Pages

Thursday, December 31, 2009

Adios 2009..

Sekejap je dah end of year..harini saya takde apa-apa plan "baek"..just going to have new year lunch @Emville Golf Club..lepas lunch bos cakap bole balikkkkk..i likeee :) 2009 saya biasa-biasa saja..cuma yang saya pasti, 2009 lebih baik dari 2008 yang "sorrow"..mari kita refresh apa aktiviti saya sepanjang 2009.


2009 banyak aktiviti Cuti-Cuti Malaysia..bajet jalan jauh hanya 2 tahun sekali..kat sini pun banyak tempat menarikkan..dan saya sahut cabaran.."Cuti-Cuti Malaysia, Banyak Untuk DiLawati..Banyak Lagi Untuk Diterokai".saya dan famili memang suka berjalan-jalan ni..tiap-tiap tahun adaaaaa je plan jalan-jalan..kata asben, saya "banyak taik lalat kat kaki"

Pangkor Island


  Langkawi




Bukit Merah Lake Town
Umar masuk tadika..saya plan nak anta Umar ke Child Islamic Centre..tapi takde pulak kat kawasan perumahan saya ni..no choice..saya anta dia ke Kidzone..tadika omputeh..sehari sebelum Umar start tadika, mak dia ni yang "hover excited"..Alhamdulillah, Umar cepar adapt dengan persekitaran baru dia..cuma yang tension, Umar tak reti jaga barang dia..eraser manjang hilang..bila tnya mana eraser dia mesti jawab "tak tahulah saya..tiba-tibe je hilang"..ni memang jawapan standard Umar bila barang dia hilang..

Uniform skol Umar

Umar jadi bee masa Concert Kidzone
Aktivit makan-makan dan celeb birthday..famili side saya dan asben sume suka aktivit makan-makan..macam pirana..side asben, aktiviti celeb birthday mencukupkan rukun..Birthday dari atuk, nenek, anak,menantu dan cucu sume diceleb..bukan kena buat kenduri ke party ke..dapat berkumpul makan sama-sama dah cukup..i likeeeeeee

 @Chillis,KLCC

@Impiana


Umar's Bday Bash @Randau

Kepada semua..Happy New Year!!!                             

Wednesday, December 30, 2009

IFF dan Kasut Tumit Tinggi..


Jemputan ke IFF di JW Marriot, Bukit Bintang bulan lepas membuatkan saya sikit teuja. Bukan sebab majlis tu dihadiri oleh VVIP dan selebriti..tapi teruja dengan kesedaran yang saya perolehi..erkk..skema ke ayat saya ni??Kalo skema, Geni, jangan muntah ya :P Saya bukan dalam golongan VIP, VVIP mahupun selebriti..ibarat semut dikalangan gajah aje..tak pun ikan bilis dikalangan dugong..terketa-ketar lutut kala lalu di karpet merah..berlaga-laga sudu garfu masa makan makanan yang hebat bunyi namanya..tapi rasa biasa-biasa saja ditekak saya..Apa yang saya sedar??Hmm..tengok ni..


Kasut tinggi 3 inci.Jalan elok-elok ye..kalo terpelecot..awww..tulen bang..hehehe..ini kasut tinggi yang paling tinggi yang pernah saya ada dan tak akan ada yang lebih tinggi dari ini dalam koleksi sy..lepas tengok model-model hayun kaki ke hulu ke hilir di atas runway, saya begitu tergedik-gedik mahukan kasut tinggi dengan harapan dapat kelihatan hebat bergaya seperti model yang saya lihat tu..tapi, lepas dapat kasut yang dimimpi-mimpi,saya baru sedar..setiap orang ada aura tersendiri..contoh, kalo saya pakai baju dan kasut yang digayakan oleh model tu..make up 3 inci or jap vitamin C or buat pembedahan plastik sekali pun belum tentu saya akan cantik seperti model tu..cantik itu subjektif..juga personaliti adalah pembawaan diri dan pembawaan diri adalah personaliti..jadi saja diri sendiri..yakin dengan diri..dan hiasi peribadi dengan nilai murni..lebih baik bukan?

Char Grill Free Range Chicken Skewer on Herbs Paella Rice, Baby Vegie and Spicy Sun Dried Tomato Sauce..panjang giler nama menu nih..



Saya dan Jac..

Saya di table no. 12

Tuesday, December 29, 2009

Expiry Date :29.12.2009

Apa yang expired?Ini ha...


Hmm..international passport saya dan asben expired hari ni.Baru bercop tak sampai 10 muka surat alih-alih dah expired.Banyak lagi page kosong dah nak kena renew.Dulu buat/renew paspot RM300 valid 5 tahun..Nasib baik la sekarang dah ada option..RM100 valid untuk 2 tahun.Lega i..kalo tak jenuh tekan kalkulator nak kira ada bajet tak nak renew. Pastu sekarang dah bole buat proses merenew kat imigresen putrajaya..tak yah la menapak lagi sampai ke Kajang.

Bila nak renew?tengok la..bulan 1 ke..2 ke..memang la saya tak kerap ke luar negara tapi asben ada saudara mara di Singapore jadi paspot yang valid macam perlu la..mana tau kan kalo ada emergency ke..kematian ke..kenduri kawen ke..tak lah kelam-kabut jadinya.Paspot saya yang dah expired ni ada la cop beberapa imigresen negara jiran..Singapore,Bali,Jakarta,Macau dan Zhuhai(China).Imigresen yang lebih jauh belom ada lagi.Ni pulak paspot budak comot..


Expiry date September 2010..Masa buat paspot ni umo dia dalam 4 bulan kot.Buat masa nak bawak dia pegi Singapore.Tengok la gambar paspot dia..muka penyek je sebab kena paksa ambek gambar..time nak renew nanti maybe Umar bole bagi pose yang hensem sket :)

Skema Ke Saya?

Petang semalam seorang member saya sms..katanya blog saya skema sangat..tak menarik barangkali.Katanya nanti tak ramai yang nak melawat.Skema ye?Takpe..saya berblog suka-suka je.Meluahkan apa yang ada dalam kepala.Saya menulis ikut mood dan mode..ada mode skema juga mode bantai sajalah.Bole gitu?Masa sekolah dulu karangan saya (subjek BM-penulisan) dalam kategori karangan yang baik dan bermutu.hehe..Markah rasanya tak pernah below 90%..subjek lain jgn tanya ye..malu kompeni nak cerita.Worse, subjek add maths..Masa form 5 penah dalam kelas add maths cekgu wat announcement masa nak bagi result exam.."haaa..ni ada orang add maths dapat 1 ni.."terlopong sume orang dalam kelas..wahh..terer betol tu kalo add maths dapat 1..kemudian cekgu yang apa ke nama tu sambung lagi (sy tak brp ingat nama cekgu..hilang ingatan barangkali)..kata cekgu add maths tu lagi.."bukan grade 1 tapi 1/100"..toingggggg..saya lah orang itu..mujur la masa SPM saya lulus jugak subjek berpuaka tu..

Blog saya ni still dalam fasa terkial-kial..selalu baca aje blog orang..prefer jadi silent reader..sesekali je mengomen.Blom habis lagi menggodek jadi maybe blog saya ni masik bnyk yg lack compare to blog-blog yang dah otai..rileksss..sooner or later saya akan upgrade dan tempek gambar bagi meriah sket..Dan saya akan merajin-rajinkan diri mengomen dan mengklik iklan-iklan diblog anda..blog saya masih blom ada sponsored iklan..coming soon..bila dah ada nanti kita saling klik-mengklik lah ye..tata titi tutu..

Monday, December 28, 2009

Apa Perlu Sakit Hati, Benci Juga Dengki..

"Agama mengajar manusia supaya bersikap positif. Dengan adanya agama seseorang itu dapat mengelak diri dari bersedih.Dua sikap yang mampu menghalang kita dari bersedih ialah sabar dan bersyukur.Cakap memang mudah.Sabarlah..Syukurlah..Tetapi bagi orang yang menanggung kesusahan dan keperitan kata-kata seperti itu hanya menambah kesakita..Tetapi nasihat itu tetap mempunyai kebenaran. Jika minda dapat dialihkan perhatian daripada kesusahan dan keperitan itu kepada menghayati nasihat sabar dan syukur, pasti kesannya adalah besar.."-Zin Mahmud.

Saya jatuh cinta pada ayat-ayat sebegini..yang bagi saya ia memberi motivasi dan mendidik jiwa.Kerana beberapa peristiwa, saya tergerak hati mahu menulis tentang penyakit yang satu ini..PHD..Tak perlu huraian lanjut kerana semua tentu sudah jelas tentang simptom-simptom penyakit ini.Mungkin PHD ini tiada kaitan dengan ayat-ayat diatas tetapi jika kita hayati..sabar dan bersyukur adalah penawar kepada penyakit PHD.Hairan juga kenapa perlu ada penyakit begini dalam hati manusia.Jika kita berpenyakit begini untuk sesuatu yang positif..sakitlah..tidak diubati pun tak mengapa..Contoh positif ialah kala kita melihat orang lain berjaya..kita rasa cemburu dan kita berusaha untuk berjaya seperti dia..Tak salah bukan..Yang salah pada hemah saya ialah bila manusia berpenyakit begini yang lebih suka beranologi "seperti ketam dalam baldi..bila ada ketam yang cuba menjengah keluar, kawan-kawan yang lain akan kepit dan tarik ketam itu jatuh semula ke bawah.."Inilah namanya hidup tidak semua orang mahu lihat orang lain senang.Ada yang lebih gembira kalau melihat orang lain susah..Orang inilah yang dikatakan punya penyakit PHD yang kronik..dan dia tidak mahu berubat mahupun diubati..






Saturday, December 26, 2009

Avatar..dan Hari Cuti..

Cuti Christmas..plan nak ajak hubby tengok Avatar show 12pm @GSC,Alamanda..keep trying to do online rsvp but unfortunely..its not available at the moment..demnn..i dissapointed..a bit lah.Well, ada hikmahnya disebalik kejadian itu..hmm..saya baru sedar yang Public Holiday falls on Friday..Jadi apa gila saya nak ajak hubby tengok movie while dia kena pi solat jumaat..mau dipanah petir nanti..so..tengok saja lah dilain hari ye..maka saya hanya berhibernasi..tidak mengemas rumah mahupun memasak..ya..i need rest..sementelahan pada minggu lepas saya dah bekerja direct walaupun pada hari cuti umum Mauldiur Rasul..as usual..
Pada ketika dan saat ini..adik-beradik juga ibu bapa saya mungkin sedang bergembira di Pulau Pangkor..dan saya sedang melopong disini..haihh.Saya tak dapat bersama-sama mereka.Pertama kerana Sabtu saya perlu bekerja halfday..cuti tak lulus..orang lain juga nak bercuti..ok..fine..Kedua, the plan was not included in my December bajet..ya..saya berbelanja mengikut bajet..bukan kedekut tetapi itu disiplin saya dalam berbelanja dan membelanjakan wang yang ada tak seberapa itu. Kalau pergi bercuti, paling tidak RM500 dah tentu-tentu..kira punya kira..owhh..have to spend min RM800..accomodation, makan, tol, minyak bla bla bla..hmmm..lagi pun tiada lagi agenda Cuti-Cuti Malaysia untuk tahun 2009 ni.Rasanya dah banyak Cuti-Cuti Malaysia tahun ni..PD, Pangkor, Langkawi..Kita simpan untuk next year pulak ye..


Me and Marrige Life..


I've been married for 5 years plus..masih hijau lagi usia.Alhamdulillah..buat masa ini semuanya berjalan lancar..apa pun..hitam atau putih, teruskan saja kerana ini yang saya pilih.Bagi saya, hidup ini ibarat air..mengalir di sungai..ada kala tenang..ada kala berliku-liku. Lebih parah bila tiba di tebing tinggi..menjunam ke bawah dan mengalir lagi..deras dan tenang bersilih ganti..Dan akhirnya sampai ke laut..iaitu penghujung hayat kita.Terbenam aman bersemadi atau terseksa dipukul ombak..Doa sajalah semua kesudahan yang baik..



Ya..saya selesa dengan kehidupan berkeluarga..dikelilingi oleh orang-orang yang saya sayangi dan menyayangi diri saya..perhaps its not all perfect..tp itu kan lumrah.3 tahun pertama mungkin penuh dengan cabaran ketika dalam fasa menyesuaikan diri..dan selepas itu..everything going smooth..ya..hanya selepas saya belajar untuk menjadi lebih sabar dan tidak mementingkan apa yang saya "rasa" sahaja..Ironinya, suami isteri adalah dua individu berbeza walaupun mungkin punya hobi yang sama..citarasa yang sama..atau apa sahaja yang sehati sejiwa..sedangkan kita dan adik-beradik yang keluar dari perut ibu yang sama juga ada masa bermain bersama..kemudian bergaduh..menangis..dan berbaik semula..situasi yang mungkin berulang-ulang sehingga kita dewasa..



Sama seperti kehidupan hari in..ada kala di atas..ada kala dibawah..Kekadang hari cerah..kemudian datang awan mendung..mungkin juga ribut dan petir..tetapi saya yakin, matahari akan bersinar lagi esok hari..paling tidak pun, selepas hujan akan ada pelangi..Ya..hidup ini memang hebat..jangan lupa berdoa dan bersyukur pada Nya..

Finally..

Setelah sekian lama bercita-cita untuk punya blog sendiri..at last hari ni berjaya juga saya mencuri masa mencipta blog saya ni..all this while, saya selalu membaca blog kawan-kawan, blog politik mahupun blog-blog yang tidak saya kenali si sang empunya..Ya, seronok barangkali jika dapat meluahkan sesuatu dia sini..seseronok kita membaca blog orang barangkali..Bukan untuk busy body atau mahu mengambil tahu apa yang blogger mahu tulis atau paparkan..cuma ada kala apa yang kita baca bole memberi kesan positif dalam menjalani kehidupan seharian..Begitu juga di dalam blog saya ini..Apa sahaja yang saya paparkan anggap saja sebagai penyeri hari anda..atau jika tidak suka, abaikan saja..Tetapi, saya tetap berharap ada kebaikan yang dapat saya sampaikan yang mungkin bole di kongsi bersama..Adios..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails