Pages

Saturday, August 14, 2010

Sepang-Melaka-Singapore-Melaka-Sepang in 1 Day

Semalam, masa asben tengah sahur, mak asben call dengan berita mak ngah asben yag duduk kat Singapore dah meninggal..innalillahhiwainna ilaihirojiun.. asben memang dah plan nak melawat mak ngah. yang kebelakangan ni tahap kesihatan makin merosot...arwah dah 11 tahun sakit buah pinggang..tapi nampaknya rezeki untuk kami jumpa mak ngah cuma masa dia dah tak ada..apa nak buat..semua Allah dah aturkan.. yang hidup perlu redha dan doakan moga roh arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang dikasihiNya..amin.

Kebetulan semalam asben tak sibuk..bole adjust kerja semalam..so asben decide nak bawak mak dan ayah pegi Singapore ziarah arwah mak ngah...lepas pikir punya pikir sebab dalam keadaan sekarang saya susah nak dapat cuti, saya decide EL jugak lah. so kami gerak dari umah kol 7am..balik kampung ambek mak ngan ayah..sampai Melaka Pindah kol 8am. Gerak ke JB dekat kol 8.30am..saya membongkang dalam kete sepanjang perjalanan..10.20am sampai Skudai terus ke Woodlands. ok la tak jem..kat imigresen Singapore je lama sket sebab nak kena beli Autopass untuk masuk Singapore. dalam kol 12 kitaorang sampai Tampines, rumah arwah mak ngah..tapi jenazah dah kat masjid. Kat Singapore, urusan pengkebumian agak sistematik jugak..dari saat jenazah dimandikan sampai la ke liang lahad,ada badan pengurusan khas..but sure needs money lah..siap ada bas khas disediakan untuk bawak ahli keluarga atau sesiapa yang nak iringi jenazah ke kubur..perkuburan di Singapore jugak sangat tersusun sebab  masalah kawasan tanah perkuburan yang terhad..

Jenazah mak ngah selamat dikebumikan selepas solat Jumaat. lepas selesai dalam kol 4.30pm, terus gerak balik ke Melaka. sampai kampung ngam 5 minit sebelum waktu berbuka. lepas asben solat terawikh kol 10.30, gerak balik umah..sampai umah kol 11 lebih..dan arini, KERJAAAAA..alahaiiii.. ni yang lomah ni..


Perkuburan Islam di Singapore


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails