Pages

Sunday, December 25, 2011

Fesyen Tudung Terkini

Nak cerita pasal tudung lagi..

Sekarang ada macam-macam fesyen tudung..best gak sesekali cuci mata tengok fesyen-fesyen tudung terkini.. paling senang nak tengok fesyen tudung ialah dengan cara menanya pakcik google..

Ni fesyen tudung awning...cantik kan? simple je..
(credit to fanpage Wardina)


Yang ni pulak fesyen tudung serban..bole jugak dinamakan fesyen tudung abang bai jual roti benggali...kohser mak nak lilit-lilit cenggini
(credit to google)

Eh, yang ni mesti salah google..ni bukan tudung tapi salah satu jenis tudung saji..
(credit to google)

Ni fesyen Hana Tajima..not bad..
(credit to google)

Fesyen yang sesuai dan kena dengan bentuk muka dan penampilan memang cantik dipandang..tapi, kalau tak sesuai.. silap hari bulan dah nampak macam ni haaaa






























































credit to google



Orang pakai macam ni wat tutup kepala supaya kepala tak hangit rentung tebako masa bersawah..sekarang pun dah ada paten tudung yang ala-ala cenggini..maknanya,  fesyen pesawah ni lah pelopor kepada certain fesyen tudung sekarang..terbaek lah !!!






Saturday, December 24, 2011

Tudung & S.A.L.E

Ariani tengah SALE..less 50% katanya..walopun dah penah terkena kat Ariani pasal memula pegi harga lain, pegi sekali lagi nak beli tudung yang sama dah harga lain pulak,..bole baca kat SINI..tapi... biasa la..saya ni nampak je muka ganas..tapi jiwa tak berapa kental dengan perkataan SALE ni.. esok dengarnya Makcik Faizah nak buat rombongan mesra poket ke Ariani.. tegedik-gedik rasa nak join rombongan..tapi saya kena kerja la pulak... tak dapat join lah..ok..selamat poket..syukurrrr

10 tahun dulu saya cuma kenal "tudung bawal", tapi sekarang dah ada macam-macam jenis tudung dengan fesyen yang sangat variety... ada fesyen yang cantik , ada yang pelik dan juga yang extra pelik hingga jadi jelik.. Saya tak nak ulas pasal fesyen tudung ni.. terpulang pada citarasa masing-masing..saya sendiri pakai tudung tak sempurna lagi.. saya cuba cakap pada diri saya to imrove dari masa ke semasa.. mulakan perubahan dan peningkatan diri dari dalam rohani dan mudah-mudahan kemudian akan dizahirkan pada jasmani.. honestly,i admit that it is hard for me to eliminate perasaan perasan cantik dengan pemakaian yang tak berapa sempurna ni..

Head scarf dalam gambar kat atas tu cantik kan? silk scarf.. saya cilok gambar ni dari website Silk Head Scarves. Saya suka tudung yang corak dengan lilitan tudung yang simple macam ni.. sangat sweet.. kalo yang perlu lilit-lilit sampai terbelit-belit tengkok tu cantik jugak as long tak over fashioned cuma honestly saya memang tak pandai nak follow .. try jugak belajar dari Hijab Tutorial .. tengok orang pakai cantik berlilit-lilit berpusing-pusing siap dengan bunga ros bagai tumbuh atas kepala tapi saya rasa fesyen-fesyen cenggitu tak sesuai dengan saya.. macam model tudung ni, muka deorang dah sedia cantik so pakai lah tudung herot petot macam pun tetap nampak cantik.. bila try follow, sendiri tau la cantik ke tak..bagi orang yang cantik tu memang cantik lah..but not me, am an ugly duckling..so saya cuma lilit as simple as it is possible..

Saya suka beli tudung..pakai ke tak belakang cerita..bila tengok cantik..bekenan..tangan pun gatal nak beli..  paling masalah bila masa beli rasa cam cantik, dah beli, rasa tak cantik pulak..or tak sesuai.. pastu tak pakai..at last bagi je kat sape yang nak..saya beli kat mana-mana je..kedai...butik..pasar malam...tudung bawal..shawl..awning..yang silk..yang cotton..yang lycra..yang bawal..sume ada.. cuma tak penah beli online je lagi.. aritu..kira tudung..nah kau..ada lebih dari 80 lai..tu pun lepas banyak lai dah di eliminate dari koleksi.. bagi kat orang.. sekali lagi buat proses elimination.. eh, ada lagi 63 lai..

omg.. mulai hari ni..kena pejam mata bila tengok iklan SALE tudung...kalau nampak kedai tudung,  buat-buat tak nampak..jangan sengaja singgah..jangan buat-buat singgah..jangan lalu..jangan buat-buat lalu..kokoyo jo !!


Thursday, December 15, 2011

Review Ombak Rindu (Novel vs Filem)



Eventually, i managed to watch Ombak Rindu last night. Well,I have read the said novel looooooong time ago .. masa sekolah menengah and recently i read again. I remember that I've wrote about this novel in the previous entry.. how i wish akan ada filem adaptasi dari novel ombak Rindu ni..and how i wish that the hero must be..ehemm..Aaron Aziz lah..well, sekarang sudah ada depan mata..i mean di pawagam :)

Filem Ombak Rindu ni digarap dengan baik sekali..with great actors and songs that elevates mood scores. Tapi, maybe sebab I have read the novel twice, then it do not really touched my heart to tears. Dalam novel, derita Izzah lebih dapat dirasa.. sedihnya lebih mendalam..kisahnya lebih panjang..so it more profound impact on readers' emotions. Hariz dalam novel jauh lebih garang.. lebih kurang ajar..juga lebih lomentik.. Dalam novel, Pakcik Taha dan isteri dua-duanya jahat.. tapi dalam filem, digambarkan Pakcik Taha je yang jahat..makcik nya baik tapi sakit kenser.. dalam filem, kandungan Izzah selamat..tapi dalam novel Izzah keguguran.. dah nama pun adaptasi, so could be not exactly the same story la kan...

Antara part paling sedih dalam novel is masa Mak Jah bertemu Hariz selepas tau yang Hariz sebenarnya anak Mak Jah yang disangka dah mati.. part tu tak ada dalam filem..kalau ada, dengan latar lagu yang sedih-sedih tu konfem terkesan terus sampai dalam hati.. sebab lagu-lagu Adira & Hafiz dalam filem tu yang membangkitkan mood.. hari ni saya off radio..layan lagu Untuk Kamu ulang ulang dan ulang lagi.. kalau Hafiz yang nyanyi live depan saya hari ni, mesti dia dah cakap "sudah sudah la tu kak..penat saya menyanyi lagu yang sama dari pagi"


Mula-mula i tot watak Izzah tu tak sesuai langsung dengan Maya Karin..i seem to underestimate her ability.. well, am wrong.. Maya deliver watak Izzah dengan baik sekali..dengan muka yang sungguh innocent.. cuma part masa Izzah baca surah Yaasin tu..hurmm..saya bukan la pandai sangat mengaji..suara Maya memang sedap...tapi sepatutnya bacaan Yaasin mesti dibaca dengan sebutan dan tajwid yang tepat.. tolong jangan ambil mudah dengan bacaan Al-Quran..dan saya sungguh tak gemor aksi-aksi berkemban dan berchomol-chomol atas katil dalam filem ni.. filem tetap bole laku dan meletup without scene-scene yang tak perlu macam berkemban-kemban ni.. macam filem Ayat-Ayat Cinta, tetap terbaik tanpa scene  tak senonoh. 

Saya tak bole simpan Umar dalam peti ais kat umah jadi semalam saya suruh Umar tutup mata sambil makan popcorn bila ada scene-scene yang tak sepatutnya ditonton oleh kanak-kanak.. Umar menjunjung perintah dan dia pun malu nak tengok... normally saya cuma pegi tengok wayang cerita yang sesuai untuk Umar tengok je kecuali KL Gangster dengan Ombak Rindu ni.. omak nya ni yang nak sangat tengok jadi bawak la jugak Umar dengan pengawasan sewajarnya.. 

Bila keluar dari panggung, saya tak rasa puas macam tengok KL Gangster.. tapi overall cerita Ombak Rindu ni ok..cuma kalo pakai tajuk lain kan bagus..cam geli je tajuk rindu rindu ni..xoxo  Katanya ada orang lelaki yang menangis meleleh-leleh ayaq mata tengok cite ni.. gosh..what  i can say is "lu tak kental la beb"..larikkkkkkk

For rating, saya bagi 3.99 out of 5 bintang.


Colmar Tropicale, Bukit Tinggi

Went to Colmar Tropicale, Bukit Tinggi for  3 hari 2 malam. Percutian dengan keluarga sebelah encik suami sempena nak celebrate 41st wedding anniversary mak & ayah mertua.


Sebelum pegi Colmar, ada kawan-kawan yang cakap tak best Colmar tu..tak ada apa..small town.. well, bagi saya ok je Colmar ni.. nice place..nice hotel..nice environment.. Saya book bilik Twin Sharing via Booking.com . Room rate kat Colmar ni dalam RM200-RM270 per night (twin sharing) depends check in hari apa.  Entrance fees RM12 for adult and RM8 for child..entrance fees for adult akan di reimburse balik  masa check out.  Bilik ok cuma i don't satisfied with the bathroom.. drainage kat sinki asik overflow. yuck! 

Colmar Tropicale ni is a French Village.. small town gitu.. The development is inspired by the original Colmar Village in Alsace, France. memang tak ada apa sangat tapi good enuf untuk bercuti dan berehat-rehat...bangun pagi dapat hirup udara yang segar dan nyaman.. rasa rileks sangat.. selama 3 hari tu saya berjaya tak fikir langsung pasal kerja.. hilang segala penat kerja 16 hari non stop sebelum tu.. jangan kata suara bos terngiang-ngiang kat telinga, bayang muka bos pun tak terlintas langsung dalam kepala selama 3 hari tu..ohhhh..leganya rasa...


Bangunan Colmar tu consist of bilik-bilik hotel.. kat ground floor tu are cafe, kedai-kedai makan, kedai souvenir, lobby dengan place for kiddos to have fun. Malam ada stage performance.. day time bole pegi pecah lemak kat Botanical Garden..Japanese Park..or pegi buat rock climbing ke cycling ke horse riding ke. main bowling ke... kiranya ada aktiviti la sepanjang hari kat sana.. nak ke Botanical Garden dengan Japanese Park tu seriously terpaksa mengorbankan sejumlah kalori.. kena jalan memanjat bukit dari parking.. esoknya selamat berkejang otot lah jawabnya bagi individu yang dah 8 tahun tak buat exercise.. 



Kalau nak makan kat Colmar, kenalah sediakan bajet yang mencukupi.. dah duduk kat Colmar ni memang takde choice lah..mesti makan kat situ jugak..mengarutlah kalau nak turun ke RnR Genting Sempah lepas tu nak naik balik ke Colmar..lupakan sajalah kedai mamak, nasi campur mahupun nasi arab sebab ayam selori i am sorry,  tak ada semua tu di Colmar ni ye kawan-kawan.. breakfast saya makan di hotel sebab dah include dalam room package... tengahari kalau nak murah sikit boleh la makan kat Rabbit Park.. nasi lemak / kotiaw goreng sebekas RM5.20 ye pakcik-pakcik dan makcik-makcik sekalian..mujur la sedap jugak so tak pe lah bayar mahal sket janji perut terisi.. 1st night dinner saya makan pizza kat La Flamme.. 2nd night makan kat La Cigogne sempena nak celebrate anniversary mak ayah seperti yang dirancang.. We tried our best to make mak ayah rasa happy and i believe that they feel appreciated.. selamat ulangtahun perkahwinan yang ke 41 mak dan ayah.. saya tak pernah lupa untuk mendoakan mak ayah sebagaimana  saya mendoakan mama dan abah setiap hari..


Menu @La Cigogne..bukan payah nak sebut nama menu tapi tak reti nak sebut pun..LOL
pizza & chicken wing

Mesti ada yang tertanya-tanya halal ke makanan kat La Cigogne ni? Sebelum oder, status kehalalan dah ditanya pada manager La Cigogne.. manager kata "halal" siap suruh chef datang kat table kitaorang.. chef nya lelaki Muslim orang Kedah.. lepas rasa yakin, baru kami buat oder dan makan tanpa was-was..

Overall, percutian di Colmar ni saya rasa sangat berbaloi.. siapa yang tak tau kat mana nak abiskan saki-baki cuti sekolah ni, bole la pegi Colmar ni.. selesa sebab tak bersesak-sesak..




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails