Pages

Showing posts with label Kes Malang. Show all posts
Showing posts with label Kes Malang. Show all posts

Thursday, August 19, 2010

Bila TV Berbau Hangit

Semalam, balik dari terawikh..lepak jap depan tv ingat nak layan Samarinda yang ceritanya tak la best pun..tiba-tiba..jeng jeng jengggggg..tv tershutdown sendiri..erkk..nape ni? suruh Umar on balik..tekan-tekan remote control, tak on jugak..erkk..bau hangit...ayorkkkkk..bau hangit ni sign to bau duit yang akan hangus..owh tidakkkk..dah la dah dekat nak raya..bila dah bau hangit tu, saya soh asben cepat-cepat switch off main suis..mana la tau kot nanti tiba-tiba tebabooooo..meletop pulak kan..

Kalo nak repair without warranty mau cecah 1k lebih sebab skrin 42 inci..nak beli tv baru ngak ada bajet dong..paham-paham je la dah nak raya ni kan..nak beli yang murah-murah pun duit jugak..Then, saya baru tingat tv tu ada extended warranty..1+4 years..so 5 tahun warranty..saya beli tv tu tahun 2007..so baru 3 tahun..alhamdulillah..harapan cerah untuk tidak perlu menghanguskan duit bayar orang repair tv tu.  pepagi arini saya dah call customer service buat report..lepastu deorang call saya balik inform hari Rabu depan baru technician datang repair..ayooo..seminggu la tak tengok tv..i kenot imagine..mesti tak best..walopun saya jenis yang tak berapa tengok tv, tapi kalo tv tak bole function rasa macam kekurangan lak dalam umah tu..sian jugak kat Umar tak bole layan katun pepagi..

Tv tu baru pakai 3 tahun dah rosak..teori saya, pembuat tv zaman sekarang memang sengaja buat tv  yang tak long lasting macam tv zaman saya kecik-kecik dulu. Masa saya kecik dulu tv kat umah besarrrr punya macam akuarium..body je la besar..skrin sejemput je pun..tapi sampai saya dah sekolah menengah tv tu dok elok lagi..Tv sekarang yang plasma ke LCD ke LED ke mostly jangka hayatnya pendek..kalo jangka hayat panjang macam tv yang ada senapang elektron macam dulu, tv yang jual kat kedai lambat laku. sebab kebanyakkan orang tuka tv baru bila tv lama dah rosak je..so kalo tak rosak-rosak or lambat rosak, susah la pembuat/penjual tv nak bisnes kan..ni cuma teori saya..

Sebelum beli tv yang dah rosak semalam, kami pakai tv pesen lama..22 inci kot..tv milik asben yang dia beli masa zaman gonjeng dulu..kami pakai tv tu saaaaaampai gambar kat skrin tv tu jadi ramping. kalo tengok drama yang pelakonnya berbadan agak comel, kat tv kitaorang nampak pelakon tu slim je. penah kitaorang confius sejak bila pelakon yang tak ingat apa kenama tu slim sebab selama ni badan dia agak comel..owhh..skrin tu rupanya yang tolong slimkan pelakon tu..she shud thank to our skrin tv..tak payah pegi slimworld untuk nampak kurus di kaca tv..hehe..bila ketuk-ketuk bahagian atas tv tu baru skrin tu back to normal..saaaaampai la satu tahap ketuk hempuk-hempuk pun dah tak jalan, lagi ramping ada la..so dah sampai masa la tv tu nak kena humban..

Sekarang..no choice..tunggu saja lah sampai hari Rabu..jangan service siput macam Dell aritu sudah lah..



Tuesday, August 17, 2010

Semuanya SANGAT...

SANGAT tak bersemangat nak kerja...SANGAT malas..SANGAT takde mood..SANGAT bosan..SANGAT memerlukan something which can inspired me..masih mencari-cari thumb drive yang saya simpan resume..nak buat resume baru, tapiiii..juga SANGAT malas..sebab dalam keadaan yang tak bersemangat, i can't give my best..evertyhing will be "cincai-boncai"..selama 6 tahun kerja, tadi baru 1st time meeting dengan "rambut putih"..the very biggggg bos in the company..he talks everything..random..all in one which i couldn't understand whats the main point..maybe jugak sebab saya langsung tak dapat focus dalam meeting tadi..listen without ears..

Hrmm..still finding the best remedy to heal all this unwanted and uneasy feeling..


Monday, July 19, 2010

Cerita Kulit Babi & Peluk Anjing

Tu diaaaa..posing sandar tiang..macam-macam pesen posing ada..peluk tiang..cium tiang..golek-golek baring-baring atas rumput sume ada..menangis heroin filem hindustan kalo tengok saya posing ;p

Eh, saya bukan nak cerita pasal posing..saya nak cerita pasal baju..tengok baju yang saya pakai tu..tu leather coat. masa beli langsung tak menyiasat coat tu buat dari kulit apa..tengok bekenan, try pakai, size ngam terus beli bawak balik..lepas pakai 2 kali, rasa tak best..rasa tak selesa..especially tak selesa dengan bau kulit tu..lepas tu, terus decide nak jual..so, saya anta kat kedai bundle kat area umah saya ni..sebelum tu saya ada anta kasut yang dah tak pakai, dalam 2 hari dah terjual..lepas seminggu, masa balik keje saya singgah la nak tanya tokey kedai bundle tu dah jual lom coat saya tu....sekali brader tu ajak saya pegi jauh sket dari customer yang tengah shopping dalam kedai dia..

tokey - beli kat mana coat tu?
saya - Nilai..nape bang?
tokey - tau tak tu kulit apa?
saya - (geleng)
tokey - kulit b*b*
saya - (terpana dan ternganga)

Jenuh saya fikir perlu ke tak saya samak? bahagian mana saya perlu samak? saya tau pasal kulit tu 2 minggu lepas saya pakai coat tu..coat tu saya letak dalam luggage sekali dengan baju saya, baju asben dan baju anak..coat tu saya pakai 2 kali dengan selapis lagi baju kat bahagian dalam tapi masalahnya tak ingat baju mana yang terlibat dengan coat tu..sebelum pakai kat oversea, kat sini pun dah berapa kali pakai masa sesi test-try-berangan..sebab tak tahu apa patut saya buat, saya pun tanya sana..tanya sini..tanya dari orang yang lebih arif..satu sumber cakap tak perlu samak sebab kulit tu dalam keadaan kering..satu sumber lagi cakap perlu samak tapi disebabkan saya tak tahu dan pegang dalam keadaan jahil..saya disarankan untuk samak bahagian tangan saja untuk menghilangkan rasa was-was..dan dari sumber yang sahih menegaskan bahawa kalau kita tersentuh atau sengaja sentuh b*b* atau kulit b*b* dalam keadaan kering atau basah..perlulah kita samak..tak sama macam kalau kita sentuh dog yang tak perlu samak kalau sentuh dalam keadaan  sama-sama kering dan diyakini tak terkena air liur dog tersebut..

Bila dah tau kulit tu kulit b*b*, hati terus gundah-gulana..patut la lain macam je bau coat tu..patut la rasa takde mood nak pakai..saya salahkan diri sendiri sebab cuai..dan saya salahkan jugak si penjual sebab tak menyiasat dulu apa yang dia jual padahal dia pun muslim..lepas ni saya akan lebih berhati-hati..saya memang nak anta balik coat tu kat kedai yang saya beli..cuma dah sebulan bertangguh tak pegi-pegi lagi..coat tu masih kat kedai abang bundle tu..kalo ada non-muslim yang nak beli dia akan jual..sekarang dia simpan dalam plastik..tak tahu la dah jual ke belum..

Lately, bila baca news pasal orang Islam yang selamba badak je peluk-peluk kiss kiss dog, saya jadi hairan pun ada..dalam banyak-banyak haiwan kat muka bumi Allah ni, kenapa la dog jugak yang dia pilih nak ditunjukkan kasih sayang..kucing, kera, ungka pun ada bole dipeluk-peluk..haram sentuh dog bukan makna suruh kita sepak-sepak dog tu..tapi tak jugak suruh kita peluk cium..saya pun penah jugak tunjukkan rasa perikemanusiaan kat dog..tapi tak la sampai pegi pegang dog tu..dia lapar..dahaga..saya bagi dia makan dengan bagi air..tak payah sentuh pun..Ini bole pulak bila orang tego orang komplen orang nasihat ada pulak yang mati-matian membela perbuatan si muslim yang  peluk-peluk dog tu...jangan la mentafsir hukum Allah ikut pandai sendiri..dan jangan juga menghalalkan yang haram..yang dah jatuh hukum haram tu jangan la kita pandai-pandai nak argue kenapa dan mengapa..Allah lebih mengetahui..yang dah termaktub tak bole tu, niat yang baik tak menghalalkan cara..sama-sama la kita ambil iktibar..

Wednesday, July 14, 2010

Semut Punya Pasal..


Computer dah sihat, deskjet ni pulak buat hal..mula -mula tak perasan pape..semalam, masa print keje asben dengan scan ic dia..nampak kat paper yang keluar tu macam ada bertanda-tanda..saya pun menyiasat la..adehhhh..baru perasan ada semut bertelur-telur dalam deskjet nih..dari glass surface tu bole nampak telur semut bersepah-sepah kat dalam deskjet..dan baru perasan ada semut merah berduyun-duyun tengah panjat nak masuk dalam deskjet tu..ishhh..ayat tak cerdik yang spontan keluar time tu "tak skolah punya semut!!!"

Bole la pulak dalam deskjet pun dia nak masuk lepak-lepak merendek-rendek sampai bertelur-telur..Deskjet ni bentuk empat segi nak macam mini peti ais pun ada..ke Umar ada simpan coklat dalam deskjet ni??

Sebenarnya semut-semut kat umah saya ni memang pelik-pelik belaka..air kosong pun dia nak hurung... semalam, nak tak nak, asben sembur la jugak deskjet tu dengan Ridsect..mati kau semut! nak ketuk-ketuk hempuk-hempuk karang rosak langsung tak bole pakai lagi masalah..sembur punya sembur, memang mati la semut-semut tu..tapi, telur semut tu sekarang melekat-lekat pulak dalam deskjet tu.....bila scan document, terscan la sekali telur semut tu..eeeiiii..geramnyaaaaaaaaa

Monday, July 12, 2010

Naga Berapi..

Finally..inspiron saya dah dirawat..tu pun lepas saya bertukar jadi naga..macam mana tak jadi naga berapi, hari Jumaat call cakap nak datang hari Isnin..arini la tu..sekali arini cakap nak datang esok pulak...saya dah sabar dari minggu lepas..lepas sehari ke sehari cakap nak datang, tak datang-datang jugak pun..minggu lepas takde la call centre tu kena sembur dengan saya pun..tapi arini, ayam selori i am sorry.. "by hook or by crook, i want ur engineer to come TODAY..fix my laptop..i've waited for 1 week already..if nobody can come TODAY, please send someone to take this laptop away..i'll do anything to get back my money from Dell!!" tu je la yang saya sembur pun..bukan berapi sangat pun..tapi dengan semburan tu la  baru kelam-kabut orang Dell nak datang. less than 1 hour, engineer ke technician ke apa tah call cakap dah on the way nak datang..haaa..kalo dari awal-awal macam tu kan bagus.. 

Friday, July 9, 2010

Upset..

Kalau sebelum ni saya tak rasa nak marah pun, tapi hari ni saya rasa macam nak marah.. tak puas hati..tanduk  macam nak terkeluar.. mungkin bukan marah sebab saya belum marah siapa-siapa pun tapi more to upset..laptop saya masih sakit tenat dan belum dirawat.

Selasa cakap nak datang Khamis..Khamis pulak cakap system cakap datang hari Jumaat. Jumaat pulak cakap spare part tak sampai lagi..saya push dan bebel sket pastu cakap "let me check again"..lepas few minutes pulak cakap spare part dah available..dah arrived Kuala Lumpur..tapi may not come today but Monday...pulakkkkkk..

I'm not blaming anyone..I'm the one who choose to buy Dell..failure is normal and can be accepted..but poor service is so much regretted..

Tuesday, July 6, 2010

Inspiron 14R N4010 - Review & Sakit Tenat


Dell Inspiron 14R N4010 was launched in last April, features a 14-inch screen, and it is equipped with Core i3 330M processor and Intel HD graphics.It comes with SRS speakers and Windows 7 operating system. Inspiron 14R N4010 also comes with a stylish design. The shell and palmrest both use LCVM material. LCVM material comes with the features such as low electrical conductivity, anti-statics, fiber texture and easy to clean when your finger prints can easily trace at the surface..Its a cool model but......lemme story..sorry to Dell because this is a bad review from me.

I bought a brand new laptop as shows above..first, I realize that the Bluetooth doesn't work..then after 17 days,  it has been totally "kong".. sakit tenat. it was hang with a loud sounds while i'm using the Windows Media Player..at that time, all the keys not functioning at all forced me to power off the system. I've called Dell for Technical Support assistance and we believe that the problem is with the motherboard..Now, I have to wait for another 2 days for the spare part which they said has been ordered from Singapore..spare part kehabisan stok at Dell..and if I request for replacement for a new laptop, I have to wait for another 2 weeks!!! What is this? Making fool of me or what? I can't believe this..I'm now facing problem with  a brand new model and with well known company and they give me such a poor service. Dah la bila call ntah berapa kali kena tunggu CS tu nak check itu la..ini la..and I'm the one who have to pay for the telephone bill..Nasib badan..



Monday, April 19, 2010

Stranded - Story Behind The Scene


See..muka saya dan part of family members yang sepatutnya hari ni dah berada di Manchester..

We have been stranded at the airport for two days (Thursday & Friday)..suppose to depart  to London on Thursday @3.00pm..dan duduk dalam kapal terbang pun sebenarnya..tunggu nak berlepas je..Tapi, kita hanya merancang..Allah juga yang menentukan..Flight cancelled and UK airspace has been closed due to the ash cloud from the volcano that erupted in Iceland.

Sabtu & Ahad stranded pulak kat rumah.. keadaan yang tak tentu dan takde kepastian ni membuatkan rutin harian jadi kucar-kacir sket..daripada tak pernah-pernah baca online news @BBC, sejak hari Khamis lepas saya dah jadi follower to BBC punya website..dan sejak semalam, saya tak menaruh harapan lagi untuk fly dalam masa terdekat..apa pun, saya redha dan tetap bersyukur sebab selamat dan terkandas di negara sendiri..bayangkan lah kalau tengah dalam perjalanan baru semua ni berlaku..atau berlaku masa dah berada kat sana  time dah nak balik, tak bole pulak balik sebab flight cancel..haih...terkangkang-kangkang, tunggang-terbalik la jawabnya kat sana..dah semestinya bila terkandas ni banyak "ongkos" terpaksa dikorbankan..

Kalau nak cerita tentang rugi, memang bole menangis dibuatnya..Tapi, saya anggap itu bukan rezeki kami..rasa redha, sabar dan percaya pasti ada hikmah disebalik kejadian ni yang membuatkan hati rasa terubat..mungkin ni la jawapan sebenar kenapa hati saya kurang rasa "excited" bila dah sampai masa nak berangkat aritu..lebih kepada rasa tak sedap hati..

Hari ni, dah rasa seperti sedia-kala..saya berserah pada Allah..dan saya tak akan berhenti mohon yang terbaik dariNya.. ash cloud yang membuatkan ruang udara UK ditutup tu bergantung 100% pada keadaan cuaca dan tiupan angin..jadinya tu semua kuasa Allah semata..saya mohon perjalanan yang selamat, maka hari ini saya masih selamat berada di Malaysia..alhamdulillah..mahu tak mahu, plan seterusnya perlu dibuat..duit yang dah hangus biar sajalah jadi abu..Harap plan yang seterusnya berjalan lancar..amin.



Wednesday, March 31, 2010

Kisah Tak sedar Diri..


Ni gambar dua hari lepas..dah siap-siap nak pegi keja..tiba-tiba saya dengar Umar tanya "kenapa arini mama pakai tudung macam bibik?"..huh..terpana sekejap saya.."Bibik mana?" saya tanya dan Umar jawab "bibik kat sekolah saya..kidzone tu"..grrrrrr..bijak sungguh anak bujang saya ni..sungguh saya tidak suka dengan soalan dan jawapan Umar yang sangat ikhlas tadi..hihihi,..bertuah punya anak!! sebab dah lambat nak hantar Umar ke tadika, saya tak tukar pun tudung yang kata Umar macam bibik tu..mungkin sebab saya ikat tudung tu kat depan itu yang  nampak macam bibik di mata Umar..ayah Umar tak komen apa pun so saya  rasa ok lah kot..  

Kat ofis..saya attend la sorang client ni..sepanjang berurusan dengan client tu, dia asik panggil saya "kakak"..huhuhu..sungguh saya tidak suka..sebenarnya biasa la panggilan tu kan..dah hakikatnya saya dah umo 30 tahun..dah tak muda belia lagi dah pun..maybe dia nak tunjuk rasa hormat..tapi sebab insiden kenyataan Umar yang tragis pagi tadi tu telah membuatkan saya ter-emo sket dengan panggilan "kakak" dari "mamat piring hitam" tu..saya panggil dia "mamat piring hitam" sebab dia lagi tua dari saya ok..saya ni pangkat DVD kalo nak compare dengan dia..huff..working hour maa..official la sket..panggil la saya Puan ke..Cik pun bole :) (biasanya client panggil saya "Cik Najwa"..saya memang tak sedar diri :p) Sebenarnya, clerk kat ofis saya pun hairan kenapa "mamat piring hitam" tu asik panggil saya kakak..kakak.. Saya nampak macam kakak-kakak or makcik-makcik sangat kah??        

Thursday, March 11, 2010

Kasut Tak Kembang, Kaki Tak Kuncup..



Saya berkenan kasut Clarks ni...mungkin korang rasa tak la cantik pun tapi kat mata saya..cantik lah :) masa nak beli, tinggal satu size je..size 5 dan size kasut saya ialah 6..tapi disebabkan terlalulah suka kan kasut ni saya gagah pi beli jugak..sebab, bole pakai..tapi ketat sket (time tu la rasa bole pakai..) tak fikir panjang, beli saja lah..kualiti memang bagus..tapak kasut tu pun tebal..balik umah, ambek socks yang tak la tebal..try pakai dengan kasut..yess..bole masuk walaupun sebenarnya agak payah kalau nak compare dengan kasut size 6..try jalan..bole jalan..tapak kasut yang tebal tu membuatkan langkah terasa selesa..tapiiii..saya dapat rasa yang jari-jemari kaki saya terkepit-kepit kat dalam kasut tu..tak pe, mungkin kalau kerap pakai, kasut tu pun kembang..tak pun kaki saya akan kucup (erkk..bole ke macam tu??) so, sejak beli, tak pakai ke luar lagi pun. sesekali saya pakai kat dalam umah..sambil lipat kain, kaki saya berkasut..sampai anak pun hairan.."nape mama pakai kasut?"..saya jawab "mama nak kasi kasut ni kembang sket.."..sampai la dah 2 bulan kot, tak kembang-kembang jugak kasut tu..agaknya mungkin sebab sesekali je pkai..mungkin kena pakai dengan lebih kerap lagi..saya pun pakai ke ofis..baru separuh hari pakai, kaki saya dah rasa semacam..terus tuka pakai selipar..sebab? sebab ketat la.. tapi saya tak putus asa lagi..mintak asben tolong bawak ke kedai repair kasut..kata asben, kalo kasut leather, ada pekakas untuk kembangkan kasut tu..ok..kita cuba..saya sendiri pun tak faham kenapa saya gagah dan gigih sangat nak kan kasut tu..tapi, kalau tak dapat dikembangkan, terpaksa la saya let go  :(



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails