Pages

Saturday, May 12, 2012

::05.05.12:: Story Behind the Scene

Ramai yang nak tahu apa kisah sebenar disebalik kejadian Umar dilanggar kereta hari Sabtu lepas..ok,  story begins like this..

Pada hari kejadian, part of my family including myself and my other half attended my youngest brother's engagement ceremony in Puncak Alam.. we did not bring children together..this is  orang tua-tua matter.. the kiddos left in my brother's house in Denai Alam with our few more family members.. tak jauh sangat la from Puncak Alam tu..

After the majlis, by the time dah siap-siap nak balik.. abah saya cakap "cepat..cepat..kena balik sekarang..ada kecemasan".. am just terpinga-terpinga for awhile.. then terus jalan lenggok mak inang tapi agak laju to the car sambil bawak one of dulang hantaran.. tengah jalan, meet salah sorang my kakak ipar so saya tanya dia "kenapa ye?".. and she answered "katanya Umar kena langgar kereta" .. me? i was so shocked.. only Allah knows how i feel masa tu.. terus bukak langkah seribu tuju ke kereta.. throw the dulang hantaran inside the bonet..masa tu nampak one of my brother tengah cakap kat telefon.. his maid called him..yang saya dengar he asked "klinik mana?".. and masa tu encik suami tak tau apa-apa lagi.. saya masuk dalam kereta.. "Umar eksiden..cepat..cepat..balik sekarang..balik sekarang".. tu je ayat yang saya ulang-ulang.. encik suami still nampak tenang.. of course saya dah berjurai-jurai ayaq mata.. 



Abang saya datang kat kereta and slowly tell my husband that Umar was hit by a car in front of his house.. lepastu henphone encik suami berbunyi.. my sister in law called. she was at the clinic with Umar.. tapi dia tak sure macam mana keadaan Umar.. well, semua orang mode terkejut masa tu.. so kami semua terus speed to the said clinic.. 


Sepanjang perjalanan saya tak henti-henti doa mudah-mudahan Umar tak alami kecederaan yang serius..   all of us pasti doa perkara yang sama..walaupun hati sangat resah sebab tak dapat bayangkan macam mana keadaan Umar masa tu, tapi jauh dalam hati saya, saya yakin Umar ok.. saya try call kakak ipar saya, tapi she did not pick the call.. call again and again..tak jawab.. ok, am so risau again.. rupanya she did not bring her handphone with her.. tapi macam mana she called my husband tadi kan? check balik, oh she used klinik punya phone.. thank God, Umar ingat nombor telefon saya dengan ayah dia.. he is the one yang bagi no telefon his ayah to my sister in law..then, we tried to call  back .. nurse picked up the call.. my brother use loud speaker mode so i can hear clearly what did the nurse said about keadaan Umar.. he is fine..doktor tengah jahit kepala Umar..tak ada tulang yang patah, retak or terseliuh.. and doktor tak suruh refer to the hospital immediately.. so it sounds like everything is ok.. not ok lah but no too bad.. hati pun rasa sedikit lega..

Bila sampai kat klinik (Alam Medic @Bukit Jelutong), saya terus lari masuk dalam klinik..find the surgery room..dan ini yang saya nampak bila saya bukak pintu.. oh..anakku..
Doktor tengah jahit kepala Umar..he just keep quiet. kat hujung kaki, ada baju dengan seluar Umar yang still basah dengan darah..


11 stitches on his forehead with few more other injuries from head to waist.. luka kat dahi, dagu, lengan, siku, pinggang and bengkak-bengkak kat hidung, pipi kanan dengan pinggang sebelah kanan..


Macam mana Umar boleh kena langgar? kisahnya.. Umar main bola dengan sepupu-sepupu dia kat car porch.. lepastu kakak ipar saya balik dari ambek barang for her son's birthday party yang dah  di plan nak buat petang tu..she park her car outside.. open the gate and angkut barang masuk rumah..masa proses angkut barang tu bola yang Umar tengah main terkeluar dari gate rumah.. Umar just run out to take the ball..tak tengok kiri kanan he just menerpa to the road and unfortunately time tu jugak ada sebuah kereta honda lalu and terlanggar Umar.. nasib baik pakcik tu tak bawak laju sangat.. dia break tapi tak sempat elak dari langgar Umar.. i'll say it was fated.. either am around or not, it still could happen.. bukan maksud saya we have to leave it totally to the fate.. ada perkara atau kejadian yang boleh berlaku sekelip mata tanpa disangka..

When something happens, there will always have silver lining behind.. everything happens for a reason..  therefore, am not pointing fingers to anybody.. people might say salah pakcik tu sebab langgar budak-budak, or salah saya sebab tinggalkan anak, or salah Umar sebab lintas tak tengok kiri kanan but for me there is no point to cari salah siapa.. lebih baik we look forward apa pengajaran kita dapat dari musibah yang berlaku.. 
Umar selepas insiden kemalangan..poor my little boy..
Because of the incident, sekarang Umar dah faham kenapa mama dengan ayah dia selalu membebel pesan itu ini.. and perhaps sepupu-sepupu Umar (both side) also akan lebih dengar nasihat lepas ni. ..masa main jangan sampai tak ingat dunia.. Umar ni kalau dapat main memang tak tentu arah...memanglah dia budak lagi tapi he is a big boy sekarang..dah faham bahasa..so memang perlu dinasihat dan dipantau from time to time.... all the drivers out there also boleh ambil iktibar jugak.. bila drive kat kawasan perumahan, please drive slowly..drive je lah dengan kelajuan macam nak makan angin.. no worries..slow pun nanti sampai jugak.. please be more alert dengan persekitaran while driving.. kalau dah drive slow and terlanggar jugak, at least momentum pelanggaran tu kurang sikit.. logiknya, kecederaan pun mungkin pada tahap minima.. impact pelanggaran objek bergerak laju dengan gerak perlahan ada beza kan.. nahhhh..dah masuk bab fizik pulak..LOL


For the parents,  i wont say that we cannot allow our children to play outside the house....perkara buruk boleh berlaku dimana-mana even dalam rumah sendiri sekali pun.. tapi risiko setiap tempat berbeza..just try our best apa yang kita rasa sesuai untuk dipraktikkan untuk keselamatan anak-anak.. be more alert.. lagi satu, try to teach our children to memorize our phone number.. usefull.. sebab Umar ingat our phone number lah so kak ipar saya able to call us on that day.. bayangkan, dalam keadaan panik and without handphone, memang susah nak contact orang.. time macam tu, nombor telefon sendiri pun mungkin kita boleh terlupa.. since Umar masuk tadika lagi saya dan suami dah ajar dia to memorize our phone number for emergency purpose.. wallet yang Umar bawak pegi sekolah pun saya ada letak sekeping business card ayah dia together with my phone number.. it might helps in case of emergency..

And one thing which i've learnt from what has happened is about DOA.. All this while, i do doa for Umar..everyday.. either lepas solat atau bila-bila yang terlintas nak doa especially when i give him my good nite kiss every nite.. doa saya always the same.. Ya Allah, jadikan anakku ini anak  yang soleh..yang berakhlak mulia.. yang menyenangkan hati..yang berjaya di dunia dan akhirat etc  etc etc tapi saya selalu lupa or dalam kata lain tak selalu doa untuk keselamatan Umar "Ya Allah, peliharalah keselamatan dan kesihatan anakku..pelihara dan jauhkan lah dia dari bahaya.." jadi saya rasa doa saya sebagai ibu tak lengkap..  i shud do better. and from now on i will try my best to complete my doa ..doa seorang ibu untuk anak yang dikasihi dunia akhirat...am thinking that every mommies shud do the same..walau bagaimana pun, saya dan keluarga bersyukur sangat-sangat sebab Umar selamat, tak mengalami kecederaan yang mudarat dan tak mengalami trauma.. Alhamdulillah..and pakcik yang terlanggar Umar tu pun ada datang tengok Umar, mintak maaf to us and bagi compensation (peanut but its ok) sebagai rasa tanggungjawab.. case closed.

My sister in law cerita sejurus lepas eksiden pun Umar still can talk soooo much.. Umar cakap he is ok eventho masa tu darah meleleh-leleh keluar.. he refuse to go to the clinic.. dah sampai klinik pun still talk sooooo much with the doctor.. siap warning doctor not to inject him or else he will report to the police..LOL .. whatever it is, he is now getting better.. one day after kejadian, saya bawak Umar pegi skull x-ray kat Prince Court and everything is fine.. Alhamdulillah..Umar mc seminggu.. lewat petang nanti saya akan bawak Umar pegi klinik untuk bukak jahitan kat dahi dia tu.. harap-harap tak de parut yang obvious sangat since Umar sangat concern about his kehenseman *grin*


By the way,here I would like to take this opportunity to thank everyone who concern about Umar.. kepada semua ahli keluarga yang selalu bersama saya dan kepada kawan-kawan yang mendoakan.. terima kasih..


Doa untuk dijauhkan dari bala dan marabahaya
بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شئ في الأرض و لا في السماء وهو السميع العليم

"Dengan nama Allah yang segala sesuatu baik di langit maupun di bumi tidak akan memberi mudarat (bahaya) apa-apa selama berlindung dengan menyebut nama-Nya"

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails