Pages

Sunday, July 18, 2010

Tak Ada Tajuk

Balik dari Melaka tadi, singgah umah Abg Mazlan (ex-jiran)..dia wat kenduri kawen anak dia..biasa kalo orang buat kenduri kawen, mesti ada nasi minyak, kurma, ayam masak merah, acar bagai..tapiiiii..tau apa Abg Mazlan ni jamu tetamu masa kenduri tadi? jeng jeng jengggggggg..NASI LEMAK. First time saya jumpa orang buat kenduri kawen jamu nasi lemak..kalo kat kampung maybe dah kena umpat kalo wat kenduri kawen jamu nasi lemak je..

Saya salute Abg Mazlan ni..saya suka attitude dia..disebabkan bajet yang terhad, dia buat kenduri seadaanya..semampunya..dia tak pinjam sana sini bergolok bergadai untuk buat kenduri kawen anak dia ni....kalo makanan tak sedap orang bercakap..sedap pun orang bercakap jugak..jamu nasi lemak mungkin ada orang yang bercakap, jamu nasi minyak pun belum tentu orang tak bercakap..pendek kata, orang memang suka bercakap..panjang kata, peduli lah apa orang nak cakap..bagi saya, janji nawaitu kita ikhlas nak jamu orang..nasi lemak tadi sedap..ada ayam goreng dengan sambal sotong..dengan tak malunya saya dengan Umar makan dua pinggan..

Masa kat Melaka (umah mertua), kawan mak mertua tego saya..kata makcik tu "slimnya badan..menten je..diet ke?" saya? haihh..dalam hati ada taman bunga la dengar makcik tu cakap macam tu..kata-kata makcik tu macam baja..kembang kuncup bunga-bunga dalam taman saya..hidung pun sama naik kembang kempis punya seronok makcik tu cakap saya slim.. mak mertua pulak sambung "dia memang dari dulu kurus..tu pun sebok nak kurus lagi"..sebelum kawen memang la saya kurus..masa sekolah lagi kurus sampai ada cekgu gelar saya "bini popeye"..tapi, sejak dah kawen dan peknen la badan saya berkembang pesat..cuma dalam 2 bulan ni saya berjaya kekalkan berat kurang dari 55kg tanpa diet..yahooooo!!!



Wednesday, July 14, 2010

Semut Punya Pasal..


Computer dah sihat, deskjet ni pulak buat hal..mula -mula tak perasan pape..semalam, masa print keje asben dengan scan ic dia..nampak kat paper yang keluar tu macam ada bertanda-tanda..saya pun menyiasat la..adehhhh..baru perasan ada semut bertelur-telur dalam deskjet nih..dari glass surface tu bole nampak telur semut bersepah-sepah kat dalam deskjet..dan baru perasan ada semut merah berduyun-duyun tengah panjat nak masuk dalam deskjet tu..ishhh..ayat tak cerdik yang spontan keluar time tu "tak skolah punya semut!!!"

Bole la pulak dalam deskjet pun dia nak masuk lepak-lepak merendek-rendek sampai bertelur-telur..Deskjet ni bentuk empat segi nak macam mini peti ais pun ada..ke Umar ada simpan coklat dalam deskjet ni??

Sebenarnya semut-semut kat umah saya ni memang pelik-pelik belaka..air kosong pun dia nak hurung... semalam, nak tak nak, asben sembur la jugak deskjet tu dengan Ridsect..mati kau semut! nak ketuk-ketuk hempuk-hempuk karang rosak langsung tak bole pakai lagi masalah..sembur punya sembur, memang mati la semut-semut tu..tapi, telur semut tu sekarang melekat-lekat pulak dalam deskjet tu.....bila scan document, terscan la sekali telur semut tu..eeeiiii..geramnyaaaaaaaaa

Monday, July 12, 2010

Naga Berapi..

Finally..inspiron saya dah dirawat..tu pun lepas saya bertukar jadi naga..macam mana tak jadi naga berapi, hari Jumaat call cakap nak datang hari Isnin..arini la tu..sekali arini cakap nak datang esok pulak...saya dah sabar dari minggu lepas..lepas sehari ke sehari cakap nak datang, tak datang-datang jugak pun..minggu lepas takde la call centre tu kena sembur dengan saya pun..tapi arini, ayam selori i am sorry.. "by hook or by crook, i want ur engineer to come TODAY..fix my laptop..i've waited for 1 week already..if nobody can come TODAY, please send someone to take this laptop away..i'll do anything to get back my money from Dell!!" tu je la yang saya sembur pun..bukan berapi sangat pun..tapi dengan semburan tu la  baru kelam-kabut orang Dell nak datang. less than 1 hour, engineer ke technician ke apa tah call cakap dah on the way nak datang..haaa..kalo dari awal-awal macam tu kan bagus.. 

Friday, July 9, 2010

Upset..

Kalau sebelum ni saya tak rasa nak marah pun, tapi hari ni saya rasa macam nak marah.. tak puas hati..tanduk  macam nak terkeluar.. mungkin bukan marah sebab saya belum marah siapa-siapa pun tapi more to upset..laptop saya masih sakit tenat dan belum dirawat.

Selasa cakap nak datang Khamis..Khamis pulak cakap system cakap datang hari Jumaat. Jumaat pulak cakap spare part tak sampai lagi..saya push dan bebel sket pastu cakap "let me check again"..lepas few minutes pulak cakap spare part dah available..dah arrived Kuala Lumpur..tapi may not come today but Monday...pulakkkkkk..

I'm not blaming anyone..I'm the one who choose to buy Dell..failure is normal and can be accepted..but poor service is so much regretted..

Tuesday, July 6, 2010

Inspiron 14R N4010 - Review & Sakit Tenat


Dell Inspiron 14R N4010 was launched in last April, features a 14-inch screen, and it is equipped with Core i3 330M processor and Intel HD graphics.It comes with SRS speakers and Windows 7 operating system. Inspiron 14R N4010 also comes with a stylish design. The shell and palmrest both use LCVM material. LCVM material comes with the features such as low electrical conductivity, anti-statics, fiber texture and easy to clean when your finger prints can easily trace at the surface..Its a cool model but......lemme story..sorry to Dell because this is a bad review from me.

I bought a brand new laptop as shows above..first, I realize that the Bluetooth doesn't work..then after 17 days,  it has been totally "kong".. sakit tenat. it was hang with a loud sounds while i'm using the Windows Media Player..at that time, all the keys not functioning at all forced me to power off the system. I've called Dell for Technical Support assistance and we believe that the problem is with the motherboard..Now, I have to wait for another 2 days for the spare part which they said has been ordered from Singapore..spare part kehabisan stok at Dell..and if I request for replacement for a new laptop, I have to wait for another 2 weeks!!! What is this? Making fool of me or what? I can't believe this..I'm now facing problem with  a brand new model and with well known company and they give me such a poor service. Dah la bila call ntah berapa kali kena tunggu CS tu nak check itu la..ini la..and I'm the one who have to pay for the telephone bill..Nasib badan..



..Sharing is Caring..

I would like to share something with you, readers.. rasa sakit hati atau rasa suka melayan perasaan marah atau apa-apa perasaan yang sewaktu dengannya jarang atau mungkin tak membawa apa-apa kebaikan dan manfaat baik pada diri sendiri atau orang lain..bila sesuatu berlaku dan kita rasa marah atau sakit hati dengan "sesuatu" itu, boleh tuding 6 jari pada orang lain tapi lagi 4 jari cuba lah tuding pada diri sendiri juga..sama-sama mohon maaf dan memaafkan..bukankah itu lebih baik..hidup terlalu singkat nak dibazirkan dengan perasaan yang menyakitkan hati sendiri..life is great when you know how to enjoy your life thereafter life will please you..life is great when you luv people around you and people will luv you too ..life is great when you do respect others and people will respect you, life is great when you always pray and God will listen to you..I start believe this and may you believe it too..


Thursday, July 1, 2010

Tak Best..

Hari-hari yang tak best dah bermula..Semalam, sorang assistant staff yang baru masuk sebulan dah tender resign letter..bkn 1 month notice, bukan jugak 24 hours notice tapi less than 2 hours notice..dalam kol 4 bos intercom bagi tau that girl dah tendered letter..benti sebab nak jadi cekgu pendidikan jasmani..tu tak pa la..hak dia..tapi benti mengejut tu yang kurang sopan tu. setahu saya dia baru nak pi interview..baru tengok dia buat resume..baru dok apply..bukan confirm dapat lagi pun..tup tup resign..ok..memang hak dia..biar la kan..tapi, at the end, saya jugak yang susah..all the donkey job come back to me..ni yang saya tak suka..

Lepas tu di hampeh kan lagi dengan note dari HR yang saya ada sehari unpaid leave. 25hb May sebelum pegi Shanghai kan saya demam..pagi tu saya sms la bos bagitau lambat sket pi keja..baru lepas makan ubat nak tido jap bagi berpeluh sket baru pi ofis..memang takde intention nak apply cuti sebab esoknya dah nak cuti banyak hari nak pegi Shanghai tu..bos lak reply " why dun u take leave and have a gud rest"..best kan..nak datang lambat sms je..buat macam company makcik sendiri..ok..bos soh cuti, cuti  je la..lepas tu saya lupa submit leave form..sampai la dah masuk bulan June..ok la..submit..sekali HR bagi note saya tak cukup annual leave untuk bulan May..dah abis masa cuti panjang sebelum tu..balance cuti yang ada lagi 9 hari setengah tu blom entitle lagi sebab cuti depa bagi prorated..so, tolak la sehari gaji..hampagas betul la!!!

Lepas tu, bila bulan Julai je memang saya akan sebok buat report to kementerian..online report..dah nama online report kena la buat di komputer yang ada internet connection kan..sekali internet kat ofis ni 2-3 hari ni pulak dah bukan macam siput b*b* lagi dah..tapi macam siput mati..tak bergerak langsung .ntah apa la masalahnya tah..rumah dekat, saya pun balik la ambek laptop..pakai broadband sendiri..dah siap report, tak bole print pulak dah..dah tentu la laptop saya tak de network dengan pc dan printer kat ofis ni..leceh la kalo nak connect printer tu kat laptop saya..laser jet printer tu pulak kat workstation lain..modem tu bole je connect kat pc ofis tapi loading macam siput sedut..pendek kata sengal la..panjang kata menambah tak best semua yang dah sedia tak best..

Ishh..memang serba tak best la minggu ni..Dari bole buat keja rilek-rilek..dah kembali kelam-kabut..dari hari-hari muka manis, senyum, mood baik je kat ofis now muka dah monyok macam nyonya kalah judi..dengan muka yang monyok ni saya pegi la satu kedai yang tak la selalu sangat pegi..time nak bayar, brader tu tanya saya soalan yang bagi saya agak kejam dalam situasi emosi yang tak best ni..

Brader : akak ni keje warden penjara ke?
Saya : nape?
Brader :saya tengok akak ni tak penah senyum..
Saya :  :-) (saya bagi kat brader tu senyuman terpaksa yang paling manis sekali)

Dalam hati saya cakap.."ishhh..penyapu betul la mamat ni..mau aku bagi balistik kat kedai ngko ni karang"...


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails