Pages

Monday, October 3, 2011

Arzu vs Ariani

Laporan rasmi lawatan mesra bersama Makcik Faizah ke Arzu, KLCC..

Tadi bawak Makcik Faizah pegi Arzu, KLCC.. 1st time Makcik Faizah pegi Arzu.. selalu asik pegi Ariani je..kalo datang KL tak pegi Ariani dengan Jalan Tar kiranya macam tak cukup rukun gitu.. kebetulan saya cuti hari ni, merajuk tak nak pegi kerja..apa lagi.. kol 11 dah berdesup pegi KLCC dari Keramat..ikut AKLEH..kejap je sedar-sedar dah kat dalam area parking KLCC.. heaven betul masuk KL time orang lain tengah busy buat kerja kat ofis.. saya penah pegi Arzu Midvalley.. KLCC, tadi 1st time la pegi sana..

Memang cantik lah tudung-tudung kat Arzu..kebanyakkanya tudung panjang.. takde tudung awning keras macam kat Ariani.. Awning Arzu jenis lembut..Yang special kat Arzu ni ialah dia punya inner..anak tudung..100% cotton.. fit and selesa kt kepala...Design tudung memang cantik lah.. tengok yang tu nak..tengok yang ni pun nak..tapi bila tengok harga, terus TAK NAK!! Harga tudung kat Arzu ?? Adehhh..kalo sebut je luruh bulu roma..


Dalam tak nak tak nak.. sambar jugak 3 lai tudung, 3 lai inner dengan 1 set clip.. terus terkehel...poket cedera ...tapi saya beli yang simple-simple je..bukan yang patch-patch or bling-bling...harga lebih kurang Ariani..kalo yang design patch-patch tu mau keluar je dari Arzu terus demam panas.. Makcik Faizah pun sambar-menyambar jugak.. bling-bling batu sungai batu jalan .. tapi disebabkan iphone masih kat ICU, tak dapek la nak ambek gambar.. E71 ni pulak ntah kenapa dalam 2 hari ni tak dapat access facebook application.. dapat masuk facebook lite yang biasa je.. kenot upload gambar.. so, siapa nak tau cemana rupa tudung Arzu, bole la buat lawatan mesra poket ke  Level 2, KLCC atau MidValley ye..

 

Saturday, October 1, 2011

10 Sebab Kenapa Saya Perlukan Punching Bag

"Sy adalah Gen X yg mengalami penyakit darah tinggi & halusinasi melampau pada setiap hari Isnin-Jumaat bermula pukul 9am-5pm. I need a punching bag.. Sekian"
Tu status kat facebook petang semalam.. i would like to express my most gratitude to facebook sebab berjaya menjadi tempat untuk saya mengurangkan tekanan instead of saya pegi tumbuk muka mana-mana entity bernyawa..
Ye..kat ofis saya memang seorang yang agresif.. but yet, bos still loves me so much..hehe.. Bukan la saya agresif sampai pegi swing muka bos or colleague bila tak puas ati or marah.. cuma bila ada masalah, saya takkan simpan.. membebel, marah merepek-repek kat facebook semata..  bos selalunya tau kalau saya tak puas hati.. tapi setakat tau tapi tak berupaya bertindak dengan cemerlang memang mendatangkan rasa lebih tak puas hati..
Dah 7 tahun lebih saya kerja kat company sekarang..bermula dari bawah..start dengan zero level..start dengan tak tau apa-apa about housing development..merangkak-menonggeng bergolek-golek belajar.. dalam 7 tahun dapat sekali promotion and 5 kali increment..not bad la kan walopun bukan banyak mana pun.. dah 7 tahun lebih jugak selesa dengan jarak ofis-umah yang dekat..
- boleh tido balik lepas subuh..kol 7.45 baru bangun balik.. 
-hari-hari sempat buat breakfast untuk suami dengan anak..
-boleh balik lunch time..sempat la kalo takat masak megi or goreng sayur dengan telur dadar (ni kalo rajin la..ulang sekali lagi..kalo rajin)
-sesekali bole pegi ofis lambat buat macam ada share pak menakan tiri dalam company.. sms je kat bos cakap masuk lambat sebab kucing tersepit kat pintu sekian sekian sekian.. no hal
-kalo nak hujan bole balik selamatkan baju di jemuran.. 
- kol 5.05pm dah bole sampai umah pastu tengok katun Spongebob dengan anak
-gaji bersih 1 sen pun tak spend kat tol or parking.. 
-tak merasa tersengguk-sengguk mengantuk or hentuk-hentuk kepala kat stereng sebab tension sangkut dalam jem.. 
- 2 tahun sekali company bawak pegi jalan-jalan obersea..FOC
Bagus kan?? Mesti ramai yang nak advantage macam tu kan..Hermmmm.. ada orang tanya nak apa lagi?? Ikat je contract sehidup semati dengan company.. keje la situ sampai pencen..
Haaa..tu part yang best.. part yang rasa "ofis ku syorgaku".. yang "hell" belum senarai lagi..
Saya tak nak buat senarai "ofisku like hell" sebab tu tempat cari makan.. marah-marah pun still kena hormat.. eh, baru je Jumaat lepas janji tak nak marah-marah lepas baca artikel "Marah boleh menyebabkan penyakit gusi.."
Tapi  since semalam saya rasa nak luruh sume gigi pun luruh lah.. semalam saya memang sangat marah..bukan semalam la..but lately... since saya rasa saya sangat penat dengan all the donkey job.. kerja yang dah siap tunggu masa nak submit kena amend..kena buat balik..kena tambah itu ini..apa hal dah siap baru nak tuka itu ini?? kenapa awal-awal tak pikir abis-abis nak macam mana.. once decided means thats the best lah.. selagi tak dapat best decision, tak payah suruh start buat keje tu lah kan.. or masa lepas saya buat draft check la betul-betul apa lagi nak tambah ke nak amend ke..bukan dah siap baru nak tuka nak tambah itu ini... hal macam ni macam dah jadi habit.. selalu jadi sampai naik muak.. 
Kerja out of scoop tu jangan cerita la.. designation macam kuli biasa-biasa je..tapi kalo kena list down senarai kerja dibawah tanggung jawab si polan binti si polan .. berkajang.. tengok meja cukuplah..kat ofis ada 2 buah meja.. dua-dua semak samun. semut tikus lipas boleh hidup riang-ria di celah-celah box files dengan documents atas meja.. Sabtu, Ahad dengan public holiday pun kadang kena kerja.. bukan ada extra pay pun.. dapat leave replacement je la..so boleh dikira sebagai sedekah amal jariah tenaga jugak la kan..
Worse part, lately kena buat kerja lawyer dengan kerja sedia ada dan gaji asal di kekalkan..alasan - jimat legal fees.. kok patut tak kalo saya rasa nak punching muka orang sekarang??? tak perlu 10 sebab pun..
p/s : semalam saya sms bos sebab tak sempat face to face kat ofis.. sms ayat-ayat drama swasta plus sinetron.. tunggu hari Selasa ni..what will happen..jeng jeng jenggggg

 

Wednesday, September 28, 2011

Assets & Ability Can Make $$$

The only thing can make my life messy cum crazy is being a "kuli" in the office with a lot of donkey job.. well, that's what we called life.. to make my life be more "life", am doing some sort of moonlighting which am really enjoy it.. tadaaaaaaaaaaaaa... lemme introduce you to the business am into at this moment.. alaa..bisnes kecik-kecilan.. kata orang "bisnes jual kacang putih"

No. 1 :



Core business ialah transfer servis (started year 2004).. dalam kata lain ialah "limousine service" tetapi pada kadar yang lebih murah.. pendek kata lebih menjimatkan RM korang . Nak pegi KLIA tak ada transport? KLIA/LCCT Limo mahal? Nak save budget?  KL Transfer Services boleh membantu.. Cuma perlu call, buat booking dan tunggu di rumah/airport.. pemandu kami yang terlatih lagi berhemah akan menjemput anda dan beg-beg anda untuk dihantar ke destinasi dengan selamat..Insyaallah

Selain itu, jika korang nak balik kampung..atau ke mana-mana destinasi tapi tak ada kenderaan.. kereta rosak..atau belum mampu nak miliki kereta sendiri..tak nak bersusah-susah naik bas.. naik train..tak ada bajet nak naik kapal terbang.. no problem..boleh sewa kapal.. sekali lagi KL Transfer Services boleh membantu.. Kami menawarkan penyewaan kenderaan pada kadar yang lebih murah. Kenderaan kami diselia dengan baik dan boleh disewa untuk kegunaan harian, mingguan mahu pun bulanan.

Extra service, kalau korang memerlukan penginapan di Putrajaya atau Port Dickson, KL Transfer Services boleh membantu jugak. Lawati blog KL Transfer Services  dan korang boleh membuat tempahan homestay di Putrajaya atau pun unit studio di Tiara Beach Resort, Port Dickson pada kadar yang lebih murah. 
KL Transfer Services is your travel solution :)



No. 2 :
Mon Magasin menjual baju dewasa dan kanak-kanak berjenama terkenal seperti OshKosh, GAP, Ralph Lauren dan Tommy Hilfiger yang diimport dari USA dan dijual pada harga yang berpatutan.. jauh lebih murah dibandingkan jika dibeli di butik seperti di KLCC, Pavillion dan lain-lain pusat membeli-belah. Tetapi, buat masa ni tiada stok baru.. sabaq naaa.. Coming soon, Mon Magasin juga akan menjual barangan terpakai seperti kasut, handbang dan baju berjenama.. hanya barangan terpakai yang dalam category "superb or good condition" sahaja yang akan dijual. Lagi satu, Mon Magasin sekarang dalam proses mengimport telekung, baju kebaya sulam dan kain pasang (batik) dari Indonesia yang akan dijual pada "harga runtuh tergolek". Coming soon & stay tune !!!


Tu je lah.. buat masa ni.. kan dah bagitau awal tadi.. bisnes kacang putih.. mudah-mudahan boleh dikembangkan pada masa akan datang.. sokong lah saya.. dengki-mendengki bawa mudarat..sokong-menyokong membawa berkat :)


Thursday, September 22, 2011

Plastic Surgery ???

I always ask from Him .. demand the same thing every day .. the oft-repeated demand regardless of the time..suddenly the hearts and minds inspired to create something extraordinary..there.. i know He gave me the answer..

So I decided to follow my conscience..
I prayed again and continue to pray for the blessing of my efforts..
 I believe..there must be silver lining behind..
I was doing a crazy job...
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan :)
To be continue.. 

 

Tuesday, September 13, 2011

The Cave of The Golden Rose is Back !!!

Hello everyone..

Seems quite long time i haven't update this blog.. busy..busy..busy.. Hari ni baru ada banyak masa terluang..By the way, i think its not too late to wish all of you Selamat Hari Raya..Maaf Zahir & Batin.. i had a great hari raya : )

Ok..since blog ni dah agak sejuk..kena warm up sket dulu.. we start with the hot story of the week - Tarabas vs Romualdo : )

For those yang tak tau siapa itu Tarabas.. Romualdo mahupun Fantaghiro.. sila tengok promo di bawah ni..


The Cave of The Golden Rose ni adalah Italian fantasy film series consisting of 5 television movies that were released between 1991 to 1996. Kalau tak silap ada 10 episod.. 1st episod dah start 11 September hari Ahad lepas.. so lepas ni setiap hari Ahad 10-11pm adalah masa kritikal yang tidak boleh diganggu.. Achtung!!

1st time saya tengok cerita ni masa sekolah menengah dulu.. tak ingat form berapa..either form 3 or form 4.. time tu, cerita ni sangat lah mengujakan.. sebab hero (Romualdo) hensem.. penjahat (Tarabas) pun hensem.. heroin (Fantaghiro) cun gila.. dan-dan time tu jugak berangan diri ini adalah Fantaghiro..hahahahaaaa...sila jangan muntah :p
Heroin - Fantaghiro
Hero - Romualdo

Penjahat  - Tarabas
So, peminat-peminat Tarabas diluar sana.. oh yes.. ramai yang minat penjahat dari hero.. jangan lupa  tonton The Cave of The Golden Rose setiap Ahad pukul 10 malam @tv9.. 

p/s ; encik-encik suami mesti rasa nak tebas je muka si Tarabas bila isteri tak kelip mata tengok cite ni.. sabaq naaaa.. 10 episod je..









Monday, August 15, 2011

Mari Lilit-Lilit Duit Kat Kepala

Anda banyak duit? Tak tau nak buat apa dengan duit yang berkoyan-koyan..berkepuk-kepuk? Nahhh..beli tudung ni..







RM1,500 !!! *pengsan*

Saya jumpa tudung ni semalam kat Ariani PWTC.. custom made.. jahit tangan.. tak pasti material kain tu silk ke chiffon ke apa..and tak tahu jugak kalo biji-biji mutiara tu deorang pegi selam cari dalam laut China Selatan ke apa.. and manik-manik & batu-batu tu mungkin batu-batu permata kot tu yang mahal bebenor.. seriau woh nak pegang..takut jatuh sebiji batu mau menggelupur la kat situ nak bayar ganti rugi..

Saya tak penah jumpa tudung semahal ni kat Jln TAR.. kat PWTC ni ada maybe sebab jadi tumpuan mak-mak datin or mokcik-mokcik kayo yang pegi PWTC masa perhimpunan UMNO.. macam tak terjangkau dek akal nak beli tudung semahal ni..tapi ni cakap orang yang tak mampu macam saya..kalo yang mampu, celah gigi je ni.. mesti ada orang yang sanggup beli kan..kalo tak, tak kan la orang jual..weee..banyak gilo duit omak kau jang.. tudung-tudung lain average dalam RM300 ke atas.. katanya sebab pakai batu Swarovski 

Buat masa ni tak mampu nak pakai tudung batu Swarovski.. batu jalan bole lah.. Semalam 1st time encik suami ikut beli tudung.. terbeliak mata dia tengok harga tudung..aisehhh..kantoi

Wednesday, August 3, 2011

3rd Day

Dah hari ke 3 puasa.. selamat berpuasa uols.. 

Umar pun dah 3 hari bersemangat bangun sahur..semangat berbuka.. semangat pegi terawikh..1st day je kol 6:30 dia membebel nak buka..cakap tak larat..esok tak nak puasa.. penat..bla bla bla.. Masuk hari ke 2 dah ok..bangun sahur pun senang.. cuma sahur dia mesti nak makan cornflakes dengan susu.. tapi sebab takut dia tak bole tahan, saya suruh dia makan yang berat sket dulu macam nasi ke..mee ke.. makan sket..pastu baru makan cornflakes..

Semalam cuti.. sebab stress kerja, mesti cari the best remedy..and always the best is mengoyak-rabakkan poket sendiri.. masa membeli terus hilang ingatan kat kerja.. lepas abis shopping, stress balik..berganda..stress kerja plus stress poket seluar sume koyak rabak tinggal roti kirai .. Asal stress, shopping, asal shopping, stress..vice versa..xoxo

Ala...sume orang pun nak raya mesti shopping kan..cuma saya lebih sanggup ambil cuti pegi shopping hari keje dari join orang bersesak-sesak shopping ujung minggu.. tiap-tiap tahun pun memang akan shopping on weekdays aje.. dapat shopping dengan tenang and tak perlu queue panjang kat cashier..  kua dari pagi sampai petang terus settle kan sume one shot.. tak rajin nak keluar banyak kali..

So far sume dah settle except baju melayu Umar.. semalam tak bawak Umar sebab pegi Jln TAR.. nanti dia penat mengekor dia banyak bunyi nak buka puasa.. biasanya baju melayu Umar saya akan beli kat Nilai Square.. murah, jahitan kemas dan material kain pun bagus.. Baju casual Umar sebelum puasa dah settle.. semalam membeli-belah untuk "orang-orang tersayang".. setahun sekali je beli untuk deorang.. Untuk diri sendiri memang takde pape persiapan extra kecuali 3 pasang baju.. cukup la.. tak bole membazir, nanti syaiton tepuk tangan walopun dah kena ikat bulan ni..

One thing, saya nak share pasal tudung Ariani.. saya bukan la hardcore tudung Ariani walopun kawan-kawan kat fb notice saya kerap jugak check in kat Ariani Jln TAR.. saya cuma suka beli shawl/tudung panjang kat sana.. sekarang ni konon tengah SALE.. so semalam saya pegi nak beli selai tudung ni..sebelum ni dah penah beli dah.. semalam nak beli jenis yang sama cuma kaler je lain.. you know what? kata tengah SALE kan.. tapi tudung yang saya nak beli semalam tu tetiba lebih mahal dari yang saya beli sebelum ni.. take note, tudung yang SAMA..kaler je LAIN..

Situasinya..
Bulan Jun 2011
Tudung A kaler hitam -  harga RM189..lepas diskaun RM150..

Semalam 
Tudung A kaler coklat - harga RM2XX sebelum diskaun 10%

U get what i mean ??
Kambing betul !!!




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails