Pages

Sunday, October 23, 2011

::Kali Pertama Yang Tragis::

I just wear glasses about 5 months ago but recently power kerabunan was increased.. not too high but enough to make me rasa rabun if I do not wear glasses. I think I looked so macho lah when i wear spectacles..(uwekkk) tapi, pakai spec in a long time can cause ada part kt hidung yang akan berbekas dek holding the spek mata and muka pun nanti nampak pelik bila tak pakai spec kan.. my theory lah ni.. masa belajar dulu pun suppose dah kena pakai spec tapi buat spec dan simpan.. kenot tahan dengan rasa rimas ada objek pelik tergantung atas batang hidung..

Since sekarang perlu pakai for most of the time, so now, am trying to wear contact lens..


Sebab baru 1st time nak try pakai, so saya choose brand Softlens.. murah sket.. RM60/box for 6 pairs.. disebabkan power tak sama kena la beli 2 boxes.. so RM120 untuk stok 6 bulan.. bole la kan.. beli kat Focus Point. Solution pulak saya choose Renu (Sensitive Care)..beli kat Watson murah sket.. RM28 for 2 botol besar and 1 travel bottle. . Tak tau lah berapa lama bole pakai 2 botol besar tu..

Dengan penuh semangat berkobar-kobar ditambah dengan rasa excited lagi "cewi" dan "jakun", balik je keje petang semalam terus try pakai..Sayangnya pengalaman pertama saya cuba pakai contact lens ni agak tragis..


Nahhh.. merah mata cheq lepas setengah jam try pakai tapi tak jugak berjaya.. asik lekat kat bulu mata dengan kelopak mata je.. ntah berapa kali lens tu jatuh atas meja..jenuh menggagau cari.. dah la clear color.. lembek pulak tu.. berpeluh nak cari.. tambah pulak denga berpeluh ketiak nak masukkan lens tu kat mata.. tengok orang lain pakai macam senang je.. dah letih try setengah jam tak berjaya, simpan je dulu..
Lepastu, malam try sekali lagi.. saya dapat idea nak tnya encik youtube "how to use contact lens".. ok..sekarang mari belajar dari amoi mata sepet ni cemana nak taruk lens tu kat bijik mata.. amoi ni walopun sepet tapi bijik mata dia macam bola ping pong..





Nampak senang je kan amoi ni demo..saya pun cuba la..kali ni siap dengan encik suami tolong bukak kan kelopak mata luas-luas..pun tak berjaya jugak..tragis betol la.. at the end, lepas setengah jam baru la berjaya.. *sujud syukur*

Nasib baik la pengalaman nak take out lens ni tak tragis macam masa nak mula pakai.. belajar jugak siap-siap cemana nak keluarkan lens dari mata.. sekali lagi encik youtube membantu..

Seb baik amoi ni rajin nak buat demo masuk dalam youtube walopun bagi setengah orang celah gigi je takat nak pakai dengan remove contact lens ni.. tapi this video membantu bagi yang bukan bebal la tapi tak reti especially for beginner user macam saya.. toche ha amoi..


Percubaan pagi ni better.. 15 minit termasuk interval lap-lap ayaq mata yang meleleh dek mata pedih and kelopak mata pun sakit sebab banyak kali luaskan kelopak mata pakai jari.. rasa nak pakai penyepit baju sepit kelopak atas dengan kelopak bawah pun ada bila tangan dah lenguh..

So far, still rasa tak berapa selesa dengan lens ni..rasa mcm ada something annoying kat mata.. pastu rasa ada masalah bila tengok objek dekat.. tengok objek jauh ok.. either power tak balance or tak biasa lagi.. let see after few days.. sekian kisah tragis kali ini..

Monday, October 3, 2011

Arzu vs Ariani

Laporan rasmi lawatan mesra bersama Makcik Faizah ke Arzu, KLCC..

Tadi bawak Makcik Faizah pegi Arzu, KLCC.. 1st time Makcik Faizah pegi Arzu.. selalu asik pegi Ariani je..kalo datang KL tak pegi Ariani dengan Jalan Tar kiranya macam tak cukup rukun gitu.. kebetulan saya cuti hari ni, merajuk tak nak pegi kerja..apa lagi.. kol 11 dah berdesup pegi KLCC dari Keramat..ikut AKLEH..kejap je sedar-sedar dah kat dalam area parking KLCC.. heaven betul masuk KL time orang lain tengah busy buat kerja kat ofis.. saya penah pegi Arzu Midvalley.. KLCC, tadi 1st time la pegi sana..

Memang cantik lah tudung-tudung kat Arzu..kebanyakkanya tudung panjang.. takde tudung awning keras macam kat Ariani.. Awning Arzu jenis lembut..Yang special kat Arzu ni ialah dia punya inner..anak tudung..100% cotton.. fit and selesa kt kepala...Design tudung memang cantik lah.. tengok yang tu nak..tengok yang ni pun nak..tapi bila tengok harga, terus TAK NAK!! Harga tudung kat Arzu ?? Adehhh..kalo sebut je luruh bulu roma..


Dalam tak nak tak nak.. sambar jugak 3 lai tudung, 3 lai inner dengan 1 set clip.. terus terkehel...poket cedera ...tapi saya beli yang simple-simple je..bukan yang patch-patch or bling-bling...harga lebih kurang Ariani..kalo yang design patch-patch tu mau keluar je dari Arzu terus demam panas.. Makcik Faizah pun sambar-menyambar jugak.. bling-bling batu sungai batu jalan .. tapi disebabkan iphone masih kat ICU, tak dapek la nak ambek gambar.. E71 ni pulak ntah kenapa dalam 2 hari ni tak dapat access facebook application.. dapat masuk facebook lite yang biasa je.. kenot upload gambar.. so, siapa nak tau cemana rupa tudung Arzu, bole la buat lawatan mesra poket ke  Level 2, KLCC atau MidValley ye..

 

Saturday, October 1, 2011

10 Sebab Kenapa Saya Perlukan Punching Bag

"Sy adalah Gen X yg mengalami penyakit darah tinggi & halusinasi melampau pada setiap hari Isnin-Jumaat bermula pukul 9am-5pm. I need a punching bag.. Sekian"
Tu status kat facebook petang semalam.. i would like to express my most gratitude to facebook sebab berjaya menjadi tempat untuk saya mengurangkan tekanan instead of saya pegi tumbuk muka mana-mana entity bernyawa..
Ye..kat ofis saya memang seorang yang agresif.. but yet, bos still loves me so much..hehe.. Bukan la saya agresif sampai pegi swing muka bos or colleague bila tak puas ati or marah.. cuma bila ada masalah, saya takkan simpan.. membebel, marah merepek-repek kat facebook semata..  bos selalunya tau kalau saya tak puas hati.. tapi setakat tau tapi tak berupaya bertindak dengan cemerlang memang mendatangkan rasa lebih tak puas hati..
Dah 7 tahun lebih saya kerja kat company sekarang..bermula dari bawah..start dengan zero level..start dengan tak tau apa-apa about housing development..merangkak-menonggeng bergolek-golek belajar.. dalam 7 tahun dapat sekali promotion and 5 kali increment..not bad la kan walopun bukan banyak mana pun.. dah 7 tahun lebih jugak selesa dengan jarak ofis-umah yang dekat..
- boleh tido balik lepas subuh..kol 7.45 baru bangun balik.. 
-hari-hari sempat buat breakfast untuk suami dengan anak..
-boleh balik lunch time..sempat la kalo takat masak megi or goreng sayur dengan telur dadar (ni kalo rajin la..ulang sekali lagi..kalo rajin)
-sesekali bole pegi ofis lambat buat macam ada share pak menakan tiri dalam company.. sms je kat bos cakap masuk lambat sebab kucing tersepit kat pintu sekian sekian sekian.. no hal
-kalo nak hujan bole balik selamatkan baju di jemuran.. 
- kol 5.05pm dah bole sampai umah pastu tengok katun Spongebob dengan anak
-gaji bersih 1 sen pun tak spend kat tol or parking.. 
-tak merasa tersengguk-sengguk mengantuk or hentuk-hentuk kepala kat stereng sebab tension sangkut dalam jem.. 
- 2 tahun sekali company bawak pegi jalan-jalan obersea..FOC
Bagus kan?? Mesti ramai yang nak advantage macam tu kan..Hermmmm.. ada orang tanya nak apa lagi?? Ikat je contract sehidup semati dengan company.. keje la situ sampai pencen..
Haaa..tu part yang best.. part yang rasa "ofis ku syorgaku".. yang "hell" belum senarai lagi..
Saya tak nak buat senarai "ofisku like hell" sebab tu tempat cari makan.. marah-marah pun still kena hormat.. eh, baru je Jumaat lepas janji tak nak marah-marah lepas baca artikel "Marah boleh menyebabkan penyakit gusi.."
Tapi  since semalam saya rasa nak luruh sume gigi pun luruh lah.. semalam saya memang sangat marah..bukan semalam la..but lately... since saya rasa saya sangat penat dengan all the donkey job.. kerja yang dah siap tunggu masa nak submit kena amend..kena buat balik..kena tambah itu ini..apa hal dah siap baru nak tuka itu ini?? kenapa awal-awal tak pikir abis-abis nak macam mana.. once decided means thats the best lah.. selagi tak dapat best decision, tak payah suruh start buat keje tu lah kan.. or masa lepas saya buat draft check la betul-betul apa lagi nak tambah ke nak amend ke..bukan dah siap baru nak tuka nak tambah itu ini... hal macam ni macam dah jadi habit.. selalu jadi sampai naik muak.. 
Kerja out of scoop tu jangan cerita la.. designation macam kuli biasa-biasa je..tapi kalo kena list down senarai kerja dibawah tanggung jawab si polan binti si polan .. berkajang.. tengok meja cukuplah..kat ofis ada 2 buah meja.. dua-dua semak samun. semut tikus lipas boleh hidup riang-ria di celah-celah box files dengan documents atas meja.. Sabtu, Ahad dengan public holiday pun kadang kena kerja.. bukan ada extra pay pun.. dapat leave replacement je la..so boleh dikira sebagai sedekah amal jariah tenaga jugak la kan..
Worse part, lately kena buat kerja lawyer dengan kerja sedia ada dan gaji asal di kekalkan..alasan - jimat legal fees.. kok patut tak kalo saya rasa nak punching muka orang sekarang??? tak perlu 10 sebab pun..
p/s : semalam saya sms bos sebab tak sempat face to face kat ofis.. sms ayat-ayat drama swasta plus sinetron.. tunggu hari Selasa ni..what will happen..jeng jeng jenggggg

 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails