hadiah blouse raya.. Thank you Irene..i likeeeeee :) tema kaler baju raya tahun ni  - kelabu "uk uk dog". since asben dah ada baju melayu kaler kelabu tu, so takde la baju melayu baru untuk encik somi..kesian..dah la baju tu baju raya dia ntah tahun bila tah..time belum kawen lagi punya baju raya..tapi sampai sekarang still fit him kira caya lah jugak kan..baju melayu Umar beli yang ready made je..RM35 je sepasang..beli kat Nilai Square..murah la kan..kain elok..jahitan pun kemas..kalo tempah upah je dah RM40..tshirt dengan seluar Umar sume dah setel..jauh beli haa nun di UK..mak dengan bapak dia pun tak dak baju raya dari UK..cuma yang kesian, Umar tak ada kasut raya tahun ni..sebab yang beli aritu agak besar gaban..bila pakai dah macam McDonald..masa beli ingatkan time raya dah bole pakai..lambat pulak kaki Umar ni membesar..so, pakai aje lah kasut tahun lepas ye..actually bukan kasut tahun lepas tapi 2 tahun lepas..masih elok and muat lagi..beli mahal-mahal mesti pakai sampai maximum..kasut baru pakai raya tahun depan ye nak..

Lain-lain, sama je kot. kat umah takde pape yang berubah..masih rumah yang sama..sofa yang sama..curtain yang sama..carpet yang sama..tv je kot lain..sebab sementara tv yang rosak tu nak elok, mak mertua sudah kasi temporary tv. kalo tv yang rosak tu tak dapat spare part, ada la kebarangkalian nak dapat tv raya..kata contractor Haier yang datang nak repair tv tu semalam, spare part tv plasma tu saaaaangat mahal dan susah nak dapat..so kalo dia tak dapat spare part, Haier akan ganti sebiji tv baru LCD 42 inch..owhh..how i wish they  wont get the spare part..muahahaha..

Now..im looking for tudung raya..takmo tudung Ariani - mahal. takmo tudung bawal - tak up todate. one of my baju kurung bercorak bunga-bunga mix with corak "aummmmm" - rimau. punya la susah nak cari tudung yang match..hrmmm..kat mana best shopping tudung eh??





Kuih Makmur Tok Mummy


Siapa suka makan kuih makmur..please try this.. marvelous ok.. bisnes ni di usahakan oleh mak dan adik-adik kakak ipar saya (Kak Nani)..so, siapa nak oder sila klik kat SINI or SINI

Monday, August 23, 2010

Iftar..

Almost hari-hari kol 5 or paling lewat 5.30 saya chow dari ofis...ambek Umar kat neseri, singgah pasar ramadhan beli kuih, kurang setengah jam dah ada kat umah...masak la pape yang mudah-mudah..kita orang jarang makan nasi berlauk..maybe seminggu sekali, 2 kali or paling banyak 3 kali je kot jumpa nasi putih dengan lauk bagai. 3 hari lepas, mertua datang berbuka kat umah..kebetulan ari Jumaat tu kena balik lambat..dalam 6.20 baru sampai umah..dengan sepenuh kuasa kuda yang ada, sempat jugak la saya buat mee kari...nasib baik la mertua pun jenis simple, buka puasa tak mesti makan nasi putih berlauk segala..tapi malam  tu kol 10 saya masak gak nasi untuk sahur coz mertua sahur kat umah saya..lauk ? goreng sardin, masak lemak kacang buncis + udang gemok-gemok dengan telur dadar..pemalas punya menantu..jamu mertua makan sardin je..tapi tak pe, mertua i sporting :)

Ari Sabtu, berbuka di Shangri La..RM1xx per adult..wallaweiii..kalo sendiri kena bayar memang pikir 18 kali...tapi, ni ada orang sponsor :)
Cod fish, lobster, crab, kambing golek, prawn, nasi goreng & mushroom
2 pinggan ni je yang saya berupaya makan


Tahniah Umar, berjaya puasa 2 hari fullday (Sabtu & Ahad)  :)
Part paling best - dessert yang mavelessss
Ikan gigilasi..besarrrr punya!!!

Punya la kenyang sampai ke sahur..so masa sahur minum milo je satu mug..esoknya lepas zohor pegi Nilai Square beli baju melayu Umar..cari baju raya sendiri jugak tapi jalan punya jalan sekali rasa poning-poning..bintang bulan sume nampak..ayo..kes tak sahur kenyang-kenyang la ni..terus ajak asben balik aje lah..asben cakap tak yah masak, tapau McD je lah..punya la lama queue nak tapau McD ni. padahal ada 4 orang je queue depan saya..kol7 baru setel.. lom solat asar lagi, stop solat kat Petronas Nilai..7.15 menonong balik..sekali tak sempat jugak buka kat umah..merasa la berbuka dalam kereta..

Arini, sebelum pegi keje dah plan petang nak wat nasi ayam untuk buka..lunch time, nampak sorang clerk ni (minachi) makan nasi ayam..bau wangi semerbak satu ofis dek nasi ayam tu..lagi la semangat berkobar-kobar nak masak nasi ayam..ambek Umar balik umah dulu..letak barang, kua balik pegi kedai beli  salad dengan timun pastu pegi pasar ramadhan beli kuih..sampai balik umah dalam 5.40..dekat kol 6 start masak..dah siap masak teringat lak nak buat tofu with oyster sos..konon ala-ala nasi ayam kat The Chicken Rice Shop..dah siap goreng tofu, tak reti pulak nak buat sos oyster tu..dah kol 6.55 ni..on computer..apa lagi, google resipi la..cari punya cari tak jumpa-jumpa..sudahnya, hentam sajalah..ini dia hasilnya..tadaaaaaa
Walopun agak buruk rupa parasnya, kata enchek somi..lebih sedap dari masakan time bulan tak puasa :) Esok nak masak apa pulak ye?? Thinking of nasi lemak..hrmmm

Thursday, August 19, 2010

Bila TV Berbau Hangit

Semalam, balik dari terawikh..lepak jap depan tv ingat nak layan Samarinda yang ceritanya tak la best pun..tiba-tiba..jeng jeng jengggggg..tv tershutdown sendiri..erkk..nape ni? suruh Umar on balik..tekan-tekan remote control, tak on jugak..erkk..bau hangit...ayorkkkkk..bau hangit ni sign to bau duit yang akan hangus..owh tidakkkk..dah la dah dekat nak raya..bila dah bau hangit tu, saya soh asben cepat-cepat switch off main suis..mana la tau kot nanti tiba-tiba tebabooooo..meletop pulak kan..

Kalo nak repair without warranty mau cecah 1k lebih sebab skrin 42 inci..nak beli tv baru ngak ada bajet dong..paham-paham je la dah nak raya ni kan..nak beli yang murah-murah pun duit jugak..Then, saya baru tingat tv tu ada extended warranty..1+4 years..so 5 tahun warranty..saya beli tv tu tahun 2007..so baru 3 tahun..alhamdulillah..harapan cerah untuk tidak perlu menghanguskan duit bayar orang repair tv tu.  pepagi arini saya dah call customer service buat report..lepastu deorang call saya balik inform hari Rabu depan baru technician datang repair..ayooo..seminggu la tak tengok tv..i kenot imagine..mesti tak best..walopun saya jenis yang tak berapa tengok tv, tapi kalo tv tak bole function rasa macam kekurangan lak dalam umah tu..sian jugak kat Umar tak bole layan katun pepagi..

Tv tu baru pakai 3 tahun dah rosak..teori saya, pembuat tv zaman sekarang memang sengaja buat tv  yang tak long lasting macam tv zaman saya kecik-kecik dulu. Masa saya kecik dulu tv kat umah besarrrr punya macam akuarium..body je la besar..skrin sejemput je pun..tapi sampai saya dah sekolah menengah tv tu dok elok lagi..Tv sekarang yang plasma ke LCD ke LED ke mostly jangka hayatnya pendek..kalo jangka hayat panjang macam tv yang ada senapang elektron macam dulu, tv yang jual kat kedai lambat laku. sebab kebanyakkan orang tuka tv baru bila tv lama dah rosak je..so kalo tak rosak-rosak or lambat rosak, susah la pembuat/penjual tv nak bisnes kan..ni cuma teori saya..

Sebelum beli tv yang dah rosak semalam, kami pakai tv pesen lama..22 inci kot..tv milik asben yang dia beli masa zaman gonjeng dulu..kami pakai tv tu saaaaaampai gambar kat skrin tv tu jadi ramping. kalo tengok drama yang pelakonnya berbadan agak comel, kat tv kitaorang nampak pelakon tu slim je. penah kitaorang confius sejak bila pelakon yang tak ingat apa kenama tu slim sebab selama ni badan dia agak comel..owhh..skrin tu rupanya yang tolong slimkan pelakon tu..she shud thank to our skrin tv..tak payah pegi slimworld untuk nampak kurus di kaca tv..hehe..bila ketuk-ketuk bahagian atas tv tu baru skrin tu back to normal..saaaaampai la satu tahap ketuk hempuk-hempuk pun dah tak jalan, lagi ramping ada la..so dah sampai masa la tv tu nak kena humban..

Sekarang..no choice..tunggu saja lah sampai hari Rabu..jangan service siput macam Dell aritu sudah lah..



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails